Essay:

Essay details:

  • Subject area(s): Engineering
  • Price: Free download
  • Published on: 7th September 2019
  • File format: Text
  • Number of pages: 2

Text preview of this essay:

This page is a preview - download the full version of this essay above.

          Syarikat Samsung merupakan salah satu pembekal terbesar dalam dunia teknologi. Ibu pejabat syraikat Samsung terletak di Samsung Town, Seoul Korea Selatan. Syarikat Samsung yang bermula sebagai syarikat perdagangan eksport dalam pelbagai keluaran dan produk dari negara Korea Selatan ke Beijing, China. Pengasas syarikat Samsung ditubuhkan oleh Lee Byung Chul pada tahun 1938. Syarikat Samsung berkembang sehingga menjadi syarikat multinasional pada masa kini. Samsung berasal dari perkataan Korea yang bermaksud ‘tiga bintang’. Disebabkan perkataannya yang berasal dari Korea ia menjadi nama yang berkait dengan pelbagai jenis dunia perniagaan di Korea Selatan. Sehubungan dengan itu syarikat Samsung turut dikenali di seluruh penjuru dunia. Nama Samsung dikenali sebagai elektronik, teknologi maklumat dan pembangunan.

          Sejarah awal penubuhan Samsung Group hasil idea dari Lee Byung Chul pada tahun 1938. Beliau berasal dari keluarga yang memiliki tanah yang luas di kawasan Uiryeong. Beliau berhijrah ke Kota Daegu, Korea Selatan dan memulakan perniagaan Samsung Sanghoe. Syarikat yang kecil dan tidak mempunyai pekerja yang ramai. Pada awal penubuhan pekerja beliau adalah sebayak empat puluh pekerja sahaja yang bertempat di Su Dong. Namun pada masa kini berada di Ingyo Dong. Pada tahun 1947 syarikat yang diusahakan oleh Lee Byung Chul berkembang maju dan beliau memindahkan ibu pejabatnya ke Seoul, Korea. Beliau berusaha untuk memajukan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti insurans dan perniagaan runcit. Pada tahun 1969, Lee Byung Chul telah membangunkan perniagaan Samsung Electronics Industry Co Ltd.

            Namun pada tahun 1970 Syarikat Samsung berjaya mengeluarkan produk pertamanya iaitu satu set televisyen yang berskrin hitam putih model P-3202. Setelah setahun pengeluaran televisyen hitam putih, beliau mula memasarkan pada tahun 1971. Perniagaan beliau berkembang dari tahun ke tahun. Namun demikian, pada tahun 1976 syarikat Samsung berjaya menembusi pasaran televisyen hitam putih sehingga mensasarkan jumlah 1 Juta. Produk Samsung melakukan inovasi pada tahun 1977 dengan mengeluarkan televisyen berwarna. Perkembangan dan pencapaian yang diperoleh membuahkan lagi semangat Samsung untuk lebih maju. Pada tahun 1978, Syarikat Samsung pertama ditubuhkan di negara asing seperti Amerika Syarikat dan pada tahun ini juga jualan televisyen hitam putih terbanyak di dunia dan mensasarkan pendapatan sebanyak 4 juta.

              Syarikat Samsung membeli Hanguk Jeonja Tongsin di Gumi pada tahun 1980 dan memulakan mencipta alat telekomunikasi. Ciptaan pertama yang dihasilkan adalah Switchboards. Perkembang serta kemajuan yang dikecapi berkembang apabila Samsung memperkenalkan ciptaan baru iaitu alat penghubung atau telefon bimbit Samsung. Seiring dengan perkembangan dunia, Samsung melakukan perubahan dan penciptaan supaya seiring dan sejajar dengan perkembangan dunia. Ciptaan telefon bimbit yang berjumlah 800 juta telah dihasilkan dan mendapat sambutan yang tinggi. Pada akhir tahun 1980-an Samsung Electronics mula melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, pelaburan yang penting dalam mendorong syarikat supaya terus maju serta mempersiapkan perniagaan yang semakin memuncak. Keberadaan Samsung dalam pelaburan adalah untuk menghadapi cabaran dalam industri. Pada tahun 1982, Samsung berjaya mensasarkan jualan televisyen hitam putih sebanyak 10 juta. Namun pada tahun yang sama Samsung menukar nama dari Korea Telecommunications Co digantikan kepada Samsung Semiconductor and Telecommunication Co.

            Samsung melebarkan sayap ke Portugal iaitu dengan penubuhan sebuah kilang pemasangan televisyen. Pada tahun 1983, Samsung mula mencipta computer riba. Samsung membina sebuah kilang di New York pada tahun 1985. Pada tahun 1987 Samsung menubuhkan Samsung Advanced Institute of Technology (SAIT) bagi tujuan penelitian produk. Pada tahun 1989, penjualan televisyen berwarna telah mensasarkan 20 juta. Samsung Elektronics bukan sahaja mengutamakan teknologi malah mementingkan aspek dalam penyelidikan dan pembangunan bagi membantu memperluaskan lagi perniagaan. Samsung turut meluaskan pasaran dalam bidang elektronik, rangkaian telekomunikasi yang canggih dan dalam bidang lain.

            Pengabungan Samsung Electronics dan Samsung Semiconductor telah menjadi fenomena yang besar dalam dunia Samsung. Namun pada tahun 1987, pengasas Samsung Lee Byung Chul meninggal dunia dan digantikan dengan anak lelaki beliau iaitu Lee Kun Hee. Lee Kun Hee menerajui perniagaan peninggalan ayah beliau dan menjadi ketua baru dalam perniagaan ini. Selama tempoh beliau menjadi ketua, terdapat beberapa inovasi yang dilakukan. Hal ini mencabar dirinya untuk menyusun semula perancangan perniagaan lama dengan memasuki perniagaan baru. Tujuan mengubah dasar perniagaan adalah untuk menjadikan Samsung sebuah syarikat elektronik yang terbesar di dunia.

                Pada tahun 1991, Lee Kun Hee mula mencipta telefon bimbit. Perniagaan beliau mula berkembang pada tahun 1992 di China. Pada tahun 1993 Samsung Group mula menetapkan misi syarikat iaitu sebuah syarikat Samsung ‘Pengurusan Baru’. Syarikat Samsung mula menekankan nilai produk yang ditawarkan supaya berkualiti dan mendapat tempat di hati pengguna. Peluang yang ada tidak disiakan oleh Samsung Group dalam memperbaiki kelemahan. Tahun demi tahun Samsung berkembang terdapat pencapaian yang diperoleh. Samsung Group telah menceburi lima bidang sehingga kini iaitu Telekomunikasi dalam telefon bimbit dan rangkaian. Bidang yang kedua iaitu teknologi digital dan peralatan rumah seperti televisyen, mesin basuh, ketuhar, peti sejuk, DVD dan lain-lain. Seterusnya dalam media digital, LCD dan Semikonduktor. Samsung telah mendapat tempat ke 20 pada tahun 2004 dan 2005 peringkat dunia.

            Samsung Group menjalankan aktiviti pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Pada mulanya menceburi bidang pemprosesan makanan, bidang pakaian, perkhidmatan insurans, bidang keselamatan dan jualan peruncitan. Namun Samsung group mula menceburi industri berat pada pertengahan tahun 1970 iaitu industri perkapalan dan pembinaan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam pengeluaran barangan rumah bermula pada tahun 1970. Samsung memulakan aktiviti pengeluaran barang peralatan rumah seperti mesin basuh, pendingin hawa dan peti sejuk.  Dalam tahun ini juga Syarikat Samsung Group telah menubuhkan anak syarikat iaitu Samsung Nec dengan Jepun NEC Corporation dalam pengeluaran peralatan rumah dan audiovisual.  hasil kolaborasi antara kedua buah syarikat membawa perubahan dan peningkatan pengeluaran barangan peralatan rumah yang baik. Samsung mensasarkan kepuasan pelanggan iaitu dengan menghasilkan peti sejuk dua pintu pintar berteknologi Digital Inverter Compressor yang mesra pengguna. Samsung juga menawarkan jaminan selama 10 tahun bagi produk peti sejuk. Samsung ingin memberi kepuasan yang maksima terhadap jaminan kualiti yang terbaik di samping faktor ketahanan dalam jangka masa panjang.

            Samsung Group juga mempunyai subsidiari dari Samsung Heavy Industries SHI yang merupakan syarikat pembuatan kapal terbesar di dunia. Penubuhan syarikat Samsung Heavy Industries SHI pada tahun 1974 semasa syarikat Changwon dibuka. Aspek utama syarikat SHI adalah pembinaan kapal, kren gantian dan memasang peranti digital untuk kapal-kapal.  Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd MMHE iaitu anak syarikat MISC Bhd telah menjalankan kerjsana dengan Samsung Heavy Industries Co Ltd SHI untuk perbadanan sebuah syarikat usaha sama Malaysia pada 23 januari 2006. MISC menjalankan usaha sama adalah bertujuan untuk menyediakan penyenggaraan dan perkhidmatan penggantian kepada pengankut gas asli cecair (LNGC) termasuk rumusan teknikal LNGC kepada pemilik kapal LNG. Penganugerahan Indeks Kepimpinan Pendedahan Karbon (CDLI) diberikan kepada syarikat Samsung Heavy Industries yang merupakan syarikat terbaik di dunia.

           Seterusnya anak syarikat Samsung Group iaitu Samsung Electric Industries melibatkan aktiviti pengeluaran televisyen sejak tahun 1981. Pencapaian dilihat pada tahun 2009 samsung mengeluarkan sejumlah 31 juta televisyen dan telah menerima anugerah pengeluar televisyen terbesar di dunia pada tahun 2005 sebanyak empat kali berturut-turut. Pelbagai inovasi yang dilakukan dalam meningkatkan hasil pengeluaran televisyen. Pada Mac 2010 samsung telah melancarkan televisyen pintar pertama HD 3D LED dan juga perkembangan pengeluaran Samsung Smart LED TV F8000. Samsung menghasilkan inovasi televisyen pintar dengan ciri-ciri yang menarik. Penciptaan terbaru iaitu Samsung Smart TV Motion Control yang menawarkan teknologi pengesan sentuh kedua belah tangan. Sebelum inovasi dilakukan pengunaan televisyen hanya boleh dikawal melalui alat kawalan jauh dan kini hanya perlu melambaikan tangan dan menukar paparan melalui tangan kosong. Malah bukan itu sahaja terdapat juga kelebihan peranti kamera pengesan pergerakan yang ditawarkan pada televisyen tersebut. Selanjutnya, Samsung turut menawarkan kemudahan pengakses internet di kaca televisyen. Inovasi yang sesuai dengan peredaran masa dan moden amat menjadi tumpuan pilihan pengguna.

          Pada tahun 1992, Samsung melebarkan sayap dalam pembuatan memori chips dan merupakan pengeluar chip kedua terbesar di dunia. Saingan terbesar Samsung adalah dari Syarikat Intel. Samsung menjadi pengeluar terbesar membuat Liquid Crystal Display (LCD) sepuluh tahun kemudian. Namun pada tahun 2006 hasil kerjasama antara Samsung dan Sony telah dapat mengeluarkan panel LCD yang lebih berkualiti. Seterusnya, Samsung Group menceburi dalam pengeluaran chip semikonduktor seperti SD RAM, S RAM, memori flash NAND, kad pintar IC dan pemprosesan aplikasi mudah alih. Selanjutnya dalam pengeluaran DVD, Blu-ray, HD DVD Player Soc dan pakej multi cip (MCP). Terdapat juga pengeluaran petanti storan seperti pemacu cakera keras dan pemacu cakera optik. Samsung juga merupakan pembekal utama komponen produk Apple iaitu pembuatan pemprosesan A7 dalam model iPhone 5S. Cip kuasa juga boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti peralatan rumah, peranti mudah alih dan kereta kerana kepadatan integrasi yang tinggi.

           Di samping itu, keberjayaan Samsung Electronics dalam membangunkan teknologi pertama di dunia dengan pelbagai penyesuaian penerima teknologi yang beroperasi pada milimeter gelombang Ka Band untuk rangkaian komunikasi. Samsung Electronics berjaya melakukan inovasi 5G dalam penghantaran data yang pantas berbanding rangkaian 4G. Teknologi komunikasi telefon 4G Long Term Evolution (LTE) digantikan dengan 5G dalam rangkaian sedia ada. Hal ini kerana 5G lebih pantas dan menawarkan kelajuan penghantaran data sehingga berpuluh Gbps pangkalan stesyen.

           Kejayaan Samsung bermula semasa pengeluaran telefon bimbit pintar pada 27 April 2009.  Penciptaan pertama iaitu Samsung i7500 yang berplaformkan Android. Namun selepas kejayaan pengeluaran telefon pintar Android pertama samsung telah melancarkan keluaran kedua iaitu Samsung Galaxy S. Pelancaran Samsung Galaxy S di Singapura, Malaysia dan Korea Selatan pada Jun 2010 mendapat sambutan yang tinggi. Samsung mengorak langkah dengan melebarkan penjualan ke Amerika Syarikat dan telah berjaya menjual lebih satu juta unit dalam tempoh 45 hari pertama selepas dilancarkan. Meskipun terdapat pesaing dari pengeluar telefon bimbit seperti iPhone dan iPad keluaran Apple namun hal ini tidak mematahkan semangat samsung dalam mempelbagaikan variasi pengeluaran telefon pintar. Tahun demi tahun terdapat penghasilan baru iaitu Samsung Galaxy Note 4 dan Samsung Galaxy S5 yang berprestasi tinggi. Usaha yang berterusan dalam menjadikan Samsung pilihan pengguna masa kini membuah hasil apabila hampir 60% pengguna di dunia adalah terdiri daripada jenama keluaran Samsung. Samsung menggunakan banyak sistem operasi seperti Windows Phone, berasaskan Linux, Symbian dan Java. Samsung juga tidak hanya tertumpu pada sistem operasi Android sahaja. Telefon pintar Samsung Group bebas daripada bahan berbahaya seperti plyvinyl chloride (PVC) dan retardants fire brominated (BFRs). Aspek ini menjadikan produk keluaran Samsung lebih diyakini oleh pengguna.

            Samsung meluaskan pasaran dalam menghasilkan kamera. Antara model kamera digital dan kamkoder adalah kamera WB550, ST550 dwi LCD dan kamera Samsung Galaxy. Kamera Samsung Galaxy merupakan kamera pertama Samsung yang dilengkapi dengan teknologi Connected Camera dan digabungkan dengan kelebihan ciri fotografi berprestasi tinggi iaitu mempunyai kebebasan sambungan jaringan Internet 3G dan WiFi yang dijana oleh Android™ 4.1 (Jelly Bean) sebagai platform utama. Kamera Samsung Galaxy juga mempunyai sensor yang besar dan boleh mengambil gambar dengan kualiti HD. Kamera Samsung Galaxy diengkapi dengan flash dan mampu memberi kelainan dalam bidang fotografi. Pesaing dalam pengeluaran kamera Samsung seperti syarikat Canon, Sony dan LG. Penbaharuan dan inovasi dilakukan pada tahun 2010 iaitu Samsung melancarkan kamera NX1000. Kamera NX1000 mempunyai APS-C 20.2 Mega-Pixel, skrin LCD berukuran tiga inci, video 1080p dan Smart Auto 2.0 iaitu boleh terus berkongsi melalui aplikasi wifi. Kamera Samsung juga dilengkapi dengan 20 hingga 50 mm lensa zoom dan ketahanan bateri yang mampu bersaing dengan syarikat pengeluar lain.

            Pada januari 2014, Samsung telah mengumumkan pembaharuan dalam siri computer iaitu 7 Chronos. Siri 7 Chronos yang dinaik taraf ke aras yang lebih tinggi dari aspek berat dan saiz.  Selain itu, computer Samsung yang mempunyai prestasi tinggi, grafik yang menarik dan penggunaan sistem operasi terbaru iaitu Windowa 8.1 serta kelebihan teknologi sentuhan juga dipertingkatkan. Siri 7 Chronos sangat memenuhi kehendak golongan professional di samping aspek computer riba yang nipis memudahkan dan menjadi rebutan ramai pelanggan. Samsung memperkenalkan Notebook N210 yang mempunyai dwi fumgsi menjadikan tablet dan notebook biasa boleh dipisakan menjadi tablet sahaja. Pengusahaan computer riba mewujudkan pesaing seperti Asus, Apple, Acer, Dell dan Lenovo.

           Samsung telah membuka aplikasi baru yang dikenali sebagai “Content & Services” konsep yang sama seperti iTune dan Google Play. Penciptaan aplikasi ini menyatakan bahawa Samsung bersedia untuk bersaing dengan Apple dan Google. Aplikasi ini berfungsi untuk mengumpul semua aplikasi Samsung daripada TV, Tablet dan Smartphone dalam satu laman web. Pengguna boleh menggunakan laman web tersebut dengan hanya menggunakan akaun Samsung sahaja. Dalam web Korea Et News, Samsung mengumumkan aplikasi ini di World Mobile Congress 2013 di Barcelona bahawa Samsung akan menyediakan lebih banyak perkhidmatan tambahan untuk aplikasi ini. Samsung turut menyatakan dalam Et News iaitu Samsung akan membawa satu lagi platform permainan sendiri untuk televisyen, Tablet dan Smartphone Samsung.

           Samsung juga mempunyai syarikat insurans hayat multinasional yang terletak di Seoul Korea Selatan. Samsung Life Insurance Co Ltd ditubuhkan pada Mac 1957 sebagai syarikat insurans hayat. Peranan utama syarikat Samsung Life adalah untuk insurans hayat dan insurans barangan dan perkhidmatan. Pada Disember tahun 2011 Samsung menjadi pembekal terbesar insurans hayat di Korea Selatan. Perkhidmatan insurans Samsung telah menarik minat pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana pengurusannya yang teratur dan sistematik.

            Samsung Medical Center (SMC) ditubuhkan pada 9 November 1994 di Seoul Korea Selatan yang berpegang di bawah matlamat untuk menyumbang peningkatan kesihatan negara melalui perkhidmatan yang terbaik dalam perubatan, penyelidikan perubatan yang canggih dan pembangunan kakitangan perubatan yang cemerlang. SMC Berjaya menarik ramai pesakit dari seluruh dunia dan pendapatan yang diperoleh disumbangkan ke syarikat induk iaitu Samsung Group. Pusat Perubatan Samsung terdiri daripada Hospital dan pusat kanser. Hospital Pusat Perubatan Samsung terdiri daripada Samsung Seoul, Hospital Kangbook Samsung, Samsung Hospital Changwon, Pusat Kanser Samsung dan Pusat Sains hayat Penyelidikan Samsung.

             Samsung meluaskan perniagaan dengan menaja dalam sesuatu program. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Samsung Group untuk melebarkan sayap ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui penajaan Samsung Group percaya ia akan meningkatkan tahap populariti syarikat di samping meningkat tahap jualan. Samsung telah menaja Sukan Olimpik Seoul, Korea Selatan pada tahun 1988. Selain itu Samsung menaja sukan Olimpik Musim Sejuk yang diadakan di Nagano Jepun pada tahun 1998. Seterusnya Samsung menaja sukan olimpik Beijing China pada tahun 2012. Samsung turut menaja pasukan Chelsea iaitu kelab bola sepak yang berasal dari negara England. Chelsea merupakan pasukan terunggul liga juara pada tahun 2012 dan tajaan selama 12 tahun bermula 2002 sehingga kini. Jersi Chelsea the blues terpampang nama Samsung. Selain itu Samsung turut menaja kelab bola sepak Bayern Munich, Swindon Town dan Leyton Orient. Pada tahun 2012, Samsung telah melantik David Beckham sebagai duta pada Sukan Olimpik London 2012. Perjanjian dibuat oleh pengerusi pemasaran Samsung iaitu Mr Gyehyun Kwon yang berpendapat bahawa Beckham merupakan ikon sukan yang amat berpengaruh dan terkenal di dunia. Perlantikan David Beckham sebagai duta secara tidak langsung telah membawa peningkatan jualan syarikat Samsung. Samsung turut menaja Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia sebagai duta di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan 2014. Pelantikan duta ini adalah untuk meningkatkan lagi pengiklanan dan meningkatkan reputasi Samsung Group di peringkat Asia. Samsung Group juga menaja sukan asia Incheon 2014 secara keseluruhan bersama dengan Hyundai dan LG.

            Samsung melakukan pelbagai strategi dalam membangunkan perniagaan di peringkat global. Strategi pemasaran global sangat diperlukan dalam perdagangan antarabangsa. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan Samsung dan menjadikan produk yang dihasilkan dapat diterima dan digemari oleh pelanggan negara lain. Samsung mengadakan hubungan dua hala yang baik dalam ekonomi dan perdagangan. Samsung meluaskan perniagaan dengan membuka pelbagai anak syarikat. Pembukaan anak syarikat bukan sahaja meningkatkan pendapat malah melebarkan sayap dalam pelbagai bidang. Variasi produk Samsung yang pelbagai serta tahun demi tahun Samsung melakukan perubahan hal ini menjadikan Samsung semakin diingati.  

            Samsung yang dahulunya tidak dikenali namun pada hari ini Samsung merupakan salah satu jenama pilihan pengguna di dunia. Perubahan yang dilakukan Samsung menjadikan namanya tidak asing lagi di mata dunia. Pada mula Samsung dibangunkan dilihat sebagai produk keluaran kos rendah namun pada hari ini kualiti Samsung sangat di pandang tinggi. Samsung mula mendahului syarikat seperti Lenovo, Nokia dan Htc dalam keluaran telefon bimbit. Samsung juga merupakan produk yang berjenama serta penjualan yang pantas dalam pasaran. Samsung menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan dalam meningkatkan proses secara berterusan. Samsung juga berlandaskan strategi ‘Blue Ocean Strategi’. Setiap inovasi yang dilakukan menjadikan Samsung terus ke hadapan dalam membangunkan produknya. Samsung turut mementingkan imej syarikat beliau terus menjadi tumpuan dengan menaja pelbagai kejohanan sukan besar dunia seperti Sukan Olimpik dan Football World Cup dalam membangunkan pasaran Samsung. Hasil kejayaan Samsung dalam peningkatan pengurusan adalah melalui penerapan falsafahnya iaitu \"Kami akan mencurahkan sumber daya manusia dan teknologi untuk menciptakan produk dan perkhidmatan, sehingga memberikan sumbangan yang lebih baik kepada masyarakat global\".  

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, . Available from:< https://www.essaysauce.com/essays/engineering/2017-6-12-1497273394.php > [Accessed 14.10.19].