Essay:

Essay details:

  • Subject area(s): Hospitality
  • Price: Free download
  • Published on: 15th October 2019
  • File format: Text
  • Number of pages: 2

Text preview of this essay:

This page is a preview - download the full version of this essay above.

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (MoTour)

Bagi memastikan Malaysia terus menjadi negara yang bersepadu dan mempunyai pentadbiran yang tersusun, beberapa kementerian telah ditubuhkan bagi mencapai misi tersebut. Di Malaysia, terdapat beberapa kementerian yang penting antaranya ialah Kementeriaan Pendidikan, Kementeriaan Kesihatan dan Kementeriaan Perlancongan dan Kebudayaan. Kementeriaan Perlancongan dan Kebudayaan di Malaysia pada mulanya dikenali sebagai Jabatan Perlancongan dan ditubuhkan pada 1959 iaitu di bawah Kementeriaan Perdagangan Malaysia.

Seterusnya, pada tahun 1971 hingga 1975, Rancangan Malaysia Ke-2 telah menjadi  pentas bagi penglibatan sektor perlancongan. Dalam penglibatan ini, kepentingan peranan yang difokuskan oleh industri pelancongan dalam ekonomi negara telah ditekankan. Sokongan kerajaan juga dapat dilihat jelas pada tahun 1980-an. Hal ini dapat dibuktikan apabila, Kementeriaan Kebudayaan dan Pelancongan telah ditubuhkan oleh kerajaan menjelang tahun 1987.

Proses seterusnya dalam sejarah pentadbiran kementeriaan ini ialah, Kementeriaan Kebudayaan dan Pelancongan seterusnya telah diberi nama baru kepada Kementeriaan Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan atau juga dikenali sebagai sebagai MoCAT pada 20 Mei 1992. Selain itu, pada tahun April 2004, MoCAT telah ditukarkan kepada Kementeriaan Pelancongan Malaysia atau MoTour. Penukaran ini bertujuan untuk menghasilkan Kementerian khas bagi menguruskan semua perkara berkaitan pelancongan. Penukaran ini juga dapat menunjukkan kesungguhan kerajaan bagi terus memajukan sektor pelancongan sebagai salah satu sektor yang mendatangkan pendapatan Negara.

Tambahan lagi, MoTour telah dinamakan semula sebagai Kementeriaan Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Nama MOTAC ini telah diberikan selepas Pilihanraya Umum ke-13 diadakan. Penamaan semula ini bertujuan bagi mengiktiraf peranan serta hubungan baik sektor pelancongan dan sektor kebudayaan dalam usaha memperkenalkan Malaysia sebagai satu negara atau destinasi pelancongan pilihan dunia seiring dengan slogan yang dipromosikan iaitu “Malaysian, Truly Asia”. Selain itu, slogan ini juga bagi memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tempat pelancongan yang menarik setanding dengan negara maju lain.

Seterusnya, kementeriaan ini juga telah menggariskan beberapa visi untuk dilaksanakan bagi memastikan kementeriaan ini terus memberi sumbangan dari aspek pelancongan dalam usaha pembangunan negara. Antara visi yang ditekankan dalam kementeriaan ini ialah bagi memajukan Malaysia sebagai negara pelancongan dan kebudayaan yang terkenal dan setaraf dunia selain membina jati diri bangsa yang berteraskan seni, budaya, dan warisan negara. Selain itu, kementerian ini juga memfokuskan misi seiring dengan visi yang dibawa iaitu memacu sektor pelancongan dan kebudayaan serta memperkasa, memelihara dan memulihara seni, budaya dan warisan negara. Visi dan misi yang digariskan oleh kementeriaan ini juga telah disokong dengan penyataan satu dasar yang ditekankan dalam Kementeriaan Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu, memacu sektor pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing serta lestari demi pembangunan sosio-ekonomi negara.

Antara objektif yang ditekankan dalam MoTour pula ialah memperkasakan seni, budaya dan warisan berdasarkan dasar kebudayaan kebangsaan untuk mengukuhkan perpaduan negara. Selain itu, untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi yang dipilih dengan mempertingkatkan sinergi dan kerjasama di antara peggiat sektor pelancongan dan kebudayaan. Bagi meningkatkan ekonomi negara, MoTour juga meletakkan objektif untuk memperkasakan sektor pelancongan dan kebudayaan. MoTour ingin memperkenalkan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia sebagai faktor utama pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan negara serta ingin mewujudkan dalam sektor pelancongan dan kebudayaan dengan modal insan yang berkemahiran, berilmu, kreatif dan inovatif.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mempunyai logonya unik dan menarik. Logo yang unik dan menarik itu mempunyai maksudnya yang tersendiri. Warna-warna Jalur Gemilang seperti biru, merah dan kuning telah dipilih sebagai warna pada logo Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Gunung Kinabalu, lautan, pokok palma serta burung kenyalang telah diabdikan pada logo MoTour bagi mencerminkan elemen pelancongan di Malaysia. Pada bahagian tengah logo terdapat gambar bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi simbol kepada kepelbagaian budaya dan warisan Negara. Bagimelambangkan kemajuan dan pembangunan di Malaysia, Menara Berkembar Petronas telah dipahat dalam logo tersebut.

Terdapat beberapa buah jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti Tourism Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Jabatan Warisan Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Malayssia  Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), dan Pusat Pelancongan Islam (ITC).

YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz merupakan Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin sebagai Timbalan Menteri MOTAC. Manakala, Ketua Setiausaha MOTAC ialah Ybhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng. Di bawahnya terdapat Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mempunyai beberapa bahagian dan unit seperti Bahagian Dasar Kebudayaan, Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan,  Bahagian Pembangunan Industri, Bahagian Pengurusan Acara, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Akaun, Bahagian Pelesenan Pelancongan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan Prasarana, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Pusat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Unit Komunikasi Korporat, Unit Perundangan, Unit Audit Dalam, dan Sekretariat Tahun Melawat Malaysia. MOTAC telah menjalankan pelbagai program yang memberi kebaikan dan mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Antara program yang dijalankan adalah Sukarelawan Pelancongan (Voluntourism), Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Pelancongan Pelajar, Pelancongan Pendidikan, Agro-Pelancongan, dan Pelancongan Sukan.

Sementara itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia juga telah menyediakan pelbagai kursus dalam membuat penambahbaikan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan di Malaysia. Antara kursus yang dijalankan adalah We Are The Host (WATH), Eco-Host Malaysia, Bot Pelancong, Pemandu Pelancong Tahap 2, Pemandu Pelancong Tahap 3, Think Tourism, Program Latihan Terapi Spa (PLTS), TTMC & TTEC dan Hotel Assist On The Go.

Bagi memudahkan para pelancong dari luar negara merancang perjalanan sebelum melancong ke Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menyediakan satu produk pelancongan dinamakan sebagai ‘e-Brochures’. E-Brochures merupakan satu laman web yang dapat membantu para pelancong dalam merancang perjalanan mereka dan melakukan apa-apa tempahan yang berkaitan dengan aktiviti mereka sepanjang berada di Malaysia. Ianya juga menyediakan pakej percutian kepada pelancong mengikut jenis aktiviti pelancongan. Malah, laman web ini turut menceritakan tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia yang boleh dilawati oleh para pelancong.

Para pengguna telefon pintar boleh memuat turun aplikasi ‘MyMotac’ di App Store dan Google play bagi membantu untuk menyemak senarai agensi pelancongan yang berdaftar dengan kementerian dan juga senarai penarafan hotel. Aplikasi ini turut menyediakan akses kepada garis panduan untuk permohonan lesen pelancongan dan lesen-lesen yang berkaitan. Pengguna juga boleh memberi maklum balas terus daripada aplikasi ini.

Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut menyediakan perkhidmatan dalam talian. Perkhidmatan dalam talian yang disediakan adalah  seperti aplikasi Sistem Pelesenan Industri dan Pelancongan atau dikenali sebagai SPIP. Terdapat beberapa aplikasi SPIP iaitu berkenaan agensi pelancongan, pemandu pelancong, premis penginapan pelancongan, bas persiaran atau kereta sewa, dan bayaran lesen. Terdapat aplikasi dalam talian lain seperti Sistem Tempahan Dewan MaTiC. Orang ramai juga boleh membuat semakan secara dalam talian mengenai maklumat pengelasan hotel, agensi pelancongan berdaftar, pengelasan pusat spa, pengelasan pusat urutan kaki, Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA), agen Malaysia My Second Home Program (MM2H) berdaftar, serta semakan status permohonan MM2H. Perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia memudahkan orang ramai untuk membuat sebarang urusan yang berkaitan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, . Available from:< https://www.essaysauce.com/essays/hospitality/2017-1-1-1483242787.php > [Accessed 09.12.19].