Home > Sample essays > Sistem Perundangan Malaysia: Sumber Undang-Undang

Essay: Sistem Perundangan Malaysia: Sumber Undang-Undang

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 5 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • File format: Text
  • Words: 1,471 (approx)
  • Number of pages: 6 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1,471 words. Download the full version above.



SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

MAKSUD UNDANG-UNDANG

Menurut Yaqin (1996), undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku manusia. Tujuannya adalah untuk keadilan dan mestilah bersesuian, diterimapakai dan dipersetujui secara umum oleh masyarakat.

SUMBER UNDANG-UNDANG

Definasi Sumber Undang-undang:

Merujuk kepada :

a)  Peraturan-peraturan undang-undang yang menjadikannya undang-undang.

b)  Faktor-faktor yang telah mempengaruhi perkembangan undang-undang.

c)  Bermaksud kepada tempat-tempat di mana undang-undang boleh didapati.

Dengan kata lain, sumber undang-undang adalah asal usul undang-undang dan peraturan itu sendiri di mana ianya dipatuhi dan diakui sebagai undang-undang oleh semua pihak.

Sumber undang-undang boleh dibahagikan kepada:

a)  Undang-undang tidak bertulis

b)  Undang-undang bertulis

Undang-undang Tidak Bertulis:

Ianya tidak bermaksud bahawa undang-undang itu tidak bertulis sebenarnya.Ia bermaksud undang-undang ini bukan bersumber dari Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Perundangan Subsisiari.

 Sumber tidak bertulis yang diterima sebagai undang-undang di Malaysia adalah seperti berikut:

1. Undang-undang Inggeris

2. Adat Resam

3. Keputusan Mahkamah

4. Undang-Undang Islam

Pada hari ini pemakaian undang-undang Inggeris di seluruh Malaysian berkuatkuasa dengan adanya Seksyen  3 dan Seksyen 5, Akta Undang-undang Sivil 1956  dan Seksyen 5(1) dan seksyen 5(2) Perlembagaan Persekutuan

Seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956  :

a)  Di Malaysia Barat, mahkamah hendaklah memakai undang-undang Inggeris  yang ditadbirkan di England pada 7/4/1956

b)  Di Sabah memakai undang-undang Inggeris dengan statut-statut pemakaian am seperti yang ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 1/12/1951.

c)  Di Sarawak memakai common law of England, kaedah-kaedah ekuiti bersama status pemakaian am yang ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 12/12/1949.

 Dalam kes Commonwealth of Australia Midford(M) S.B(1990) telah memutuskan bahawa common law selepas tarikh  7/4/1956 adalah terpakai di Malaysia sekiranya undang-undang itu adalah merupakan perkembangan dari undang-undang yang sedia ada yang berkuatkuasa pada 7 April 1956.

Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956  :

a)  Di Malaysia Barat, pemakaian adalah terhad kepada ‘Undang-undang’ yang ditadbirkan pada 7/4/1956

b)  Di Melaka, Pulau Pinang dan Sabah, Sarawak, undang-undang yang terpakai ialah undang-undang yang ditadbirkan di England pada   masa sesuatu kes itu diputuskan.

 Kesimpulannya:

Dengan adanya Akta Sivil 1956, kekosongan dalam undang-undang tempatan terisi dengan prinsip undang-undang Inggeris. Walaubagaimanapun pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia adalah tertakluk kepada 2 perkara iaitu:

1. Atas ketiadaan statut tempatan

2. Sesuai dengan kegunaan tempatan dan boleh diterima pakai.

1.  Adat resam

Adat resam merujuk kepada adat dan tradisi bangsa Melayu di mana ianya boleh dipinda dan diubahsuai dengan kehendak masyarakat. Antaranya :

i.  Adat Perpatih – di Negeri Sembilanyang dikuatkuasakan di Mahkamah Adat

ii. Adat Temenggung

iii.  Undang-undang Native di Sabah dan Sarawak

 2.  Keputusan Mahkamah

Penerimaan sebagai sumber tidak bertulis hanya terhad kepada keputusan yang dibuat oleh hakim di:

i.  Mahkamah Persekutuan

ii. Mahkamah Rayuan

iii.   Mahkamah Tinggi

Perlu diingatkan  bukan semua keputusan yang dibuat hakim di mahkamah di atas akan menjadi undang-undang dengan sewenang-wenangnya. Mereka tertakluk dan dipandu oleh prinsip undang-undang yang diterimapakai oleh pendahulu atau preseden(Doktrin Duluan Mengikat @Doktrin Kehakiman Mengikat @Stare Decisis)

Menurut Dokrin ini, sekiranya tidak terdapat peruntukan undang-undang bertulis mengenai sesuatu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai prinsip undang-undang terpakai.

 3.  Undang-undang Islam

Pada awalnya agama Islam telah dibawa oleh pedagang Arab ke India dan dari India, Islam telah dibawa ke Melaka di mana sejak itu orang melayu memeluk Islam.

Perlembagaan bertulis pertama bercirikan Islam di Tanah Melayu ialah Perlembagaan Johor 1895 di mana terdapat peruntukan bahawa pemerintahnya mestilah keturunan diraja dan beragama Islam. Agama Islam juga hendaklah sepanjang masa menjadi agama resmi Johor.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

“agama Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

 Undang-Undang Bertulis

Merupakan sumber utama undang-undang di Malaysia. Ianya merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan legistatif.  Ia dikenali sebagai sumber bertulis kerana ia secara spesifik dinyatakan, ditulis dan distatutorikan.

Sumber-sumber bertulis yang terdapat di Malaysia adalah termasuk:

1. Perlembagaan Persekutuan

2. Perlembagaan Negeri

3. Undang-undang Persekutuan yang dibuat di Parlimen(Akta)

4. Undang-undang Negeri yang dibuat oleh DUN(Enakmen)

5. Undang-undang Subsidiari.

1.  Perlembagaan Persekutuan

Merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Mana-mana undang-undang yang dibuat tidak selari atau bertentangan dengannya dianggap tidak sah.

 2.  Undang-undang Persekutuan

Merujuk kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan di Parlimen yang dikenali sebagai Akta.(Sebelum Malaysia merdeka, Akta disebut sebagai  Odinan)

Eg: Undang-Undang Kontrak 1950, Undang-undang Syarikat 1965

 3.  Undang-undang Negeri

Merujuk kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Undang-undang ini dikenali sebagai Enakmen.

Eg: Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 1983

 4.  Undang-undang Subsidiari/Subordinat/Perwakilan

Adalah undang-undang yang dibuat dan diluluskan pihak-pihak dan badan-badan tertentu seperti Menteri/pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diberi padanya oleh Akta-Akta Parlimen dan Enakmen.

Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta, memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya. Contohnya Kementerian melalui Suruhanjaya.

JENIS-JENIS UNDANG-UNDANG

Secara asasnya, undang-undang boleh dibahagikan kepada dua jenis:

• Undang-undang Awam (public law)

Adalah undang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Dibahagi dua iaitu undang-undang Perlembagaan dan undang-undang jenayah.

a) Undang-undang Perlembagaan

Membincangkan tentang hak individu dalam negeri

b) Undang-undang Jenayah

Membincangkan tentang pelbagai jenis jenayah oleh individu terhadap negeri

• Undang-undang Persendirian (private law)

Adalah undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan hubungan antara individu seperti hak-hak dan tugas sesama mereka. Ia bertujuan untuk pampasan kepada pihak yang teraniaya, agar harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan tanggungjawab.

Contoh: Undang-undang kontrak, undang-undang tort (commercial law), perkongsian, syarikat, jualan barang-barang, insurans, suratcara bolehniaga, sewa beli, agensi, kontrak, keluarga dan lain-lain.

• Undang-undang Antarabangsa

 STRUKTUR MAHKAMAH AWAM

Mahkamah awam merujuk kepada mahkamah terbuka dan perbicaraan kes-kes di mahkamah boleh diikuti oleh orang ramai selain plaintif dan defendan.

 Mahkamah Atasan

a) Mahkamah Persekutuan

b) Mahkamah Rayuan

c)  Mahkamah Tinggi

 1.  Dihakimi oleh hakim-hakim yang dilantik DYMM atas nasihat Perdana menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

2.  Mahkamah atasan memiliki kuasa yang lebih tinggi dari segi perundangan, iaitu boleh menjatuhkan hukuman mati serta berkuasa mendengar rayuan kes sivil dan jenayah.

 Mahkamah Rendah

1.  Mahkamah Rendah terdiri daripada:

a) Mahkamah Seksyen

b) Mahkamah Majistret Kelas 1

c)  Mahkamah Majistret Kelas 11

d) Mahkamah Penghulu(hanya di Semenanjung Malaysia

 2.  Mahkamah – mahkamah Rendah tidak boleh menjatuhkan hukuman mati dan

    tidak mempunyai  kuasa mendengar kes rayuan.

3. Keputusan-keputusan Mahkamah-mahkamah rendah boleh dirayu di Mahkamah Atasan.  

 Mahkamah Syariah

Menghakimi kesalahan-kesalahan yang melanggar norma-norma agama Islam untuk orang- orang yang beragama Islam sahaja. Mempunyai bidang kuasa atas perkara sivil dan jenayah menurut agama islam.

PERLANTIKAN KEHAKIMAN

1.  Badan kehakiman diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia(DYMM)

2.  Ketua Hakim Negara yang merupakan ketua dalam bidang kehakiman dilantik oleh DYMM atas nasihat Perdana Menteri dan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

3.  Majistret-majistret di Mahkamah Majistret negeri dilantik oleh Sultan/Yang Dipertua Negeri(Ketua Negeri) dengan nasihat Hakim Besar negeri masing-masing.

Jawatan Hakim Tetap

Perlantikan hakim tetap sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

a)  Warganegara Malaysia

b)  Dalam tempoh 10 tahun sebelum perlantikan, dia merupakan peguam Mahkamah Persekutuan atau Peguam Mahkamah Tinggi atau merupakan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang

c) Memegang jaawatan sehingga usia 65 tahun jika diperkenankan oleh DYMM sehingga tempoh selanjutnya yang tidak melebihi 6 bulan.

Perlantikan Jawatan Pegawai Kehakiman

1.  Hakim Mahkamah Rendah(dikenali sebagai Majistret dan Hakim Mahkamah Sesyen) dilantik dengan persetujuan DYMM.

2.  Jawatan hakim Mahkamah Rendah adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Khakiman dan Undang-Undang.

3.  Anggota Perkhidmatan Khakiman dan Undang-Undang terdiri daripada:

a)  Pegawai-pegawai Mahkamah Keadilan

b)  Pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara

c) Peguam-peguam

Perlantikan Jawatan Pengadil(Hakim)

1.  Jawatan hakim-hakim dilantik oleh DYMM atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja iaitu:

a)  Ketua Hakim Negara

b)  Presiden Mahkamah Rayuan

c) Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi

2.  Sebelum dilantik oleh DYMM(atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja), Perdana Menteri perlu berunding dengan pihak-pihak tertentu dengan perlantikan jawatan hakim seperti berikut:

Mahkamah Persekutuan:

1.  Keanggotaan Mahkamah Persekutuan terdiri daripada:

a)  Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai presiden Mahkamah

b)  Presiden Mahkamah Rayuan

c) Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya

d)  Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

e)  7 orang hakim lain

f) Hakim-hakim tambahan yang dilantik atas tempoh atau tujuan tertentu

2.  Perbicaraan kes-kes mahkamah ini dijalankan secara panel dalam persidangan sekurang-kurangnya 3 orang hakim(jumlah panel mesti dalam angka ganjil) ditentukan oleh Ketua Hakim Negara

3.  Keputusan prosiding ini berdasarkan Akta Seksyen 77, iaitu mengikut pendapat majority hakim yang menganggotai mahkamah ini.

4.  Semua keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dipatuhi oleh mahkamah-mahkamah lain.

Mahkamah Rayuan

1.  Tujuan kewujudannya untuk memberi satu lagi peluang kepada tertuduh untuk membuat rayuan bagi kes jenayah di Mahkamah Rayuan, selain di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.

2.  Mahkamah Rayuan terdiri daripada:

a)  Presiden Mahkamah Rayuan

b)  10 org hakim yang diperuntukkan oleh DYMM

c) Hakim-hakim Mahkamah rayuan dilantik oleh DYMM atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

3.  Hakim Mahkamah Rayuan boleh dipilih sebagai hakim Mahkamah Persekutuan oleh Hakim Negara bagi kes-kes tertentu demi keadilan.

4.  Presiden Mahkamah Rayuan menentukan prosiding dan jumlah hakim yang mendengar dan memutuskan sesebuah kes terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 org hakim atau lebih(angka ganjil)

5.  Keputusan prosiding ini berdasarkan Akta Seksyen 77, iaitu mengikut pendapat majority hakim yang menganggotai mahkamah ini.

Mahkamah Tinggi

1.  Anggota Mahkamah Tinggi terdiri daripada:

a)  Hakim Besar Mahkamah Malaya

b)  Hakim Besar Mahkamah Sabah dan Sarawak

c) 47 orang hakim Mahkamah Tinggi di Semenanjung

d)  10 orang hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak

 2.  Semua prosing Mahkamah Tinggi dijalankan oleh seorang hakim.

References

https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_Malaysia

http://pengajianamstpm-zone.blogspot.com/2013/05/sistem-perundangan-malaysia.html

jf

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Sistem Perundangan Malaysia: Sumber Undang-Undang. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2018-11-4-1541333645/> [Accessed 16-04-24].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on Essay.uk.com at an earlier date.