Essay:

Essay details:

  • Subject area(s): Marketing
  • Price: Free download
  • Published on: 14th September 2019
  • File format: Text
  • Number of pages: 2

Text preview of this essay:

This page is a preview - download the full version of this essay above.

Pendahuluan

Perancangan media adalah satu proses penggunaan media secara berkesan dan kreatif dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat pengiklanan kepada orang ramai untuk mencapai sasaran pada masa dan tempat yang tepat. Perancangan media didefinisikan sebagai satu kegiatan mencipta satu hala tindakan yang menunjukkan bagaimana waktu dan ruang pengiklanan digunakan untuk mencapai objektif pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Tujuan perancangan media adalah untuk membentuk, menganalisis serta membuat pemilihan saluran komunikasi yang secara kreatif dalam mempastikan maklumat iklan disampaikan kepada sasaran yang tepat. Elemen-eleman yang perlu difikitkan dalam membuat keputusan pemilihan media adalah :

• Di manakah iklan akan disiarkan? (Negara Mana? , Tempat mana ?)

• Apakah media yang hendak digunakan?

• Bilakah waktu iklan tersebut hendak disiarkan?

• Berapa kerapkan nilai hendak disiarkan?

• Apakah cara untuk mengabungkan penggunaan pelbagai media?

Proses perancangan media adalah satu proses yang amat rumit dan membabitkan satu pelan atau jadual yang menunjukkan bagaimana waktu dan ruang pengiklanan menymbangkan kepada pencapaian objektif pemasaran. Proses perancangan mrdia memerlukan koordinasi pada tiga tahap strategi :

    

Jenama Safi Malaysia Sdn Bhd

Safi merupakan jenama halal di Malaysia yang terdiri daripada barangan kualiti serta komprihensif dihasilkan khusus untuk keperluan pengguna Muslim moden wanita maupun lelaki. Produk-produk Safi boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Dengan slogan “Selamat dan Suci” sebagai daya penggerak jenama ini, Safi memastikan bahawa produk-produknya dihasilkan dengan penuh kualiti untuk kebaikan pengguna, serta selamat digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Perancangan Media Oleh Jenama Safi Malaysia

Bagi mempromosikan sesuatu jenama organisasi tersebut mengambarkan identity organisasi yang mewakili nilai-nilai semangat utama syarikat. Sebagai pelanggan  apabila melihat iklan atau melayari internet mengenai produk tersebut

MEMBENTUK  PENGIKLANAN

Di dalam usaha untuk membentuk kempen pengiklanan, pengurus pemasaran jenama safi perlu membuat lima keputusan penting dalam membentuk program pengiklanan.

1. Menetapkan Objektif

Penetapan objektif merupakan langkah yang paling utama di dalam merangka program pengiklanan. Objektif yang dibentuk mestilah berdasarkan kepada keputusan-keputusan lepas tentang sasaran pasaran , kedudukan syarikat serta elemen-elemen di dalam campuran pemasaran. Berdasarkan penentuan tersebut tugas-tugas di dalam program pengiklanan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

Objektif pengiklanan boleh dikelaskan mengikut tujuan utama, seperti:

(i)memberitahu

(ii)memujuk

(iii) mengingatkan

Pengiklanan Memberitahu

Digunakan secara intensif bagi keluaran baru yang ingin diperkenalkan, tujuannya adalah untuk memberitahu pengguna berkenaan kewujudan sesuatu produk dan cuba untuk membina permintaan utama. Contohnya iklan safi yang memaparkan kebaikan pencuci muka untuk kulit sensitif.

Pengiklanan Memujuk

Digunakan secara meluas apabila persaingan antara jenama meningkat. Di sini, objektif pengiklanan syarikat adalah untuk mewujudkan permintaan terpilih di mana pengeluar inginkan pengguna memilih jenamanya berbanding pesaing lain.

Pengiklanan Perbandingan

Merupakan pengiklanan yang membandingkan jenama keluaran syarikat dengan jenama lain sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, contohnya perbandingan di antara sabun Breeze dengan cap X.

Pengiklanan Peringatan

Penting untuk keluaran yang telah mencapai tahap matang. Ia bertujuan untuk mengekalkan ingatan pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna diingatkan agar mereka membeli jenama tersebut. Contohnya iklan Safi yang mengingatkan pengguna sekiranya ingin memiliki kulit yang cantik seperti pelakon Nora Danish perlulah membeli safi.

Secara keseluruhannya penentuan objektif pengiklanan perlu ditentukan berasaskan situasi pasaran semasa. Misalnya, semasa produk berada di dalam peringkat pengenalan, program pengiklanan mungkin lebih memberikan penumpuan kepada memberitahu pengguna berkenaan kewujudan produk tersebut.

2. Menetapkan Belanjawan Pengiklanan

Peruntukan belanjawan pengiklanan merupakan langkah yang penting kerana tanpa peruntukan kewangan segala program tidak mungkin boleh dilaksanakan. Selain daripada mengetahui kaedah-kaedah penentuan belanjawan, anda juga perlu mengetahui dan memahami faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penentuan belanjawa tersebut:

Secara umumnya penentuan belanjawan pengiklanan dipengaruhi oleh enam faktor berikut:

• Peringkat kitaran hayat keluaran

Keluaran baru memerlukan belanja yang lebih besar berbanding dengan keluaran yang sudah matang.

• Perkongsian pasaran (market share)

Peruntukan adalah berdasarkan syer pasaran yang dimiliki oleh sesuatu produk ataupun jemana terpilih.

• Persaingan dan bilangan pengiklanan (competition and clutter)

Di dalam pasaran yang terdapat banyak persaingan maka peruntukan belanja pengiklanan yang lebih besar diperlukan.

• Kekerapan pengiklanan (advertising frequency)

Semakin kerap pengiklanan dilakukan maka semakin besar peruntukan belanja yang lebih besar diperlukan.

• Perbezaan keluaran (product differentiation)  

Sekiranya terdapat persamaan di antara dua barang yang bersaing maka lebih banyak peruntukan belanja pengiklanan harus diadakan untuk membezakan kedua-dua produk tersebut.

• Ciri-ciri pasaran (market characteristics)

Pihak pengiklan perlu memperuntukkan satu amaun pengiklanan yang besar sekiranya kumpulan pasaran terdiri daripada mereka yang amat berminat kepada maklumat pengiklanan dan tidak menghiraukan pelbagai bentuk iklan setiap hari.

6.1.2 PROMOSI JUALAN

Anda akan mempelajari berkenaan promosi jualan untuk pelajaran seterusnya. Di dalam promosi jualan ini anda akan merasa lebih seronok untuk mempelajarinya. Promosi jualan membawa maksud segala rangsangan secara langsung yang menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan,agihan keluaran kepada pengguna akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera.

Alat untuk menjayakan promosi jualan boleh dibahagikan mengikut sasaran pasaran seperti berikut:

(i) Promosi jualan pengguna – merupakan promosi jualan yang dibentuk untuk merangsang pengguna akhir agar membuat pembelian segera.

(ii) Promosi jualan perdagangan – promosi jualan yang dibentuk untuk mendapatkan sokongan daripada penjual dan juga sebagai satu galakan kepada penjual agar memperbaiki usaha-usaha penjualan yang dilakukan.

(iii) Promosi tenaga jualan – bentuk promosi yang ditujukan kepada pasukan jualan sebagai satu rangsangan motivasi dan juga dorongan untuk mencapai jualan yang lebih baik.

Perancangan Organisasi untuk mengekalkan jenama mereka diminati pelanggan

Ramai peniaga yang mengakui dengan adanya media sosial ini, mereka dapat meningkatkan jualan produk mereka daripada perniagaan yang dijalankan. Jika kita lihat dilaman-laman media sosial kini, ada banyak iklan dan tawaran yang kita lihat muncul dilaman-laman ini. Jadi anda sudah tahu mengapa pentingnya media sosial ini. Tak lain tak bukan adalah untuk menambahkan keuntungan dalam perniagaan mereka.

Pendek kata, media sosial memainkan peranan yang signifikan dalam proses pemasaran yang kemudiannya akan menampakkan peningkatan dari segi jumlah penjualan dan bertambahnya keuntungan dalam perniagaan mereka.Media Sosial menjadi tempat pemasaran yang efektif kerana kemudahan internet itu sendiri yang kini manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai kalangan masyarakat termasuk menggunakannya untuk ‘bermain' di jejaring sosial.

Proses penyebaran informasi dan maklumat di media sosial adalah sangat mudah kerana peniaga hanya perlu membuat artikel, tulisan, gambar, video, atau apa jua bentuk informasi lainnya dan meletakkannya di media sosial tertentu yang dapat dilihat oleh semua pengguna di internet.Selain itu, dengan adanya sistem pemberitahuan atau notifikasi kepada pengguna media sosial, dapat memberitahu pengguna-pengguna ini bahawa ada posting informasi terbaru daripada peniaga-peniaga tertentu. Dengan cara ini, mereka boleh mendapatkan informasi dengan pantas dan cepat.

Ledakan teknologi maklumat telah membawa satu fenomena baru yang melanda masyarakat dunia iaitu berniaga di internet dan sebagai contohnya adalah Laman Web. Laman web merupakan satu perkara yanng penting pada masa kini terutamanya kepada sektor perniagaan. Ini kerana, selain daripada memperkenalkan syarikat, ia juga berfungsi sebagai salah satu pengiklanan yang percuma dan berjalan selama 24 jam sehari dan 7 sehari seminggu tanpa henti. Ianya melibatkan kos yang begitu minimum dan jauh lebih murah seperti kos yang melibatkan promosi dan pengiklanan. Pemasaran internet melalui kemudahan online seperti ezine dan e-classified dapat digunakan secara meluas di internet.  Produk  sentiasa dilihat oleh semua pihak yang melayari laman web itu sendiri. Kita hanya perlu mempromosikan laman web dan laman web itu sendiri akan menerangkan dengan lebih jelas mengenai perniagaan anda.

Dengan strategi pemasaran yang betul, laman web tersebut akan sentiasa mempunyai pengunjung dan akan menjadi pelanggan untuk membeli produk seterusnya, kita dapat berkomunikasi dengan bakal pelanggan antaranya adalah dengan cara menghantar dan bercakap kepada mereka serta mampu menarik pelanggan dari seluruh dunia dan dapat mencapai pasaran ke pringkat global dengan mudah dan lebih berkesan. Laman web adalah modul yang amat penting dalam perniagaan Internet. Dalam perniagaan sebenar, kita hanya memainkan peranan untuk menerangkan produk yang hendak di jual. Pemasaran internet hanya perlu menggunakan sebuah laman web yang dibangunkan. Infrastruktur ini perlu dibangunkan bagi tujuan menjual dan ia hanya memerlukan nama domain dan alamat email sahaja.

Kita boleh melihat sekarang ini industri perlancongan negara berpotensi besar mempengaruhi pelancongan dalam talian (online) berdasarkan penggunaan laman web di Malaysia ketika ini. Online adalah salah satu cara paling popular untuk membuat tempahan hotel dengan mudah dan selain itu juga penggunaan telefon pintar dan tablet dalam membuat tempahan dan mencari maklumat juga menunjukkan trend yang semakin meningkat.

Menurut kajian Mastura, Abdul Rashid dan Siti Zaleha (2012) berkenaan pemasaran penginapan bajet di Malaysia menunjukkan hampir 50 peratus hotel bajet menggunakan laman web untuk mempromosikan produk mereka. Penerimaan media sosial pada hari ini telah menjelaskan peranannya sebagai medium pemasaran baharu kepada organisasi perniagaan dan sumber maklumat utama kepada pengguna. Pelancong kini menjadikan media sosial sebagai platform untuk mendapatkan maklumat, berkomunikasi dan berkongsi pengalaman pelancongan mereka dengan pengguna Internet yang lain.

Kesimpulan

Media sosial telah mengambil peranan penting dalam marketing sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, Twitter telah berkembang pesat menjadi media yang pantas dan cepat dengan penyampaian berita terkini yang terjadi di sekitar kita atau yang menjadi trending pada waktu-waktu tertentu.

Dengan adanya media sosial ini mampu menciptakan sebuah dimensi baru untuk pemasaran internet sehingga menjadi lebih efektif, efisien dan lebih produktif jika anda mampu mempertahankannya dan mampu mengembangkannya menjadi sebuah media internet marketing yang berkualiti, dan lebih komprehensif untuk menarik pembeli yang berpotensi dan sangat berharga.

Jadi kesimpulannya adalah bahawa media sosial merupakan sebuah platform internet yang sangat berguna terutama bagi mereka yang menginginkan pemasaran melalui media internet yang produktif tanpa mempunyai kos yang tinggi untuk dikeluarkan untuk pemasarannya.

Teknik Pemasaran Media Sosial diakui merupakan alat pemasaran yang terbesar dan dominan pada masa ini. Ia sepatutnya menjadi pelan pemasaran yang paling efektif untuk semua pemilik perniagaan sama ada yang kecil ataupun besar.

RUJUKKAN

1.Abadi & Saka. Marketing Public Relations (Upaya Memenangkan Persaingan Melalui Pemasaran Yang Komunikatif). LMFEUI, Jakarta, 1994.

2.Ardianto, Elvinaro. Public Relations Suatu Pendekatan Praktis. Pustaka Bani Quraisy, Bandung,2004.

3.Ardianto, Elvinaro dan Erdinaya, Lukiati Komala. Komunikasi Massa Suatu Pengantar. PT. Remaja Rosdakarya, Bandung, 2005.

4.Bobbit, Randy dan Sullivan, Ruth. Developing the Public Relations Campaign. Pearson Education Inc, USA, 2005.

5.Brannan, Tom. Integrated Marketing Communications Memadukan Upaya Public Relations, Iklan dan Promosi Untuk Membangun Identitas Merek. Penerbit PPM, Jakarta, 2005.

6.Duncan, Tom. IMC:Using Advertising and Promotion to Build Brands. The Mc Graw – Hill Companies Inc, New York 2002.

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, . Available from:< https://www.essaysauce.com/essays/marketing/2016-11-10-1478745905.php > [Accessed 16.10.19].