Essay:

Essay details:

  • Subject area(s): Marketing
  • Price: Free download
  • Published on: 14th September 2019
  • File format: Text
  • Number of pages: 2

Text preview of this essay:

This page is a preview - download the full version of this essay above.

BAB I : PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Allah SWT telah memerintahkan manusia untuk selalu memakan makanan-makanan yang bersifat Halal dan Tayyib. Hal ini kerana kedua-dua aspek ini boleh memelihara kesihatan jasmani dan kecergasannya, juga ianya akan membantu mendorong meningkatkan kualiti ketakwaan dan sikap bersyukur kepada Allah SWT. Meninggalkan makanan yang halal dianggap mengikuti langkah-langkah syaitan yang membawa manusia kepada kerugian di dunia dan akhirat. Hal ini sesuai dengan perintah Allah SWT :

 ••                   

Maksudnya :

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

Al-Baqarah : 168

Memakan makanan yang haram walaupun secara lahiriyah bersih berkualiti dan bergaya, namun ianya dapat menumbuhkan sifat jahat dan derhaka kepada Allah SWT. Yang menyebabkan kerugian di dunia dan hukuman api neraka di akhirat kelak. Seperti sabda Rasulullah SAW :

''Setiap daging yang tumbuh dari barang yang haram, maka neraka lebih utama baginya.''

HR. Tirmidzi dari Ka'ab bin Ajazah r.a

Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak akan membantu membina jasmani dan rohani yang baik. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat doa termakbul dan makanan yang haram akan menggelapkan hati.   

Sebagai pengguna muslim, berusaha untuk mencari makanan yang halal dan tayyib sebagai kriteria utama dalam membuat pilihan makanan adalah satu kefardhuan, bukan hanya memilih makanan yang murah, lazat lagi menarik sahaja. Makanan yang haram atau syubhah perlu dielak, kecuali ketika dalam keadaan sangat dharurat.

Dalam kemajuan era globalisasi, selain mencari kesedapan makanan kuliner yang beragam, kehidupan sehari-hari dengan berbagai kesibukan pekerjaan menyebabkan ramai orang tidak sempat untuk menyiapkan sendiri makanan harian mereka, dengan demikian mereka tergantung kepada masakan orang lain untuk memenuhi keperluan makanan hariannya.

Untuk mencari makanan yang menepati cita rasa, mudah didapati dan mampu dibeli oleh seluruh lapisan masyarakat, makanan yang disediakan oleh pedagang kaki lima (PKL) adalah salah satu pilihan alternatif yang banyak digemari. Selain harga yang murah, jenis makanan yang beragam dan khas, PKL juga sangat mudah didapati kerana berlokasi di tempat-tempat keramaian yang sangat mudah untuk didatangi.

Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) selain dikenali sebagai kota pendidikan kerana banyaknya institusi pendidikan sama ada formal ataupun informal, ia juga terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan dunia, kerana peninggalan sejarah dan kebudayaannya yang tidak ditemui di tempat-tempat lain. Sebagai salah satu bandar yang sibuk di Indonesia, Yogyakarta mempunyai jumlah PKL yang relatif banyak, khususnya di Yogyakarta Kota . Justeru itu kajian ini menfokuskan daerah ini untuk mengenal pasti tahap halalan tayyiba dalam penyediaan makanan oleh PKL.

1.1 Latar Belakang Masalah Kajian

Kewujudan PKL banyak membantu masyarakat dalam mendapatkan barangan keperluan asas seharian. Hal ini kerana selain harganya yang murah, rasanya yang sedap dan banyak pilihan, ianya juga sangat mudah untuk dijumpai dimana sahaja. Seperti  di tepi jalan raya, laluan pejalan kaki, di taman-taman, dihadapan pusat membeli-belah, tempat parking kereta, disekolah-sekolah, bahkan terdapat ramai PKL yang berniaga berkeliling di kawasan jalan-jalan perumahan dengan menggunakan gerobak sorong, motorsikal, basikal dan ada juga yang berjalan kaki untuk menjual dagangannya.

Jenis barang jualannya juga terdiri dari pelbagai jenis:

a) Barangan bukan makanan seperti mancis, rokok, pen, baju, kasut, beg, penyapu dan pelbagai perkakas rumah.

b) Minuman sejuk dan panas.

c) Makanan mentah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan daging mentah.

d) Makanan ringan seperti pelbagai jenis gorengan (pisang, tahu, tempe, geblek, cucur bakwan dan lain-lain), kuih-muih (koci, arem-arem, donut, bakpia, bakpau dan lain-lain)

e) Makanan berat seperti nasi, sup, mi ayam, mi rebus, bakso, soto, pangsit, pecel, gado-gado, rojak dan lain-lain.

Walaupun kewujudan PKL banyak membantu memudahkan masyarakat dalam mencari keperluan  sehari-hari, akan tetapi ia juga terkadang meresahkan masyarakat kerana  terkesan merusak keindahan, kurang menjaga kebersihan dan mengganggu laluan pejalan kaki kerana mereka berniaga di tempat pejalan kaki, di taman-taman kota, di jejantas dan di bahu jalan.   

Selain itu, terdapat juga sesetengah PKL yang tidak bertanggung jawab dengan sengaja menggunakan bahan-bahan yang tidak halal dan juga bahan-bahan yang membahayakan kesihatan manusia dalam penyediaan makanan mereka.   Penggunaan bahan-bahan yang tidak halal dan membahayakan ini bukan sahaja sebagai bahan campuran pembuatan makanan, bahkan terkadang digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan makanan jualan, tanpa memberitahukannya kepada pengguna. Sesetengah pedagang juga terkadang sengaja memasang atribut keagamaan seperti tulisan halal dan tulisan-tulisan Arab, untuk mengelabui pembeli. Akibatnya para pengguna muslim tidak mengetahui kehalalan makanan yang mereka makan.

Masalah ini sering terjadi di tengah-tengah masyarakat Indonesia yang hidup bercampur-baur dengan pelbagai jenis taraf kehidupan ekonomi dan kepercayaan. Misalnya daging khinzir yang sering digunakan bersama daging sapi dalam penghasilan produk makanan seperti bakso dan juga mie ayam. Begitu juga minyak dan tulang khinzir turut digunakan dalam pembuatan kuah sup. Selain itu ayam mati kelmarin atau yang terkenal dengan sebutan ayam tiren dan juga ayam sampah atau ayam sisa makanan di hotel dan restoran, dan juga daging sapi palsu atau istilah yang dikenali sebagai pengganti nama daging tikus juga sering ditemui diolah menjadi bahan makanan dan dijajakan kepada orang ramai untuk mencari keuntungan perniagaan. Selain itu saren, dideh ataupun marus nama masakan darah sapi beku yang tidak asing di telinga masyarakat Yogyakarta juga banyak digunakan sebagai pengganti masakan yang berasaskan hati ataupun paru sapi.

Di Yogyakarta, pada saat dilakukan serbuan pihak berkuasa menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2010, ditemukan bakso bercampur daging khinzir yang dijual oleh PKL. Alasan penggunaan daging khinzir ini selain harganya yang murah, rasanya bakso juga akan menjadi lebih sedap kerana lebih terasa berlemak . Begitu juga serbuan yang dilakukan di kota Sukabumi Jawa Barat, pada bulan Mac 2015 yang menemukan puluhan daging celeng atau babi hutan yang sudah dipotong-potong dan dijangka akan diolah menjadi bebola bakso.  

Bakso ayam tiren juga pernah beredar di Bantul Yogyakarta, ayam tiren ini digunakan oleh sebahagian peniaga makanan sebagai bahan utama dalam pembuatan bebola bakso kerana harganya yang murah daripada ayam segar.  Begitu juga kes daging sapi palsu atau daging tikus dalam mi ayam bakso juga pernah ditemukan di Cijereh Bandung Jawa Barat.

Kes daging dan ayam sampah atau sisa hotel dan restoran yang dikumpul dan diolah kembali menjadi bahan campuran makanan juga pernah ditemui di Jakarta.  Begitu juga daging limbah di hypermarket yang sudah tidak layak dipamerkan, dikumpul dan dijual kembali kepada para pedagang makanan dengan harga yang murah sebagai sebagai bahan campuran bebola bakso dan bergedil. Kes darah sapi beku atau yang terkenal dengan nama marus, dideh ataupun  saren juga banyak dijual secara bebas dikalangan masyarakat Yogyakarta.

Selain itu, kes penggunaan daging ataupun kulit haiwan (kikil) yang dicampur dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti boraks dan formalin sebagai bahan pengawet juga banyak ditemui.  Pengguaan boranks dan formalin ini  terbukti sangat membahayakan kesihatan manusia.

Penggunaan haiwan khinzir, daging tikus, ayam tiren, ayam sampah, darah dan juga bahan makanan yang telah dicampur bahan kimia seperti boraks dan formalin dalam menghasilkan makanan, menjadikan makanan tersebut tidak halal dan tidak baik untuk digunakan. Penggunaan bahan makanan yang tidak halal ini akan menimbulkan masalah yang serius bagi pengguna muslim. Kerana selain menimbulkan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan, memakan makanan yang tidak sesuai dengan syarak akan menyebabkan kegelapan hati dan ditolaknya amalan ibadah.

Masalah-masalah diatas merupakan sebahagian kecil dari masalah kehalalan produk makanan yang terjadi di tengah masyarakat Yogyakarta pada khususnya. Hal ini menjadi sangat ironi di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, akan tetapi jaminan kehalalan dan keselamatan makanan kurang memuaskan. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan tentang isu-isu makanan yang dijual oleh PKL dan analisis terhadap tahap halalan tayyiba dalam penyediaan makanan.

1.2 Persoalan Kajian

Berdasarkan latar belakang masalah kajian yang telah dihuraikan di atas dapatlah dirumuskan bahawa masalah utama yang diselidiki di dalam kajian ini adalah:

1. Apakah konsep makanan halalan tayyiba dalam penyediaan makanan?

2. Bagaimanakah proses penyediaan makanan pedagang kaki lima di kota Yogyakarta?

3. Apakah amalan penyediaan makanan PKL di Kota Yogyakarta sesuai dengan konsep makanan halalan tayyiba?

4. Apakah tahap kefahaman dan kesedaran PKL Kota Yogyakarta tentang halalan tayyiba dalam penyediaan makanan?

5. Apakah hubungan antara tahap kesedaran dengan amalan penyediaan makanan?

1.3 0bjektif kajian

Objektif yang akan pengkaji capai dalam kajian ini adalah:

1. Menjelaskan konsep halalan tayyiba dalam penyediaan makanan.

2. Mengenal pasti jenis-jenis makanan yang dijual oleh PKL di Kota Yogyakarta.

3. Menganalisis kesesuaian amalan penyediaan makanan PKL di Kota Yogyakarta dengan konsep makanan halalan tayyiba.

4. Menganalisis tahap kefahaman dan kesedaran PKL ko Kota Yogyakarta tentang halalan tayyiba dalam penyediaan makanan.

5. Menganalisis hubungan antara tahap kesedaran dengan amalan penyediaan makanan.

1.4 Skop kajian

Pengkaji membataskan kajian ini kepada beberapa persoalan, iaitu:

a) Kajian terhadap pedagang kaki lima di Kota Yogyakarta.

b) Kajian kepada makanan yang berasaskan bahan mentah daging dan tepung.

c) Kajian terbatas kepada PKL yang berpangkal di tepi jalan Kota Yogyakarta.

1.5 Pengertian Tajuk

Tajuk yang dikaji adalah “Konsep Halalan Tayyiba dalam Penyediaan Makanan: Kajian Terhadap Pedagang Kaki Lima di Kota Yogyakarta”. Disini pengkaji akan memberikan pengertian yang lebih tepat terhadap tajuk tersebut.

Pengertian Konsep

Pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu , dalam konteks kajian ini ianya bermaksud pengertian dan kriteria makanan halalan tayyiba berdasarkan hukum syarak.

Pengertian Halalan Tayyiba

Halal berasal dari perkataan Arab berasal dari kata halla, yahillu, hallan secara epistimologi berarti melepaskan ikatan, diharuskan, tidak dilarang menurut hukum agama. Sedangkan dalam ensiklopedi hukum Islam halal ialah segala sesuatu yang menyebabkan seseorang tidak dihukum apabila menggunakannya atau sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak. Tayyiba pula dari segi bahasa diterjemahkan sebagai suci, baik dan bagus . Lawan kata dari tayyib adalah al-khabith yang berarti sesuatu yang tidak baik, tidak bagus, jahat, membusuk dan mendatangkan kemudharatan sekaligus menggambarkan sifat buruk, cacat serta tidak suci.

Pengertian Kaki Lima

Kaki lima adalah istilah yang digunakan bagi menyebut laluan pejalan kaki (trotoar) yang dahulunya berukuran lebar 5 feet atau sama dengan kurang lebih satu setengah meter.

Pengertian Pedagang Kaki Lima

Pedagang Kaki Lima adalah peniaga yang berjualan pada kaki lima, sesuai dengan perkembangannya, nama pedagang kaki lima meluas kepada setiap peniaga yang berjualan di daerah keramaian seperti laluan pejalan kaki, di hadapan kedai/kawasan perniagaan, pasar, sekolah, kawasan parking, ruang-ruang terbuka, taman-taman, terminal dan bahkan di perempatan jalan serta berkeliling dari rumah kerumah melalui jalan-jalan kampong diperkotaan.

Ataupun lebih jelasnya PKL adalah, setiap orang yang melakukan kegiatan usaha perniagaan ataupun jasa yang dilakukan cenderung berpindah-pindah dengan kemampuan modal yang terbatas serta berlokasi di tempat-tempat awam dan tidak mempunyai legalitas formal, dan kegiatan perniagaannya dapat dilakukan secara kelompok ataupun individual.

1.6 Kepentingan Kajian

i. Kajian ini diharapkan dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan dalam bidang Syariah, khususnya pendekatan terhadap masalah fiqh halal-haram dalam makanan.

ii. Kajian ini diharapkan dapat memantapkan penjelasan tentang konsep halalan tayyiba dalam makanan.

iii. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu masyarakat Islam di Yogyakarta dalam memilih makanan halalan tayyiba, yang disediakan oleh pedagang kaki lima di Kota Yogyakarta.

1.7 Tinjauan Literatur

Secara amnya terdapat banyak kajian telah dijalankan sebelum ini berkaitan pedagang kaki lima dalam berbagai tajuk dan materi. Namun kajian-kajian tersebut hanyalah tertumpu kepada kajian pedagang kaki lima dari sudut relokasi, strategi pemasaran, kebersihan, keselamatan makanan, dan juga peranan pedagang kaki lima bagi masyarakat dan ekonomi negara.

Seperti Artikel yang ditulis oleh Dinarjati Eka Puspitasari,  “Penataan Pedagang Kaki Lima Kuliner untuk Mewujudkan Fungsi Tata Ruang Kota di Kota Yogyakarta dan Kabupaten Sleman” menyatakan bahawa keberadaan pedagang kaki lima disamping menguntungkan bagi pendapatan ekonomi daerah, namun di sisi lain aktiviti mereka menggangu kawasan awam. Dalam artikel yang ditulisnya ini, Dinarti mencuba menghuraikan pola penataan ruangan publik yang sesuai bagi pedagang kaki lima supaya keberadaannya tidak mengganggu kawasan awam. Kajian yang dibuat oleh Tona Lubis et.all. “Model Tata Kelola Pedagang Kaki Lima di Kota Jambi” Juga mengkaji formula tata kelola pedagang kaki lima yang komprehensif dari segi pengelolaan keuangan, pemasaran, semberdaya manusia dan juga pengelolaan operasionalnya di kota Jambi Sumatera.

Begitu juga artikel yang ditulis oleh Retno Widjayanti,  “Karakteristik Aktivitas Pedagang Kaki Lima pada Kawasan Komersial di Pusat Kota : Studi Kasus Simpang Lima Semarang”.Menghuraikan beberapa karakteristik aktiviti pedagang kaki lima dari segi tempat niaga, pola penyebaran, sifat pelayanan, jenis barangan perniagaan, dan waktu berniaga.

Adapun artikel yang ditulis oleh Riyan Ningsih,  “Penyuluhan Hygiene Sanitasi Makanan dan Minuman, serta Kualitas Makanan yang Dijajakan Pedagang di Lingkungan SDN Kota Samarinda”. Mengkaji 24 pedagang makanan Sekolah Dasar Negeri Samarinda bagi mengetahui tingkat pengetahuan dan juga praktik hygine sanitasi pedagang makanan dan juga minuman, yang menyebabkan beberapa kes keracunan dan juga infeksi beberapa pelajar di tempat tersebut.

Begitu juga kajian yang dibuat oleh Trisna Erawati Agustin dan Retno Adriani,  “Higiene dan Sanitasi Nasi Tempe Penyet Pedagang Kaki Lima Jalan Karangmenjangan Surabaya”. Mengkaji tingkat kebersihan dan sanitasi 12 pedagang nasi tempe penyet di jalan Karangmenjangan Surabaya. Kajian ini mendapati hampir kesemua pedagang nasi tempe penyet di jalan Karangmenjangan ini tidak memenuhi standard kebersihan baik dari segi lokasi perniagaan, penyediaan makanan, penyajian, pembasuhan dan juga pembuangan limbah sisa makanan.

Begitu juga thesis master yang ditulis oleh Yusuf Ratu Agung,  “Membangun Kesadaran dan Perilaku Sehat Terkait Hepatitis A Melalui Promosi Kesehatan Berbasis Komunitas : Sebuah Studi Pemberdayaan Komunitas Penyedia Makanan Di Sekolah”. Mengkaji tingkat kesedaran dan perilaku sihat para pedagang makanan di sekolah sama ada dalam sekolah (kantin) ataupun luar sekolah (pedagang kaki lima), berkaitan dengan kejadian luar biasa di Yogyakarta iaitu infeksi Hepatitis A yang disebabkan oleh makanan.

Dan juga artikel yang ditulis oleh Lilik Nur Indah Sari at.all.,  “Analisis Kualitas Minyak Goreng yang Digunakan Pedagang Ayam Goreng Kaki Lima di Singaraja”. Menganalisis kualiti minyak masak yang digunakan pedagang ayam goreng kaki lima di Singaraja dilihat dari warna, berat jenis, index bias (nD), bilangan peroksida, dan kadar asam lemak bebas (%FFA) dan mendapati bahawa minyak masak yang digunakan oleh pedagang ayam goreng kaki lima di Singaraja memiliki kuaiti yang rendah disebabkan minyak telah mengalami hidrolisis, oksidasi dan penguraian akibat pemanasan dan penggorengan yang berulang kali, serta penambahan minyak baru tanpa membuang minyak yang lama.

Artikel yang ditulis oleh Yudi Siswadi,  “Persepsi Mahasiswa tentang Keberadaan Pedagang Kaki Lima di Sekitar Kampus.” Mengkaji persepsi mahasiswa mengenai keberadaan dan kualiti pedagang kaki lima di sekitar kampus. Dapatan kajian mendapati bahawa sebagai pengguna, majoriti mahasiswa merasa terbantu dengan keberadaan pedagang kaki lima, kerana menyediakan berbagai keperluan mereka dengan harga yang relatif murah dan mudah didapat. Meskipun di sisi lain banyak menimbulkan permasalahan seperti kesesakan jalan raya, kebersihan yang tidak terjaga dan sebagainya.

Kajian-kajian mengenai konsep makanan halalan tayyiba juga telah banyak dikaji dalam berbagai tajuk, bahasa dan subjek kajian, diantaranya adalah kajian yang ditulis oleh Anas bin Mohd Yunus at.all.,  “The Concept of Halalan Tayyiba and Its Application in Products Marketing : A Case Study at Sabasun HyperRuncit Kuala Terengganu, Malaysia”. Membincangkan prinsip-prinsip halalan tayyiba dalam Islam dan juga pengaplikasiannya dalam Sabasun HyperRuncit Kuala Terengganu. Dan kajian ini mendapati bahawa Sabasun HyperRuncit telah berjaya mengaplikasikan prinsip halalan tayyiba tersebut dalam pemasaran produk perniagaannya.

Begitu juga artikel yang ditulis oleh Azman Ab Rahman,  “Panduan Penentuan Makanan Halal Menurut Pandangan Ulama Serta Kesannya Terhadap IKS Muslim di Malaysia”. Dalam artikel ini penulis menghuraikan isu pemakanan menurut perspektif Islam disamping panduan penentuan makanan halal menurut pandangan ulama. Diantara isu pemakanan halal yang ditemukan oleh penulis adalah pembongkaran proses pengilangan sosej yang bersalutkan usus khinzir.

Kajian yang dilakukan oleh Harlida Abdul Wahab,  “Halalan Tayyiban in the Malaysian Legal Framework”. Menghuraikan konsep halalan tayyiba dari perspektif syariah dan kemudian mengaitkannya dengan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Dalam artikel ini penulis merumuskan bahawa konsep halalan tayyiba wujud dan diaplikasikan melalui undang-undang yang pelbagai.

Sejauh pembacaan pengkaji, kajian mengenai konsep halalan tayyiba dalam penyediaan makanan yang disediakan oleh  pedagang kaki lima khususnya di kota Yogyakarta belum pernah dikaji oleh mana-mana pengkaji.

1.8 Metodologi Kajian

1.8.1 Metod Pengumpulan Data

Untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan, pengkaji akan menggunakan dua kaedah pengumpulan data, iaitu  kajian perpustakaan, dan kajian lapangan.

a) Kajian Perpustakaan

Penggunaan metod ini ialah untuk mendapatkan data-data dan maklumat yang merujuk kepada kertas kerja, buku, majalah, jurnal, surat khabar dan sebagainya.  Metod ini di gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang konsep Halalan Tayyiba, juga untuk mendapatkan maklumat awal tentang pedagang kaki lima.

Di antara perpustakaan yang terlibat dalam memenuhi kaedah ini ialah:

1. Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

3. Perpustakaan IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta.

b) Kajian Lapangan

i. Soal selidik

Borang soal selidik dibahagikan kepada 100 responden yang dipilih secara rawak.

ii. Temubual Semi Struktur

Temubual akan dijalankan secara mendalam (indept interview) dan semi tersusun  (structured interview) bagi memperolehi maklumat secara terus dan bersifat asas daripada kalangan informer yang terdiri daripada para peniaga makanan kaki lima di KotaYogyakarta, yang dipilih dengan menggunakan teknik snowball. Dengan teknik ini diharapkan data yang diperolehi bersifat tersusun dan mendalam.

Pemilihan metod ini dilakukan kerana pengkaji ingin mendapatkan maklumat yang komprehensif mengenai latar belakang informer dan cara penyediaan makanan bermula dari proses mendapatkan bahan asas makanan, pengolahan sehingga penyediaan makanan serta bagi mengetahui tahap kesedaran peniaga kaki lima tentang halalan tayyiba dalam penyediaan.

iii. Pemerhatian

Pemerhatian akan dijalankan bagi mengetahui secara langsung proses penyediaan makanan di pedagang kaki lima, pengkaji akan mengamati bahan-bahan makanan dan juga penyajian  makanan dari segi kesucian dan kebersihan peralatan yang digunakan untuk mengolah dan menyajikan makanan, penjualan makanan dan juga pembuangan sampah sisa makanan. Disamping itu, pemerhatian juga dilakukan terhadap para pembeli makanan PKL, bagi mengetahui latar belakang pembeli.

1.8.1 Metod Analisis Data

Setelah semua data samada dari kajian perpustakaan ataupun kajian lapangan telah terkumpul, maka pengkaji akan melakukan proses menganalisis data. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan dua metod iaitu:

1.8.1.1 Deskriptif

Metod deskriptif analisis ini adalah dengan cara menganalisis data yang diteliti dengan menghuraikan data-data tersebut kemudian dibuat kesimpulan. Metod deskriptif analisis ini akan penulis gunakan untuk menganalisis sejauh mana konsep halalan tayyiba dapat diterapkan dalam penyediaan makanan pedagang kaki lima di kota Yogyakarta.

1.8.1.1 Inferens

Metod inferens

1.9 Struktur Kajian

Bab I : Pendahuluan

Bab II: Konsep halalan tayyiba dalam penyediaan makanan

Bab III: Rantaian penyediaan makanan halalan tayyiba dalam kalangan pedagang kaki lima di Kota Yogyakarta

Bab IV: Analisis tahap halalan tayyiba dalam penyediaan makanan PKL di Yogyakarta

Bab V: Penutup

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, . Available from:< https://www.essaysauce.com/essays/marketing/2016-3-4-1457080293.php > [Accessed 20.10.19].