Essay:

Essay details:

  • Subject area(s): Marketing
  • Price: Free download
  • Published on: 14th September 2019
  • File format: Text
  • Number of pages: 2

Text preview of this essay:

This page is a preview - download the full version of this essay above.

PEMIKIRAN KRITIS JUH 102/2

Anda telah ditugaskan untuk mengumpul maklumat untuk membuka kafeteria di kampus USM. Bincangkan sumber maklumat yang akan dikumpulkan. Antara sumber-sumber maklumat yang perlu dibincangkan ialah pengalaman, pemerhatian, pendapat pakar profesional, media massa, teks dan internet

1.0. PENGENALAN

Pada masa kini terdapat banyak kedai-kedai makan dan restoran yang menyediakan makanan kepada para pelanggan dan salah satunya dikenali sebagai kafeteria. “Kafeteria merupakan restoran yang mana pelanggan-pelanggannya mengambil makanan atau minuman sendiri dan membayarnya sebelum makan makanan tersebut” (kamus pelajar edisi kedua). Sebuah kafeteria yang dirancang akan dibuka di kampus induk USM Pulau Pinang yang mana ianya akan menjadi suatu kemudahan dan keselesaan para pelajar serta staf di dalam kampus. Walaubagaimana pun proses awal adalah perlu membuat kajian dan mendapatkan sumber-sumber bagaimana untuk membuka sebuah kafeteria agar proses ini berjalan dengan mudah dan lancar. Boleh dinyatakan di sini bahawa diperingkat awal seharusnya banyak aspek-aspek yang perlu diteliti dan membuat pencarian maklumat agar pelaksaan membuka kafeteria dapat direalisasikan. Membuka sebuah kafeteria bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana tanpa pengalaman dan panduan menyebabkan kegagalan di dalam perniagaan ini. Oleh itu perkara maklumat seperti “check list”, pengurusan pentadbiran, pemasaran, perancangan operasi dan kewangan hendaklah diperolehi. Segala kos-kos yang dikeluarkan perlu dikira lebih terperinci kerana kegagalan mengambil kira aspek-aspek ini mengakibatkan pengurusan untuk membuka kafeteria akan menghadapi masalah. Tidak dinafikan pelajar-pelajar akan memilih mana-mana kafeteria yang baik, murah, bersih dan selesa. Pengurusan kafeteria yang baik, makanan yang sedap, harga berpatutan dan mesra pelanggan akan menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk menjamu selera.

2.0. SUMBER-SUMBER MAKLUMAT BAGI MEMBUKA KAFETERIA

2.1. PENGALAMAN

Pengalaman seseorang individu atau kumpulan yang telah berjaya dalam apa jua bidang boleh digunakan sebagai maklumat yang berguna sebagai panduan bagi melaksanakan sesuatu perkara. Oleh yang demikian kepentigan maklumat-maklumat dari pengalaman orang lain boleh dijadikan sebagai panduan dan digunapakai untuk membuka sesebuah kafeteria di kampus USM Untuk membuka sebuah kafeteria tanpa menimba pengalaman orang lain akan menyebabkan pengusaha atau pemiliknya menghadapi masalah dalam pengurusan kafeteria. Oleh itu, bagi merealisasikan perkara ini, maklumat pengalaman pengusaha kafeteria yang telah berjaya patut dicontohi serta diambil buah pemikiran mereka (pengusaha) bagaimana membuka sebuah kafeteria. Jesteru itu, satu kajian hendaklah dilaksanakan kepada pengusaha/pemilik kafeteria bagi mendapatkan pandangan yang bernas, permasalahan awal dan pengalaman mereka semasa baru membuka sebuah kafeteria.

Sasaran bagi bagi mendapatkan maklumat ini, Kumpulan Mission 1 akan membuat kajian terhadap 3 pemilik/pengusaha kafeteria yang dapat memperlihatkan pengalaman mereka semasa membuka kafeteria pada peringkat awal.  Oleh itu, setelah maklumat dan data-data ini diperolehi akan memudahkan proses membuka kafeteria. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa untuk membuka kafeteria ini pelbagai masalah akan dihadapi seperti kos modal permulaan yang tinggi, kos sewa bulanan premis, deposit premis perniagaan dan pembelian aset perniagaan Selain itu, kesukaran mendapat pekerja yang mahir dan berpengalaman. Pengurusan kafeteria juga perlu mengambil kira bayaran gaji pekerja mengikut kepakaran, mengatur jadual kerja dan menjaga kebajikan pekerja. Disamping itu beberapa perkara yang berkaitan perkhidmatan pelanggan, kualiti, harga, kaedah bayaran dan kemudahan-kemudahan yang disediakan hendaklah juga diambil perhatian. Hasil kajian soal selidik di atas dapat membantu untuk membuka kefeteria. Berikut adalah maklumat-maklumat yang perlu diperolehi melalui temuramah dan soalselidik yang akan diajukan kepada pengusaha kafeteria:

Jadual 1. Soalan dan Temuramah Kepada Pengusaha Kafeteria

Bil Soalan Catatan

(a) (b) (c)

1. Bagaimanakah cara anda untuk memulakan perniagaan kafeteria?

2. Adakah pemilihan lokasi amat penting?

3. Adakah jumlah pelajar dalam USM perlu ambilkira?

4. Apakah pilihan menu yang sesuai dijual?

5. Bagaimana menghadapi saingan dari kafeteria yang sedia ada?

6. Apakah kelengkapan awal perlu disediakan?

7. Apakah kaedah bagi meletakkan harga makanan?

8. Bagaimana mengurus kewangan perniagaan?

9. Apakah petua agar perniagaan kafeteria tidak menghadapi massalah diperingkat awal pembukaan?

10. Berapakah modal permulaan yang harus dikeluarkan?

11. Berapa ramai pekerja yang diperlukan?

12. Bagaimana berhubung dengan pembekal bahan mentah?

13. Bagaimana cara pembelian bekalan bahan mentah ?

14. Bagaimana cara memromosikan perniagaan ini?

 (a) (b) (c)

15. Apakah masalah/risiko yang akan saya hadapi semasa menjalani perniagaan ini?

16. Apakah kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan?

17. Bagaimana menghadapi masalah kurangnya pelanggan?

18. Apakah kursus-kursus yang perlu dihadiri oleh bakal pengusaha?

2.2. PEMERHATIAN

Hasil pemerhatian awal yang telah dibuat di dalam kampus USM didapati beberapa kafeteria dan restoran mamak telah dibuka bagi memberi kemudahan dan keselesaan pelajar dan staf USM. Diperhatikan kunjungan oleh pelajar atau staf amat mengalakkan dan dijangka berlaku penurunan kunjungan pelajar yang membeli makanan apabila tibanya cuti semester. Pemerhatian juga mendapati faktor persaingan perniagaan antara pengusaha tetap wujud memandangkan terdapat kedai-kedai makanan, restoran mamak serta makanan segera yang ada di dalam kampus dan sekitar luar kampus, yang mana pelajar boleh membuat pilihan. Melalui permerhatian, sumber maklumat yang penting adalah perlu melihat lokasi tempat dan kajian menyeluruh yang mana adakah tempat yang dipilih/disediakan bersesuaian dan strategik. Kajian juga harus melihat dan membuat pemerhatian kekerapan pelajar ataupun staf USM mengunjungi mana-mana kafeteria yang sedia ada. Kajian juga perlu dilihat penyediaan menu makanan yang bersesuaian serta menepati citarasa pelajar yang akan menjadi pelanggan. Oleh itu beberapa kajian harus dibuat berdasarkan kepada pemerhatian ini untuk mendapatkan info-info yang berguna bagi membuka kafeteria. Hasil pemerhatian dan kajian menyeluruh ini dapat membantu menubuhkan sebuah kafeteria berdasar sumber maklumat yang diperolehi. Oleh yang demikian berdasarkan maklumat-maklumat kajian yang akan diperolehi boleh membantu serta segala masalah-masalah juga telah dikenalpasti dan mendapat jalan penyelesaian pembukaan sebuah kafeteria di kampus USM. Pendekatan SWOT ataupun singkatan dari “Strength” (Kekuatan), “Weakness” (Kelemahan), “Opportunities” (Peluang) dan “Treats” (Ancaman) boleh digunakan pakai dalam kajian ini yang mana ianya amat berguna untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengurusan strategik kafeteria. Maklumat-maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan digunakan sebagai garis panduan untuk membuka kafeteria. Kajian yang akan dilaksanakan adalah seperti:

 Lokasi kafeteria yang akan dibuka.

 Jumlah kafeteria atau restoran yang sedia ada di kampus USM.

 Bilangan pelajar dan pekerja di dalam kampus USM.

 Apakah makanan pilihan pelajar.

 Harga makanan yang dijual di dalam kampus USM.

 Kos sewaan bangunan.

 Kawasan tumpuan pelajar.

 Penubuhan Syarikat Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 Kebaikan dan kelemahan yang dikenalpasti.

2.3. PENDAPAT PAKAR PROFESIONAL

Pembukaan kafeteria di kampus universiti awam di Malaysia terutamanya di kampus USM perlu merujuk pendapat pakar profesional atau yang lebih berpengalaman dalam bidang perniagaan agar berjaya menarik minat para pelanggan secara amnya dari golongan pelajar. “Menurut Azizan Osman, yang disiarkan dalam blognya restoran memang merupakan industri yang banyak persaingan”. Sesetengah pendapat pakar dalam perniagaan memberi saranan agar kafeteria yang ingin dibuka hendaklah memberi suasana yang selesa dan harga yang berpatutan. Dalam pada itu, bagi menarik para pelanggan untuk datang ke kafeteria tersebut pakar juga berpendapat agar menu yang dihidangkan itu tidak sama setiap hari dan menu yang dihidang hendaklah menu yang menjadi pilihan pelanggan. Pendapat pakar juga memberi saranan agar harga makanan yang dijual tidaklah terlalu mahal, ini kerana pelanggan yang datang kebanyakkannya daripada gologan pelajar

Sehubungan dengan itu, pengusaha juga harus bijak memilih lokasi perniagaan sebagai contoh menyewa bangunan kafeteria berdekatan dengan kediaman para pelajar ataupun berdekatan dengan pejabat pentadbiran kampus USM tersebut. Hasil temuramah/temubual secara tidak formal telah dbuat bagi mendapat maklumat awal terhadap beberapa pemilik restoran, kedai makan dan kedai mamak di sekitar Pulau Pinang, mulai Septemper 2018 hingga Oktober 2018. Pandangan mereka (pengusaha) menyatakan bahawa perancangan membuka kafeteria adalah sesuatu yang sukar kerana memerlukan kos yang tinggi pada peringkat awal pembukaannya. Banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum membuat keputusan membuka kafeteria kerana persaingan begitu ketara di dalam kampus USM. Pada pendapat mereka (pengusaha) untuk membuka sebuah kafeteria di dalam kampus USM haruslah terletak di lokasi yang strategik, bangunan yang memiliki kemudahan asas perniagaan kafeteria. Mereka (pengusaha) menyatakan membuka kafeteria boleh berjalan dengan lancar sekiranya mengambilkira kos-kos yang perlu dikeluarkan dan ditanggung oleh bakal pengusaha. Perincian maklumat perniagaan hendaklah disediakan lebih awal melibatkan pendaftaran syarikat, pusingan modal, kos sewaan bangunan. Kafeteria yang hendak dibuka perlulah mengambilkira kos membeli aset kelengkapan dan bekalan bahan dan lain-lain perbelanjaan.

2.3.1. STRATEGI PERKHIDMATAN DAN PEMASARAN

Strategi perkhidmatan dan pemasaran untuk membuka kafeteria, maklumat-maklumat penting ini hendaklah kumpul agar pengurusan kafeteria yang dibuka berjalan lancar, ianya adalah seperti berikut;

 Bagaimana menubuhkan Syarikat (SSM) melibatkan perniagaan kafeteria?

 Bagaimana mendapat bantuan pembiayaan kewangan?

 Bagaimana menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti?

 Bagaimana menangani segala masalah dan rungutan pelanggan dengan baik?

 Bagaimana memastikan kualiti makanan mengikut standard yang ditetapkan?

 Bagaimana memastikan pengurusan kafeteria dijalankan dengan baik?

 Bagaimana memastikan standard kebersihan premis kafeteria dan makanan?

 Bagaimana memberi layanan yang baik kepada pelanggan?

 Bagaimana memastikan harga makanan yang berpatutan?

 Apakah menu yang bersuaian untuk dijual?

 Bagaimana mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam bidang catering?

2.4. METODOLOGI/SOAL SELIDIK/TEMURAMAH

Kajian juga akan dilaksanakan melalui soal selidik bagi mendapat maklum balas responden berkenaan pembukaan kafeteria di kampus induk USM. Kajian merangkumi lokasi kafeteria, jumlah pelajar, menu, masa dan harga makanan/minuman. Seramai 30 responden akan ditemuramah dan diberi borang soal selidik bagi mendapat sumber maklumat-maklumat yang penting bagi membuka kafeteria. Kajian ini merangkumi soalan-soalan yang telah dibincangkan bersama kumpulan. Hasil daripada soal selidik ini akan dijadikan panduan dan boleh membantu memudahkan pengusaha membuka kafeteria. Borang soal selidik yang akan diedarkan kepada para pelajar USM menggunakan aplikasi capaian internet. Kaedah yang yang digunakan adalah menggunakan aplikasi Whatsapp, Facebook, Email ataupun berjumpa dengan responden. Contoh borang soal selidik adalah seperti bawah:

Jadual 2. Cadangan Kajian dan Soal Selidik Kepada Responden

Bil Soalan Catatan

(a) (b) (c)

1. Apakah anda suka makan kafeteria di dalam kampus?

2. Adakah pilihan menu kesukaan anda?

3. Adakah anda mementingkan keselesaan tempat makan?

4. Apakah pendapat anda tentang tahap kebersihan pengusaha kafeteria?

5. Adakah anda selesa dengan ruangan yang disediakan di kafeteria yang sedia ada?

6. Berapakah bajet perbelanjaan makanan anda setiap bulan?

7. Adakah anda pernah mengalami kesukaran untuk makan pada waktu malam?

8. Adakah layan baik oleh pihak kafeteria akan menjadikan anda tertarik untuk berkunjung lagi?

9. Apa pandangan anda tentang harga makanan yang akan dijual?

10. Adakah anda datang berseorang atau berkumpulan?

11. Adakah anda suka sekiranya khidmat “delivery” terus ke kediaman?

12. Adak anda kerap mengunjungi kafeteria?

13. Adakah anda rancangan untuk membuat tempahan makanan?

2.5. INTERNET, TEKS DAN MEDIA MASSA

Dalam dunia dihujung jari, apa saja pencarian mahupun sumber maklumat yang ingin didapati boleh diakses melalui pelbagai cara. Peranan internet boleh membantu mendapatkan sumber-sumber maklumat yang diperlukan. Berbagai panduan dan tip-tip boleh diperolehi melalui carian dan dibuat perbandingan agar menjadi satu garis panduan sebagai contohnya mempromosikan melalui internet yang yang bersistematik iaitu dapat menyampai maklumat-maklumat yang tepat kepada pelanggan bagi memudahkan pelanggan. Pelbagai rujukan dan panduan yang boleh diperolehi melalui buku, jurnal dan lain-lain bagi mendapat sumber-sumber maklumat yang dikehendaki. Dalam pada itu juga dapat mempengaruhi bagaimana konsep atau pendekatan yang kan dibuat bagi membuka kafeteria. Sebagai panduan rujukan untuk mendapatkan sumber adalah antaranya juga melalui siaran akhbar, televisyen, radio dan filem dokumentari yang mana ianya banyak memberikan sumber maklumat yang boleh akses segera dan di fahami. Oleh yang demikian di sini akan dapat mempromosikan kafeteria kepada pelajar mau pun staf USM. Tambahan pula kebanyakkan pelajar baharu pasti akan mencari lokasi kafeteria yang ada di dalam kampus USM tersebut melalui carian internet. Seterusnya, dengan menggunakan internet kita akan dapat mempromosikan kafeteria yang ada di dalam kawasan USM dengan lebih meluas tambahan pula pada zaman yang serba canggih media massa amat penting dalam penggunaan seharian. Kita juga boleh mengedarkan risalah-risalah tentang pembukaan kafeteria kepada setiap pelajar dan juga kita boleh melakukannya secara “walk-in” di setiap asrama untuk datang ke kafeteria.

2.6. KESIMPULAN

Berdasarkan kepada sumber-sumber yang diperolehi untuk membuka kafeteria di dalam kampus USM adalah dapat dinyatakan bahawa terdapat banyak perkara-perkara yang perlu diambil kira dan dibuat penelitian. Di sini kami berpendapat bahawa dalam membuka kafeteria memerlukan peruntukkan modal kewangan yang banyak. Disamping itu, bagi mendapatkan pekerja yang berkebolehan seperti tukang masak dan pelayan pelanggan, perlu diambil perhatian. Paling utama perlu menitikberatkan kebersihan luar dan dalam kafeteria agar terhindar dari sebarang penyakit atau kotoran yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Dalam pada itu, keselesaan kepada pengunjung yang menjamu selera amatlah diutamakan, mengikut piagam pelanggan iaitu “Customer Always Right” dan hendaklah “ Khidmat Mesra Pelanggan”. Selain itu, mempromosikan kafeteria kepada pelajar dan staf USM melalui laman sesawang atau pun media sosial juga mempengaruhi kunjungan pelajar ke kafeteria. Membuat persediaan menubuhkan syarikat perniagaan dengani membuat pendaftran SSM sebelum proses membuka kafeteria.  Dalam pada itu, semestinya setiap pengusaha kafeteria akan menghadapi cabaran dan rintangan dalam menjalani perniagaan kerana melibatkan keuntungan dan kerugian yang perlu ditanggung.

RUJUKAN

Mohd Azhar Abd Hamid, Buku Pengenalan Kritis & Kreatif  cetakan kesembilan Tahun 2017

DIMENSIKOOP Perniagaan Restoran Peluang untuk Koperasi Julizah

https://www.coursehero.com › › CSEB › CSEB 3002

Idea Marketing Untuk Peniaga Restoran - Azizan Osman

azizanosman.com/blog/media/page/2/

https://www.scribd.com/doc/208811378/57-Kajian-Terhadap-Tahap-Kepuasan-Pelanggan-Di-Kafeteria-Merpati-Kolej-Dato-Bahaman-UiTM-Pahang-Mohd-Faizal-Azrul-Pp-413-420 Retrieved on September 1,2018

http://doctorsyukran.blogspot.com/2013/09/rancangan-perniagaan-kedai-makan-dan.html

http://secupaksireh.blogspot.com/2012/04/contoh-ringkas-rancangan-perniagaan.html

https://www.slideshare.net/jemindar/wus101-c-ontohrancanganperniagaafeb08

Manfaat, Faktor yang Memengaruhi, dan Contoh Analisis SWOT

https://www.jurnal.id/.../manfaat-faktor-yang-memengaruhi-dan-co...

PENGURUSAN KAFETERIA/RESTORAN | PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN balannambiar.wordpress.com

Portal Rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur - Dewan Makan & Kafeteriawww.ilpkl.gov.my tereived on September 1 2018.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pages - Home

www.ssm.com.my/

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, . Available from:< https://www.essaysauce.com/essays/marketing/2018-10-23-1540311244.php > [Accessed 20.10.19].