Essay:

Essay details:

  • Subject area(s): Philosophy
  • Price: Free download
  • Published on: 21st September 2019
  • File format: Text
  • Number of pages: 2

Text preview of this essay:

This page is a preview - download the full version of this essay above.

Paste your essay iSOCIOLOGY AND PHILOSOPHY OF EDUCATION IN MALAYSIA

Pendidikan sangat penting untuk Negara Malaysia kerana pendidikan adalah penentu utama arah tujuan dan penyelamat bangsa. Peranan penting pendidikan dalam menjayakan wawasan Negara demi untuk mencapai taraf Negara maju dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat bersatupadu, demokratik dan liberal. Perakuan-perakuan Penyata Razak 1956 telah menjadi paksi kepada pengubalan Akta Pendidikan 1996. Perakuan-perakuan itu juga telah menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih releven daripada Akta Pelajaran 1961. Akta Pendidikan 1996 ini merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961, digubal adalah bertujuan untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Didalam Akta Pendidikan 1995, Seksyen 15 dan 16 adalah berkenaan dengan sistem pendidikan kebangsaan yang hendaklah terdiri daripada berberapa jenis pendidikan iaitu pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Kesemua pendidikan tersebut adalah tidak termasuk sekolah ekspatriat (sekolah antarabangsa). Program pendidikan pra sekolah annex telah mula dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri sebagai projek rintisan pada 18 disember 1991. Pada 6 Jun 2001, mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu perluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar yang sedia ada. Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (National Key Result Areas) pendidikan dan cadangan perluasan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ada dua tujuan tugasan ini adalah untuk menjelaskan tentang konsep, matlamat, dan strategi “Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sebagai sistem pendidikan Negara. Tujuan yang kedua pula adalah menemuramah pentadbir/guru berkaitan dengan pelaksanaan KSPK dan isu-isu yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memastikan kejayaannya.

Konsep adalah satu kognitif unit makna, sebuah idea abstrak atau simbol mental ada kalanya dijelaskan sebagai "unit pengetahuan," dibina daripada unit lain yang bertindak sebagai ciri-ciri. Matlamat dan objektif mempunyai maksud yang sama. Sebuah konsep selalunya dikaitkan dengan perwakilan serupa dalam sesuatu bahasa atau simbologi seperti satu perkataan. Manakala matlamat pula bermaksud sesuatu yang ingin anda capai. Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Sebenarnya, anda menggunakan matlamat setiap hari. Contohnya, anda ingin pergi ke kedai untuk membeli gula. Jadi, gula itu adalah matlamat anda pergi ke kedai. Anda hendak pergi ke padang untuk bermain bola. Jadi bermain bola adalah matlamat anda pergi ke padang. Perkataan strategi pula membawa maksud pendekatan secara keseluruhan yang berkaitan dengan pelaksanaan gagasan, perencanaan, dan eksekusi sebuah aktiviti dalam kurun waktu tertentu. Kata "strategi" adalah turunan dari kata dalam bahasa Yunani, stratēgos. Adapun stratēgos dapat diterjemahkan sebagai 'komandan militer' pada zaman demokrasi Athena. Di dalam strategi yang baik terdapat koordinasi kerja, memiliki tema, mengidentifikasi faktor pendukung yang sesuai dengan prinsip-prinsip pelaksanaan gagasan secara rasional, efisien dalam pendanaan, dan memiliki taktik untuk mencapai tujuan secara efektif.

 Pentingnya matlamat dan objektif didalam setiap  perkara adalah untuk menentukan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Matlamat Kurikulum Standard Prasekolah kebangsaan (KSPK) ditubuhkan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu. Menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokan kreatif dan bermakna. Ini harus dilakukan untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk berhadapan dan menangani tanggungjawab serta cabaran semasa mereka menduduki sekolah rendah. Objektif KSPK adalah memberikan peluang kepada murid yang berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif seperti berikut :

 Jasmani

• Mempunyai tubuh badan yang sihat.

• Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.

• Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

• Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan.

• Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar.

 Emosi

• Mempunyai konsep kendiri yang positif.

• Mempunyai keyakinan diri.

• Mempunyai jati diri.

• Berani mencuba.

• Mempunyai kematangan emosi.

• Menghormati perasaan dan hak orang lain.

• Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

 Intelek

• Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia.

• Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris.

• Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan).

• Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan).

• Memperolehi kemahiran proses sains asas.

• Memperolehi kemahiran matematik asas.

• Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul.

• Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid.

• Mempunyai daya kreatif dan estetika.

• Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

 Rohani

• Mengamalkan nilai murni.

• Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

 Sosial

• Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.

• Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

• Menyuarakan pandangan dan perasaan.

• Bekerjasama dengan orang lain.

Hasil temubual bersama seorang pendidik dari salah sebuah prasekolah kerajaan yang berdekatan mengenai perlaksanaan KSPK dan isu-isu yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memastikan kejayaannya, beliau mengatakan bahawa KSPK ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada murid yang berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektifnya yang tersendiri. Murid seharusnya dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat. Beliau menyatakan bahawa pentingnya KSPK ini kepada murid bagi mendedahkan dan memberitahu serba sedikit tentang bagaimana keadaan atau suasana apabila mereka menjejakan kaki ke sekolah rendah setelah mereka berumur tujuh tahun kelak. Perlaksanaan KSPK ini adalah kanak-kanak dapat memahami pelajaran melalui bermain. Melalui perlaksanaan belajar sambil bermain ini, kanak-kanak boleh berkerja secara bersendirian dan boleh bekerja secara berkumpulan. Dengan bermain, kanak-kanak dapat membina pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna belajar melalui bermain. Sebagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah, KSPK menyarankan penggunaan belajar melalui bermain bagi memenuhi keperluan kanak-kanak. Kita sudah sedia maklum bahawa kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun begitu aktif bermain. Ianya telah menjadi tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Oleh itu, belajar sambil bermain secara tidak lansung akan membuat mereka meneroka, penemuaan, dan pembinaan pengalaman kepada diri mereka. Contoh untuk belajar sambil bermain adalah seperti, guru perlu menulis 1 sehingga 10 pada papan tulis dan kanak-kanak haruslah meletakkan berapa biji batu dalam setiap tempat yang disediakan pada setiap nombor dari satu hingga sepuluh tadi. Pelajar perlu mengira jumlah batu mengikut nombor yang ditampal pada setiap tempat. Dengan aktiviti ini pelajar secara tidak lansung bermain sambil belajar. Contoh bermain sambil belajar ini boleh dilihat pada gambar 1 dibawah perenggan ini. Menurut responden, kekangan masa adalah sebagai faktor contohnya alasan yang biasa dikatakan oleh guru adalah seperti “kesibukan” dan “kekangan masa”. Lain-lain komen seperti memerlukan pengetahuan yang lebih untuk kaedah yang berkesan, kurang mahir untuk membantu murid yang sukar untuk membaca, saiz kelas yang terlalu besar sama ada murid yang terlalu ramai atau ruang yang tidak sesuai, dan juga masalah murid-murid yang nakal dan sukar dikawal. Selain itu, sumber yang tidak mencukupi atau bahan-bahan dan murid yang sangat malas telah menjadi isu-isu yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memastikan kejayaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK) ini. Matlumat ini adalah telah diperoleh daripada hasil temuramah yang telah dijalankan pada sekolah yang berdekatan.

Gambar 1

Melalui pembacan saya dari laman sesawang, ICT bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communications Techology). Secara lebih tepatnya ICT ini adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat. Respondan yang kedua menyatakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communications Techology) atau ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya juga dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar (Imam Al-Ghazali). Kanak-kanak hari ini adalah generasi komputer (Papert, 1996). Tujuan ICT perlu dalam pengajarran dan pembelajaran salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan P&P prasekolah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kurikulum baru yang digubal menggabungkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran, membabitkan semua mata pelajaran, adalah sebahagian agenda kerajaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Tan Sri Muhyiddin berkata usaha untuk menggabungkan lebih banyak aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan negara tidak akan sempurna tanpa dimasukkan peranan ICT. Beliau juga berkata penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah membolehkan pembelajaran interaktif, yang lebih berkesan dan merangsang minda. (Kosmo Online, April 14, 2010). Guru prasekolah juga perlu mempunyai persepsi dan sikap positif terhadap penggunaan ICT dalam P&P. Guru prasekolah perlu bijak dan kreatif dalam penggunan ICT di kelas prasekolah selaras dengan matlamat KSPK iaitu memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Penggunaan ICT yang berkesan membolehkan ICT digunakan sebagai alat P&P yang dapat dimanfaatkan bagi pembangunan akademik dan perkembangan sosial kanak-kanak. Bagi memastikan ICT digunakan secara efektif, guru prasekolah perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubah suai teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Kandungan dan standard pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun yang telah diberi penekanan oleh KSPK. Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Penekanan standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas, serta nilai murni. Penekanan itu adalah seperti komunikasi, kerohanian, sikap nilai murni, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika dan keterampilan diri. Responden megatakan contoh penggunaan ICT sepeti penggunaan seperti video, televisyien, perisian multimedia digunakkan untuk melibat kan kanak-kanak secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh aktiviti yang paling senang mengenai ICT untuk prasekolah adalah seperti menayangkan jenis-jenis haiwan, jenis-jenis perkerjaan yang mudah difahami,dan bernyanyi mengikut audio yang mengandungi pembelajaran dan pengajaran. Tujuan aktiviti ini di dedahkan pada kanak-kanak bagi mengenali jenis-jenis pekara yang telah ditayangkan tersebut. Isu-isu yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah seperti masa yang terhad. Sebab yang lain pula pihak sekolah tidak dapat menampung jumlah kanak-kanak prasekolah, kanak-kanak yang kurang memahami tentang prihal computer dan kemungkinan guru sekolah yang tidak cukup keadah dan bahan-bahan yang diperlukan untuk kanak-kanak prasekolah. Menurut isu-isu yang telah saya dapati dalam laman sesawang adalah seperti bagaimana menggunakannya untuk mengajar, dan takut kehilangan kuasa mereka di kelas kerana P&P berpusatkan pelajar (Hannafin, 1999; Savenye, 1993), kelemahan reka bentuk perisian, skeptisisme tentang keberkesanan komputer dalam meningkatkan hasil pembelajaran, kurang sokongan pentadbiran, masa dan usaha yang diperlukan untuk belajar teknologi.matlumat ini telah diperoleh daripada hasil temubual yang dijalankan pada sekolah yang berdekatan dan sedikit matlumat yang telah diperoleh daripada laman sesawang.

Pada usia awal, pentingnya memastikan semua kanak-kanak menggunakan amalan pengajaran dan pembelajaran  yang terbaik dan berkesan kerana pada usia itulah ekponan lebih berjaya daripada kemudian pemulihan. Melalui matlumat reponden pertama yang telah ditemubual, bermain sambil belajar ini dapat memperkembangankan lagi daya pemikiran kanak-kanak pada awal usia dan kanak-kanak lebih memahami pelajaran melalui aktiviti bermain sambil belajar ini. Aktiviti seperti ini dapat memperkembangkan daya pemikiran kanak-kanak kerana telah menjadi sikap natural diri mereka, bermain adalah sangat menyeronokan dan pada masa yang sama mereka belajar dari permainan yang telah direka oleh guru. Aktiviti seperti sedemikian sedikit sebanyak memperkembangkan kreativiti kanak-kanak itu sendiri. Mereka diberi peluang untuk memberikan idea kreativiti melalui proses mengenal pasti dan memilih jawapan yang sesuai untuk soalan ketika aktiviti bermain sambil belajar ini dijalankan. Aktiviti ini akan memberi pengalaman berfikir dan menentukan keputusan. Apabila umur kanak-kanak meningkat dewasa mereka akan memahami dan boleh menentukan keputusan dalam apa-apa jua situasi dan boleh berfikir secara rasional.

Pada pendapat saya, usaha pentadbir dan pemimpin pendidikan negara Malaysia harus diberi pujian kerana kita sedia maklum penggunaan ICT pada masa kini sangat penting kerana kebanyakkan informasi, maklumat dan komunikasi masa kini menggunakan teknologi yang canggih. Pentingnya penggunaan ICT di kalangan kanak-kanak didalam sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah bagi memberi pendedahan awal kepada diri kanak-kanak itu sendiri. Ini adalah sebagai langkah awal untuk melahirkan generasi yang celik ICT. Guru prasekolah adalah insan yang memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan impian Kementerian Pelajaran Malaysia ini. Pihak guru dan ibubapa juga harus memainkan peranan secara bersama untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak terhadap ICT. Pemantauan dar pihak guru dan ibubapa adalah penting untuk memastikan kanak-kanak hanya melayari ICT yang berfaedah sahaja. Selain itu, penggunaan ICT di kalangan kanak-kanak dapat memperkembangkan dan  memberi idea kreatif kepada mereka sendiri.

Kesimpulannya, Semua kanak- kanak berhak mendapat amalan literasi pengajaran yang terbaik. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ataupun KSPK ini sangat penting dan sangat baik kerana program KSPK ini sangat membantu dan menyokong proses pengajaran dan proses pembelajaran. Pendidikan sangat penting kepada kanak-kanak kerana iyanya menentukan arah tuju seorang kanak-kanak itu. Murid seharusnya dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat. Beliau menyatakan bahawa pentingnya KSPK ini kepada murid bagi mendedahkan dan memberitahu serba sedikit tentang bagaimana keadaan atau suasana apabila mereka menjejakan kaki ke sekolah rendah setelah mereka berumur tujuh tahun kelak Seorang pendidik literasi awal perlu dilengkapi dengan pengetahuan disiplin yang banyak, himpunan strategi pengajaran yang berkesan dan keputusan pembuatan dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak. Melalui latihan dan sokongan, guru-guru prasekolah boleh memperoleh kepakaran dalam pengajaran literasi dan dengan itu arahan supaya mereka boleh memantau dan mengawal selia diri amalan pengajaran mereka. berjaya dalam mempromosikan kemahiran literasi dan motivasi kanak-kanak. Oleh itu juga, pendidikan kanak-kanak harus diberikan perhatian kerana pendidikan menentukan hala tuju negara kita

n here...

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, . Available from:< https://www.essaysauce.com/essays/philosophy/2016-7-15-1468597354.php > [Accessed 08.04.20].