Essay:

Essay details:

  • Subject area(s): Science
  • Price: Free download
  • Published on: 15th October 2019
  • File format: Text
  • Number of pages: 2

Text preview of this essay:

This page is a preview - download the full version of this essay above.

Past1.1 Pengenalan

Pengajaran Tingkatan Enam telah mengalami revolusi yang pelbagai sejak sistem persekolahan Tingkatan Enam diperkenalkan di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan lebih 30 tahun yang lalu. Hal ini seiring dengan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan mutu sistem pendidikan di negara ini. Terbaru adalah pengenalan kepada sistem baharu Tingkatan Enam pada tahun 2012 apabila pada 4 Januari tahun yang sama, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) meluluskan pelaksanaannya di sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan Enam bagi menggantikan sistem persekolahan terdahulu untuk sesi pengambilan tahun 2012/2013. Pengajaran dalam sistem ini telah pun berjalan selama satu penggal bagi pelajar-pelajar Tingkatan Enam Rendah di mana mereka merupakan kohort pertama yang telah menduduki peperiksaan penggal pertama dari 5 hingga 8 November 2012 (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2012).

Pengajaran Tingkatan Enam kini berfokuskan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau berdasarkan kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu setengah tahun. Peruntukan waktu pengajaran untuk setiap mata pelajaran adalah lapan waktu seminggu dan 40 minit setiap waktu. Sebelum diperkenalkan sistem baharu, tempoh pengajaran adalah sama iaitu selama satu setengah tahun, namun tempoh ini terdiri daripada Tingkatan Enam Bawah yang meliputi penggal kedua persekolahan serta Tingkatan Enam Atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua persekolahan pada tahun

2

berikutnya (Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Pembangunan Komuniti, 2012). Di sini dapat dilihat bahawa pengajaran Tingkatan Enam kini masih tidak terganggu oleh tempoh persekolahan mengikut kalender persekolahan sedia ada, cuma pembahagian kurikulumnya sahaja berbeza mengikut kesesuaian dalam tiga penggal atau semester seperti yang dijalani oleh pelajar-pelajar di universiti mahupun kolej-kolej matrikulasi.

Pengajaran Tingkatan Enam juga menghadapi cabaran baru dalam aspek pentaksiran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan dalam hampir semua mata pelajaran pada tahun 2012 ( _____, 2012). Daripada 23 mata pelajaran yang ditawarkan, 19 daripadanya terbahagi kepada dua kaedah pentaksiran iaitu PBS dengan wajaran 20% hingga 40% dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80% (peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran). Hanya empat mata pelajaran yang tidak perlu menjalankan PBS iaitu Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Further Mathematics dan Literature in English. Sebelum ini, empat mata pelajaran sahaja yang menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu Computing, Physic, Chemistry serta Biology dan pelaksanaannya adalah sepanjang tempoh persekolahan selama satu setengah tahun. Justeru itu, hanya guru-guru bagi empat mata pelajaran ini telah sedikit sebanyak mengetahui kaedah PBS yang dijalankan kini, cuma perlu diberi lebih pendedahan kepada aspek-aspek baru pentaksiran yang diperkenalkan.

Selain daripada itu, pengajaran Tingkatan Enam pada masa kini perlu menekankan pelaksanaan PBS di sekolah. PBS merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja projek, kajian luar dan kerja amali yang diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran. Soalan atau tugasan kerja kursus disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan PBS dibuat oleh guru mata pelajaran itu sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala MPM akan menjalankan pemantauan dan penyelarasan di peringkat zon atau pusat. Pemeriksa PBS bagi sekolah swasta dan calon persendirian pula dilantik oleh MPM.

3

Bagi menjamin kualiti PBS, satu Garis Panduan PBS disediakan oleh MPM bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2012). Dengan ini, guru-guru boleh mencapai maklumat berkenaan PBS dan seumpamanya dengan lebih mudah bagi mengaplikasikannya dalam pengajaran di sekolah.

Dalam pengajaran Tingkatan Enam, guru-guru perlu lebih bersedia kerana peperiksaan akhir berpusat ditadbirkan pada hujung setiap penggal dan keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada setiap penggal. Keputusan keseluruhan STPM ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik ketiga-tiga penggal. Jika dahulu peperiksaan akhir berpusat ditadbirkan hanya sekali pada hujung tahun persekolahan selama satu setengah tahun dan guru-guru mempunyai tempoh masa pengajaran yang panjang sebelum peperiksaan, namun kini ianya berbeza. Namun begitu, sistem penggredan peperiksaan masih sama dan tiada prasyarat kelulusan minimum untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian untuk penggal berikutnya (Kementerian pelajaran Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, guru-guru perlu pantas menyesuaikan diri dengan situasi semasa bagi mengekalkan momentum pengajaran.

Dari segi standard dan pengiktirafan peperiksaan STPM, kandungan kurikulum dalam pengajaran Tingkatan Enam dahulu dan kini tidak berubah. Wakil Cambridge Assessment (CA), United Kingdom akan turut serta dalam Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM ini bagi penentuan keputusan STPM. Wakil CA ini akan memberikan pandangannya mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM bagi setiap kertas dan membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan. Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang standard peperiksaan STPM ini (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2012). Oleh itu, tidak ada isu yang timbul bagi mempertikaikan pengajaran guru dan standard serta pengiktirafan peperiksaan STPM pada masa kini kerana pada umumnya kandungan kurikulum adalah sama. Ibu bapa serta masyarakat tidak lagi perlu risau untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian Tingkatan Enam kelak.e your essay in here...

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

This essay was submitted to us by a student in order to help you with your studies.

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, . Available from:< https://www.essaysauce.com/essays/science/2017-3-6-1488791179.php > [Accessed 12.12.19].