Home > Geography essays > Peta Dan Kepentingannya Sebagai Sumber Dan Maklumat Kepada Manusia

Essay: Peta Dan Kepentingannya Sebagai Sumber Dan Maklumat Kepada Manusia

Essay details and download:

  • Subject area(s): Geography essays
  • Reading time: 8 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 October 2019*
  • File format: Text
  • Words: 2,176 (approx)
  • Number of pages: 9 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 2,176 words. Download the full version above.

Pengenalan

Geografi adalah satu bidang sains yang mengkaji mengenai elemen ruang dan tempat. Kepentingan bidang Geografi kepada kehidupan manusia adalah ia mengkaji permukaan bumi; dan bumi merupakan ruang dan tempat masyarakat manusia untuk hidup. Secara ringkasnya, tumpuan bidang Geografi adalah untuk mengkaji dan mempelajari mengenai fenomena semulajadi dan budaya yang terdapat di seluruh dunia. Perkataan “Geografi” berasal daripada dua perkataan daripada bahasa Yunani, iaitu kata nama “geo” yang bermaksud bumi dan kata kerja “graphon” yang bermaksud menulis. Masyarakat Yunani telah mencipta perkataan ‘Geographia’ yang bermakna “deskripsi tentang bumi”, dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut (Wikipedia, 2017).

Bidang Geografi adalah satu bidang ilmu yang tidak dapat lari daripada pengkajian peta. Pengkajian peta mempunyai peranan yang penting dalam pengembangan ilmu bidang Geografi. Hal ini juga ditegaskan oleh ahli Geografi iaitu Claudius Ptolomaeus. Claudius Ptolomaeus menyatakan bahawa, “Geografi adalah suatu pengkajian melalui peta dari sebahagian dan seluruh permukaan bumi” (Wikipedia, 2017). Bidang Geografi juga bukan sahaja mengkaji dan mempelajari mengenai kedudukan sesuatu fenomena atau budaya, malah bidang ini juga mengkaji mengenai samada sesuatu fenomena atau budaya tersebut berlaku adalah disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Hal ini menunjukkan, betapa pentingnya bidang geografi terhadap kehidupan manusia iaitu adalah untuk lebih memahami fenomena dan budaya persekitaran bumi, dan peta merupakan sebuah alat untuk pengembangan bidang ilmu yang penting ini.

Peta dalam Bidang Geografi

Peta adalah merupakan sebuah alat yang membantu dan mengembangkan ilmu bidang Geografi. Melalui peta, ahli-ahli Geografi mudah untuk memahami dan mempelajari fenomena dan budaya persekitaran bumi. Peta dunia yang diakui oleh masyarakat sedunia adalah peta yang disusun oleh Ptolemeus  iaitu pada abad ke-15. Peta tersebut juga dikenali sebagai peta Ptolemy. Dalam peta tersebut, Ptolemeus memberikan panduan kepada ahli-ahli geografi mengenai cara merangka peta dunia atau pemetaan, memperkenalkan elemen topografi dalam peta dan menegeaskan kepentingan elemen keterangan untuk setiap peta yang dirangka. Bangsa Babilonia sekitar 2300 sebelum tahun Masihi, telah mengenal peta dengan wujudnya bukti sejarah berupa peta yang diperbuat daripada tanah liat. Ringkasnya, peta adalah hasil peradaban manusia sejak 5000 tahun yang lalu, dan hingga kini masih diperkembangkan dan digunakan untuk kesejahteraan hidup manusia.

Pemetaan atau kertografi ialah kaedah ahli-ahli Geografi dalam menginterpretasikan permukaan bumi dengan simbol abstrak (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2015) . Kaedah pemetaan ini mempunyai peranan besar dalam mengembangkan ilmu peta dan seterusnya meluaskan kajian dalam bidang ilmu Geografi. Pemetaan juga merupakan satu elemen penting yang membezakan bidang ilmu Geografi dengan bidang ilmu yang lain, sebagaimana bidang ilmu Geografi mementingkan kajian mengenai ruang dan tempat. Elemen ruang dan tempat tersebut dapat dilihat dan dirangka ke dalam bentuk peta. Bidang pemetaan atau kartografi juga memerlukan ahli-ahli Geografi yang mampu memahami psikologi kognitif dan ergonomi. Hal ini adalah penting supaya ahli-ahli Geografi tersebut beruapaya menggunakan simbol yang selaras dengan sesuatu fenomena atau budaya di permukaan bumi. Simbol tersebut juga seharusnya mudah difahami oleh masyarakat manusia bagi kesejahteraan hidup masing-masing. Pemetaan juga memerlukan ahli-ahli Geografi untuk menguasai sebahagian ilmu matematik dan komputer. Hal ini menunjukkan bahawa, elemen peta memainkan peranan yang penting dalam bidang Geografi, dan juga elemen peta ini juga adalah satu elemen ilmu yang kompleks dan memerlukan penguasaan beberapa bidang ilmu.

Peta Sebagai Sumber Dan Maklumat Kepada Manusia

Sumber dan maklumat merupakan informasi penting yang diperlukan untuk disebar kepada masyarakat manusia. Setiap individu di segenap ruang dan tempat adalah berhak untuk mendapatkan sumber dan maklumat yang sama demi kesejahteraan hidup sedunia. Sumber dan maklumat dapat disebarkan dalam pelbagai cara, samada melalui bentuk gambar, lisan atau  tulisan. Dalam bidang ilmu Geografi, sebagaimana bidang ilmu ini mementingkan elemen ruang dan tempat. Oleh itu, ahli-ahli Geografi sedunia, bersepakat untuk menggunakan peta (bentuk gambar) (Maya Sari, 2015). Melalui peta, ahli-ahli Geografi dapat menyebarkan dan berkongsi sumber dan maklumat mengenai fenomena-fenomena dan budaya-budaya di permukaan dunia, samada ia berlaku di lapisan atmosfera bumi dan juga isi bumi. Secara ringkasnya, peta memiliki fungsi efektif yang dapat memudahkan manusia dalam melihat bumi secara keseluruhannya.

Menurut Maya Sari (2015) juga, peta merupakan suatu gambaran atau representasi unsur-unsur yang ada di bumi terutama di bahagian permukaan bumi dan juga benda-benda yang wujud di luar angkasa seperti sistem suria. Secara mudahnya, peta merupakan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu ruang atau tempat dengan menggunakan skala kecil untuk menginterpretasikannya di media yang datar. Peta boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori. Rajah 1 berikut merupakan ringkasan bagi kategori peta mengikut jenis kandungan peta tersebut.

Rajah 1: Kategori Peta Mengikut Kandungan Peta (disesuaikan daripada Maya Sari, (2015)

Peta umum merupakan gambaran permukaan bumi secara umum, iaitu peta yang menggambarkan pulau, jalan, sungai, gunung dan lain-lain. Manakala, peta topografi ialah  sjenis peta yang menggambarkan bentuk tinggi dan rendahnya permukaan bumi pada pulau atau tempat tertentu. Peta chorografi pula adalah peta yang menggambarkan seluruh permukaan bahagian bumi atau sebahagian saja dengan menggunakan skala yang kecil iaitu seperti 1 : 250.000 hingga 1 : 1.000.000. Peta tematik, terakhirnya, iaitu merupakan peta yang menggambarkan bahagian bumi secara khusus, iaitu seperti peta bagi kelompok tumbuhan, haiwan, perusahaan, penyakit dan lain-lain.

Peta sangat berguna bagi kehidupan manusia kerana semua aktiviti manusia berkait rapat dengan permukaan bumi. Peta memiliki pelbagai fungsi dan kepentingan, di antaranya adalah peta dapat menunjukkan posisi atau lokasi relatif suatu tempat dari suatu tempat lainnya, peta dapat menunjukkan ukuran dalam pengertian jarak dan arah, peta juga dapat menunjukkan bentuk dari unsur-unsur permukaan bumi yang disajikan dan, peta dapat menghimpun unsur-unsur permukaan bumi tertentu dalam suatu bentuk penegasan. Setiap negara menggunakan sistem yang berbeza, terutamanya di dalam  melakukan pemilihan dan klasifikasi informasi, kerana setiap negara mementingkan unsur yang berbeza (Ashriq Fahmi, 2010).

Pemetaan atau kartografi adalah seni, ilmu pengetahuan dan teknologi tentang pembuatan peta, sekaligus dijadikan rujukan sebagai dokumen ilmiah dan hasil karya seni. Proses kartografi adalah satu proses merangka peta untuk dijadikan sebagai sumber informasi. Bahan Kartografi ialah semua bahan yang secara keseluruhan atau sebahagian menggambarkan bumi atau angkasa dalam skala, termasuk peta dan gambar rencana dalam dua dan tiga dimensi; seperti peta penerbangan, pelayaran, dan angkasa.

Seiring dengan globalisasi dan modenisasi ini, bidang pemetaan berkembang maju dan mula diperkukuhkan dengan bantuan daripada perisian komputer dan talian internet. GIS atau Sistem Informasi Geografi adalah merupakan antara perisian komputer yang memperkembangkan bidang ilmu Geografi dan pemetaan pada hari ini. GIS adalah sistem komputer untuk memasukkan, menata, mengolah dan mempresentasikan data yang memiliki referensi ruang. Aplikasi GIS ini mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor, mulai dari analisis lingkungan, optimasi ‘route’ lalu lintas, perencanaan wilayah, pengurusan fasiliti, pengurusan pasar, dan di pelbagai sektor yang lain lagi. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa dalam beberapa aplikasi GIS diperlukan, data tematik yang belum terdapat pada peta rupa bumi, iaitu data kependudukan, data lalu lintas dan beberapa data yang lain lagi. Peta digital hanya menyediakan data dasar atau data baku, iaitu geometri dari permukaan bumi yang benar. Untuk beberapa jenis aplikasi GIS, misalnya analisis banjir, modeling penghasilan padi, simulasi propagasi gelombang radio atau perkiraan tempat-tempatberisiko kecelakaan di jalan raya, peta digital mempunyai peranan penting dalam menganalisis bagi data-data tersebut. Namun untuk sebahagian besar aplikasi GIS, data dari peta digital masih harus ditambah data lain, atau ditingkatkan nilai dapatan analisisnya (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, 2012).

Perbezaan pemetaan tradisional dan GIS juga adalah; hasil proses pemetaan atau kartografi adalah peta yang digambarkan pada kertas. Manakala GIS menggunakan peta digital sebagai dasar analisis spatial. Proses pemetaan difokuskan untuk menghasilkan peta. Pemetaan memerlukan ahli-ahli Geografi untuk menggunakan simbol seperti titik, garis dan keluasan. Bentuk dan ukuran titik dan garis di setiap peta, memiliki makna yang tertentu. Dalam pemetaan juga, ahli-ahli Geografi menggunakan warna dan gradiasi untuk untuk menggambarkan suatu tingkatan. Dalam perkembangannya, pemetaan atau kartografi yang menggunakan metode analog dibantu dengan munculnya teknologi Computer Assisted Cartography (CAC), difokuskan untuk pembuatan peta dengan berbagai aturan yang lebih kompleks.

GIS pula merupakan gabungan antara CAC dengan teknologi data asas. GIS juga boleh dianggap sebagai satu transformasi daripada teknik pemetaan atau kartografi. Kartografi dan GIS juga mempunyai persamaan, iaitu subsistem pertama atau subsistem input pada GIS memiliki persamaan dengan langkah pertama dan kedua dalam proses pemetaan atau kartografis iaitu pengumpulan data dan kompilasi peta. Persamaan kedua bagi pemetaan dan GIS juga adalah, kedua-duanya menghasilkan peta yang sangat penting dalam bidang Geografi dan sekaligus penting kepada kehidupan manusia.

GIS bukanlah satu sistem yang digunakan untuk kerja-kerja pemetaan sahaja malah telah diperluaskan kegunaannya termasuk; menganalisis data atribut dan data reruang, mengenal pasti corak tingkah laku dan memaparkan hasil analisis. Kedudukan yang dipaparkan dalam sistem ini mempunyai rujukan tempat yang tepat di atas muka bumi. Aplikasi GIS juga boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang termasuk pengajian sosial, penyelidikan sains, pendidikan perniagaan dan pemasaran, matematik, pengukuran dan pendidikan kesihatan dan jasmani Antara projek yang telah mengaplikasi GIS termasuk mengenalpasti taburan tanah wakaf di Semenanjung Malaysia; pengurusan tanah hutan; pengkajian sejarah; dan pengenalpastian taburan penyakit berjangkit. Dengan menggunakan fungsi analisis, aplikasi GIS dapat memaparkan taburan yang dikehendaki pengguna yang berkaitan. (Putra Tarmizi, 2012).

Pembangunan model aplikasi GIS menggunapakai beberapa jenis prosedur analisis, Seorang pakar GIS telah mengklasifikasikan prosedur analisis GIS kepada tiga jenis: i) penyimpanan dan perolehan semula; ii) pencarian corak sesuatu data; dan iii) pembangunan model yang boleh berfungsi untuk meramal kedudukan tepat sesuatu keputusan kajian. Contohnya, analisis mengenai penentuan penempatan untuk pembangunan sesebuah pangsapuri mewah yang lengkap dengan pasar raya super di mana analisis boleh dilakukan dengan menggunakan pembolehubah-pembolehubah seperti jumlah penduduk sesebuah kawasan dan kawasan sekitamya; kebolehsampaiannya; dan pembangunan kawasan sekitar. Setiap analisis adalah berdasarkan satu pembolehubah yang disimpan dalam bentuk lapisan. Lapisan ini kemudiannya disusun secara bertindih. Kemudian analisis dilakukan bagi menentukan kawasan yang paling sesuai untuk pembangunan yang dimaksudkan.

Penggunaan Peta, GIS dan Kepentingannya di Malaysia

GIS atau Sistem Maklumat Geografi merupakan suatu teknologi terpenting bagi sesebuah negara terutamanya bagi negara membangun seperti Malaysia.  Jika dahulu, teknologi ini hanya diigunakan oleh pasukan tentera bagi mengkaji kedudukan serta merancang strategi enghapuskan musuh berdasarkan keadaan muka bumi. Namun, teknologi tersebut kini sudah boleh diakses oleh orang awam demi kepentingan pembangunan sesebuah negara.

GIS merupakan teknologi yang bergantung kepada kecanggihan satelit untuk mengambil mana-mana imej bumi daripada angkasa untuk keperluan tertentu sesebuah negara. Kemudian imej tersebut akan dikaji dan diteliti bagi mendapatkan maklumat tertentu seperti keluasan ‘kawasan, bilangan pokok bagi kawasan hutan dan pertanian, keadaan jalan dan kawasan berisiko di landa bencana alam. Bidang pengimejan serta teknologi GIS ini sebenarnya sangat luas dan mempunyai pelbagai kegunaan (Ashriq Fahmi, 2010).

Menurut Pengarah Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MacGDI), Fuziah Abu Hanifah, data geospatial dan teknologi GIS merupakan alatan yang begitu banyak kegunaan sama ada kepada kerajaan dan pihak swasta. ‘Boleh dikatakan hampir seluruh jabatan kerajaan boleh menggunakan teknologi ini untuk kegunaan mereka. Contohnya seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Jabatan Perhutanan dan pelbagai lagi yang berkaitan pengurusan berasaskan keluasan tanah. Malah, salah satu teknologi GIS seperti remote sensing boleh digunakan bagi menganggar keluasan tanah serta mengesan kawasan bencana seperti banjir dan tanah runtuh. Seterusnya untuk kegunaan arkeologi, penilaian kesan alam sekitar, perancangan bandar, jenayah, sejarah geografi, pemasaran, logistik, pertanian ketenteraan dan pelbagai bidang lagi untuk menjana kehidupan yang lebih baik (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, 2012).

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan, Dr. Alias Mohd. Sood menjelaskan teknologi ini juga boleh digunakan dalam operasi menyelamat nahas pesawat. Melalui teknologi GIS kita mampu mengesan kawasan ia terhempas, jejak mahupun komponen pesawat yang telah jatuh melalui teknik pengimejan daripada satelit. Selain itu, teknologi GIS juga banyak digunakan bagi menentukan anggaran jenis spesies pokok dan jumlahnya di dalam sesuatu kawasan hutan secara terperinci. Oleh itu, boleh dikatakan, penggunaan pemetaan di Malaysia semakin berkembang dan penggunaan GIS juga mula diterima oleh majoriti jabatan di Malaysia. Hal ini adalah kerana ahli-ahli Geografi dan semua masyarakat dari pelbagai bidang sudah mula memahami dan menerima mengenai kepentingan peta demi memastikan kesejahteraan masyarakat manusia. Jadual 1 berikut merupakan ringkasan bagi program-pogram di Malaysia yang menggunakan pemetaan dan GIS, demi mencapai kelestarian hidup masyarakat Malaysia (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2015).

No. Program Di Malaysia Yang Menggunakan Peta/Gis

i. POLGIS-PEN

ii. Sistem Pemantaun Bandar Selamat

iii. Sistem Maklumat Geografi Survelan Penyakit Berjangkit (CDCGIS)

iv. MERS 999

v. Pusat Sistem Maklumat Geografi Pulau Pinang (PEGIS)

vi. 1Map Melaka

vii. GeoJohor

viii. GIS9 Negeri Sembilan

Jadual 1: Program Di Malaysia Yang Menggunakan Peta/GIS

(Disesuaikan daripada (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2015)

Kesimpulan

Kesimpulannya, Geografi adalah satu bidang sains yang mengkaji mengenai elemen ruang dan tempat. Kepentingan bidang Geografi kepada kehidupan manusia adalah ia mengkaji permukaan bumi; dan bumi merupakan ruang dan tempat masyarakat manusia untuk hidup. Peta; adalah merupakan sebuah alat yang membantu dan mengembangkan ilmu bidang Geografi. Melalui peta, ahli-ahli Geografi mudah untuk memahami dan mempelajari fenomena dan budaya persekitaran bumi demi untuk mencapai kesejahteraan hidup masyarakat manusia.

BIBLIOGRAFI

Ashriq Fahmi. (2010, April 12). Bangunkan Teknologi GIS. Utusan Malaysia. Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0412&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. (2012). Pemetaan di Malaysia. Retrieved March 29, 2017, from https://www.jupem.gov.my/v1/my/produk-perkhidmatan/peta-pelbagai/

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. (2015). Kepentingan Geografi dalam Transformasi Negara. Retrieved March 25, 2017, from http://ngis.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/Media/ngis5/TKSU(SA) – Importance of Geospatial information in national transformation_180512_final_BM.pdf

Maya Sari. (2015). Fungsi Peta, Globe dan Atlas. Retrieved March 27, 2017, from http://ilmugeografi.com/kartografi/fungsi-atlas-peta-dan-globe

Putra Tarmizi. (2012). Peta dan Manfaatnya. Retrieved March 26, 2017, from http://geografi-geografi.blogspot.my/2012/06/peta-dan-pemanfaatannya.html

Wikipedia. (2017). Geografi. Retrieved March 28, 2017, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Geografi

LAMPIRAN

Rajah : Peta Malaysia (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, 2012)

...(download the rest of the essay above)

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Peta Dan Kepentingannya Sebagai Sumber Dan Maklumat Kepada Manusia. Available from:<https://www.essaysauce.com/geography-essays/2017-4-3-1491227523/> [Accessed 27-04-24].

These Geography essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on Essay.uk.com at an earlier date.