Home > Sample essays > Kandungan Pengenalan Pembuatan Keputusan di KPJ Kajang Specialist Hospital

Essay: Kandungan Pengenalan Pembuatan Keputusan di KPJ Kajang Specialist Hospital

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 12 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 3,447 (approx)
  • Number of pages: 14 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 3,447 words.



SENARAI ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1

Pengenalan.

2

2 Pengenalan kepada organisasi yang dipilih.

2-6

3 Pengenalpastian terhadap jenis-jenis persekitaran pembuatan keputusan.

7-10

4 Analisis  terhadap langkah-langkah pembuatan keputusan rasional di dalam organisasi yang dipilih.

10-16

5 Perbincangan terhadap bagaimana untuk memperbaiki keputusan yang dibuat  di dalam organisasi dipilih.

16-17

6 Kesimpulan.

18

7 Rujukan. 19

1.0 – Pengenalan.

Salah satu skop kerja yang penting bagi seseorang pengurus itu adalah membuat keputusan. Di dalam membuat keputusan, semestinya ia mempunyai faedah dan kebaikan yang besar bagi semua pihak dan bukannya untuk kebaikan diri pengurus sahaja. Membuat keputusan boleh dimaksudkan sebagai sebuah proses mengenal pasti masalah, mencari penyelesaian dengan menyediakan pelbagai jenis alternatif, memilih salah satu cara penyelesaian yang terbaik dan terus melaksanakannya. Seseorang pengurus itu mesti melalui proses-proses pembuatan keputusan kerana melalui jalan ini, sebuah keputusan yang baik akan dapat dihasilkan. Proses ini sangat penting kerana ia akan menentukan perjalanan sesebuah perniagaan itu sama ada menuju kearah kejayaan atau tidak.

1.1 Pengenalan Syarikat.

Syarikat yang saya pilih adalah Kumpulan Perbadanan Johor (KPJ) atau nama lainnya adalah Johor Corporation (JCorp). Ditubuhkan pada tahun 1968 dan dahulunya dikenali sebagai Johor State Economic Development Corporation (JSEDC). Syarikat ini merupakan salah satu hasil usaha kerajaan untuk menstabilkan ketidak seimbangan ekonomi diantara penduduk bumiputra dan bukan bumiputra. JSEDC memulakan operasinya pada tahun 1970, yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor pada ketika itu, iaitu Tan Sri Othman bin Mohd Saat serta Basir bin Ismail sebagai Ketua Eksekutif. Bangunan pertamanya terletak di Tingkat 2, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Pada akhir tahun 1995, JSEDC mengubah namanya kepada Johor Corporation (JCorp)

Johor Corporation (JCorp) mempunyai pelbagai jenis perniagaan teras. Antaranya ialah :

1. Kulim (Malaysia) Berhad – Minyak Kelapa Sawit.

2. KPJ Healthcare Berhad – Penjagaan Kesihatan

3. Johor Land Berhad – Pembangunan Hartanah

4. Puteri Hotels Berhad – Hospitaliti

5. QSR Brand Berhad – Restoran Makanan dan Perkhidmatan Segera

6. Damansara Realty Berhad – Hartanah dan Perkhidmatan Logistik

7. TPM Teknopark Berhad – Hartanah dan Perkhidmatan Logistik

Diantara kesemua anak syarikat JCorp ini, saya memilih KPJ Healthcare Berhad sebagai ulasan teras saya di dalam menghuraikan kajian ini dengan lebih mendalam. KPJ Healthcare Berhad mempunyai 25 buah cawangan diseluruh negara. Saya akan mengkhususkan cawangan di Kajang iaitu KPJ Kajang Specialist Hospital sebagai rujukan utama kerana saya bekerja disini sebagai jururawat lelaki.

1.2 – Latar Belakang Syarikat.

KPJ Kajang Specialist Hospital merupakan hospital yang ke 17, yang dimiliki oleh KPJ Healthcare Berhad. KPJ Kajang Specialist Hospital sudah mula beroperasi sejak Februari 2006. Terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di tengah-tengah Bandar Kajang. Bangunan hospital swasta ini mempunyai 8 buah tingkat yang boleh memuatkan 132 buah katil, pejabat pengurusan, klinik-klinik dan lain-lain. Bangunan hospital ini diambil alih oleh KPJ Kajang Speacialist Hospital pada tahun 2005, pada awalnya, bangunan ini merupakan milik Sentosa Medical Centre Kajang. Misi hospital ini adalah “Memberikan Penjagaan Kesihatan Berkualiti” dan visinya adalah “Penjagaan Kesihatan Pilihan Ramai”.

KPJ Kajang Specialist Hospital ini telah mendapat pelbagai jenis anugerah, antaranya ialah ISO 9001 : 2000 pada tahun 2008 dan ISO 9001 : 2008 pada tahun 2009 oleh Moody International Certification (Malaysia) Sdn. Bhd. Selain itu, Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) telah menganugerahkan sijil halal pada tahun 2011-2012 dan 2013-2015, Anugerah Persijilan 5S oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun 2013. Selain itu, KPJ Kajang Specialist Hospital juga mendapat anugerah akreditasi selama 3 tahun (2010-2013) dan 4 tahun (2013-2017) oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Disamping itu, KPJ Kajang Specialist Hospital juga dianugerahkan RM100 Million Club Membership dan Best Managed Hospital Award oleh KPJ Healthcare Berhad.

1.3 – Carta Organisasi Lembaga Pengarah KPJ Healthcare Berhad.

(Rajah 1.0)

( Ahli Lembaga Pengarah KPJ Healthcare Berhad )

1.4 Carta Organisasi Lembaga Pengurusan KPJ Kajang Specialist Hospital.

( Rajah 1.1 )

 ( Ahli Lembaga Pengurusan KPJ Kajang Specialist Hospital )

1.5 Cabang Carta Organisasi Bagi Bahagian Sokongan Klinikal (Jururawat).

( Rajah 1.2 )

( Carta Organisasi Bahagian Sokongan Klinikal bagi Khidmat Jururawat )

2.0 –Jenis-jenis Keadaan Pembuatan Keputusan.

Secara umumnya, terdapat tiga jenis keadaan yang dimana seseorang pembuat keputusan itu perlu lalui ketika mana beliau hendak membuat keputusan. Situasi yang pertama adalah seseorang pembuat keputusan membuat keputusan dalam keadaan yang pasti. Situasi ini membolehkan pembuat keputusan untuk membuat keputusan dengan baik kerana pembuat keputusan itu arif dan  mengetahui mengenai segala hasil yang bakal diperoleh setelah sesuatu keputusan itu dibuat melalui pengumpulan sumber-sumber maklumat yang sahih dan mencukupi. Dengan maklumat yang lengkap, sesuatu perkara yang akan berlaku pada masa hadapan akan mudah untuk diramal dan ini memudahkan tugas beliau untuk membuat keputusan dengan baik.

Sebagai contoh, seorang pegawai pembekal barangan di KPJ Kajang Specialist Hospital ingin menempah sejumlah set barangan kegunaan hospital dan ubat-ubatan dari pembekal hospital. Setiap bulan, keperluan dan permintaan hospital terhadap barangan dan ubat-ubatan ini akan berbeza dari segi jenis dan kuantiti mengikut kepada kebiasaan jumlah pesakit yang ada pada bulan itu. Dengan bantuan rekod bulanan pembelian barangan dan ubat-ubatan yang lepas, pegawai pembekal barangan ini mampu untuk meramalkan jumlah kuantiti barangan dan ubat-ubatan yang sewajarnya dibeli agar pembaziran dapat dielakkan. Hal ini kerana, terdapat sesetengah barangan dan ubat-ubatan yang mempunyai tarikh luput yang agak cepat berbanding barangan dan ubat-ubatan yang lain.

Contoh yang kedua pula, seseorang bendahari sebuah organisasi ingin mendepositkan sejumlah wang pelaburan organisasinya ke dalam salah sebuah bank, sebelum membuat apa-apa keputusan, beliau terlebih dahulu mengkaji produk-produk yang telah ditawarkan oleh pihak-pihak bank dengan mengumpulkan maklumat-maklumat yang sahih dan mencukupi. Setelah itu, bendahari tersebut mendapati bahawa Bank Pelaburan A mempunyai kadar pulangan sebanyak lapan peratus dalam jangka masa  tiga tahun dan  Bank Pelaburan B pula mempunyai kadar pulangan sebanyak dua belas peratus dalam jangka masa dua tahun setengah, setelah diteliti dan dikaji segala maklumat yang telah diperoleh, lalu beliau memilih Bank Pelaburan B sebagai lokasi perbankan pelaburan bagi organisasinya, kerana Bank Pelaburan B lebih menguntungkan organisasinya dari segi wang dan juga masa.

Situasi yang kedua adalah membuat keputusan di dalam situasi yang tidak pasti. Di dalam situasi ini, pembuat keputusan agak sukar untuk membuat keputusan kerana ketiadaan maklumat untuk membantunya membuat keputusan. Sehubungan dengan itu, pembuat keputusan tidak mampu untuk meramalkan dengan baik tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, beliau hendaklah menggunakan segala pengalaman dan budi bicaranya di dalam membuat keputusan. Apabila beliau ingin membuat keputusan di dalam situasi ini, beliau hendaklah mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap risiko. Kecenderungan risiko dapat menunjukkan bahawa seseorang itu berani mengambil risiko atau mengelaknya. Seseorang yang berani mengambil risiko akan mengambil risiko di dalam setiap keputusan yang dibuat olehnya. Amat digalakkan bagi seseorang yang mengalami masalah ini untuk berani mengambil risiko disebabkan oleh ketiadaan maklumat yang dapat membantunya di dalam membuat keputusan.

Sebagai contoh, salah seorang doktor pakar di KPJ Kajang Specialist Hospital ingin mengkomersialkan kaedah rawatan bekam kepada pesakitnya di dalam hospital kerana kaedah rawatan ini mendapat sambutan yang hangat diluar. Oleh itu, doktor pakar ini ingin membantu para pesakitnya untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di hospital agar beliau sendiri dapat memantau tahap kesihatan pesakitnya disamping dapat membantu menambahkan pendapatan pihak hospital. Memandangkan di hospital ini tidak pernah lagi membuat rawatan bekam kepada pesakit yang memerlukan, perkara ini akan menyukarkan pihak hospital untuk meramalkan sambutan dari pesakit serta perletakan harga yang sewajarnya bagi perkhidmatan ini. Dalam keadaan ini, pihak hospital perlu menggunakan budi bicaranya memandangkan tidak ada lagi data yang pernah direkod yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Contoh yang kedua adalah, Ali merupakan seorang pakar di dalam kehidupan hutan. Beliau telah ditugaskan oleh kerajaan untuk mengetuai ekspedisi para saintis untuk mencari kehidupan bunga Orkid Darah yang dikatakan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Setelah seminggu berada di dalam hutan, Ali telah menemui jalan buntu peta yang beliau sering gunakan telah hancur akibat terdedah kepada air hujan. Oleh itu, beliau perlu membuat keputusan sama ada ingin meneruskan perjalanan dengan menggunakan ingatan beliau atau pulang ke kem untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya menggunakan ingatan, berkemungkinan mereka akan sesat apabila hendak balik dan akan menyebabkan menganggu faktor keselamatan semua.

Situasi yang ketiga ialah, membuat keputusan dalam situasi yang berisiko. Situasi ini akan menyebabkan seseorang pembuat keputusan itu tidak mampu untuk menjangkakan kebarangkalian sesuatu perkara. Hal ini kerana, pembuat keputusan mempunyai maklumat tetapi ia tidak mencukupi. Secara umumnya, hampir kesemua pembuat keputusan beroperasi di dalam keadaan ini, dengan maklumat yang sedikit, mereka tidak mampu untuk meramalkan  apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Maklumat yang sedikit akan memberikan petunjuk yang sedikit. Oleh itu, kebarangkalian untuk sesuatu perkara itu berlaku atau tidak pada masa hadapan itu agak samar.

Sebagai contoh, seorang pengurus farmasi di KPJ Kajang Specialist Hospital menjangkakan bahawa permintaan terhadap ubat demam dan selsema pada bulan ini semakin meningkat dengan peningkatan sebanyak 40% berbanding bulan-bulan yang lepas. Beliau menjangkakan farmasi akan mendapat keuntungan yang banyak pada bulan ini dan pada bulan hadapan. Tanpa melihat kepada maklumat-maklumat penting yang lain seperti faktor perubahan cuaca pada bulan ini serta kuota jangkaan yang telah diberikan oleh pegawai pembekal barangan, beliau terus menambah permintaan ubat-ubatan dari pembekal walaupun sudah melebihi kuota jangkaan pegawai tersebut. Tindakan yang diambil oleh pengurus farmasi ini mempunyai risiko yang tinggi kerana sekiranya ubat-ubat tersebut tidak dapat dijual dan terbiar, pembaziran wang, ubat-ubatan dan masa akan berlaku. Hal ini kerana, ubat-ubat yang dipesan itu merupakan ubat-ubat yang berkualiti tinggi dan mahal harganya serta ada diantara ubat-ubat itu mempunyai tarikh luput yang cepat berbanding yang lain.

Contoh yang kedua, Ahmad yang berminat untuk berkecimpung didalam bidang perdagangan saham, ingin membeli beberapa unit saham dari beberapa buah syarikat berhad yang disenaraikan di dalam Bursa Saham. Oleh kerana Ahmad tidak mempunyai sebarang pengalaman di dalam perdagangan saham, tanpa sebarang latihan dan bimbingan yang betul dari pakar, beliau terus membeli 1000 unit saham dari Albab Tech Berhad dengan nilai RM2.00 sesaham. Tindakan Ahmad adalah sangat berisiko kerana beliau tidak memahami cara membaca carta graf serta berita mengenai syarikat tersebut, perkara ini boleh menyebabkan beliau kerugian sekiranya membeli ketika harganya sangat tinggi atau syarikat itu akan ditutup tidak lama lagi menurut berita perdangan.

3.0 – Proses Pembuatan Keputusan.

Dalam membuat keputusan, seseorang itu hendaklah mengikuti beberapa langkah yang penting sebelum sesuatu perkara itu diputuskan agar keputusan yang baik dapat diperoleh. Walaupun membuat keputusan itu dilihat mudah, akan tetapi, untuk mendapatkan keputusan yang baik, ia mestilah logic dan rasional. Segala keputusan yang bakal diputuskan mestilah ditafsirkan melalui fakta, pendapat-pendapat dan sebab-sebab yang munasabah. Pendek kata, proses pembuatan keputusan yang baik ini adalah sebuah proses yang sistematik dalam menafsirkan masalah, menghimpunkan pelbagai jenis alternatif keputusan, menilai segala alternatif keputusan dan seterusnya, memilih diantara kesemua alternatif keputusan yang terbaik.

Langkah yang pertama adalah, menafsirkan masalah-masalah. Sebelum membuat sebarang keputusan, seseorang itu hendaklah mengenal pasti terlebih dahulu masalah apa yang beliau hadapi, mencari punca kepada berlakunya masalah itu dan seterusnya berusaha mencari jalan penyelesaian. Sebagai contoh, terdapat banyak aduan dari pesakit bahawa khidmat jururawat semakin hari semakin lambat bagi wad Tulip, setelah pihak hospital mengkaji, punca masalah adalah ketidak seimbangan jumlah jururawat dengan jumlah bilik wad iaitu 6 jururawat untuk 20 bilik. Oleh itu, pihak hospital menambah lagi 4 orang jururawat untuk seimbangkan nisbah iaitu 10 jururawat untuk 20 bilik.

Langkah yang kedua adalah, mengenal pasti kriteria keputusan. Dalam membuat keputusan yang rasional, seseorang itu hendaklah menghimpunkan kriteria keputusan yang terdiri daripada ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum keputusan itu dibuat. Berpandukan kepada contoh diatas, oleh sebab pihak hospital telah bercadang untuk menambahkan lagi bilangan jururawat bagi wad Tulip, terdapat kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang jururawat yang ingin bekerja di wad Tulip, antaranya ialah mempunyai sijil kejururawatan yang sah, mempunyai pengalaman kerja selama 4 tahun atau lebih dalam bidang kejururawatan, peruntukan gaji, jam bekerja dan sebagainya.

Langkah yang ketiga adalah, memperuntukkan pemberat bagi setiap kriteria. Setelah mengenalpasti kriteria-kriteria yang perlu diambil kira dalam membuat keputsan, seterusnya adalah meletakkan pemberat bagi setiap kriteria. Kaedah ini merupakan kaedah perbandingan bagi setiap kriteria. Setiap kriteria akan dibandingkan diantara satu sama lain dan dari situ akan dipilih kriteria yang mana yang paling penting, kedua penting, ketiga penting dan seterusnya. Kriteria ini akan disusun mengikut keutamaan. Berdasarkan contoh diatas, terdapat 10 orang jururawat yang terdiri daripada lelaki dan perempuan datang bertemu duga dengan Ketua Jururawat bagi mengisi kekosongan jawatan ini. Dari situ, Ketua Jururawat akan menyusun diantara 10 calon jururawat ini, yang mana yang paling layak, kedua layak, ketiga layak, dan seterusnya berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah disebutkan.

Langkah yang keempat, setelah mengenal pasti dan memperuntukkan pemberat bagi setiap kriteria, seterusnya, seseorang itu mestilah menghasilkan penyelesaian-penyelesaian alternatif sebanyak yang boleh. Semakin banyak penyelesaian alternatif, semakin positif prosesnya. Berdasarkan contoh diatas, untuk mengisi kekosongan jawatan ini, antara alternatif yang boleh dipertimbangkan adalah, berapakah jumlah jururawat dari segi faktor jantina yang diperlukan ?, Adakah 4 lelaki, 3 lelaki 1 perempuan, 2 lelaki 2 perempuan, 1 lelaki 3 perempuan atau 4 perempuan ?.

Langkah yang kelima adalah menilai alternatif-alternatif. Pada tahap ini, setiap alternatif akan dibandingkan dengan kriteria keputusan. Hal ini dapat menentukan sejauh mana alternatif-alternatif itu memenuhi setiap kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Pada kebiasaannya, proses ini akan mengambil masa yang lama kerana terdapat banyak maklumat yang perlu dikumpulkan sebelum ianya ditapis dan dinilai bagi proses pembuatan keputusan. Ini membawa maksud bahawa, setiap jururawat yang ditemuduga ini akan dinilai mengikut kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Langkah yang keenam adalah, memilih keputusan yang terbaik. Ini merupakan langkah yang terakhir di dalam proses pembuatan keputusan. Alternatif yang terbaik merupakan alternatif yang memenuhi segala kriteria-kriteria keputusan yang telah disusun mengikut kepentingan yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak ada alternatif yang berjaya memenuhi segala kriteria keputusan, maka pihak pembuat keputusan boleh memilih alternatif yang berjaya memenuhi sebahagian besar daripada kriteria keputusan tersebut.

4.0 – Membaiki Pembuatan Keputusan.

Terdapat dua kaedah yang dapat digunakan bagi memperbaiki kembali pembutan keputusan, kaedah yang pertama adalah dengan menggunakan peraturan dan ujian tertentu dan kaedah kedua, membuat keputusan secara perbincangan berkumpulan.

4.1 Peraturan dan Ujian.

Membaiki keputusan melalui dua jalan iaitu peraturan dan ujian.

4.1.1 Peraturan Pembuatan Keputusan.

Perkara ini merujuk kepada sekumpulan kriteria yang perlu dipenuhi bagi membolehkan sesuatu penyelesain alternatif itu diterima. Terdapat dua jenis peraturan dalam pembuatan keputusan iaitu :

i. Peraturan Keutamaan.

Mengikut kaedah ini, kesemua kriteria keputusan akan disusun mengikut keutamaan dan setiap penyelesaian alternatif akan dinilai satu persatu mengikut kriteria-kriteria yang telah disusun ini. Alternatif yang terbaik mestilah memenuhi kriteria yang paling penting, diikuti dengan alternatif yang kedua penting dan seterusnya. Alternatif yang terbaik juga dikira sekiranya berjaya memenuhi semua atau sebahagian besar kriteria. Sebagai contoh, pihak KPJ Kajang Specialist Hospital ingin menambah lagi ruangan hospital dengan membeli beberapa ekar tanah dikawasan persekitaran hospital yang asal. Kriteria yang dipertimbangkan adalah seperti berikut,

1. Harga.

2. Keluasan (ekar).

3. Jarak hospital dengan kawasan baru.

Diandaikan bahawa terdapat 3 kawasan tanah yang masih kosong dan ingin dijual. Tanah A memenuhi kriteria 1,2 dan 3, tanah B memenuhi kriteria 2 dan 3, dan seterusnya tanah C hanya memenuhi kriteria 1. Oleh itu, tanah A merupakan alternatif penyelesaian yang paling terbaik kerana ia telah memenuhi segala kriteria serta merangkumi kriteria yang paling penting iaitu harga.

ii. Peraturan Syarat Minimum.

Kadangkala, seseorang pembuat keputusan mesti menjawab ya atau tidak serta terima atau tidak terima. Bagi situasi ini, pembuat keputusan mesti menetapkan syarat minimum yang wajib dipenuhi bagi setiap penyelesaian alternatif. Penyelesaian alternatif yang tidak dapat memenuhi syarat walaupun satu kriteria, ia akan di tolak. Sebagai contoh, sebelum pihak KPJ Healthcare Berhad ingin menaja beberapa orang pelajar perubatannya belajar diluar negara, pihak hospital telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi seperti CGPA semester akhir yang tinggi, keputusan praktikal yang bagus, ulasan sikap yang baik daripada pensyarah serta lulus sesi temuduga biasiswa. Setiap pelajar yang memohon tajaan mestilah memenuhi setiap kriteria yang telah ditetapkan, sekiranya terdapat para pelajar yang memohon tetapi tidak memenuhi kriteria-kriteria walaupun satu, permohonannya akan ditolak.

4.1.2 Pelbagai Ujian Pemboleh Ubah.

Perlaksanaan kaedah ini akan memerlukan pembuat keputusan untuk menilai kesan-kesan perlaksanaan pelbagai penyelesaian alternatif pada masa yang sama. Melalui kaedah ini juga, kadangkala dapat memberikan keputusan yang optimum dan lebih baik. Tidak seperti dua kaedah yang diatas, kaedah-kaedah tersebut akan menilai kesan-kesan perlaksanaan penyelesaian alternatif secara berasingan. Cara-cara untuk menilai kesan-kesan perlaksanaan penyelesaian alternatif pada masa yang sama adalah dengan melaksanakan beberapa ujian pemboleh ubah. Cara ini agak rumit kerana pembuat keputusan perlu mengumpul dan menganalisis data statistik, proses ini memerlukan kepada kemahiran yang perlu dipelajari dan latihan yang banyak.

Sebagai contoh, pihak KPJ Kajang Specialist Hospital ingin meningkatkan jumlah kedatangan pesakit ke dalam hospitalnya dengan harapan agar dapat mendahului sebagai hospital pilihan pelanggan berbanding dengan hospital pesaing yang lain. Oleh itu, pihak pengurusan telah merangka strategi untuk meningkatkan jumlah pesakit bagi setiap 2 minggu awal dalam setiap bulan. Hal ini kerana, jumlah pesakit yang datang kurang berbanding dengan 2 minggu terakhir. Antara strategi alternatif yang telah dibincangkan adalah, (1A) diskaun 10% bagi setiap jenis perkhidmatan. (2A) 10% diskaun bagi setiap jenis ubat-ubatan, dan (3A) percuma parking untuk 1 hari. Maka, ujian ini berjalan selama 3 bulan dalam 2 minggu yang awal sahaja. Pada bulan pertama, strategi (1A) dan (3A) dilaksanakan, hasilnya, peningkatan kedatangan sebanyak 20%. Pada bulan kedua, strategi (2A) dan (3A) dilaksanakan, hasilnya, peningkatan sebanyak 25%. Pada bulan ketiga, strategi (1A) dan (2A) dilaksanakan, hasilnya, peningkatan kedatangan sebanyak 60%. Ujian ini telah menunjukkan bahawa gabungan (1A) dan (2A) merupakan alternatif yang terbaik.

4.2 Perbincangan Berkumpulan.

Kebanyakan organisasi akan menggunakan perbincangan berkumpulan di dalam membuat keputusan. Contohnya, pihak hospital KPJ Kajang ingin mengubah suai ruang lobi hospital kepada yang lebih cantik dan moden. Oleh itu, pihak hospital telah menubuhkan sebuah kumpulan untuk berbincang mengenai hiasan dan tema ruang lobi baru hospital. Kelebihannya adalah, idea perbincangan kumpulan lebih banyak dan bernas berbanding perseorangan.

4.2.1 – Jenis-jenis perbincangan berkumpulan.

Terdapat tiga jenis pembuatan keputusan bagi perbincangan berkumpulan iaitu Sumbangsaran (Brainstorming), Teknik Kumpulan Nominal dan Teknik Delphi. Saya akan mengkhususkan teknik perbincangan Sumbangsaran. Sumbaangsaran merupakan teknik perbincangan yang menggalakkan ahli perbincangan untuk mengeluarkan sebanyak idea yang boleh tanpa kritikan. Semua alternatif akan dibentang terlebih dahulu sebelum sebarang ulasan negatif dan positif dilontarkan. Tujuan perlaksanaannya adalah untuk menggalakkan ahli perbincangan untuk menjana banyak idea secara terbuka. Proses perbincangan ini akan diteruskan sehingga tiada lagi idea yang akan dilontarkan oleh ahli perbincangan. Kaedah ini baik untuk penghasilan idea yang bernas, akan tetapi, ia masih lagi mempunyai kelemahan. Kadangkala, idea yang dilontarkan oleh ahli perbincangan datang secara spontan dan akan menyebabkan ahli lain yang ingin menyuarakan idea menunggu, hal ini boleh menyebabkan idea itu hilang semasa proses menunggu. Selain itu, terdapat juga ahli perbincangan yang segan untuk menyuarakan pendapat kerana berfikiran bahawa ideanya tidak cukup bernas untuk dilontarkan. Proses kaedah ini adalah penjanaan idea dari semua ahli, segala idea akan dicatat, dan akhir sekali, segala idea tersebut akan diulas satu persatu.

4.2.2 – Perbincangan Kes.

Sebagai contoh, KPJ Kajang Specialist Hospital ingin menambah satu lagi cawangan khas bagi Jabatan Haemodialisis di Bandar Kajang. Hal ini kerana, para pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dialisis semakin bertambah dan ruang di hospital sangat terhad. Oleh itu, pihak hospital menubuhkan sepasukan untuk membincangkan pemilihan lokasi serta jumlah penambahan dari segi mesin dialisis serta kakitangan jururawat yang boleh diletakkan di cawangan yang baru itu. Terdapat tiga lokasi bangunan yang dicadangkan iaitu Lokasi (A) dengan kaedah sewa yang boleh memuatkan 10 buah mesin dialisis, Lokasi (B) dengan kaedah jualan yang boleh memuatkan 25 buah mesin dialisis dan akhir sekali Lokasi (C) dengan kaedah sewa yang boleh memuatkan 15 buah mesin dialisis. Oleh itu, ahli perbincangan memilih sebulat suara Lokasi (B) sebagai lokasi cawangan baru Jabatan Haemodialisis kerana menggunakan kaedah pembelian dan boleh memuatkan banyak mesin dialisis.

5.0 –  Penambahbaikan

Penambahbaikan yang boleh dilakukan dari teknik (Sumbangsaran) yang saya pilih adalah, disamping mengkhususkan lokasi di Bandar Kajang sahaja, pihak hospital juga boleh memilih kawasan kampung, kawasan yang jauh dari bandar atau kawasan perumahan, bagi membolehkan para pesakitnya datang dengan mudah. Hal ini kerana, pusat rawatan yang terletak ditengah-tengah bandar akan menyukarkan para pesakit untuk datang kerana kesesakan lalu lintas, ketiadaan tempat parking, kesusahan untuk bergerak jauh kerana sakit dan lain-lain. Dengan berada di kawasan-kawasan kampung dan perumahan, pihak hospital juga boleh melaksanakan dengan menggunakan kaedah “foodtruck”. Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan mengubahsuai sesebuah kenderaan seperti contoh bas yang boleh memuatkan tiga hingga empat buah mesin dengan bantuan seorang pemandu dan dua atau tiga jururawat pada satu masa. Bas ini boleh diletakkan di tempat-tempat yang mudah dikunjungi seperti kawasan padang atau masjid disamping boleh membuka khemah untuk aktiviti derma darah dan sebagainya.

6.0 – Kesimpulan.

Tuntasnya, setiap organisasi atau syarikat yang ditubuhkan pasti mempunyai visi dan misi yang tersendiri yang perlu dicapai. Oleh itu, bagi memastikan visi dan misi itu tercapai, pihak pengurusan organisasi atau syarikat itu perlu melaksanakan setiap perkara yang boleh menyebabkan visi dan misi itu menjadi kenyataan.  Tanpa perancangan yang rapi dan percaturan yang tepat di dalam membuat keputusan, syarikat atau organisasi itu pasti tidak akan dapat mencapai matlamatnya. Oleh itu, ilmu pengetahuan yang mendalam serta pengalaman yang banyak boleh dijadikan sebagai teras di dalam membuat keputusan yang terbaik. Dengan mengamalkan teknik pembuatan keputusan secara berkumpulan iaitu kaedah Sumbangsaran (Brainstorming), ia akan menggalakkan minda para ahli perbincangan untuk berjalan untuk mencari idea-idea yang bernas. Kaedah ini juga sangat baik kerana ia menerima segala jenis cadangan yang dilontarkan tanpa sebarang diskriminasi dan setelah itu segala idea-idea tersebut akan dibincangkan secara bersama untuk menentukan sama ada baik atau tidak. Hal ini bukan sahaja membolehkan minda menjadi cerdas, bahkan hubungan silaturahim sesama ahli bertambah erat akibat dari sikap keterbukaan yang positif.

7.0 – Rujukan.

Shahrol Aman Ahmad , Azhari Ramli , Nasri Nalimi , Azelin Aziz, (2012) Prinsip

Pengurusan. Open University Malaysia (O.U.M)

Stephen P. Robbins , Mary Coulter (2007) Management 8th Edition. Pearson Prentice

Hall.

Johor Corporation Official Websites – http://www.jcorp.com.my/

KPJ Healthcare Berhad Offical Websites – http://www.kpjhealth.com.my/

KPJ Kajang Specialist Hospital Official Websites – http://kpjkajang.com/

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Kandungan Pengenalan Pembuatan Keputusan di KPJ Kajang Specialist Hospital. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2016-11-23-1479861201/> [Accessed 15-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.