Tamadun Cina merupakan salah satu tamadun tertua di dunia dan masih berterusan serta berkesinambungan sehingga kini. Sejarah mebuktikan bahawa tamadun pernah dicabar oleh tamadun lain tetapi tidak pernah diserap ke dalam tamadun lain. Terdapat ciri-ciri unik yang dimiliki oleh Tamadun Cina sehingga ia mampu terus kekal sebagai sebuah tamadun yang berwibawa. Warisan peninggalan tamadun ini juga masih memberi kesan kepada perkembangan Tamadun Cina sehingga kini. Bangsa Cina digabungkan oleh lima kaum besar yang dikenali sebagai Zhonghua Minzu (bangsa Tionghua).
Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali sebagai bangsa Huaxia- bangsa Han dan bangsa Tang pada dinasti Tang (618-890M). Bangsa Cina terdiri daripada beberapa kumpulan etnik besar iaitu Han, Hui, Manchu, Mongol dan Zang (Tibet). Dalam subtopik masyarakat dan budaya Tamadun Cina, Kumpulan Yan-Huang, Feng-Yang dan Miao-Man merupakan tiga kumpulan bangsa majoriti bagi tamadun tersebut.
Bertitik tolak daripada itu, prinsip agama dan falsafah dalam Tamadun Cina amat luas serta terperinci. Namun, sememangnya menarik dan harus dihargai dan dipelajari bagi membangunkan umat manusia. Antara agama dan falsafah dalam Tamadun Cina ialah Konfusianisme. Konfusianisme tidak merupakan satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Konfusianisme diasaskan oleh Kong Fu Tze, yang dilahirkan di negara Cina. Konfisius telah banyak menulis buku-buku sejarah, moral, dan falsafah yang telah banyak diikuti oleh penganutnya.
Seterusnya, Buddhisme Cina juga merupakan salah satu agama dalam Tamadun Cina. Buddhisme diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha pada kurun ke-65M di India dan juga disebarkan ke negara Cina. Agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menerapkan ciri-ciri kecinaan.
Selain itu, Tamadun Cina juga memperlihatkan ajaran Daoisme. Daoisme juga dieja kian dengan Taoisme dan ia merupakan sebuah aliran falsafah yang berasal dari Cina. Taoisme merupakan ajaran Laozi yang berdasarkan Daode Jing. Taoisme memiliki penekanan kuat terhadap keselarasan manusia dengan Dao dan alam semesta.
Seterusnya, Moisme merupakan ajaran yang diasaskan oleh Mo Zi (479SM- 381SM). Kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka, menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik merupakan konsep penting dalam pemikiran aliran Moisme. Oleh sebab itu, pengikutnya terus menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusiansme. Aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara Cina.
Akhirnya, Legalisme adalah satu daripada empat aliran utama filsafat Cina pada Periode Music Semi dan Music Gugur serta Periode Negara Perang. Legalisme diasaskan oleh Han Fei Zi yang merupakan seorang ahli falsafah Cina. Ia dilaksanakan di Cina di bawah pemerintahan Dinasti Chin. Legalisme ialah suatu filsafat politik pragmatik yang tidak menjawab pertanyaan tingkat tinggi. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokratik mutlak di negara Cina.
Objektif Kajian
Secara amnya, objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mempelajari dan mengetahui secara mendalam tentang agama dan falsafah dalam perkembangan Tamadun Cina. Secara khususnya, kajian ini bertujuan mengetahui sejauh mana pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) mengetahui tentang sejarah tamadun dunia yang semakin dilupakan oleh masyarakat zaman kini. Selain itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membandingkan pemikiran dan ajaran setiap falsafah dan agama dalam perkembangan Tamadun Cina. Objektif seterusnya ialah mengenalpasti pengasas dan asal-usul setiap ajaran dan falsafah dalam perkembangan Tamadun Cina. Kajian ini juga bertujuan menerangkan konsep-konsep dalam setiap ajaran dalam perkembangan Tamadun Cina.
Bab 2
1) Buku ‘A Taoist Classic – The Book of Lao Zi’
Berdasarkan buku yang bertajuk ‘A Taoist Classic – The Book of Lao Zi’ yang ditulis oleh Ren Jiyu, Taoisme merupakan salah satu ajaran penting dalam perkembangan Tamadun Cina yang telah dianggap dan diamalkan sebagai agama. Agama ini menekankan konsep keserasian hubungan manusia dengan alam. Agama yang sudah berumur beribu tahun ini diasaskan oleh Laozi sejak akhir zaman Chunqiu (604-517 S.M.). Taoisme juga disebut sebagai Tao yang bermakna kekuatan utama dalam alam semesta yang terdapat dalamsemua harta di syurga dan dunia yang kekal dan tidak dapat diubah. Nama Tao ini sebenarnya dipetik dari huruf Cina yang bermaksud jalan.
Buku ini menerangkan bahawa Laozi iaitu pengasas Taoisme, merupakan seorang ahli pikir Tiongkok yang berkemungkinan besar lahir pada tahun 600 S.M. Semasa pemerintahan raja King Ting dari Dinasti Kau. Laozi telah bertugas sebagai Pengawas Urusan Arsip di Perpustakaan Kerajaan atau lebih dikenali sebagai ‘Imperial Library’ dan beliau telah menggunakan peluang ini untuk mempelajari buku-buku kuno. Hal ini telah menjadi pendorong untuk membentuk pendapat sendiri tentang agama dan filasat yang telah menarik perhatian orang ramai. Beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pekerjaan tersebut dan menggembara kerana tidak berpuas hati dengan tindakan raja yang dianggapnya zalim dan kejam.
Kitab suci agama Taoisme dinamakan Tao Te Ching dan ditulis oleh Lao Zi pada abad 6 S.M.. Kitab ini mempunyai 81 sajak-sajak singkat dan prosa-prosa singkat. Oleh itu, ianya agak sukar untuk difahami oleh orang ramai kerana sifatnya yang agak puitis. Pada peringkat awal, kitab ini hanya mempunyai 25 halaman, namun pandangan dan pendapat daripada ahli-ahli filsafat telah menjadikan kitab ini tebal. Wu-Wei merupakan ajaran terpenting dalam kitab yang bermaksud hidup yang dijalani tanpa ketegangan. Wu-Wei merupakan perintah ternama yang dijadikan pedoman bagi penganut Taoisme. Baginda telah menunjukkan contoh yang baik untuk memelihara kehidupan dan meberikan “jalan” bagi orang yang bijaksana. Selain kitab Tao Te Ching, terdapat kitab-kitab lain yang mengandungi filsafat Taoisme. Contohnya, kitab Chuang-Tzu yang menerangkan tentang pemikiran guru Zhuang dan murid-muridnya dan kitab Leizi yang mengandungi kumpulan-kumpulan cerita dan hiburan dalam filsafat.
Agama Taoisme mengandungi empat ajaran iaitu Dao, Yin dan Yang, pandangan tentang manusia dan etika. Dao bermaksud tidak terbentuk atau terlihat tapi proses kejadian dari semua hidupan dan juga benda yang tidak hidup yang berada di alam semesta ini. Aajaran Taoisme mempercayai bahawa apabila seseorang mencapai kesedaran Dao, keabadian manusia wujud pada ketika itu juga dan manusia tersebut akan menjadi dewa. Ajaran kedua Taoisme ialah konsep Yin dan Yang yang bermaksud positif (Yin) dan negatif(Yan). Kedua-dua konsep ini saling melengkapi untuk memberi tenaga dan keuatan yang berasal daripada pelbagai harta dan benda di dunia ini. Ajaran ini juga menjelaskan bahawa setiap benda hidup dan tidak hidup yang berada di muka bumi ini mempunyai Yin dan Yan yang saling melengkapi untuk memberi kehidupan yang seimbang. Ajaran ketiga yang merupakan pandangan tentang manusia menerangkan bahawa setiap manusia yang sombong dan melakukan perbuatan yang salah akan menerima padahnya pada suatu hari yang akan menyebabkannya menderita. Oleh itu, manusia bijaksana yang memahami agama Taoisme dikatakan akan mengundurkan diri daripada segala perbuatan negatif dan memilih untuk tidak menunjuk-nunjuk kehebatan dirinya kepada dunia luar. Ajaran keempat iaitu etika menegaskan bahawa manusia bijaksana yang ingin hidup dengan tenang akan percaya pada Taoisme dan menyerahkan seluruh kehidupannya kepada Dao atau alam semesta. Ajaran ini juga menerangkan bahawa manusia harus sentiasa bersikap rendah diri dan tidak terlalu menonjol, bersikap lemah-lembut dan tidak rakus terhadap harta benda kerana mereka harus sedar bahawa semua harta adalah pinjaman daripada alam semesta.
Menurut buku Taoisme ini juga, Laozi telah meninggalkan sebuah kitab Tao Te Ching untuk dijadikan rujukan dan panduan penganut Taoisme pada kemudian hari. Kitab ini sangat terkenal di negeri Tiongkok dan dikagumi oleh penduduk di negeri tersebut. Apabila Buddhisme mula diamalkan di Tiongkok, Taoisme telah meminjam beberapa konsep dari agama tersebut dan Laozi telah dianggap sebagai titisan dewa Buddha.
2) Buku ‘Buddhisme’
Berdasarkan buku ‘Buddhisme’ yang ditulis oleh Pushpesh Pant, agama Buddhisme sebenarnya diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha (563 S.M hingga 483 S.M) di India. Gautama Buddha telah lahir di sempadan negara India dan Nepal yang pada ketika itu dikenali sebagai Kapilavathu. Beliau dilahirkan dalam suku kaum Sakya dan merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Beliau telah meninggalkan segala kemewahan untuk mencari jawapan kepada punca kesengsaraan. Beliau juga telah mengajar di timur benua India dan dikenali sebagai seorang guru yang membantu makhluk hidup yang lain dengan memberi kecerahan, iaitu menamatkan penderitaan yang dialami oleh mereka. Agama ini dikatakan telah disebarkan ke negara Cina pada kurun Masihi yang pertama pada permulaan dinasti Han iaitu semasa kaisar Ming Ti (58 hingga 76 M) menghantar utusan ke India untuk mengetahui dan mempelajari agama Buddha secara mendalam. Apabila Dinasti Han mula jatuh dan diikuti pula dengan kegelisahan budaya yang berlaku disebabkan kemerosotan fahaman Taoisme dan Konfusius, Buddhisme mula disebarkan dan dianggap sebagai penyelamat budaya dan dipandang mulia. Hal ini kerana Buddhisme amat berbeza daripada kepercayaan-kepercayaan dan upacara keagamaan lain yang telah diamalkan sebelum itu. Pada peringkat awal perkembangan Buddhisme di Cina, banyak naskhah Buddha telah diterjemah ke Bahasa Cina. Salah satu penterjemah yang terkenal pada masa itu ialah Sarvastivadin yang telah menterjemah tidak kurang daripada 100 naskhah Buddha ke Bahasa Cian. Masa keemasan agama Buddha di tamadun Cina adalah antara abad ke-7 Masihi hingga abad ke -9 Masihi, iaitu sewaktu pemerintahan Dinasti T’ang. Pada masa ini juga, agama Buddha diubahsuai dan disesuaikan dengan kebudayaan dan tradisi masyarakat setempat supaya diterima dan difahami ramai. Buktinya adalah karya-karya seni yang mengandungi sifat keagamaan. Selain itu, para ilmuwan seperti Fa Hien, Hi Nen, Tsang dan I’Tsing telah keluar mengembara untuk mempelajari dan menulis sejarah agama ke pelbagai tempat, menterjemah kitab-kitab serta memperluas nilai-nilai keagamaan yang unik dan mengagumkan.
Asas pengajaran Buddhisme ialah penderitaan yang berpunca daripada hawa nafsu yang turut menyumbang kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia. Buddhisme juga menjelaskan bahawa hawa nafsu ini boleh dikawal dan dihindarkan sekiranya manusia mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan. Kedua-dua jalan ini dapat mengawal dan mengelakkan manusia daripada bertindak mengikut perasaan.
Buddhisme di Cina melahirkan dua jenis pemikiran berbeza yang menjadi terkemuka. Ianya adalah Amidism dan C’han. Amidism mendapat inspirasi daripada Bodhisattva Amitabh dan mendapat nama darinya. Penekanan fahaman Amidism diberikan kepada aspek kebaktian yang ditegaskan di sekolah Mahayana. C’han pula berkait dengan Dhyan,iaitu perkataan Sanskrit asal yang bermaksud meditasi yang mendalam. Penganut Buddhisme yang mengamalkan fahaman ini mempercayai bahawa setiap hati manusia dihuni oleh Buddha dan kesedaran diri ini akan membawa kepada pembebasan dari penderitaan. Walaupun rujukan yang kerap dilakukan terhadap lima aliran utama agama Buddha Cina, dua aliran yang jelas dikenal pasti ialah Tsao-tsungitsung dan Lin-chi-I-hsuan. Aliran yang pertama meletakkan penekanan kepada meditasi secara senyap dan ajarannya terdapat dalam ‘Chinese Book of Changes-the I’ching’. Aliran kedua pula menekankan pendekatan terapi kejutan untuk menyedarkan manusia dan memberikan pencahayaan rohani. Sami-sami C’han digalakkan mengamalkan tradisi Kung-An. Kung-An adalah teka-teki atau paradoks yang bertujuan untuk mencetuskan satu kejayaan, menyingkirkan blok mental dan membuka jalan untuk rohani kesedaran diri. Ini adalah asal-usul Zen koan. Salah satu penganut Buddha menyatakan bahawa seseorang itu mesti kekal dengan amalan Kung-An bersungguh-sungguh.