Agama merupakan kepercayaan dan kebergantungan setiap individu kepada sesuatu kuasa ghaib. Menurut Harun Nasution (2014) agama ialah sesuatu yang harus dipatuhi dan ianya juga pelu mengabdikan diri kepada tuhan. Manakala, menurut A.M. Saefuddin (1987), berpendapat agama ialah perkara yang penting kepada semua dan ianya bersifat Universal. Jelaslah menunjukkan bahawa agama ialah perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu. Dikatakan agama adalah isu yang sensitif bagi setiap negara termasuk Malaysia. Hal ini kerana setiap individu ada peganggan agamanya tersendiri. Oleh itu, perkara berkaitan agama perlu diambil serius oleh individu. Hal ini supaya ianya tidak menjadi salah faham antara agama lain.
Salah faham boleh berlaku apabila seseorang individu dengan individu yang lain mempunyai pandangan, perbalahan dan pendapat yang berbeza. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya salah faham di antara individu kerana masing-masing ingin mempertahankan pandangan dan pendapatnya sendiri. Jika boleh setiap individu ingin menganggap agamanya yang paling bagus diantara agama yang ada. Perkara seperti ini yang selalu akan membangkitkan salah faham antara individu berkaitan agama. Salah faham agama bukan sahaja berlaku antara satu agama dengan agama yang lain, malah ianya boleh berlaku salah faham pada penganut agama itu sendiri. Isu ini berlaku kerana penganutnya sendiri kurang memahami agama yang dianutinya, kemudian ianya boleh menyebabkan salah faham kepada individu agama lain. Oleh yang demikian isu berkaitan agama tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat kerana ianya boleh memberi impak yang besar kepada semua, contohnya seperti berpecah belah dalam masyarakat kerana perselisihan faham berkaitan agama.
Dalam tugasan ini, kami akan membincangkan beberapa isu salah faham agama yang pernah berlaku di Malaysia dan isu pernah menjadi viral di laman sosial, antaranya seperti “Isu anak Datuk Rosyam Nor yang tidak dibenarkan bertudung jika mahu di terima bekerja di salah sebuah Perniagaan Francais yang bertaraf antarabangsa iaitu Hamleys”, kemudian, isu berkenaan dengan kedai runcit yang dimiliki oleh lelaki berbangsa Cina, isunya ialah ia telah memotong daging khinzir di atas peti aiskrim di dalam kedainya dan isu yang terakhir ialah kempen “I Want To Touch A Dog” yang dianjurkan di Putrajaya.
2.0 ISU SALAH FAHAM AGAMA YANG BERLAKU DI MALAYSIA
Pada tahun 2014, Malaysia telah dikejutkan dengan status Twitter yang telah dimuatnaik oleh seorang pelakon terkenal tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor yang begitu marah dan kecewa kerana anaknya tidak diterima bekerja gara-gara bertudung. Statusnya ialah “ sedih, harini anak saya yang baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat kena buka tudung. Kedai HAMLEY’s!!! kurang aja”. Inilah status yang dimuatnaik olehnya tanpa mengubah mana-mana petikan. Tempat yang di mohon oleh anaknya merupakan sebuah perniagaan Francais yang menjual permainan dan juga merupakan tempat berhiburan. Perkara tersebut telah menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh orang ramai dan mendapat kritikan dari netizen. Hal ini demikian kerana, anaknya merupakan pelajar lepasan SPM yang ingin mendapat pengalaman kerja sementara menunggu keputusan SPM tetapi timbul isu yang tidak sepatutnya berlaku.
Disebabkan isu ini telah mendapat perhatian khalayak umum, Harmley’s di Malaysia telah tampil memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh salah seorang pekerja mereka di laman sosial Facebook Harmley’s yang dimiliki oleh syarikat mereka. Di dalam kenyataan tersebut, pihak Harmley’s menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana setiap pekerja wanita tidak dibenarkan memakai tudung malah, pihak mereka juga mengalu-alukan semua yang ingin bekerja datang membuat permohonan tanpa kira bangsa dan agama.
Seterusnya, isu yang menjadi viral di laman sosial ialah berkenaan dengan kedai runcit yang dimiliki oleh lelaki berbangsa Cina yang terletak di Parit, Perak. Hal ini mengenai isu lelaki tersebut telah memotong daging khinzir di atas peti aiskrim di dalam kedainya. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara semua pihak khususnya pengguna yang beragama Islam yang ingin membeli barang di kedainya. Perkara ini mungkin dianggap remeh olehnya tetapi, ia merupakan perkara yang perlu diambil berat kerana kebanyakan pelanggan kedai runcitnya berbangsa melayu beragama islam. Perkara seperti ini dianggap serius oleh pengguna beragama islam kerana ianya bersangkutan dengan hokum halal dan haram dalam agama islam. Hal ini juga menjadi isu sensitif bagi umat Islam kerana ianya dianggap sebagai tidak menghormati agama Islam. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian kaum dan agama, kita perlu peka dengan perkara yang belaku di sekeliling dan menghormati satu sama lain supaya hidup dengan harmoni tanpa berlaku sebarang konflik.
Isu ketiga ialah berkenaan dengan kempen yang dianjurkan di Central Park, Putrajaya. Pada tarikh 14 September tahun 2014, kempennya bertajuk “ I Want To Touch A Dog”. Kempen ini telah menjadi bualan orang ramai malahan juga, ianya mendapat kritikan daripada masyarakat. Program ini telah dianjurkan oleh Syed Azmi Al-Habshi, bertujuan untuk membuat orang Islam tidak takut kepada anjing dan tidak memandangnya sebagai binatang yang jijik. Beliau juga mendapat idea untuk menganjurkan program tersebut kerana menonton sebuah video. Video tersebut berkenaan seorang lelaki buta berjalan dengan seekor anjing. Mereka dipandang jijik dan mendapat layanan buruk daripada orang ramai.
Oleh itu, kempen ini dilaksanakan bagi mengelak perkara-perkara tersebut berulang lagi. Walaubagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian daripada pihak jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM), ianya telah ditegur kerana kempen seperti ini meyentuh sensitiviti umat Islam. Bagaimanapun, penganjur Syed Azmi Al-Habsyi itu, telah memohon maaf atas isu tersebut. Beliau menegaskan bahawa bukan niatnya ingin memesongkan akidah dan mempersendakan agama tetapi ianya lebih kepada proses pembelajaran untuk mengenali makhluk ALLAH. Oleh itu, perkara tersebut perlu dititikberatkan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya salah faham dalam agama.
3.0 MASALAH DAN CABARAN PERSALAHFAHAMAN AGAMA DI MALAYSIA
Kebiasaanya setiap penganut agama, mereka sendiri akan menganggap agama mereka adalah agama yang benar dan memandang rendah terhadap penganut agama yang lain. Pelbagai persoalan yang timbul mengenai agama, kerana pelbagai ideal dibangkitkan dan dibahaskan oleh penganut agama. Dalam hal ini, Malaysia merupakan negara yang telah menjadi uji kaji tentang isu dan cabaran yang berkaitan dengan toleransi agama. Pelbagai sumber seperti jurnal, surat khabar, buku, majalah dan artikel dan sumber daripada internet juga telah dijadikan sebagai data yang oleh dianalisis berkaitan dengan topik berkenaan.
Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa toleransi agama di Malaysia terdiri daripada pelbagai pemahaman masing-masing. Cabaran utama dalam dalam toleransi agama ialah tiada modul panduan kepada penganut agama lain terutama berkenaan tentang peraturan dan pemahanan terhadap satu agama. Hal ini telah menyebabkan wujudnya salahfaham antara penganut agama yang lain kerana tidak mengetahui peraturan dan fahaman dalam agama lain. Perkara ini jelas dilihat bahawa terdapat satu perjuangan dalam tuntutan toleransi agama pada masa kini.
Tuntutan ini diperjuangkan di kalangan penganut agama yang sedang mencari panduan hidup yang harmoni untuk mempunyai kesefahaman hidup bersama-sama. Tuntutan dan perjuangan dalam toleransi agama telah dipersoal oleh orang ramai samada secara individu atau kumpulan. Walaubagaimanapun, setiap penganut agama yang berbeza perlu menetapkan penanda aras dalam menghasilkan sesuatu yang positif atau sebaliknya.
4.0 KONSEP TOLERANSI ANTARA PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA
Toleransi bermaksud menanggung, bertahan dan bersabar. Toleransi berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud kelembutan hati, berfikiran terbuka dan sukarela (Jaffary, 2003). Menurut Abdul Halim (2008), beliau telah menjelaskan bahawa toleransi adalah persamaan sikap positif yang menghargai orang lain serta memberikan hak asasi sebagai manusia. Terdapat dua model utama toleransi iaitu pasif dan aktif. Toleransi pasif ialah menerima perbezaan sebagai fakta, manakala toleransi aktif ialah terlibat dengan orang lain walaupun terdapat perbezaan pendapat dan hasilnya dapat hidup secara damai serta harmoni.
Menurut Taming (2008), menyatakan bahawa toleransi merujuk kepada kesediaan individu untuk mewujudkan hubungan dan juga wujud bersama dengan individu yang berbeza budaya dan latar belakang sosial. Secara umumnya, individu yang mengamalkan toleransi dapat menerima kritikan dan bersikap yang lebih terbuka tentang sesuatu perkara. Menurut Agius dan Ambrosewicz (2003), menjelaskan bahawa toleransi adalah formula untuk kewujudan bersama dengan cara yang bertamadun di antara dua belah pihak yang berbeza dari segi kepercayaan dan pandangan.
Toleransi secara kesuluruhannya bermaksud setiap individu atau masyarakat mempunyai hak yang sama untuk mengakui hak orang lain iaitu mempunyai pendapat, keinginan dan tingkah laku berbeza. Pada pandangan Sahib (2008) pula, toleransi dari segi agama ialah batasan dalam melakukan sesuatu perkara. Jadi, jelaslah bahawa, makna toleransi terdapat pelbagai pandangan, kepercayaan dan amalan penganut lain yang bertentangan dengan penganut agama yang lain. Walaubagaimanapun, kesukaran timbul apabila kebenaran itu harus diakui ianya adalah salah satu masalah yang timbul daripada pluralisme yakni pemahaman antara agama lain adalah sama sahaja dan bersangkut paut dengan kebenaran terhadap setiap agama. Oleh itu, mengikut kefahaman barat toleransi adalah berbeza dari sudut pandangan Islam. Maksudnya disini toleransi agama merujuk kepada pandangan sesuatu agama kepada agama yang lain.
Menurut Jaffary (2003), Islam juga mempunyai perspektif tersendiri dalam menentukan konsep toleransi, ia menjelaskan bahawa istilah “toleransi” dalam bahasa Arab lebih merujuk kepada Al-Tasamuh yang dimaksudkan dengan memberi dan menerima, hal ini bermaksud bahawa setiap individu perlu memberi dan menerima. Toleransi adalah sikap keterbukaan untuk mendengar pandangan yang berbeza daripada orang lain. Terdapat beberapa cara dalam menerima dan memberi pandangan, serta ianya tidak memberi kesan kepada kepercayaan bagi agama lain. Toleransi Islam terhadap kebebasan beragama adalah tegas mengenai prinsip, toleransi dengan sikap.
Tambahan juga, Islam mencadangkan umatnya untuk berpegang kepada prinsip kebenaran, tanpa mengabaikan prinsip terhadap orang bukan Islam. Apabila budaya toleransi ini diamalkan setiap hari antara manusia dari pelbagai agama ia mampu melahirkan masyarakat yang positif dan penyayang. Walau bagaimanapun, Islam hanya membenarkan toleransi dalam hal-hal yang tidak melanggar garis panduan dan keperluan ajarannya. Toleransi dalam Islam terletak dalam ruang yang menjelaskan hakikat kebebasan individu supaya hidupnya lebih beretika.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam dalam masyarakat majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama perlulah saling menghormati dan menjaga sensitiviti terhadap agama yang lain. Hal ini demikian, supaya masyarakat di Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Selain itu, kita perlu mengamalkan konsep toleransi supaya tidak berlakunya salahfaham antara agama. Perbincangan awal menunjukkan bahawa dalam konsep toleransi, nilai amat diperlukan dalam menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum iaitu bertolak-ansur. Apabila amalan toleransi menjadi satu budaya dalam kehidupan interaksi antara masyarakat dari pelbagai agama. Ianya mampu melahirkan masyarakat yang positif dan penyayang. Walaubagaimanapun, Islam hanya membenarkan toleransi dalam hal-hal yang tidak melanggar garis panduan dan keperluan ajarannya. Toleransi dalam Islam terletak dalam ruang yang menjelaskan hakikat kemerdekaan individu supaya hidupnya adalah aman dan beretika. Perkara ini, akan menjadi lebih jelas apabila konsep toleransi yang dibincangkan dalam rangka toleransi agama dan toleransi etnik, serta amalan yang ada di Malaysia.
Berdasarkan penjelasan di atas, Di Malaysia pemahaman agama adalah terhad dalam skop kepada hanya satu agama sahaja. Walaupun beberapa usaha untuk membina pemahaman dan kesedaran sedang dimasukkan ke dalam usaha untuk memahami agama-agama lain namun ia masih tidak mencukupi dan perlu diperbaiki untuk memberi kesan yang lebih besar pada masyarakat. Sebagai contoh, telah wujud di kalangan para ulama dan pemimpin-pemimpin agama lain, melalui beberapa pendekatan seperti dalam forum untuk menperjelaskan pemahaman bagi satu agama kepada agama lain. Namun perkara berikut perlu dipertingkatkan lagi supaya perdebatan yang berlaku antara agama lain dapat mengelakkan berlaku salahfaham dalam kalingan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Tambahan pula, Malaysia adalah agama rasmi bagi negaranya islam, tetapi ianya perlu menghormati agama-agama lain yang terdapat didalam negaranya. Agama lain tidak boleh dihalang untuk mengamalkan agamanya.
RUJUKAN
Agius & Ambrosewicz, J. 2003. Towards a culture of tolerance and peace. Canada: International Bureau for Children’s Rights.
Jaffary Awang. 2003. Toleransi agama dan perpaduan kaum, pandangan intelek: satu observasi ringkas dalam Agama dan perpaduan kaum di Malaysia. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mahali & B. A. Mohd. (eds.). Pluraliti dalam kearifan lokal di Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Nur Farhana Abdul Rahman, Khadijah Mohd Khambali@Hambali. (June, 2013). Religious Tolerance in Malaysia: Problems and Challenges. International Journal of Islamic Thought, Vol.3.
Sahib, Hikmatullah Babu. 2008. Islam and tolerance. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia.
Tamring, B.A.M. 2008b. Toleransi etnik di Sabah: perspektif jarak sosial Bogardus. in. S. N.