Organisasi perseptual adalah satu keadaan dimana tumpuan yang diberikan oleh individu dalam sesuatu keadaan yang berlaku secara spontan. Erti kata lain objek atau keadaan yang terlihat pada waktu itu adalah seakan-akan sama tetapi mempunyai gambaran yang berbeza namun mesej yang sampai ke otak adalah dua keadaan tetapi pada satu keadaan. Ia berlaku disebabkan keadaan, objek atau kejadian tersebut berlaku disebabkan hubung kait secara langsung.
Sebagai contoh pada gambar Imej A, kedua-duanya bercakap tentang 1 topik iaitu ‘setengah’ namun 2 perkara yang berbeza adalah antara penuh atau kosong. Walaupun ianya pada satu objek yang sama dimana gelas yang diisi separuh dengan air.
Organisasi perseptual juga merupakan penyusunan beberapa pandangan atau persepsi yang menjadi sebuah keputusan yang tidak stabil dan boleh dibahas mengikut bukti dan rasionaliti. Ia juga merupakan pengumpulan beberapa data sampingan dan akhirnya memberi satu gambaran yang subjektif dan meluas. Data-data ini kemudiannya disusun semula mengikut susunannya yang menjadi satu data yang bermakna.
Setiap individu perlu mempunyai organisasi perseptual dimana ianya membantu kita dalam membuat keputusan, analisa dan spekulasi. Ini kerana tanpa keberangkalian atau keraguan dalam sifat manusia ia akan memberi kemudaratan kepada diri sendiri. Manusia seharusnya berfikir secara positif namun keraguan itu tidak beerti negatif. Sekiranya skala pemikiran negatif terlalu tinggi ia juga akan membuatkan seseorang itu paranoid. Ini berlaku kerana spekulasi atau analisa yang cenderung kearah kegagalan mahupun kesan sampingan yang buruk keterlaluan membuatkan diri seseorang itu terlalu berhati-hati sehinggakan hilang pertimbangan kewarasan yang logik.
Perbezaan antara proses organisasi perseptual asas dan tinggi adalah sesuatu proses yang dimiliki secara pengajaran dimana prilaku itu akan menjadi rutin dan kemudiannya menjadi sikap. Manakala proses perseptual yang tinggi pula mengadaptasi atau boleh mengubah sesuatu yang asas kearah revolusi yang baru dan kemudiannya di aplikasi mengikut keadaan namun masih mengekalkan yang asal
Sebagai contoh seseorang individu tersebut boleh menerima tiga jenis pembelajaran yang terdiri dari formal, informal dan nonformal. Pembelajaran formal atau rasmi bermaksud pengetahuan yang diterima adalah bermula disekolah yang diajarkan oleh guru-guru yang bekelayakkan mengikut bidang. Manakala informal atau tidak rasmi pula bermaksud pengetahuan yang diperolehi dari didikan ibu bapa, persekitaran, dan television. Bagi non formal pula adalah penambahan pengetahuan sedia ada dengan mengikuti kursus, forum, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan kemahiran sedia ada.
Dengan adanya tiga cara atau jenis pembelajran maka seseorang itu akan dapat membentuk personaliti kendiri yang lebih utuh. Secara logiknya setiap manusia harus tahu membuat pertimbangan yang sewajarnya pengetahuan yang diperolehi sepanjang hayatnya. Dari lahir kita akan bertindak balas terhadap respon motor dan distimulasikan dengan deria yang kita ada. Apabila bayi lapar dia akan menangis dan begitu juga sekiranya mengantuk. Bayi pula akan ketawa sekiranya dia sudah mencapai umur 3 bulan dan deria penglihatannya mulai jelas kerana pada ketika ini bayi tersebut akan melihat setiap gerakan atau memek muka yang kita tonjolkan. Apabila byi mula merangkak dan ingin berjalan bayi akan mencari alat bantuan seperti tangan kita kerusi dan sebagainya untuk membantu dia berdiri. Ketika mencecah umur 1 tahun keatas kanak-kanak akan mula belajar bercakap kerana ketika itu deria pendengaran anak mulai aktif dan peka. Oleh sebab itu tidak heranlah sekiranya para jururawat yang berada di klinik amat teliti dengan perkembangan kanak-kanak kerana mereka akan mengenal pasti awal masalah yang dihadapi oleh seorang bayi atau kanak-kanak. Semua perkembangan ini akan memberi kesan terhadap pembelajarannya dialam persekolahan dan ianya secara tidak lansung dapat memberi gambaran perkembangan otak seorang kanak-kanak.
Ramai ibu bapa yang tidak sedar bahawa pendidikan awal dari rumah juga merupakan asas kanak-kanak itu sendiri. Sekiranya kanak-kanak ini membesar dengan suasana yang harmoni di rumah, maka sikap positif yang sedia ada pasti menjadi asas ketika berada dikelas. Kanak-kanak memahami sesuatu arahan, ajaran tersebut dari sudut yang berbeza. Apabila ibu bapa tidak berkata-kata hanya menunjukkan rupa yang marah atau memukul meja, dia sudah memahami yang ibu ataupun bapa sedang dalam keadaan marah walaupun bukan ditujukan kepadanya. Emosi adalah sesuatu perkara yang agak sukar dikawal oleh orang dewasa berbanding dengan kanak-kanak dimana mereka lebih jujur tentang perasaan mereka. Mengapa? Kanak-kanak akan berdiam diri sekiranya mereka tidak tahu dengan soalan yang diberikan oleh guru mereka dan berbanding dengan orang dewasa mereka akan cuba memberi alasan ataupun jawapan yang kadangkalanya tidak rasional ketika disoal.
Walaupun kadang-kadang kita mengatakan kanak-kanak ini tahu berbohong, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mereka rancangkan. Kebohongan itu wujud disebabkan faktor-faktor luaran yang mendorong stimulasi pemikiran mereka. Dan harus diingat ia juga berpunca dari sikap yang ibu bapa tunjukkan kepada kanak-kanak tersebut. Mengapa ada dikalangan kanak-kanak di sekolah dikatakan lembap? Ini disebabkan banyak faktor yang sukar untuk dibendung kerana ianya akan kekal berlaku tanpa kita sedari atau rancang. Pada pendapat saya kanak-kanak lembap ini tidak seharusnya dikategorikan sebagai OKU (orang kurang upaya). Bagi saya mereka hanya lambat menerima atau memproses sesuatu mesej atau pengajaran yang mereka terima. Mereka masih normal. Ini kerana ramai juga individu yang normal lebih lembap kerana walaupun arahan telah diberikan berkali-kali tapi masih tidak memahami arahan tersebut. Sebagai contoh pemandu kereta telah didik untuk memakai tali pinggang keledar sebelum lessen dikeluarkan, namun ketika sudah mahir memandu tali pinggang itu seolah-olah tidak wujud dalam kenderaan tersebut.
Kita beralih pula tentang didikan atau asuhan yang bermula di sekolah. Guru-guru merupakan media yang berkongsi ilmu yang mereka pelajari untuk digenerasikan kepada kanak-kanak dan remaja. Ini sebenarnya adalah meneruskan legasi tanpa kita sedari. Guru-guru ini akan mencari dan mengasah bakat yang ada pada seorang pelajar itu untuk membentuk sahsiah diri menghadapi dunia yang semakin mencabar. Harus kita fahami bahawa pelajar ini bukan saja menerima pembelajaran yang diberikan oleh guru-guru malah mereka perolehi dari rakan-rakan sekolah yang lain. Kecenderungan pelajar untuk bersosial adalah tinggi dan merasakan diri mereka diperlukan juga tinggi, Ini kerana mereka suka dihargai diperingkat umur ini. Maka tidak heranlah kita sering mendengar pelajar bergaduh disekolah baik secara fizikal mahupun secara intelektual. Pada waktu ini emosi mereka sudah bercampur baur. Menipu supaya tidak dimarah, berlagak untuk populariti dan sebagainya. Perasaan dengki juga tinggi apabila melihat rakan-rakan lain dihargai atau disayangi. Maka adalah berat tanggungjawab seorang guru untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi emosinya. Guru-guru selalunya menyedari masalah seorang pelajar apabila sudah terlambat. Kemerosotan hanya dapat dilihat pada penilaian peperiksaan. Dan ketika masalah ini ingin diperbaiki, adakalanya berjaya dan adakalanya tidak. Pernahkah kita dengan seorang pelajar yang bermasalah dengan disiplin sekolah tetapi mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan? Sudah tentu ada tetapi jarang-jarang. Berdasarkan pengalaman saya ketika dibangku sekolah, rakan sekelas saya ini sering tidur didalam kelas malah tidak pernah menghantar kerja sekolah ataupun nota , malah pernah digantung sekolah kerana bergaduh dengan guru displin. Namun yang ajaibnya beliau tidak pernah gagal dalam peperiksaan dan semasa SPM beliau merupakan pelajar cemerlang dengan pangkat 1, 9 agregate. Rakan sekelas semua tahu bahawa kawan kami ini tidak ada menghadiri kelas tambahan, tuition atau apa-apa aktiviti korikulum. Hanya aktif bermain bola keranjang. Yang mengherankan juga jurulatih bola keranjang sekolah putus harapan dengan dia kerana sering tidak hadir ke latihan dan ketika bermain pun, dia sering melanggar undang-undang. Sehinggakan ibu bapanya tidak dapat berbuat apa-apa kerana di rumah dia juga suka menghabiskan masa dengan tidur. Heran bukan?
Dia antara sejarah yang tidak mungkin saya lupakan kerana dia wakil sekolah hingga peringkat negeri kerana sering membuat jaringan yang tepat dan menyumbangkan serta menaikkan nama sekolah. Selain itu keputusan SPM yang beliau perolehi membuatkan semua guru-guru membisu untuk hari penerimaan keputusan. Siapa sangka seorang pelajar yang degil, tidak kemas, comot dan malas mendapat keputusan sebegitu rupa. Dan ketika ini beliau sedang bekerja diluar negara dan dengar khabar menjadi seorang pengurus yang berjaya.
Diri saya sendiri saya mengambil ketiga-tiga cara pembelajaran tersebut. Saya sedari bahawa saya berubah dari satu peringkat ke pringkat yang berbeza. Dari zaman kanak-kanak saya seorang yang ceria namun dipertengahan usia kanak-kanak sehingga remaja saya mengalami kemurungan yang tidak disedari oleh sesiapa pun. Akhirnya pegalaman-pengalaman hidup saya itu membentuk diri saya yang lebih bersedia menghadapi tekanan-tekanan yang hadir dialam dewasa saya. Walau apapun saya masih tahu bahawa pandangan dan pertimbangan saya masih dipengaruhi oleh persekitaran dan rasionaliti. Saya masih berpegang teguh pada prinsip bahawa untuk belajar dan menerima pembelajaran ia harus datang dari minat. Tanpa minat, ilmu yang diperoleh hanya akan tinggal setakat diatas kertas peperiksaan. Samaada kajian dibuat ataupun tidak ramai dikalangan anggota penjawat awam bukanlah berminat bekerja didalam bidang tersebut, tetapi kerana ingin menerima gaji dan faedah-faedah yang ditawarkan. Ini terjadi kerana semasa kita menerima pembelajaran dialam persekolahan kita tidak didedahkan dengan tekanan-tekanan yang ada ketika bekerja. Rakyat Malaysia khususnya belum ada pemikiran ditahap negara maju. Sebagai contoh, sekiranya kita menunggu untuk masuk kedalam lif, kita akan masuk tanpa mempedulikan orang yang ingin keluar dari lif tersebut berbanding di negara yang membangun, mereka akan memberi ruang kepada pengguna yang ingin keluar dari lif tersebut. Tidak kiralah lif itu ada pengguna mahupun tidak.
Mari kita bagaimana organisasi perseptual ini dapat digunakan untuk proses pembelajaran bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah. Mempelajari sesuatu bahasa itu sebenarnya perlu penelitian dari segi indra pendengaran. Sama seperti muzik. Buktinya mudah diperolehi contohnya orang buta. Mereka boleh bermain alat muzik tanpa melihat kod-kod muzik tetapi dengan mendengar irama dan nadanya. Maka begitulah juga dengan bahasa. Seperti bayi atau kanak-kanak mereka akan cepat mempelajari sesuatu bunyi tiu hanya kerana kerap mendengarkannya seperti “mumum” atau “o oi” yang membawa maksud masing-masing makan dan tidur.
Akan tetapi untuk bahasa Inggeris kita memerlukan beberapa deria selain mendengar agar maksud kata-kata itu lebih tepat. Seperti contoh suami saya pernah bekerja di salah sebuah gedung membeli belah di Brunei, ada pelanggan luar negara yang bertanya “where is the frying pan, please?” dan suami saya membawanya ke surau, dan pelanggan tersebut kemudiannya membuat gerak tangan bentuk kuali menggoreng dan barulah suami saya faham dan meminta maaf atas salah faham tersebut. Saya meminta suami saya menjelaskan pada saya mengapa dia bawa pelanggan tersebut ke surau, dan dia menjawab bahawa bunyi “frying” itu seperti “praying”. Disini menunjukkan bahawa bahasa bukan saja perlu didengar nada sebutannya malah pelajar perlu melihat objek yang diperkatakan dan melihat pergerakkan bibir agar lebih mudah difahami. Oleh yang demikian, adalah penting untuk seorang guru menguasai bahasa tersebut dengan tepat. Ini kerana sekiranya pelajar menerima pembelajaran yang salah, maka pelajar tersebut akan membudaya bahasa yang salah.
Selain dari itu, pendidikan bahasa asing juga perlu dikreativitikan dengan gaya masa kini. Seperti contoh pihak Astro telah menayangkan rancangan di TVIQ yang sangat menarik seperti OH MY ENGLISH! Rancangan tersebut telah memaparkan realiti penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa kebangsaan yang sekarang dikenali sebagai Manglish sering digunakan oleh orang ramai.
Seperti yang kita ketahui, perlukah kita mendwikan lagi bahasa yang sudah diterjemahkan? Itu terpulang pada pendapat masing-masing. Bukan niat untuk merendahkan bangsa negara sendiri, tetapi mengapa bahasa kebangsaan kita juga tidak dimartabatkan dengan baik? Sebagai contoh kita diajar “SAYA” bunyi abjad A adalah “Ah” atau “A” bukannya “E” atau “er”. Tetapi apabila kita sendiri merosakkan bahasa itu sendiri dengan semulajadinya sukar untuk warga negara lain mengiktiraf bahasa kita. Ramai di kalangan pelajar Malaysia menyebut “sayer” berbanding “saya”. Maka begitulah sekiranya kita ingin memberi pembelajaran bahasa asing dikalangan pelajar kita harus memberi kefahaman dari segi intonasi yang betul.
Selain dari itu pembelajaran di peringkat awal kanak-kanak haruslah menarik dan bukannya hanya sekadar tulisan. Pembelajaran dari segi pergerakkan dan gambar juga lebih cepat menarik perhatian kanak-kanak ini untuk mengadaptasi perkara yang diajar. Seperti contoh anak saya lebih cepat mengusai bahasa Inggeris dengan alat bantuan pandang dengar yang saya beli dari pihak Groulier Sdn Bhd. Syarikat ini bukan saja membekalkan cara pembelajaran secara teori tetapi juga dari segi motor halus dan kasar. Produk-produk yang saya beli amatlah berguna kerana pen yang pandai berkata-kata membantu saya mengajar ketika saya tiada dirumah, selain itu ia juga menaraik minat saya sendiri cara sebutan yang betul. Walaupun kosnya adalah tinggi namun pakej pembayaran ansuran yang ditawarkan kepada saya telah menjadikan ia sebagai bahan bacaan mampu milik dan ia boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Bukan saja anak saya tetapi ia juga telah banyak membantu mengajar ibu saya yang tidak tahu bahasa Inggeris dapat bertutur sedikit demi sedikit bahasa Inggeris.
Ramai dikalangan ibu bapa beranggapan bahawa pembelajaran di Ipad atau komputer itu lebih baik dan menganggap buku itu sebagai satu pembaziran, namun saya tidak setuju dengan pendapat itu kerana bagi saya buku atau dokumen yang bercetak adalah masih relevan. Sebenarnya ada kajian pernah mengatakan bahawa sekiranya kita membaca menggunakan jari sambil melihat, data yang sampai ke otak adalah lebih baik dan neuron di bahagian otak akan menyimpan data tersebut dengan lebih baik berbanding membaca saja. Walaupun komputer atau telefon pintar atau Ipad boleh di sentuh, tetapi ia tetap mengandungi ion negatif. Sudah tentu kita biasa mendengar tentang blue ray atau infrared. Kalau dahulu kala kita sering mendengar ibu bapa kita mengajar kita membaca buku dengan jarak jauh di tempat yang terang kerana risau akan kerabunan pada penglihatan. Tetapi dengan peralatan yang canggih ini bukan saja menyebabkan kerabunan tetapi juga akan menyebabkan kerosakkan pada anggota yang lain. Erti kata lain bukan saja bola mata tetapi juga sel-sel yang akan terjejas dengan kimia.
Oleh sebab itu organisasi perseptual sangat membantu dalam aspek pembelajaran. Tidak kiralah dari segi pembelajaran bahasa atau yang lain-lain. Ini kerana ia membuatkan seseorang itu untuk berfikir diluar kotak. Dimana ia membawa maksud menggunakan otak secara optima dengan teratur, jelas dan seimbang.