Home > Sample essays > ASTRO: The Premier Pay Television and Satellite Radio Operator in Malaysia

Essay: ASTRO: The Premier Pay Television and Satellite Radio Operator in Malaysia

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 9 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 2,642 (approx)
  • Number of pages: 11 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 2,642 words.



ay iPerkhidmatan siaran televesyen yang menggunakan parabola sinonim dengan ASTRO ataupun dikenali sebagai All Satelite Television dan Radio Operator. Ianya menawarkan perkhidmatan televisyen dan radio bersatelit berbayar yang pertama di Malaysia dan telah berkembang ke negara-negara lain seperti di Brunei, Indonesia dan di Singapura. Pada masa kini perkhidmatan ASTRO bukan sahaja tertumpu kepada satelit berbayar, malah mereka juga telah menyediakan perkhidmatan menerusi IPTV (Internet Protocol Television) yang dikenali sebagai ASTRO IPTV dimana ianya menggunakan aplikasi internet sepenuhnya.

Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1996 dengan memberi siarannya sebanyak 22 saluran televisyen dan 8 saluran radio menggunakan satelit MEASAT-1 dibawah naungan ASTRO Malaysia Holding Berhad. Tumpuan utama penubuhan ASTRO adalah untuk pelanggannya menonton, mendengar, membaca dan bermain dengan siaran yang ditawarkan. Pada masa kini syarikat ini telah banyak berkembang dan menawarkan pelbagai saluran televisyen dan radio kepada pelanggan. Saluran yang ditawarkan adalah seperti saluran tempatan (RTM1 dan TV3), ASTRO news (Al-Jazeerah), Saluran Pendidikan (ASTRO Tutor TV). Secara ringkasnya terdapat sekurang-kurangnya 171 saluran televisyen dimana 68 saluran merangkumi kepelbagaian genre (Abdullah, 2015). Bukan itu sahaja, pihak ASTRO turut menawarkan alat penerima atau dengan nama lain alat penyahkod (decoder) yang dibangunkan bersama syarikat Nokia  (Utusan Online, 1999) bagi menerima gelombang isyarat satelit dan menukarkan isyarat tersebut kepada isyarat boleh dipaparkan pada televisyen. Alat penerima ini telah banyak berubah daripada mula ASTRO menawarkan siarannya. Pada masa kini alat penerima ini boleh merakam rancangan televisyen agar pelanggan boleh menontonnya kemudian.

ASTRO telah banyak menerima anugerah semenjak ia mula ditubuhkan. Antaranya ialah:

1. Anugerah Emas kategori Media dan Hiburan;

2. Anugerah Brand Of The Year pada tahun 2012;

3. Anugerah Bran Icon pada tahun 2013;

4. Organisation of the Year pada tahun 2015 untuk Perakaunan Pengurusan;

5. Anugerah Stevie Emas dan Perak;

6. Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan 2015; dan

7. Anugerah Stievie Gangsa pada Anugerah Perniagaan Atarabangsa 2015.

ASTRO sekali lagi mencipta sejarah dengan merangkul 17 buah trofi (ASTRO Awani, 2016) dalam majlis Anugerah Seri Angkasa 2016 (ASA2016). Dengan penerimaan anugerah-anugerah ini, boleh dilihat ASTRO merupakan sebuah syarikat yang memberi penekanan terhadap inovasi dan kecermerlangan demi memajukan syarikat mereka.

Berdasarkan Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh ASTRO Malaysia Holdings Berhad, hasil kutipan yang diterima oleh syarikat ASTRO adalah pada tahun 2014 adalah sebanyak RM 4,791 juta. Jumlah ini meningkat pada tahun 2015 sebanyak RM 5,231 juta. Ini disebabkan terdapat peningkatan pelanganan baru perkhidmatan ASTRO. Keuntungan kasar pada tahun 2015 menunjukan peningkatan berbanding dengan tahun lalu. Pendapatan sebelum cukai juga telah menunjukan peningkatan berbanding tahun-tahun lalu. Maklumat seperti EBITDA (Interest Taxes, Depreciation, and Amortization), EBIT (Earnings Before Interest and Tax), PBT (Profit Before Tax), PAT (Profit After Tax) dan PATAMI (Profit After Tax and Minority Interest) juga dipersembahkan dalam sorotan kewangan.

Penyenaraian ASTRO di Bursa Saham menampakkan perubahan dari masa ke semasa. Ianya bergantung kepada keadaan semasa nilai matawang ringgit Malaysia. Pada Oktober 2012, ASTRO telah membuka dan menjual IPO (Initial Public Offering) dengan nilai RM 3 sesaham serta pembayaran tunai dividen progresif kepada pemegang saham sebanyak RM 675 juta. Untuk tahun yang seterusnya ASTRO telah membayar empat dividen intrim suku tahunan sebanyak 0.20 sesaham dimana ada peningkatan sebanyak 33% berbanding dengan tahun sebelumnya. Akan tetapi pada Februari 2015, harga unit saham ASTRO telah jatuh kepada RM 2.93 seunit berbanding pada harga sebelumnya, RM 2.95. Faktor kejatuhan harga saham ASTO disebabkan oleh dengan wujudnya pesaing yang menawarkan perkhidmatan yang sama, iaitu MYTV Broadcasting Sdn Bhd. Ini memberi tekanan kepadapesaing terhadap televisyen dan Radio Adex. Selain itu, faktor-faktor lain yang mempengaruhi ekonomi dan pasaran saham pada tahun 2015 adalah sentiment pengguna tempatan, naik turun harga minyak dan minyak sawit mentah, keadaan pasaran hartanah negara, ekonomi dan pasaran saham Amerika dan China serta tindakan Fed As dan BNM (Razman, 2015).

Penyata kewangan atau laporan kewangan merupakan struktur kewangan yang digunakan untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesuatu atau sesebuah syarikat, perseorangan, perniagaan dan entiti perniagaan kepada entiti luar yang lain (Hassan, 2014). Mengikut kepada istilah lain penyata kewangan adalah rekod formal kegiatan kewangan kepada entiti perniagaan. Penyata ini memberi gambaran dan pandangan keadaan kewangan dalam jangka masa pendek dan juga kewangan pada jangka masa panjang untuk sesebuah atau sesuatu entiti perniagaan.

Penyata kewangan adalah satu struktur kewangan yang mengandungi kunci kira-kira, penyata pendapatan, penyata pergerakan ekuiti, penyata aliran tunai dan polisi perakaunan dan penjelasan yang berfungsi untuk menerangkan kedudukan kewangan untuk sesebuah ekuiti perniagaan. Maklumat ini adalah penting dan menjadi perhatian entiti luar atau pihak luar, di dalam penyata kewangan dikemukakan maklumat aset, liabiliti, ekuiti, keuntungan, kerugian dan aliran tunai untuk rujukan kepada pihak luar tentang entiti perniagaan mereka. Daripada maklumat tersebut mereka boleh membuat tafsiran ke masa hadapan tentang pengurusan kewangan entiti perniagaan sama ada syarikat tersebut akan terus berkembang atau tidak. Ia juga akan mencerminkan peningkatan atau penurunan prestasi sesebuah syarikat.

Sebagai contoh, dalam perniagaan barangan, untuk mencapai prestasi yang memuaskan, setiap hasil dan tindakan dalam syarikat perlu dianalisis. Ini termasuk keseluruhan perniagaan, analisis perbandingan, dan analisis arah aliran. Analisis dilakukan dalam aspek kewangan, keuntungan, modal atau harta, kecekapan dan bidang kuasa. Entiti perniagaan tersebut perlu menyediakan penyata kewangan ini sama ada bulanan atau tahunan bagi menganalisis perkembangan perniagaan mereka. Jika dibuat dalam jangka masa bulanan mereka akan nampak statistik naik turunnya keuntungan dan kerugian, dan punca kenapa ia berlaku. Dan maklumat ini sangat penting bagi memperbaiki kelemahan atau meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Terdapat beberapa kepentingan penyata kewangan iaitu:

1. Sebagai rujukan untuk membuat keputusan perniagaan;

ï‚§ Segala keputusan akan berdasarkan kepada laporan kewangan. Ini adalah untuk mengawal penggunaan peruntukan yang telah dibuat awal tahun. Sebagai contoh peruntukan untuk membeli harta modal seperti kereta. Mereka perlu melihat sama ada perbelanjaan dan peruntukan dibawah pembelian harta modal mencukupi atau tidak.

2. Sebagai rujukan menyampaikan maklumat dan membuat penilaian oleh pihak luar dan pihak berkepentingan; dan

ï‚§ Sebagai rujukan kepada pelabur luar atau dalam untuk melabur dalam entiti perniagaan tersebut atau tidak. Prestasi sesebuah syarikat dapat dilihat daripada penyata kewangan ini.

3. Sebagai penilaian prestasi pekerja dalam sesebuah entiti perniagaan.

ï‚§ Sebagai rujukan untuk melihat prestasi pekerja dalam sesebuah syarikat atau entiti perniagaan.

Terdapat bebepara pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan iaitu:

1. Pemilik

ï‚§ Penyata kewangan kebiasaannya disediakan oleh pemilik entiti perniagaan tersebut. Penyata kewangan ini dijadikan sebagai rujukan sama ada perbelanjaan telah dibuat mengikut perancangan atau tidak, dan penggunaan pelaburan yang baik atau tidak. Dengan membuat penyata kewangan mereka akan mengurus sumber yang ada sebaik mungkin dan merekod semua rekod kewangan supaya kadar keuntungan atau kerugian dapat dilihat dengan lebih jelas.

2. Pelabur

ï‚§ Penyata kewangan ini akan menjadi satu rujukan utama bagi para pelabur dalam dan juga luar Negara untuk mencari syarikat yang berpotensi untuk melakukan pelaburan atau menanam modal yang dijangka akan memberi pulangan yang tinggi apabila pelaburan dilakukan. Kebiasaannya pelabur akan mencari dan membuat pelaburan keatas syarikat yang boleh memberi keuntungan yang tinggi dan lumayan. Syarikat yang menunjukan penyata kewangan yang meningkat akan mendapat banyak sambutan daripada para pelabur untuk melabur kepada syarikat tersebut. Manakala syarikat yang menunjukan penyata kewangan yang merosot atau kurang memuaskan akan diabaikan oleh para pelabur kerana tujuan mereka hanya untuk mendapat pulangan lumayan keatas pelaburan sesebuah syarikat.

3. Pembekal

ï‚§ Pembekal akan membuat penilaian terhadap penyata kewangan syarikat terlebih dahulu sebelum memberi atau memperbaharui kemudahan kredit.

4. Pihak pengurusan

ï‚§ Menilai prestasi pihak pengurusan dalam menjalankan tangungjawab mereka. Penyata kewangan boleh digunakan sebagai perbandingan dalam sistem kawalan entiti perniagaan.

5. Agensi kerajaan

ï‚§ Entiti perniagaan wajib mengemukakan penyata kewangan setiap tahun kepada agensi kerajaan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dengan penyata kewangan juga,Lembaga Hasil Dalam Negeri akan memungut cukai berasaskan penyata kewangan yang dikemukakan oleh entiti Perniagaan tersebut. Pengiraan cukai tersebut adalah berasaskan dengan penyata kewangan entiti perniagaan.

6. Kesatuan sekerja

ï‚§ Prestasi sesebuah entiti perniagaan menjadi asas untuk mendapatkan bonus, kenaikan gaji, elaun tambahan dan sebagainya.

7. Pesaing

ï‚§ Dengan penyata kewangan ini penting bagi pesaing untuk melihat prestasi syarikat pesaing untuk melihat kemajuan dan kemunduran sesebuah entiti perniagaan tersebut.

PENYATA KEWANGAN MFRS101

Terdapat beberapa maklumat akan di kemukakan kedalam penyata kewangan setiap entiti perniagaan. Maklumat ini telah di tetapkan oleh MFRS101 yang dikenali sebelum ini sebagai FRS101. Penggunaan Standard ini bermula pada tahun 2012. 1. Penyata kewangan ini terdiri daripada:

1. Penyata kedudukan kewangan

2. penyata pendapatan komprehensif

3. perubahan kenyataan equity / Penyata perubahan aset bersih

4. penyata aliran tunai

5. nota

Terdapat beberapa item atau maklumat yang perlu dikemukakan. Item yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

1. hartanah, loji dan peralatan

ï‚§ maklumat tentang pelaburan dalam hartanah, logi dan peralatan. Isu utama dalam perakaunan untuk hartanah, loji dan peralatan adalah  pengiktirafan asset, penentuan amaun bawaan dan caj susut nilai serta kerugian penjejasan.

2. harta pelaburan

ï‚§ harta pelaburan ini adalah dalam bentuk bangunan atau tanah atau kedua-duanya sekali.. ia adalah bagi tujuan mendapatkan sewa atau meningkatkan modal dan bukan untuk tujuan penggunaan dalam pengeluaran atau perkhidmatan dan dalam perjalanan biasa operasi kerajaan.

3. asset tidak ketara

ï‚§ Aset tidak ketara ialah asset bukan kewangan. Ini bermaksud aset bukan kewangan yang dapat ditentukan tanpa kewujudan secara fizikal. Sebagai contoh hak cipta, perisian computer dan sebagainya.

4. aset kewangan (tidak termasuk jumlah pada dibawah  no 5. pelaburan yang dikira menggunakan kaedah ekuiti, no 8. akaun dagangan dan perkara yang belum diterima dan  no 9. tunai dan setaraf tunai)

ï‚§ Aset kewangan merupakan aset kewangan pada nilai saksama lebihan atau kurangan. . Aset kewangan yang dimaksudkan adalah aset kewangan yang sedia untuk dijual. Aset kewangan juga adalah aset yang dipegang untuk pelaburan matang. Selain daripada itu aset kewangan juga adalah pinjaman dan akaun belum terima.

5. Pelaburan yang dikira menggunakan kaedah ekuiti

ï‚§ Pelaburan ekuiti yang dikecualikan daripada kesetaraan tunai

6. Asset biologi atau aset hidup

ï‚§ Aset ini terdiri daripada haiwan dan timbuhan, sebagai contoh ikan dan pokok. Ia berdasarkan nilai perolehan dan fungsi.

7. Inventori

ï‚§ Inventori adalah aset yang berbentuk barangan atau bekalan yang digunakan dalam proses pengeluaran. Aset ini juga berbentuk barangan atau bekalan yang akan digunakan atau diedarkan untuk pembekalan perkhidmatan.

8. Urus niaga pertukaran belum bayar

ï‚§ Aset, perkhidmatan, atau liabiliti dilangsaikan dan secara terus membeli nilai yang sama kepada entiti lain sebagai pertukaran.

9. Tunai dan setaraf tunai

ï‚§ Tunai dan setaraf tunai adalah aset yang berbentuk seperti wang atau cek.

10. Jumlah asset yang diklasifikasikan sebagai asset dipegang untuk jualan dan asset yang dimasukan dalam kumpulan pelupusan yang dikelaskan sebagai asset dipegang untuk jualan mengikut MFRS 5 Aset Bukan Semasa Dipegang untuk Jualan dan Penamatan Operasi

11. Peruntukan

ï‚§ Dipecahkan kepada peruntukan bagi manfaat pekerja dan item lain.

12. Liability kewangan (tidak termasuk jumlah yang ditunjukan dibawah no 11. akaun dagangan dan lain-lain bayaran dan no 12. peruntukan)

ï‚§ Aset tanggungan atau hutang yang dibuat oleh entiti perniaga daripada orang lain. menyatakan tuntutan perniagaan luar terhadap satu atau lebih aset perniagaan.

13. Liability dan asset cukai semasa, seperti yang ditakrifkan dalam MFRS 112 Cukai pendapatan

14. Liability cukai tertunda dan asset cukai tertunda, seperti yang ditakrifkan dalam MFRS112

15. Liability termasuk dalam kumpulan pelupusan yang dikelaskan sebagai asset pegangan untuk jualan mengikut MFRS 5

16. Kepentingan bukan kawalan, yang dibentangkan dalam ekuiti

ï‚§ Aset yang pemilik separa dengan kurang daripada 50 peratus kawalan.

17. Modal yang diterbitkan dan rizab yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat induk.

ï‚§ Aset sisa aset entiti selepas menolak semua liabiliti entiti tersebut

PEMATUHAN STANDARD DALAM PENYATA KEWANGAN

Pada penyata kewangan ASTRO terdapat beberapa senarai yang telah dipatuhi. Terdapat penyata kedudukan kewangan, penyata pendapatan komprehensif, perubahan kenyataan equity, penyata aliran tunai dan nota. Jika diteliti penyata kewangan tersebut terdapat huraian kepada kedudukan kewangan yang tekini yang telah dikemukakan oleh syarikat tersebut. Sebagai contoh penyata pendapatan yang dikemukakan  sebagai rujukan kepada orang luar tentang keuntungan kasar yang telah diperolehi dan nota berapa yang perlu dirujuk untuk maklumat yang lebih lanjut.

Dalam penyata kewangan syarikat ASTRO, ia telah menyatakan juga pendapatan komprehensif yang menunjukan keuntungan daripada laporan daripada laporan kewangan yang lalu. Dengan menyatakan jumlah pendapatan komprehensif ini salah satu aspek penting penyata kewangan telah dipenuhi. Dalam penyata pendapatan komprehensif ini terdapat beberapa item telah dipenuhi sebagai contoh aliran tunai dan setaraf tunai telah dipatuhi dan ia telah dinyata kan dengan jelas.

Selain daripada itu pada laporan kunci kira-kira disatukan telah menyenaraikan beberapa item dan maklumat amaun kepada item tersebut yang diperlukan untuk penyata kewangan. Sebagai contoh aset bukan semasa terdapat beberapa item yang telah disenarai kan seperti hartanah, loji dan peralatan, aset tidak ketara, inventori dan sebagainya. Maklumat item ini dibandingkan dengan amaun yang terdahulu untuk melihat perkembangan atau perubahan yang telah dibuat oleh syarikat tersebut. Selain daripada itu terdapat nota disediakan untuk pihak luar melihat secara terperinci berkenaan maklumat item tersebut. Sebagai contoh item hartanah, loji dan peralatan telah diberi nota no 13 dalam penyata kewangan 31 januari 2016. Oleh itu pihak luar boleh melihat maklumat terperinci pada nota bahagian belakang penyata kewangan tersebut berkenaan perkembangan yang telah dibuat oleh syarikat tersebut dalam item hartanah, loji dan peralatan. Sebagai contoh, Nota pada item hartanah, loji dan peralatan ini memaparkan bagaimana syarikat tersebut membuat kiraan susut nilai, aset pelupusan, aset tambahan dan sebagainya.

Daripada item-item diatas terdapat beberapa item yang tidak dinyatakan sebagai contoh item aset biologi/ aset hidup. Ini disebabkan syarikat ASTRO tidak mempunyai aset sedemikian contohnya memelihara haiwan seperti ikan, lembu, ayam, menanam pokok bunga dan lain-lain. dengan ketiadaan aset seperti ini mereka tidak memasukan item tersebut dalam penyata kewangan. Dan disebabkan syarikat ASTRO merupakan syarikat yang menumpukan perkhidmatan satelit televisyen kepada pelanggan mereka dan bukan nya dalam perniagaan ternakan haiwan. Item seperti inventori telah tersenarai dalam penyata kewangan syarikat ASTRO. Ini kerana mereka memerlukan teknologi dan peralatan untuk menyampaikan perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

Selain daripada itu item tunai dan setara tunai juga telah dinyatakan dan dipatuhi dalam penyata kewangan syarikat ASTRO. Pada penyata aliran tunai terdapat kiraan yang menentukan item tunai dan setara tunai perbandingan antara tahun 2015 dan juga tahun 2016. Selain itu terdapat nota 22 untuk rujukan kepada pihak berkepentingan tentang maklumat item tersebut sama ada deposit, tunai dan baki bank.

Merujuk kepada penyata kewangan yang dikemukakan oleh syarikat ASTRO, mereka telah mengikut semua standard Pembentangan Penyata Kewangan. Mereka telah mengemukakan Penyata Perubahan dalam Ekuiti Syarikat. Didalam penyata perubahan dalam ekuiti syarikat, syarikat ASTRO telah menyatakan salah satu item iaitu Modal yang diterbitkan dan rizab yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat induk. Ini merupakan salah satu item yang perlu dikemukakan amaun dalam penyata kewangan.

Disini boleh disimpulkan yang syarikat ASTRO telah menyediakan penyata kewangan yang mematuhi standard dan mengemukan maklumat di dalam penyata kedudukan kewangan mereka. Terdapat beberapa item yang tidak berkaitan tidak dimasukan ke dalam penyata kewangan syarikat mereka.

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Terdapat beberapa cadangan yang diperlukan untuk penambahbaikan penyata kewangan ini. salah satu daripadanya adalah dengan memaparkan dan menekankan prestasi dan keuntungan. Maklumat ini sangat penting untuk dikemukakan dan ditekankan pada sesebuah entiti perniagaan. Dengan ini pihak berkepentingan terutamanya pelabur akan tertarik perhatian untuk melabur dalam entiti perniagaan mereka. Selain daripada itu pihak luar terutamanya pesaing akan melihat perkembangan prestasi dan keuntungan daripada penyata kewangan tersebut akan berasa mereka perlu mengambil contoh dan teladan daripada entiti perniagaan tersebut. Ini akan mewujudkan persaigan yang sihat diantara mereka untuk meningkatkan prestasi dari masa ke semasa.

Selain daripada itu cadangan lain adalah dengan menyatakan maklumat secara terperinci tentang kekuatan dan kelemahan entiti perniagaan tersebut. Dengan adanya maklumat ini pihak berkepentingan akan melihat kedepan dan halatuju entiti perniagaan tersebut. Objektif, Visi, Misi dan sebagainya perlu diterangkan secara terperinci untuk kesenangan pihak berkepentingan melihat hala tuju entiti perniagaan tersebut. Maklumat ini bukan sahaja penting bagi pihak berkepentingan malah ia juga penting kepada orang yang baru masuk ke alam pekerjaan untuk menceburi cabang lain dalam pekerjaan. Ia boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka untuk mencari factor-faktor perkembangan entiti perniagaan.

Cadangan lain adalah dengan memberi maklumat terperinci pada nota yang disediakan. Nota yang di rujuk kadang kala memberi maklumat yang tidak terperinci dan ini boleh membuat pihak berkepentingan tanda tanya maklumat nota tersebut. Tidak kira kecil atau besarnya amaun tersebut maklumat terperinci perlu dimasukan untuk rujukan kepada pihak lain.

Salah satu cadangan lain adalah dengan membuat kesimpulan disetiap penyata seperti penyata kedudukan kewangan, penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan kenyataan equiti, penyata aliran tunai dan nota. Dengan adanya kesimpulan pada setiap penyata, ia akan memudahkan kepada pihak luar untuk melihat penyata tersebut. Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam membaca penyata kewangan ini, kesimpulan pada penyata kewangan akan membantu mereka untuk memahami struktur kewangan sesebuah syarikat atau entiti perniagaan tersebut.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan penyata kewangan yang disediakan oleh entiti perniagaan telah mematuhi standard dan prosedur yang telah ditetapkan Malaysian Public Sector Accounting Standards yang menyenaraikan beberapa aspek yang diperlukan dalam sebuah penyata kewangan entiti perniagaan. Penyata kewangan ini akan mengambarkan bagaimana mereka mengurus dan berkembang dari masa kesemasa sama ada dalam bulanan atau tahunan.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, ASTRO: The Premier Pay Television and Satellite Radio Operator in Malaysia. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2016-7-17-1468752933/> [Accessed 20-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.