Demonstrasi
Pakatan rakyat Thailand ataupun dikenali sebagai baju kuning adalah gerakan politik yang ditubuhkan oleh rakyat di Thailand. Pakatan rakyat ini ditubuhkan bagi berdemontrasi akan kerajaan pimpinan Thaksin Sinawatra. Beliau dituduh menentang sistem pemerintahan beraja di negara tersebut. Pakatan ini terdiri daripada pekerja kelas atasan, pertengahan termasuklah pelajar dan sebagainya hingga mencecah puluhan ribu orang. Baju kuning yang dipakai melambangkan kesetiaan terhadap rajanya dan tarikh lahir raja di negara itu.
Pakatan rakyat ini menentang polisi yang dibentuk oleh Thaksin sewaktu pemerintahannya. Pakatan ini juga disokong oleh media, tentera di negara itu dan termasuklah raja-raja di Thailand. Mereka turut mendakwa bahawa Thaksin mengamalkan rasuah semasa pemerintahannya dan berprotes menentangnya.
Thaksin menjual saham keluarganya di dalam Shin Corp kepada Temasik Holdings. Pakatan rakyat berangapan bahawa transaksi tersebut ialah bukti kepada pertelingkahan pendapat antara beliau dan rakyat di Thailand. Gerakan pakatan rakyat ini dijalankan oleh Chemlong Srimuang iaitu bekas menteri di Bangkok juga ketua Plolong Dharma Party.Beberapa ketua yang lain termasuklah Sandhi lim thangkul iaitu maestro media, aktivis Phipbeb Thongohai, Samsot Kesaisuuk dan pengajar university iaitu Samkiat Pong paiboon.
Thaksin juga dikenali sebagai jutawan telikomunikasi. Beliau memiliki saham syarikat terbesar di Thailand iaitu Shincorp. Thaksin menjual saham tersebut kepada singapura dan rakyat serta beberapa pihak mula berprotes berperangapan bahawa beliau sanggup menjual maruah diri sendiri serta Negara Thailand demi keuntungan.
Rampasan Kuasa
Pada 19 September 2006, rampasan kuasa telah berlaku sewaktu pemerintahan Thaksin. Rampasan kuasa ini dijalankan oleh tentera sendiri. Ia adalah rampasan kuasa pertama yang tidak berdasarkan perlembagaan di Thailand selama lima belas tahun. Rampasan kuasa ini dilakukan kurang dari sebulan sebelum pilihan raya dijalankan. Ianya dikatakan bahawa Prem Tinsulolananda adalah pengerak rampasan kuasa tersebut.
Tentera telah mengarahkan agar pilihan raya tersebut dibatalkan. Selain itu, pihak tentera turut memansuhkan perlembagaan, membubarkan parlimen, memharamkan sebarang protes atau demontrasi dari sebarang pihak serta menginsyiharkan undang-undang tentera di seluruh Negara dan menahan angota cabinet ni negara tersebut. Angkatan tentera Diraja Thailand mempunyai tiga cabang iaitu tentera laut, udara dan darat.
Pihak tentera diketuai Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang beragama Islam mengambil alih kuasa dan menyingkirkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ketika beliau dan beberapa menteri lain semasa mereka berada di bandaraya New York untuk mesyuarat Perhimpunan Agung PBB. Sonthi Boonyaratglin yang kini merupakan timbalan perdana menteri Thailand dalam kerajaan sementara Thailand telah mengetuai rampasan kuasa tersebut. Sewaktu rampasa kuasa tersebut beliau memegang jawatang sebagai panglima besar tentera Diraja Thai. Beliau juga merupakan muslim pertama yang memegang jawatan tertinggi yang kebiasanya dipegang oleh orang yang menganut agama Buddha.
Beliau telah menjadi perdana menteri sementara untuk kerajaan di Thailand untuk sementara waktu. Pada 2 Oktober 2007, beliau telah diperkenankan oleh raja Bhumibol Adulyadej untuk menjadi timbalan perdana menteri untuk sementara yang juga merupakan muslim pertama yang memegang jawatan tinggi sebegitu rupa.
Semasa rampasan kuasa tersebut berlaku, tiada sebarang pertumpahan darah yang berlaku. Ini adalah dirancang oleh pihak tentera Diraja Thai bagi mengekalkan keamanan dan mengelakkan sebarang protes dari rakyat thai dan pihak-pihak yang lain. Tiada sebarang jumlah korban yang dilaporkan oleh mana-mana pihak semasa rampasan kuasa tersebut dijalankan oleh pihak tentera Diraja Thai.
Pada hari peristiswa rampasan kuasa tersebut berlaku pada jam 18:30, Gerak Khas yang ditubuhkan oleh pihak tentera Diraja Thai telah bergerak ke Bangkok dari lopburi. Pada jam 21:30, piahk tentera yang mempunyai siaran telivisyen dekenali sebagai Channel 5 telah menhentikan siarannya. Siara tersebut mula menyiarkan lagu-lagu yang dihasilkan oleh Raja Bhumbibol. Pada ketika ini, tersebar khabar angin mengatakan bahawa pihak tentera telah menangkap timbalan perdana menteri yang sedia ada mengunakan alasan bahawa timbalan perdana menteri tersebut boleh menjejaskan keselamatan Negara atas dasar tertentu.
Pihak tentera turut menahan menteri pertahanan kerajaan Thai serta keluarganya tetapi mereka telah meninggalkan Negara. Pada jam 21:40, pihak polis serta tentera mula mengepung kawasan kediaman Thaksin, mereka meletakkan kereta-kereta kebal tentera di kediamannya malah turut di sekitar kawasan di Bangkok. Kereta-kereta kebal tersebut menggunakan reben kuning iaitu lambing menunjukkan kesetiaan terhadap rajanya namun Soonthi bersungguh menafikan bahawa beliau telah mendapat restu dari raja Bhumbibol itu.
Thaksin juga dikenali sebagai jutawan telikomunikasi. Beliau memiliki saham syarikat terbesar di Thailand iaitu Shincorp. Thaksin menjual saham tersebut kepada singapura dan rakyat serta beberapa pihak mula berprotes berperangapan bahawa beliau sanggup menjual maruah diri sendiri serta Negara Thailand demi keuntungan.
Thaksin menjalankan pentadbirannya secara “boss†dimana kebanyakkan keputusan yang dibuat oleh beliau samaada hal peribada mahupun Negara diputuskan bagi mendapat keuntungan sehingga sanggup mengadai maruah Negara.
Thaksin juga mengamalkan kroni dimana sanak saudaranya diberikan jawatan di dalam kerajaan samada dalam tentera, polis mahupun perniagaan. Beliau dapat menutup dari ditunjukkan kepada dunia akan sikapnya melalui akhbar, telivisyen dan sebagainya. Pembangkang turut menurut akan perintahnya akan tidak berbuat apa-apa yang boleh menjejaskan beliau.
Kesan Kejatuhan Thaksin Terhadap Ekonomi
Kesan rampasan kuasa oleh tentera terhadap ekonomi di Thailand adalah tidak seperti yang dijangkakan. Antara kesan jangka masa pendek ialah penurunan saham dan perubahan penukaran kredit di nagara tersebut. Manakala kesan jangka masa panjang adalah taraf hidup rakyat Thailand berubah dan perlindungan ekonomi telah berkurangan.
Pertukaran stok di Thailand, jabatan-jabatan kerajaan, bank dan sekolah diarahkan tutup buat sementara waktu. Saham yang dilaburkan di Thailand mengalami penurunan yang turut membawa kepada kemerosotan terhadap saham di AS. Bagi Bursa Saham Dunia, syarikat-syarikat terkenal termasuklah Honda Motor Co, Nikkei dan lain-lain mengalami kajatuhan dalam harga dan bilangan stok. Stok dalam perlancongan turut mengalami kejatuhan. Matawang di Thailand mengalami kerugian hampir 3 peratus selama 3 tahun selepas rampasan kuasa tersebut.
Jumlah pelancong mula berkurangan disebabkan perkara itu dan menjejaskan ekonomi Negara Thailand. Pihak pelancong beranggapan bahawa keadaan itu tidak menentu dan berkemungkinan akan terjadi perkara yang lebih buruk lagi.
Kesan Kejatuhan Thaksin Terhadap Politik
Perlembagaan di Thailand mula diperkenalkan dan mempunyai banyak faedah baru yang lebih adil dan seimbang antara kaum., agama dan keturunan berbanding perlembagaan yang dahulu yang digunakan. Perlembagaan yang asal akan digubal semula oleh pihak yang berkenaan dan dikemukakan kepada kabinet Thailand pada Oktober 2006. Beberapa pakar Perlembagaan di kalangan menteri dan profesor universiti akan dilantik menggubal perlembagaan baru ini.
Jeneral Sonthi Boonyaratglin telah berkata bahawa beliau berjanji Pilihan raya Thailand akan diadakan pada Oktober 2007.
Mahkamah Perlembagaan Thailand juga mengisytiharkan pilihan raya 2 April 2006 sebagai tidak sah dan pilihan raya baru akan dilaksanakan pada November 2006 sekiranya Perlembagaan baru siap dan diterima oleh semua pihak.
Rampasan kuasa oleh tentera di Thailand mahupun di Negara-negara yang lain di dunia bukanlah satu fenomena yang baik bagi kerajaan Thailand atau mana-mana negara dunia. Kebiasaannya rampasan kuasa tidak berlaku di nagara maju. Rampasan kuasa di Thailand telah berlaku sebanyak 56 kali semenjak tertubuhnya Negara itu dan tidak sepatutnya berlaku lagi. Tentera Thailand melakukan rampasan kuasa atas sebab-sebab tertentu dan jelas.
Demokrasi harus gigesa agar dikembalikanuntuk rakyat di Negara Thailand. Namun pengajaran dari sejarah di Indonesia, Pakistan dan Myanmar, tentera enggan melepaskan kuasa selepas berkuasa. Perkara ini dapat menjejaskan keadaan ekonomi Negara untuk jangka masa yang lama.
Pandangan orang awam dan tentera dalam mentadbir sebuah negara memang berbeza sama sekali. Dalam sistem ketenteraan .Difokuskan lebih kepada tugas yang diberikan atau ‘Perintah’. Sistem pentadbiran ala tentera ini menjurus kepada amalan rasuah yang lebih besar sebagaimana era Suharto di Indonesia. Jeneral Musharraf di Pakistan sentiasa tunduk kepada sekutu Amerikanya agar terus kekal di sana.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi sebelum ini , Thailand seharusnya tidak membenarkan kudeta iaitu yang diperkenalkan oleh pihak tersebut. Perbezaan politik antara kerajaan mahupun tentera ataupun mana-mana patut dijelaskan dan diselesaikan secara aman dan mengikut prinsip demokrasi dan undang-undang.
Hal ini kerana agama akan dipersalahkan seperti Islam akan dipersalahkan. Ini kerana Panglima Tentera Thailand tersebut beragama Islam. Islam dijadikan alasan atas sebab-sebab tertentu.