Home > Sample essays > Pelajar dan Penyalahgunaan Dadah: Kajian Faktor di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka

Essay: Pelajar dan Penyalahgunaan Dadah: Kajian Faktor di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 5 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 1,284 (approx)
  • Number of pages: 6 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1,284 words.



ay iSelamat sejahtera. Bagi menyiapkan tugasan BLHW 1702, saya telah memilih sebuah jurnal untuk membuat ringkasan serta mengambil tahu tentang isi kandungannya. Nama jurnalnya ialah Jurnal Sains dan Matematik manakala nama artikelnya ialah Penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Di mana satu kajian telah dilakukan di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Nama penulis artikel ini adalah Mahyuddin bin Arsat dan Azizah binti Besar. Artikel ini telah diterbitkan pada 8 Februari 2017. Isi penting jurnal ini adalah pelajar merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar. Kaedah deskriptif digunakan untuk mengenalpasti empat pembolehubah iaitu sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan tentang dadah. Soal selidik telah diedarkan untuk mengenalpasti faktor penyalahgunaan dadah di Pusat Serenti Tiang Dua. Melalui dapatan kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk mengelakkan penyalahgunaan dadah. Saya memilih artikel ini kerana kes penyalahgunaan semakin menular walaupun pelbagai langkah telah diambil. Saya ingin mengambil tahu secara lanjutnya tentang faktor yang menyebabkan seseorang itu untuk terjebak ke dalam kes penyalahgunaan dadah.

Dadah bukanlah perkara baru kerana pengunnaanya telah dikesan secara beradab-adab yang lalu. Selepas perang dunia kedua, Akta Dadah Berbahaya pada tahun 1952 diwujudkan disebabkan oleh aktiviti penyeludupan candu semakin berleluasa. Dadah telah menjadi ancaman besar kepada negara yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Setiap individu berpotensi terlibat dendan dadah tanpa mengira umur dan jantina. Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa Bangsa Bersatu (UNDCP) menyenaraikan Malaysia di tempat ke kelima dirantau Asia Tenggara yang mempunyai penagih dadah paling ramai. Pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling oleh pihak sekolah.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajan untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah tetapi kadar penglibatan dadah tidak berkurangan malah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Golongan pelajar juga merupakan salah satu faktor peningkatan ini. Keadaan terjadi kerana pelbagai faktor yang mempengaruhi kes penyalahgunaan dadah. Kajian ini adalah bertujuan mengkaji faktor sikap individu, pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga dan pengetahuan kurang terhadap dadah. Hasil dapatan dari kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Antara kepentingannya ialah untuk memberi kesedaran terhadap individu terutamanya golongan pelajar terhadap penyalahgunaan dadah.Ini penting agar pelajar dapat menghindarkan diri mereka daripada dibelenggu dadah. Selain itu, memberikan dorongan kepada pelatih pusat serenti untuk memilih rakan yang baik agar mereka dapat menghindarkan diri daripada dadah dan tidak mengulanginya sekali lagi. Kajian juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada guru, keluarga, anggota masyarakat dan komuniti untuk bersama membantu mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik berbentuk deskriptif. Ia menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set soal selidik. Pelatih pusat serenti bebas menyatakan pendapat sendiri untuk menjawab setiap item yang dikemukakan. Dalam kajian ini soal selidik direkabentuk berdasarkan persoalan kajian yang merangkumi empat faktor yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar iaitu sikap individu, pengaruh rakan sebaya, permasalahan keluarga dan pengetahuan terhadap dadah. Sebelum memulakan kajian, kajian rintis telah dilakukan dengan menggunakan empat orang pelatih. Tujuannya adalah untuk mengesan dan mengenalpasti sesuatu penyataan yang tidak sesuai serta mengelirukan responden semasa menjawab borang soal selidik. Mengikut keputusan kajian rintis, kesemua item soal selidik boleh diterima oleh pelatih dan soal selidik tersebut digunakan untuk kajian sebenar.

Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian menunjukkan faktor sikap individu di tahap sederhana. Hal ini menunjukkan sikap individu memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan individu tersebut. Cara berfikir dan gaya hidup tidak sihat akan menjurus kepada penyalahgunaan dadah. Majoriti responden bersetuju mereka gemar merokok walaupun mereka mengetahui kesannya. Amalan merokok dan minuman keras mempunyai kaitan yang jelas ke arah penagihan dadah. Selain itu, responden juga bersetuju bahawa mereka menggunakan dadah untuk mengurangkan tekanan masalah. Pelajar menganggap pengunaan dadah mengurangkan tekanan tanpa menyedari kesan disebaliknya. Hasil dapatan juga menunjukkan faktor pengaruh rakan sebaya berada di tahap sederhana. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam hidup remaja. Tambahan pula, kebanyakan responden bersetuju mereka mudah mengikut perlakuan rakan dan bersikap tidak prihatin apabila tidak mengambil peduli rakan yang menyalahgunakan dadah. Sikap tidak ambil peduli ini yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kes ini.

Responden juga mengatakan pendirian mereka mudah goyah apabila didesak oleh rakan untuk mencuba dadah. Pelajar lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya. Selain itu, ibu bapa yang sering bergaduh menyebabkan segelintir responden terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini menyebabkan anak mereka tidak mempunyai tempat untuk meluahkan isi hati mereka.  Ibu bapa gagal menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Responden juga bersetuju keluarga mereka lebih mementingkan kekayaan duniawi sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak mereka. Keadaan menjadi lebih pasrah apabila kalangan ahli keluarga mereka sendiri yang mengambil dadah seperti yang disetujui oleh kebanyakan responden Pusat Serenti Tiang Dua. Walaubagaimanapun, segalanya bermula dari rumah. Seseorang itu boleh berubah apabila wujud pengaruh luar yang mempengaruhinya.

Artikel sokongan pertama adalah Pengaruh Rokok Terhadap Kesihatan dan Pembentukan Karakter Manusia dari Prosiding Seminar Nasional. Nama penulis artikel ini adalah Nururrahmah dari Universitas Cokroaminato Palopo. Artikel ini membincangkan tentang isi kandungan rokok, kesannya kepada perokok dan langkah untuk mengatasinya. Antara isi kandungan berbahaya dalam rokok adalah karbon monoksida, karbon dioksida, nikotin dan tar. Nikotin merupakan sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan kepada rokok.  Kesannya adalah akan menyebabkan katarak mata. Katarak mata akan menyebabkan perokok menjadi rabun. Kesan lain adalah gigi kuning, kulit, berkedut,jari kuning, rambut menjadi tipis dan penyembuhan luka menjadi lama. Perokok juga akan mendapat penyakit kanser dan juga bronchitis. Langkah yang boleh diambil adalah penghentian merokok bertahap dan ianya bergantung kepada pendirian perokok itu sendiri. Langkah seterusnya adalah dengan  pengunaan ubat-ubatan. Tambahan pula, perokok juga boleh mengalihkan ketagihan mereka ke atas benda lain. Contohnya seperti minuman kopi dan sebagainya.

Artikel sokongan kedua adalah Faktor Penagihan Dadah Dalam Kalangan Wanita di Puspen Bachok, Penjara Kajang dan Pusat Khidmat Agensi Antidadah Kebangsaan (PKAADK) Kuala Lumpur. Nama penulis artikel ini adalah Hj. Jamaluddin Hj. Ahmad, Nor Asida Shafi dan Tajuk Aripin Sulaiman. Artikel ini membincangkan tentang sebab sebab seorang wanita boleh terjebak ke dalam najis dadah. Salah satu faktornya adalah diri sendiri. Hal ini disebabkan oleh perasaan ingin cuba, ingin tahu, keseronokan, usia muda, untuk kepuasan seks dan menghilangkan tekanan. Selain itu, faktornya adalah keluarga di mana mereka kurang mendapat perhatian dan kehilangan tempat meuahkan perasaan. Faktor lain yang tersenarai dalam artikel ini adalah rakan sebaya, persekitaran, perkahwinan, pekerjaan, pendidikan, paksaan, bahan dan media massa.

  Refleksi pelajar terhadap dadah ialah pelajar akan mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk mengurangkan kes penyalahgunaan dadah. Pelajar akan lebih bijak dalam menilai sesuatu benda supaya mereka tidak terlibat dalam gejala ini. Memandangkan pada era globalisasi ini, semua info berada di hujung jari, pelajar mudah memahami faktor dan kesan penyalahgunaan dadah. Hal ini akan menyebabkan mereka lebih berhati-hati. Pelajar akan menegur rakan mereka yang merokok dan juga yang terjebak dengan najis dadah. Merokok merupakan tangga pertama sebelum mereka menjejakkan kaki mereka ke arah penyalahgunaan dadah. Selepas ini, ramai pelajar akan menghadiri kempen dan memberi sokongan kempen anti-dadah yang dianjurkan oleh kerajaan agar setiap masyarakat dapat mengetahui kesan buruk dadah. Pelajar akan lebih berhati-hati dalam memilih rakan sebaya. Tambahan pula, pelajar menyedari mereka merupakan pemimpin negara pada masa hadapan dan harus membentuk negara yang bebas daripada najis dadah.

Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk kepada diri, masyarakat dan negara. Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada pelbagai faktor menyebabkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu mengatur strategi yang efektif untuk mengatasi masalah yang dianggap sebagai salah satu musuh utama negara Malaysia. Antara pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur strategi untuk masalah ini. Pihak kementerian dalam negeri sendiri harus berusaha untuk melaksanakan beberapa program baru, termasuk menjadikan pusat serenti sebagai anak angkat kepada institusi pengajian tinggi (IPT) dan mengadakan program khidmat masyarakat oleh penghuni pusat serenti . Walaubagaimanapun, hal ini tidak akan tercapai sekiranya kita sebagai rakyat tidak memberi kerjasama untuk membanteras kes penyalahgunaan dadah ini. Ibu bapa juga mempunyai peranan yang penting dalam membimbing anak mereka.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Pelajar dan Penyalahgunaan Dadah: Kajian Faktor di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2017-10-14-1507991588/> [Accessed 13-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.