Home > Sample essays > Sokong Hari Kesihatan Sedunia 2017: Penuhi Tanggungjawab Bersama Menangani Penyakit Denggi

Essay: Sokong Hari Kesihatan Sedunia 2017: Penuhi Tanggungjawab Bersama Menangani Penyakit Denggi

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 5 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 1,228 (approx)
  • Number of pages: 5 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1,228 words.



Saya merasa amat berbangga dan bertuah kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian dalam program yang penuh bersejarah ini, bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2017. Sambutan Hari Kesihatan Sedunia merupakan initiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO yang dilakukan setiap tahun pada 7 April sejak tahun 1950. Hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa.

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah bukti sokongan dan keprihatinan terhadap masalah-masalah kesihatan di Malaysia terutamanya penyakit Denggi. Penyakit Denggi merupakan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Terdapat empat jenis virus yang menyebabkan Demam Denggi. Oleh kerana itu, seorang individu boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya kerana satu jangkitan hanya akan memberi immuniti terhadap jenis virus tersebut. Matlamat kempen ini adalah untuk memaklumkan and meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penularan virus Denggi di Malaysia dan cara mengatasinya. Isu ini harus diberi lebih perhatian dan ditangani segera terutamanya di Selangor yang merupakan negeri yang mencatat kes Denggi terbanyak di Malaysia sejak Januari 2017.

Statistik kes Denggi di Malaysia

Para hadirin sekalian,

4. Tidak dapat dinafikan bahawa kes-kes Denggi di negara kita semakin serius terutamanya di Selangor. Kes tersebut juga merupakan salah satu isu global terutamanya bagi negara di rantau Asia Tenggara. Menurut laporan terkini yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan, jumlah kumalatif kes Denggi yang dilaporkan di negara kita sehingga April tahun ini adalah sebanyak 27,584. Bagi negeri Selangor, terdapat sejumlah 14,662 kes yang telah dilaporkan. Berbanding dengan negeri lain, Selangor merupakan negeri yang mempunyai kes Denggi yang paling banyak. Sementelahan itu, terdapat sebanyak 616 lokaliti juga dikategorikan sebagai lokalilti ‘hotspot’ wabak Denggi di seluruh negara pada tahun 2017.

Ciri-ciri penyakit Denggi

5. Untuk maklumat tuan-tuan dan puan-puan, Denggi merupakan salah satu jenis penyakit bawaan yang amat berbahaya akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Biasanya, penyakit Denggi dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Demam Denggi Klasikal dan Demam Denggi Berdarah. Jenis Denggi yang mengakibatkan jumlah kematian yang paling tinggi ialah Demam Denggi Berdarah. Data yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan dari 1 Januari hingga 15 April 2017 telah menunjukkan jumlah kes kematian yang disebabkan oleh penyakit Denggi ini adalah seramai 65 orang. Oleh itu, tanda-tanda dan gejala Denggi pada pesakit selepas 5-6 hari gigitan nyamuk hendaklah dikenalpasti seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan sebagainya. Pihak masyarakat juga digalakkan untuk peka akan simptom Demam Denggi yang mungkin menjangkiti kanak-kanak atau bayi dan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit tersebut.

6. Virus Denggi ditular melalui nyamuk aedes, khususnya nyamuk aedes Aegypti. Nyamuk aedes aegypti mudah dikenalpasti melalui tubuhnya yang berwarna hitam dan berbelang putih. Mereka biasanya membiak di tempat penampungan air ataupun air tergenang yang tidak berhubungan langsung dengan tanah. Nyamuk tersebut sering menggigit pada waktu petang atau siang. Satu gigitan sudah mencukupi untuk menjangkiti manusia.

Peranan Kementerian Kesihatan Malaysia

Hadirin dan hadirat sekalian,

7. Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM berperanan penting dalam pelaksanaan program aktiviti pencegahan dan kawalan Denggi. Pemantauan dan pengurusan kes Denggi di peringkat negeri dan daerah di Selangor telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, atau dikenali ramai sebagai JKN Selangor. CPRC Negeri iaitu ‘Crisis Preparedness and Response Center’ yang akan menangani masalah Denggi akan diaktifkan dan diselaraskan secara harian dengan beberapa matlamat.

8. Matlamat pertama adalah survelan epidemiologi bagi mengesan amaran awal wabak atau amaran penularan jangkitan yang luar biasa melalui pemantauan berterusan situasi secara harian. Survelan vektor turut dilakukan dengan memantau kepadatan dan taburan sepsis nyamuk secara temporal dan geografi untuk mendapatkan corak penyebaran nyamuk di sesuatu lokaliti. Bilangan vektor boleh dianggarkan melalui larva dan nyamuk yang didapati. Pemantauan berkala ini akan membantu membuat cadangan penambahbaikan aktiviti awalan vektor. Pihak JKN Selangor juga akan memastikan kelengkapan sumber dan fasiliti bagi menghadapi krisis peningkatan kes dan wabak. Latihan berterusan diberikan kepada anggota dalam rawatan pesakit dan kawalan vektor. Hal ini akan membantu menghapuskan vektor nyamuk pembawa Denggi dengan semburan atau ‘fogging’ apabila keperluan dipenuhi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

9. KKM telah berkerjasama dengan beberapa agensi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa bahayanya penularan Deman Denggi. Program-program yang telah diadakan adalah seperti 10 minit Dalam Seminggu, Jom Gayang Aedes dan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku. Kempen yang dilancarkan pada hari ini juga merupakan antara inisiatif peningkatan kesedaran. iDengue, talian terus kepada unit kawalan penyakit bawaan vektor dan khidmat nasihat berkaitan kawalan nyamuk Aedes di lokaliti masyarakat turut diwujudkan bagi membantu komuniti mendapatkan informasi terkini dan nasihat kesihatan melalui telefon, secara individu mahupun media sosial. Namum begitu, usaha bersepadu di antara semua pihak terutamanya pihak masyarakat amat diperlukan untuk membanteras penularan wabak berbahaya ini. Tanggungjawab bersama ini merupakan ‘Dengue Integrated Vector Management’ di mana tindakan individu dititikberatkan dan disokong oleh pihak berkuasa tempatan dan semua agensi kerajaan yang berkaitan.

Langkah-langkah mengatasi penularan virus Denggi

Para hadirin sekalian,

10. Langkah-langkah mengatasi penularan virus Denggi wajar dilaksanakan untuk mencegah penyebaran virus tersebut. Cara pencegahan yang utama adalah dengan menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa Denggi.  Masyarakat perlu  memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk seperti air yang bertakung di tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik. Kita perlulah membersihkan tempat takungan air ini sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana nyamuk Aedes gemar membiak di dalam air yang jernih. Takungan air juga perlu dibubuh dengan ubat jejentik, ditukar atau dibela ikan untuk mencegah pembiakan tersebut. Seterusnya, orang awam dinasihati untuk memastikan tangki air, bekas tadahan hujan sentiasa ditutup dengan sebaik mungkin. Bagi bekas yang tidak digunakan, masyarakat digalakkan untuk membuang atau menyimpannya di tempat yang sesuai.

Hadirin dan hadirat sekalian,

11.Secara ringkasnya, kita hendalah mempraktis Prinsip 4M, iaitu menguras, menutup, mengubur dan memantau. Contohnya, masyarakat perlulah menguras pelbagai bekas penyimpanan air dengan memastikan tiadanya jejentik yang bertumbuh di dalam air atau melekat pada dinding. Selain itu, menutup tempat penampungan air agar nyamuk tidak dapat akses ke tempat itu untuk bertelur. Bukan itu sahaja, memusnahkan semua tempat yang biasa digunakan untuk menampung air dan akhirnya memantau setiap tempat penyimpanan air dengan teliti.

    Selain itu, kita boleh menghapuskan nyamuk dewasa di dalam rumah dengan menggunakan penyembur nyamuk. Di luar rumah pula, kita harus kerap meminta bantuan daripada pihak berkuasa untuk mengadakan semburan kabus di sekitar tempat tinggal penduduk. Nyamuk Aedes boleh dibanteras melalui pengasapan racun serangga. Namun begitu, perbuatan ini tidak semestinya dapat mengatasi penularan virus dengan baik kerana ini hanya dapat membunuh nyamuk dewasa saja. Kita juga boleh memasang kawat anti nyamuk di jendela dan ventilasi di sekeliling rumah bagi mengelakkan virus ini daripada menular. Sela-sela kawat tersebut mestilah terbilang sempit dan kecil supaya mengurangkan peluang bagi mereka untuk menembus kawat ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

12.Kita hendaklah mengambil tindakan yang wajar untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk. Nyamuk Aedes biasanya aktif pada siang hari, terutama pada awal pagi dan petang, Dengan ini, bagi sesiapa yang berada di kawasan luar hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk. Pakai pakaian yang cerah dan menutup bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu tersebut untuk mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk. Kita juga boleh menyapukan krim penghindar nyamuk pada bahagian tubuh yang terdedah. Di samping itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada setiap tingkap rumah.  Jaring ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah.  Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik untuk mengelakkan gigitan nyamuk pada waktu malam.

Penutup

Hadirin yang dihormati,

13.Kesimpulannya, usaha untuk mencegah Demam Denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja.  Semua pihak hendaklah bekerjasama seperti aur dengan tebing untuk menangani masalah ini. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk. Masyarakat hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya jika mendapati tempat tersebut telah menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

14. Sekian, terima kasih.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Sokong Hari Kesihatan Sedunia 2017: Penuhi Tanggungjawab Bersama Menangani Penyakit Denggi. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2017-4-20-1492694193/> [Accessed 18-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.