Home > Sample essays > Malaysia: Dunia Perkumpulan Orang Asli and Kuno Animisme Agama

Essay: Malaysia: Dunia Perkumpulan Orang Asli and Kuno Animisme Agama

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 13 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 June 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 3,777 (approx)
  • Number of pages: 16 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 3,777 words.



Malaysia adalah salah sebuah negara yang masih mempunyai masyarakat asal yang dikenali sebagai Orang Asli. Masyarakat orang asli adalah salah satu kelompok masyarakat di Malaysia yang masih mengamalkan cara hidup semulajadi yang diwarisi nenek moyang mereka. Perkataan Orang Asli adalah berasal daripada bahasa Melayu secara rasmi digunakan yang merujuk kewujudan masyarakat asal menetap di Semenanjung Malaysia sejak zaman dahulu lagi. Terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu yang dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan utama iaitu Semang atau dikenali sebagai Negrito, Senoi dan Melayu Asli yang dikenali juga sebagai Proto-Malay. Perbezaan bagi ketiga-tiga kumpulan ini berdasarkan kepada cara mereka berbicara dan adat istiadat yang diamalkan diantara satu sama lain.

Orang asli di Malaysia adalah merupakan kelompok masyarakat asal yang paling awal menduduki Tanah Melayu. Mereka mula mendiami kawasan-kawasan hutan dan menjalankan kerja secara memburu dan juga bertani. Kepercayaan mereka banyak mempengaruhi kehidupan seharian berikutan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang didiami dipercayai mempunyai semangat atau roh. Sistem kepercayaan ini dikenali sebagai Animisme iaitu kepercayaan yang mempunyai peranan dewa-dewa, roh semangat yang baik atau jahat serta mempunyai keramat. Kawasan gunung, bukit, hutan rimba, tumbuh-tumbuhan serta keadaan cuaca dianggap mempunyai kuasa dan makna tersendiri bagi masyarakat ini. Oleh demikian, perlakuan seperti ritual dan pantang larang dianggap sesuatu yang perlu dilakukan demi menghormati dan dipercayai boleh mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Namun begitu terdapat juga di kalangan masyarakat orang asli yang menganuti agama yang ada di Malaysia seperti agama Islam, Kristian dan Budha. Seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya sebagai pelindung kebahagiaan hidup. Di dalam tugasan ini akan membincangkan fungsi agama terhadap undang-undang, moral dan ideologi dalam masyarakat asal di Malaysia iaitu orang asli.

2.0 AGAMA

Dalam kehidupan seharian masyarakat orang asli, kepercayaan mereka terhadap alam sekeliling banyak dipengaruhi oleh amalan nenek moyang mereka sejak zaman azali lagi. Amalan percaya kepada pengantara agama seperti shaman atau bomoh masih lagi berlaku kerana berperanan dalam menentukan aspek ritual dan amalan kepercayaan. Oleh sebab itu, fungsi agama bagi masyarakat orang amat penting dan dijadikan sebagai pedoman hidup dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Agama juga memberikan bimbingan dan tuntutan yang sebenar kepadadapat  umatnya untuk mengenal pasti tindakan yang dilakukan sama ada benar atau salah dan baik atau buruk. Dalam konteks sosial, agama berfungsi sebagai  pengatur hubungan antara manusia dengan Tuhan dan juga hubungan manusia dengan manusia yang lain. Pembinaan rasa kasih sayang, keihklasan dalam membantu golongan yang lemah dan membina hubungan dengan sesama manusia secara harmonis adalah perkara yang perlu ada dalam sebuah masyarakat. Berpandukan dengan agama, masyarakat dapat membentuk sistem kemasyarakatan yang lebih baik dan teratur disamping mengamalkan sistem kepercayaan yang benar iaitu percaya dengan kewujudan Tuhan yang mencipta segala alam dan manusia di dunia ini. Berpandukan dengan kepercayaan tersebut, masyarakat akan saling hormat menghormati serta melakukan perkara yang berdasarkan mengikut hukum dan syarat yang dituntut dalam  agama.

Gambar dibawah menunjukkan contoh kepercayaan animisme yang diamalkan oleh masyarakat orang asli di Malaysia.

Sumber : https://independensi.com/tag/suku-dayak/

Animisme adalah teori yang dipelopori oleh Sir Edward Burnett Taylor yang menurut beliau animisme adalah suatu bentuk kepercayaan oleh masyarakat primitif pada kurun ke-19. Kepercayaan animisme atau lebih diketahui sebagai kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang paling awal wujud dalam kalangan manusia primitif purba kala.Perkataan ‘animisme’ ini berasal daripada Latin anima yang bermaksud roh. Walaubagaimanapun, anismisme mempercayai adanya Tuhan kerana terdapat  masyarakat orang asli yang menggelar Tuhan mereka sebagai Nyenaang bagi kaum Semai, manakala orang Temuan dan Mahmeri pula adalah Moyang. Bagi kaum Jah Hut menggelar Tuhan mereka sebagai Peruman dan Tohan adalah panggilan daripada orang Batek dan Chewong. Kebanyakan pemeluk agama animisme berasal daripada kelompok suku kaum masyarakat orang asli yang menetap di Semenanjung Malaysia termasuk kelompok peribumi di Sabah dan Sarawak. Dalam bidang perubatan tradisional, terdapat sesetengah masyarakat daripada bandar yang menggunakan perkhidmatan daripada orang asli untuk mengubati penyakit dan juga masalah peribadi mereka. Antara contoh penyakit yang boleh diubati oleh bomoh orang asli ialah sihir, demam panas, cirit-birit, santau, penyakit pinggang dan lain-lain lagi berkaitan dengan masalah kesihatan atau mistik.

Manusia mempunyai kemampuan yang terbatas untuk menguasai hidup kerana setiap manusia mempunyai kelemahan diri dan sentiasa berada dalam keadaan ketidakupayaan. Setiap perkara yang berlaku kadang kala tidak mencapai apa yang diingini oleh setiap manusia. Oleh sebab itu, manusia perlu ada keimanan dan ketabahan dalam diri masing-masing untuk berusaha mencapai kesejahteraan dalam hidup. Dalam sebuah masyarakat, manusia bersaing antara satu sama lain dalam setiap perkara yang dilakukan dalam membentuk pengagihan tugas serta pekerjaan yang menjana pendapatan. Ketidakadilan dan kegagalan akan berlaku dalam sebuah masyarakat kerana kekurangan akan terjadi dalam setiap kehidupan. Manusia adalah makhluk yang lemah dan memerlukan panduan agama untuk mengatasi kelemahan dalam mengendalikan diri menjalani kehidupan dalam sebuah masyarakat. Agama adalah fenomena masyarakat yang dikesan daripada kelakuan, sikap, kepercayaan dari segi amalan zahir dan batin. Unsur-unsur animisme seperti upacara penyembahan, bacaan jampi dan mantera serta menyembah batu berhala masih lagi diamalkan di kalangan masyarakat orang asli pada zaman ini. Namun begitu terdapat perubahan dengan kepercayaan mereka terhadap animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada tahun 1957. Aktiviti gerakan penyebaran dakwah agama Islam termasuk agama yang lain semakin pantas dan giat berleluasa  ke atas masyarakat orang asli.

Terdapat konflik yang berlaku dalam masyarakat orang asli di Malaysia ialah “Teori Perubahan  Agama” kerana dalam melibatkan konflik yang berkaitan dengan agama. Teori Perubahan Agama ini dikemukakan oleh Simon (1971), menurut  beliau bahawa tindakan menukarkan agama akan mengubah bentuk ikatan seseorang daripada satu set simbol yang dianggap suci kepada symbol suci yang lain. Tindakan ini akan mengubah perlakuan,  perasaan,  pemikirannya dan simbol baru yang dianggap suci. (Amran Kasimin. 1993, Agama dan Perubahan Dikalangan Penduduk Asli Di Semenanjung Tanah Melayu). . Kedatangan Islam yang merupakan agama terawal telah mempengaruhi masyarakat orang asli walaupun agak lewat selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Perkembangan Islam dalam masyarakat orang asli bermula pada tahun 1980-an apabila gerakan penyebaran dakwah Islam bermula dengan menggiatkan ke kawasan pedalaman. Selain Islam, terdapat juga agama Kristian dalam kalangan masyarakat orang asli dan penyebaran agama ini adalah cepat mendapat sambutan dalam kalangan kelompok orang asli. Penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat orang asli adalah cekap dan amat berkesan. Penerimaan masyarakat terhadap agama adalah berbeza tetapi amalan dan adat yang ada masih dikekalkan dengan rasa hormat.

3.0 FUNGSI AGAMA SEBAGAI SUATU SISTEM UNDANG-UNDANG

Malaysia telah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan merujuk kepada Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan telah memutuskan Islam adalah agama bagi Persekutuan manakala agama-agama yang lain boleh diamalkan dengan bebas dan aman. Agama adalah sebuah institusi sosial yang menyumbang kepada pembentukan struktur masyarakat di sesebuah penempatan. Agama juga menjadi sebagai rujukan kepada peraturan dan tatacara untuk perlaksanaan undang-undang. Hubungan yang wujud antara manusia dengan manusia, menurut Hans Joachim Schoeps di dalam buku The Religion of Mankind menyatakan “hubungan yang wujud antara manusia dan kuasa terbesar atau agung yang dipercayai (manusia) dan manusia merasai adanya kebergantungan dengan kuasa agung itu”. Kepercayaan, ketakutan dan kepatuhan antara 3 perkara yang berkaitan dengan kuasa agung yang dinyatakan. Kehidupan bermasyarakat seperti masyarakat orang asli perlu diberikan didikan agama bagi menjadikan kehidupan mereka lebih baik dan teratur. Oleh sebab itu, agama mempunyai peranan dan fungsi kepada undang-undang untuk dijadikan sebagai panduan hidup kepada masyarakat orang asli yang selama ini banyak berpandukan kepada kepercayaan animisme. Masyarakat ini masih lagi mengekalkan serta mementingkan sikap kerjasama dari aspek organisasi dan struktur sosial serta dipimpin oleh seorang ketua.

Dalam sesebuah kampung masyarakat orang asli mempunyai seorang ketua yang diketuai oleh seorang Penghulu atau “Batin” yang di lantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat. Batin atau lebih dikenali sebagai Tok Batin akan dipilih berdasarkan beberapa faktor yang akan dinilai sebelum perlantikan dilaksanakan.Contoh faktor-faktor tersebut adalah mempunyai ilmu kebatinan serta berkebolehan berinteraksi dengan masyarakat luar, bertanggungjawab, sabar dan prihatin terhadap masalah ahli masyarakat.

(Sumber: astroawani Julai 03, 2018)

Tugas sebagai Batin adalah perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab bagi menjaga dan menjamin ketenteraman puak. Sebagai seorang ketua, batin juga bertanggungjawab menjadi penghubung kepada masyarakat luar. Seorang batin berkuasa untuk menentukan dan menetapkan peraturan disamping menjatuhkan hukuman kepada pesalah terhadap kesalahan yang dilakukan.

Undang-undang adalah suatu sistem yang sangat penting dalam proses keadilan yang perlu dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Sekiranya peraturan tidak dipatuhi pesalah akan diberi hukuman oleh pihak yang bertanggungjawab menjalankan hukuman tersebut. Ganjaran dan hukuman disampaikan melalui hukum hakam dalam agama kerana sistem undang-undang yang adil dan tulus akan dipatuhi oleh setiap masyarakat orang asli. Agama Islam yang disebarkan kepada masyarakat orang asli melalui pendakwah disampaikan dengan nilai-nilai positif untuk memudahkan mereka menerima Islam dengan hati yang terbuka. Ini kerana agama Islam menerapkan nilai-nilai yang baik serta mempunyai hukum yang adil dan tidak melampaui batasan kepada manusia.

4.0 MORAL

Di Malaysia, agama mempunyai kaitan rapat dengan pengenalan kaum. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Kaum majoriti di Malaysia adalah Melayu yang beragama Islam, diikuti kaum Cina yang beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme serta kaum India yang beragama Hindu dan lain-lain. Agama Kristian adalah merupakan agama yang sedang berkembang merentasi kaum. Populasi Muslim seramai 60.4%, manakala bukan Islam sebanyak 39.6% yang mana Kristian (9.1%), Buddha (19.2%), Hindu (6.3%), Konfucius dan lain-lain (5.0%) (Bureau of East Asian and Pacific Affairs) (Indrajit dan Logan, 2008). Bagi masyarakat dunia, peristiwa 9/11/2001 memberikan gambaran pengenalan tentang agama Islam. Dalam fokus utama kali ini menekankan kepada aspek fungsi agama sebagai suatu sistem moral bagi masyarakat asal di Malaysia.  

Agama memberikan kekuatan motivasi dan jati diri yang positif kepada masyarakat.  Selain itu juga agama mengawal nilai moral bagi membentuk sebuah masyarakat yang harmoni. Nilai moral yang baik disampaikan melalui agama kepada penganut-penganut agama dalam menjalani kehidupan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga membawa maksud kepada tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila ataupun peraturan masyarakat setempat. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti dalam kehidupan bermasyarakat, Kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif kerana kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi. Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut,

 “Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh”. (Mohd. Janib Johari, 1994).

Di dalam konteks dunia moden yang dikenali juga dengan term-globalisasi, penduduk dunia dari setiap benua yang berbeza mengharungi pelbagai masalah sosio- politik-budaya yang majmuk. Hal ini memerlukan suatu bentuk formula alternatif untuk menyatukan seluruh penduduk dunia dalam iklim yang harmoni. Alternatif ini melalui mekanisme pembudayaan dialog antara agama. Pengkhususan di berikan kepada realiti dan suasana yang berlaku di Malaysia tetapi juga boleh diaplikasikan untuk semua penduduk dunia, dinilai daripada penggunaan fungsi agama untuk penyelesaian masalah manusia sejagat. Manusia adalah sebagai mahkluk ciptaan Allah mempunyai pelbagai fitrah dan sifat yang utama, homo religious iaitu memerlukan agama untuk kesejahteraan hidup. Agama berada di sekeliling kita dengan melihat penekanan diberikan dalam rukun negara Malaysia iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Sistem moral ini merujuk kepada pertimbangan yang dibuat oleh sesuatu kumpulan agama itu atau sistem dimana idea dan buah fikiran yang baik dan bernilai diberikan penekanan dan galakan manakala perbuatan, idea serta buah fikiran yang membawa kepada unsur keburukan dan merbahaya hendaklah dielakkan dan dijauhkan. Agama jika dilihat memainkan peranan penting yang mana membawa kawalan sosial di mana kebanyakan agama di dunia ini menyarankan kepada melakukan kebaikan. Setiap agama juga telah menggariskan kod etika yang wajib dipatuhi oleh penganutnya. Dalam erti kata lain, agama menganjurkan sesetengah perbuatan dengan niat untuk menggalakkan pengikut agamanya untuk memilih jalan yang sebaiknya didalam keperluan kehidupan seharian. Dalam konteks lain, agama ini melibatkan sesuatu yang suci dan satu kuasa yang luar biasa untuk mempengaruhi perilaku seseorang individu itu tersendiri, ianya terjelas bukan sahaja di dalam situasi yang luar biasa (sulit) tetapi juga kepada situasi yang biasa dalam kehidupan harian seseorang. Sebuah masyarakat terutama masyarakat primitif, persetujuan dan kuasa (autoriti moral) kumpulan ini sudah cukup untuk menyatukan ahli-ahli kumpulannya. Prinsip agama tersebut adalah sesuatu tuntutan yang perlu dituruti tanpa dipersoalkan lagi.

Konflik yang berlaku dan berkaitan dengan agama dalam masyarakat orang asli mempunyai kaitan dengan dasar kerajaan Malaysia dalam menyebarkan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Pegangan agama dalam masyarakat orang asli secara umumnya tidak teguh dan mudah untuk berubah fikiran dengan pelbagai pengaruh yang datang ke dalam kelompok masyarakat ini. Ini menyebabkan kejadian pertukaran agama daripada Islam ke Kristian ataupun dari Kristian kepada kepercayaan animisme dan seterusnya kepada kepercayaan lain-lain seperti Budha dan Hindu.

Sumber: http://www.islam.gov.my/berita-semasa/15-bahagian-dakwah/1575-dakwah-tour-di-kampung-orang-asli-sg-siput 13 Ogos 2018 (Isnin)

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama JHEOA telah datang ke perkampungan orang asli untuk berdakwah dan masyarakat orang asli telah dapat menerima dan memeluk agama Islam. Dalam pada masa yang sama juga terdapat kumpulan pendakwah agama lain turut sama untuk menjalankan sebaran agama yang lain. Contohnya dengan kedatangan kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarkan agama Kristian apabila pihak JAKIM sudah keluar dari perkampungan orang asli. Masyarakat orang asli dihidangkan dengan pelbagai kemewahan dan kemudahan yang dibawa oleh mubaligh Kristian dan akhirnya mereka agama Kristian dan murtad daripada Islam. Gejala bertukar-tukar agama dalam masyarakat ini sudah berlaku secara serius. Hal ini demikian kerana tiada proses sokongan dari semasa ke semasa kepada masyarakat orang asli yang baru memeluk agama Islam. Perkara ini sebenarnya telah memberikan cabaran yang hebat oleh kerajaan Malaysia dalam berhadapan dengan masyarakat orang asli sekaligus menjaga nama baik kerajaan Malaysia.

Agama berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik dan menjadi pedoman bagi penganutnya dalam mengatur kehidupan spiritual supaya lebih bermakna dalam kehidupan seharian. Mengikut Weber (1930) dengan adanya kod etika, Protestan dapat menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan industri moden di England dan Eropah Barat. Keadaan ini terjadi apabila mereka berpegang kepada etika Protestan, iaitu percaya bahawa agama Kristian mengharapkan penganutnya bekerja kuat, menabung, melabur dan menunjukkan inisiatif perniagaan. Etika Protestan juga dikatakan memainkan peranan yang penting dalam membentuk pembangunan rakyat Amerika Syarikat ke arah mewujudkan peribadi yang tahan lasak, semangat daya usaha, kegiatan perusahaan, dan kejayaan kewangan.

Dengan kepelbagaian ini, ianya telah menjadi satu cabaran dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum dan agama. Justeru itu, dalam landskap sosio-politik negara terdapat berbagai-bagai sejarah hitam dalam konteks hubungan kaum dan agama. Antaranya insiden yang besar seperti rusuhan kaum pada tahun1969, kes Maria Hertogh, Kampung Medan dan insiden yang kecil seperti isu perarakan kepala lembu di Selangor dan meletakkan kepala khinzir dalam masjid di Kuala Lumpur.

Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 merupakan konflik terburuk dalam sejarah hubungan antara etnik di Malaysia. Pergaduhan itu telah berlaku selepas meraikan kemenangan kumpulan pembangkang dalam pilihan raya. Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengah kekacauan dan rusuhan yang ngeri serta dahsyat. Ramai yang terbunuh, cedera, rumah dibakar, harta benda dimusnahkan dan kenderaan dirosakkan (Comber, 2001; The National Operations Council, 1969).

Begitu juga dengan peristiwa pergaduhan beramai-ramai iaitu di Petaling Jaya Selatan. Satu insiden pergaduhan beramai-ramai telah berlaku pada awal Mac 2001 di kawasan Petaling Jaya Selatan yang merupakan satu penempatan yang mempunyai komposisi etnik pelbagai dan berbeza darisegi latar belakang kelas dan taraf sosio-ekonomi. Peristiwa tragik seperti  ini mengorbankan enam nyawa dan 44 orang cedera. Kejadian yang tercetus di kawasan PJS4, PJS5, PJS6 dan PJS7 ini telah melibatkan dua kumpulan etnik utama iaitu Melayu dan India (Kamaruddin, 2002). Semua insiden ini dapat menggambarkan situasi hubungan kaum dan agama dalam konteks Malaysia berada dalam keadaan yang begitu rapuh. Sehubungan dengan itu, persefahaman antara agama dan kaum harus dipupuk melalui pembudayaan dialog antara agama.

Dalam masa yang sama, wujudnya inisiatif manusia moden mengenai pentingnya fungsi agama di dalam kehidupan manusia. Seperti mana yang dinyatakan oleh Mohammad Kamal (2001), sebahagian besar masyarakat Barat yang terdiri daripada sarjana, Ketua Pengawai Eksekutif, hakim dan Islamis (Sarjana pengkaji Islam di Institusi Barat) mengakui bahawa fenomena keruntuhan moral yang berlaku di Barat adalah sebagai sesuatu akibat langsung daripada tindakan manusia Barat yang meninggalkan agama dalam kehidupan dan lebih mementingkan nafsu serta materialisme semata-mata, yang kononnya mampu memberikan kebahagiaan sejati kepada seluruh manusia. Penekanan terhadap isu moral untuk manusia (aspek makanan rohani) mula disedari oleh sarjana Barat bukan boleh bergantung kepada sumber akal sahaja, tetapi memerlukan kepada sentuhan ajaran agama. Hal ini kerana agama dilihat telah memberikan input kerohanian kepada jiwa manusia berhubung dengan tujuan hidup, matlamat dan kesudahan hidup manusia.

Senario ini dapat dilihat dengan wujudnya perpaduan semua agama besar di dunia bagi mengambil pendekatan dialog, sebagai respons terhadap serangan ganas yang dibawa oleh fahaman terorisme. Lebih tepat lagi, telah timbul kesedaran tentang pentingnya semua agama besar di dunia harus bersatu untuk menangani hegemoni fahaman bentuk baharu yang dibawakan oleh fenomena globalisasi. Hal ini telah melahirkan dialog antara agama yang dipelopori oleh kalangan penganut agama terbesar di dunia. Contoh yang jelas bagi menunjukkan kesedaran ini boleh dilihat daripada pandangan Gereja Katolik yang telah mengiktiraf semua penganut agama selain Kristian Katolik akan diterima di sisi tuhan (Rahminah, 2000). Begitu juga halnya dengan tindakan gereja di England yang telah memohon maaf dan bersimpati dengan nasib umat Islam di Iraq yang diserang oleh kuasa besar North Atlantic Treaty Organization.

5.0 IDEOLOGI

Ideologi merupakan kefahaman atau cara berfikir seseorang akan sesuatu perkara. Sedangkan agama merupakan ajaran. Secara mudahnya ideologi terdapat di dalam agama, namun agama belum tentu berada dalam ideologi. Hal ini sangat penting kerana beberapa orang menggunakan akalnya untuk menentukan sebuah keputusan atau kepercayaan.

Agama merupakan sebuah ajaran yang memberikan pencerahan dan penjelasan kepada manusia. Dilihat agama merupakan sebuah anugerah atau kurniaan yang diberikan kepada manusia oleh Tuhan melalui pesuruhnya (nabi atau rasul bagi penganut beragam Islam). Terdapat beberapa hal yang jelas mengenai agama. Bermula dengan corak dari segi aturan dan larangan yang tidak boleh dilakukan. Namun, sesetengah manusia menganggap itu sebagai batasan dalam melakukan sesuatu perkara.

Ideologi selalu menjadi menjadi pedoman seseorang untuk melakukan dan menentukan sesuatu perkara. Sudut pemikiran dan pandangan yang digunakan dipengaruhi oleh pembacaan dan persekitaran kehidupan. Hal ini menjadi masalah bagi sesetengah manusia ketika memiliki suatu sudut pandangan dan ditemukan dengan sesuatu pandangan yang baru. Ideologi dapat berlandaskan pemikiran, pengalaman, penceritaan, kepercayaan, pembacaan juga sosial kehidupan. Amat ditakuti jika ideologi ini tidak memiliki landasan yang cukup dan sebenarnya. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang individu itu tersesat dalam pandangan yang sempit dan tertutup.

Sebenarnya apa yang menyebabkan agama mempengeruhi ideologi? Sebenarnya iainya mempunyai kaitan diantara keduanya yang sangat erat dan tidak dapat dipisahkan. Terdapat sesetengan individu memiliki persepsi akan sesuatu agama hanya kerana melihat dari kontek luar agama itu sahaja tanpa mengetahui dan mendalami ajaran agama tersebut. Tingkah laku dan tindakan yang dilakukan oleh umat menjadikan suatu nilai ajaran agama yang secara tidak langsung mempamerkan ajaran agama tersebut. Sesungguhnya hal ini amat mengelirukan dan tidak dianjurkan. Ini disebabkan ada sesetengah umat atau individu itu tersendiri yang belum memahami tuntutan agamanya sehingga dipandang dan dinilai oleh masyarat luar khususnya penganut agama lain. Rasa kurang kepercayaan dan keraguan terhadap sesuatu agama itu sebenarnya berbeza bagi seseorang individu dalam menilai keupayaan sesebuah agama. Sesetengah individu mendalami tentang agama dan akhirnya mengetahui bahawa sesungguhnya agama tersebut tidak  pernah menuntut untuk melakukan kemungkaran. Tuntutan kebaikan selalu dianjurkan oleh setiap agama. Namun, ketaksuban terhadap sesebuah  agama juga mampu menimbulkan tindakan diluar batas moral manusia. Ideologi yang terlalu perlahan atau terhad terlihat membatasi kefahaman akan segala sesuatu perkara yang baru. Sehingga menyebabkan segala tindakan atau pemikiran yang bertentangan dengannya adalah sesuatu perkara yang salah. Ini tidak boleh dipersalahkan kerana setiap manusia memiliki hak keatas pemikirannya. Namun demikian, dalam kehidupan bersosial hal ini sangat mempengaruhi segala pemikiran serta perilaku. Dilihat kesulitan berinteraksi dapat menimbulkan rasa syirik, dengki dan egois di dalam diri sesetengah individu. Ini amat berbahaya oleh disebabkan ianya mempunyai kaitan antara ideologi dan agama yang juga merupakan dasar yang sangat penting ketika kita membicarakan tentang negara dan kehidupan berlandaskan agama. Keterbukaan dan perasaan kurang percaya ini dirasa perlu dalam penilaian suatu hal terutamanya agama.

Ideologi merupakan salah satu fungsi agama yang penting dalam memastikan penganutnya berada di landasan yang sebetulnya. Fokus diberikan untuk menerangkan mengapa fungsi agama ketika ini diminati oleh masyarakat. Di samping itu juga bagi menjelaskan faktor yang tertentu yang mana jika pemerintah keliru atau tersalah kefahaman di dalam memandang peranan dan fungsi agama secara ideologi, maka sebuah negara akan runtuh di dalam sebuah masyarakat yang majmuk. Dilihat agama dapat berperanan untuk membentuk kesedaran rakyat terhadap kepentingan beragama. Secara teoritis, ketika ini agama sedang memasuki era baru iaitu post-modernisme. Pemikiran post-modernisme merupakan satu idealisme alaf baru yang muncul di barat dalam arus modenisasi. Aliran pemikiran ini bermula sekitar tahun 1930-an dengan kemunculan seorang pengarang Belanda yang bernama Federio De Onis dalam penulisannya Antologia De La Poesia Espanola A Hispanoamericana pada tahun 1934 (Featherstone, 2005). Para sarjana berpendapat bahawa aliran pemikiran tersebut muncul atau ditandai dengan zaman enlightenment di Eropah yang mana pada masa itu masyarakat Eropah mula sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dan pada masa itu juga telah wujudnya revolusi perindustrian yang menyebabkan pelbagai perubahan yang menjadi persoalan. Seterusnya, muncul pula beberapa pemikir- pemikir barat yang lain misalnya Jean Francois Lyotard, Micheal Foucault, Jacques Derida, Habermas dan Jean Baudrillard. Pascamoden adalah merupakan satu aliran pemikiran yang agak mengelirukan namun, pengaruhnya meresap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu misalnya pemikiran, kerohanian, keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan.

Oleh kerana agama sudah bertapak di era post-modernisme, maka agama itu menjadi menarik serta penting. Selain itu agama menjadi trend di dalam berbagai pola kehidupan. Kebangkitan agama pada era post-modernisme, memang sudah diperjelaskan oleh para ilmuwan. Di samping itu, era ini tidak mampu mengelola agama di dalam akal dan batin manusia

6.0 RUMUSAN

Keseluruhannya kita dapat melihat bahawa kebanyakan agama yang ada di dunia

ini menyarankan kepada kebaikan. Agama telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh para penganut agar dapat menjalani kehidupan dengan baik dan tenang. Dikatakan agama memainkan fungsi peranan sosial dalam sesebuah masyarakat. Fungsi agama kepada sistem undang-undang, moral dan ideologi amat penting untuk masyarakat orang asli. Hubungan agama dalam kehidupan jika disepadukan dengan budaya dan masyarakat dapat membentuk kehidupan yang harmoni kerana ketiga-tiga faktor ini mempunyai kaitan yang erat antara satu sama lain. Secara sederhana agama merupakan pegangan hidup agar tidak menyimpangdan menjadi pedoman hidup manusia dalam menjalani hidup di dunia serta dapat memberikan bimbingan umatnya untuk menjadikan kehidupan bermasyarakat lebih aman dan bekerjasama. Undang-undang Islam yang diamalkan di Malaysia telah mengalami proses penyesuaian terhadap adat istiadat serta budaya setempat. Keimanan dan ketakwaan terhadap Tuhan akan menciptakan masyarakat yang lebih tenang dan tenteram. Setiap manusia yang hidup pasti akan mengetahui apa itu agama dan bahawa betapa pentingnya kedudukan agama dalam pembangunan masyarakat. Agama juga menjadi pendorong untuk bergiat aktif dalam isu masyarakat, bangsa dan negara. Seseorang manusia perlu mempunyai kepercayaan terhadap agama dengan mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran agama yang sesuai melalui kitab suci agama. Kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat yang sedia terjalin akan mengalami kemusnahan sekiranya kita gagal memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Malaysia: Dunia Perkumpulan Orang Asli and Kuno Animisme Agama. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2018-12-21-1545396105/> [Accessed 14-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.