Home > Sample essays > Understanding the Role of Securities Commission in Malaysia’s Capital Market

Essay: Understanding the Role of Securities Commission in Malaysia’s Capital Market

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 22 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 6,354 (approx)
  • Number of pages: 26 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 6,354 words.



Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan.   

 Untuk di terangkan lanjut, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah sebuah badan kawal selia yang diberi mandat oleh Parlimen untuk membangunkan dan mengawal selia pasaran modal Malaysia. Sebagai sebuah badan pengawal selia, SC terlibat dalam aspekaspek penggubalan peraturan, pemberian kebenaran, pengawasan dan pengkuatkuasaan pasaran modal, memainkan peranan penting untuk memastikan rangka kerja yang kukuh dan terus memudahcarakan pembangunan demi kemakmuran ekonomi negara. Matlamat SC adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran modal yang adil, cekap, terjamin dan telus serta memudahcarakan pembangunan teratur bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing.

 Permintaan pelabur dan kemajuan teknologi telah menggalakkan inovasi produk, menghasilkan produk yang lebih kompleks, dan mewujudkan cara dan kaedah baharu dalam menjalankan urusan perniagaan dalam era perubahan yang dibawa oleh kemajuan digital. Semua ini akan memberi kesan kepada peningkatan penyertaan dalam pasaran dengan penggalakan aliran modal, yang menyumbang kepada kecairan yang lebih tinggi, merangsang peruntukan modal yang cekap dan meningkatkan kestabilan kewangan pasaran. Walau bagaimanapun dengan persekitaran pasaran modal yang dinamik dan semakin berdaya saing,

4

di peringkat serantau dan global. SC ingin memaklumkan kepada pihak berkepentingan mengenai cara SC menjalankan fungsi kawal selia dan apa yang akan diberikan kepada pengguna buat beberapa tahun akan datang apabila SC memperkemas rangka kerja kami yang berdasarkan sembilan hasil kawal selia yang diperjelaskan dalam dokumen ini.

 Bagi memperolehi hasil tersebut, SC akan terus mengguna pakai prinsip keberkadaran dan ketelusan. Prinsip keberkadaran membolehkan SC menentukan pengawalseliaan agar ia setara dengan risiko yang wujud dalam pasaran, peserta, produk dan perkhidmatan serta garis panduan tata laku yang diamalkan dalam pasaran dengan mengambil kira kepentingan tingkah laku yang berkait dengan kepercayaan dan keyakinan dalam pasaran modal. SC berharap dapat mewujudkan dan menggalakkan tingkah laku yang baik dengan memaklumkan harapan SC serta memberikan maklumat yang relevan dan bermakna kepada pihak berkepentingan, sebagai sebahagian daripada prinsip ketelusan SC.

5

2.0 KONSEP PENGAWALSELIAAN

 Konsep pengawalseliaan secara umum merujuk kepada proses penggubalan peraturan, pemberian kebenaran, pengawasan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh SC ke atas pasaran modal. Penggubalan peraturan merupakan proses pewujudan standard rasmi yang mesti dipatuhi oleh individu dan syarikat. Pemberian kebenaran adalah fungsi pengawalan yang mengawal selia kemasukan individu atau produk ke dalam pasaran. Pengawasan memastikan standard yang diwujudkan tersebut terus diamalkan dan dipatuhi serta membolehkan kami memantau risiko sebenar, yang berpotensi atau ditanggap. Penguatkuasaan memupuk pematuhan dengan memastikan tindakan yang setimpal dikenakan ke atas mana-mana pelanggaran undang-undang.

 Pengawalseliaan pasaran modal kami melibatkan pelbagai fungsi penggubalan peraturan pemberian kebenaran, pengawasan dan penguatkuasaan, memandangkan dinamiknya keempat-empat proses ini dalam memainkan peranan untuk memastikan rangka kerja pasaran modal kami teguh dan terus memudahkan pertumbuhan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

• Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;

• Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;

• Meluluskan terbitan bon;

• Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;

• Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;

• Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;

• Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;

• Menggalakkan kawal selia sendiri; dan

• Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

   Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

6

3.0 SALAH LAKU DALAM PASARAN SEKURITI DI MALAYSIA

 Tidak kira bila, andai tiada undang-undang pasti jenayah akan berleluasa, tidakan tidak bermoral meningkat dan pelbagai masalah lain akan timbul. Tetapi bukan bermaksud dengan adanya undang-undang kesalahan tidak berlaku, akan tetapi undang-undang mampu mengawal dan mengurangkan bilangan salah laku yang terjadi. Begitu juga dengan dunia pasaran, terdapat pelbagai salah laku yang perlu dikawal dan di bendung, antaranya:  

1. SKIM PENIPUAN

Skim penipuan pelaburan semakin meruncingkan apabila media sosial menjadi medan perhubungan dengan orang awam. Di zaman yang makin canggih ini, media sosial digunakan sebagai alat mendapatkan sebarang maklumat terkini, maka orang mudah mempercayai sebarang berita atau malumat yang disebarkan. Lebih membimbangkan apabila berlakunya peningkatan penyebaran maklumat palsu syarikat tertentu menerusi blog, forum dan platform media sosial bagi manipulasi skim penipuan pelaburan 'pump and dump.' pihak tidak bertanggungjawab bertindak mengumpulkan saham pada harga rendah dan kemudiannya menyebarkan sentimen positif mengenai syarikat tertentu bagi mencetuskan minat terhadap saham demi menaikkan harga. Kemudian apabila pelabur membeli saham itu, ia memberi peluang kepada pihak pelaku untuk menjual saham-saham tersebut bagi mengaut untung. Ini menyebabkan pelabur yang membeli saham pada harga tidak berubah mengalami rugi apabila tumpuan terhadap saham itu lenyap.

Ciri-ciri am skim pelaburan internet yang tidak sah:

• Pemilik skim ini, yang mengaku diri sebagai “pakar pelaburan” akan mendakwa syarikat mereka mempunyai “rekod prestasi cemerlang” dan memberikan testimonial daripada “pelanggan” demi meyakinkan pelabur. Mereka juga akan menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding kadar pasaran dan berjanji bahawa skim tersebut mempunyai risiko rendah atau tiada risiko langsung. • Pemilik skim mempunyai identiti yang pada mulanya nampak seakan-akan benar, tetapi tidak dapat disahkan. • Bila disoal, kebanyakan pengendali skim pelaburan tidak sah akan berkata bahawa skim mereka beroperasi di luar negara dan tidak memerlukan lesen daripada pengawal

7

selia di Malaysia, atau mengaku mereka sudahpun mempunyai lesen yang sepatutnya daripada pihak berkuasa. Malah, ada pengendali skim yang  berkeras bahawa aktiviti mereka tidak memerlukan lesen.

• Mereka akan menyarankan untuk membeli/menjual saham tertentu dan khidmat nasihat mereka dihantar kepada pelanggan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web yang dilindungi kata laluan rahsia serta pertemuan peribadi. • Pengendali skim ini juga akan mengiklankan perkhidmatan mereka melalui e-mel secara rawakserta pesanan-pesanan yang ditinggalkan di papan kenyataan dan forum atas talian. • Laman web mereka direka khas untuk menyerupai perniagaan sah dan mungkin dilengkapi dengan harga saham masa nyata (real-time), ulasan pasaran, berita serta pautan ke laman web kewangan yang lain. • Sesetengah laman-laman web ini memberi perkhidmatan percuma seperti tutorial asas pasaran modal, e-buku serta laluan ke bilik bual (chatroom) dan papan buletin.

• Mangsa biasanya terpedaya apabila pengendali skim memberikan pulangan yang tinggi pada mulanya dan ini digunakan sebagai taktik untuk menjerat dan merekrut pelabur baru. • Jangka hayat skim pelaburan ini bergantung kepada pengambilan pelabur baru.  Dana yang diperolehi daripada pelabur baru akan digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur sedia ada. Skim pelaburan ini akan gagal sekiranya tiada pelabur baru. • Akan tetapi, pengendali skim pelaburan tidak sah ini akhirnya akan melarikan diri dengan wang yang dikumpul apabila dia berasa suatu yang tidak kena akan terjadi, dan sekaligus menyebabkan pelabur mengalami kerugian.

➢ Contoh kes penipuan yang dilaporkan:

 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap seorang lelaki berusia 67 tahun kerana menipu dalam pelaburan Koperasi Pelaburan PekerjaPekerja Proton Bhd (KOPRO) sebanyak RM350,000, bagi pembelian sekuriti antara Ogos 2007 dan November 2008. Ismail Basir juga telah mendakwa bahawa dia mewakili KOPRO

8

dan seorang remisier, sedangkan dia tidak pernah dilesenkan oleh SC. KOPRO ialah sebuah badan koperasi yang ditubuhkan bagi kakitangan Proton Holdings Bhd

 Ismal telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi pertuduhan penipuan sekuriti di bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA). Setiap kesalahan tersebut membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM1 juta.

 Ismail yang tidak diwakili peguam, hari ini mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh melapor kepada Pegawai Penyiasat SC pada minggu pertama setiap bulan sehingga tamat perbicaraan.

2. KES MEMANIPULASI PASARAN

 Apabila sesebuah pihak berada dalam keadaan kedudukan yang kukuh dalam membuat sebarang keputusan, mereka cuba memanipulasikan pasaran untuk mengait keuntungan. Senang kata, manipulasi adalah dimana pihak tidak bertanggungjawab ini menakluki keputusan dalam menentukan harga, mengawal turun naik harga. Contohnya yang mudah apabila di musim hujan di suatu kawasan perkampungan yang terdapat hanya sebuah kedai yang menjual payung berpeluang meletakkan harga yang tinggi dan memanipulasi pasaran demi mendapatkan keuntungan yang lebih.   

Contoh kes manipulasi saham yang dilaporkan:

 Seorang rakyat Malaysia, Soh Chee Wen dan Quah Su-Ling didakwa semalam selepas terbabit dengan kes penipuan terbesar membabitkan manipulasi pasaran saham Blumont Group Ltd, Asiasons Capital Ltd (kini dikenali sebagai Attilan Group Ltd) dan LionGold Corp Ltd dari Ogos 2012 hingga Disember 2013. Dakwaan tersebut dibuat ke atas Goh Hin Calm, pensubahat utama Soh dan Quah. “Ini merupakan kes manipulasi pasaran yang terbesar dalam sejarah Singapura,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh Jabatan Peguam Negara Singapura (AGC), Jabatan Hal Ehwal Komersil Pasukan Polis Singapura (CAD) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS). Kes itu menyebabkan CAD dan MAS membuat serbuan ke atas lebih 50 lokasi dan menemubual

9

lebih kurang 70 individu. Siasatan tersebut merangkumi keterangan berdokumen yang terdiri daripada lebih dua juta emel, setengah juta arahan transaksi serta ribuan rekod telefon dan penyata kewangan. Penipuan kompleks dan terperinci yang dilakukan oleh Soh, Quah dan rakan subahatnya turut melibatkan jaringan sebanyak 180 akaun dagangan bertujuan untuk memanipulasi urus niaga saham Blumont, Asiasons dan LionGold. Akaun dagangan ini dimiliki oleh sejumlah 59 individu dan penama korporat yang telah menyerahkan kawalan akaun mereka kepada Soh dan Quah. Akaun tersebut diservis oleh 20 wakil perdagangan. Soh masih melalui proses pembankrapan sejak Januari 2002. Semasa kesalahan itu dibuat, Quah merupakan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IPCO International Ltd manakala Goh adalah Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Kanan IPCO.

3. MANIPULASI PASARAN MATAWANG KRIPTO

 Antara ciri utama pasaran matawang kripto adalah ketidak stabilan harga matawang kripto yang boleh naik dan turun dalam masa beberapa jam sahaja. Pasaran matawang kripto boleh dikatakan masih lagi baru tetapi dalam masa beberapa tahun sahaja jumlah modal pasaran matawang kripto sudah hampir mencecah USD$800 bilion dan tidak sampai beberapa bulan, ianya sudah jatuh lebih 60 peratus dan kini bernilai USD$300 bilion.

 Perubahan mendadak ini boleh dikatakan berlaku kerana kemunculan pemain-pemain besar yang mampu memanipulasi pasaran matawang kripto. Sebelum pasaran matawang kripto menjadi terkenal di seluruh dunia, pasaran ini hanya disertai oleh golongan miners dan juga pengguna yang menyokong anarki. Kebanyakan transaksi berlaku dalam jumlah yang sedikit dan pada masa itu harga matawang kripto naik secara perlahan-lahan.

 Lama-kelamaan apabila semakin ramai mendengar tentang matawang kripto, maka masuklah golongan yang kaya-raya dan juga mereka yang menggunakan matawang kripto untuk aktiviti haram seperti ‘mencuci’ duit atau sindiket pengedaran dadah. Pasaran matawang kripto menjadi semakin besar dan nilai matawang kripto yang naik mendadak mula menarik perhatian pelabur-pelabur besar. Mereka inilah yang berada dibelakang pergerakan aset yang besar dalam bentuk matawang kripto ke arah yang sudah ditetapkan mengikut objektif mereka.

 Bukan hanya dengan menguasai jumlah besar matawang kripto sahaja. Kini terdapat pelbagai cara manipulasi pasaran berlaku, antaranya adalah:

10

I. MANIPULASI PSIKOLOGI PESERTA DALAM PASARAN

 Ini adalah cara yang paling halus dalam strategi manipulasi. Seperti yang kita tahu, penyebaran khabar angin sangat efektif dalam menyebabkan reaksi yang berterusan berlaku. Dalam konteks dunia matawang kripto yang bebas dan tiada kawal seliaan, begitu mudah untuk menyebarkan sesuatu berita yang boleh menyebabkan pemegang matawang kripto menjual simpanannya atau pelabur baru membeli matawang kripto yang banyak.

 Inilah asas kepada kebanyakan pelaburan scam yang berlaku. Dengan hanya menjual idea atau potensi sesuatu matawang kripto, sudah boleh menarik beribu-ribu pelabur untuk membeli matawang kripto tersebut. Inilah yang dinamakan shilling. Pada masa yang sama, khabar angin negatif terhadap sesuatu matawang kripto pula boleh menyebabkan penjualan secara besar-besaran berlaku, walaupun sumber khabar angin tidak disahkan lagi. Gejala ini pula dinamakan FUD, atau fear, uncertainty and doubt.

II. MANIPULASI HARGA DALAM PASARAN

 Fenomena ini juga sudah menjadi satu yang biasa dalam pasaran matawang kripto, khususnya bagi matawang kripto kecil yang mungkin tidak begitu dikenali. Skim pump and dump adalah satu skim yang boleh menjadikan matawang kripto itu kelihatan menguntungkan dalam jangka masa pendek dan menarik perhatian pelabur-pelabur yang amatur untuk membeli matawang kripto tersebut. Mereka biasanya menggunakan buy order atau sell order untuk menjalankan skim ini dengan cara meletak satu order yang besar untuk mendorong orang lain menjual atau membeli matawang kripto pada harga yang diiginkan. Apabila harga pasaran mencecah harga yang diinginkan, mereka akan terus membatalkan order mereka.

 Selain daripada itu, terdapat fenomena baru yang dipanggil whale tactic. Whale dalam konteks matawang kripto adalah mereka yang menguasai jumlah matawang kripto yang besar dan signifikan. Mereka akan menggunakan kelebihan mereka ini untuk memanipulasi harga matawang kripto dalam pasaran.

 Whale tactic yang biasa digunakan adalah rinse and repeat. Kaedah ini boleh menguntungkan golongan ini dengan banyak jika dibuat pada waktu yang betul. Dalam kaedah ini, pemilik yang mempunyai jumlah matawang kripto yang besar akan mula menjual

11

simpanannya dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, dan ini akan menyebabkan pengguna lain mula menjual matawang kripto mereka secara panik. Whale akan memerhati dan membeli semula matawang kripto yang dijual dengan harga baru yang sangat rendah. Mereka akan mengulangi proses yang sama dengan matawang kripto lain untuk menguasai matawang kripto itu.

III. MANIPULASI DENGAN MENGGUNAKAN BOT

 Bot adalah automated trader yang menjual atau membeli matawang kripto secara otomatik, biasanya dalam pasaran jangka masa pendek. Bot kini sudah menjadi sesuatu yang diguna pakai secara meluas dalam pasaran matawang kripto oleh mereka yang mempunyai kemahiran dalam programming yang ingin mengambil kesempatan dalam suatu pasaran yang penuh dengan pelabur yang tidak berpengalaman dan tidak dikawal selia.

 Bot boleh memanipulasi pasaran matawang kripto dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menaikkan harga matawang kripto secara buatan (artificial). Sama seperti skim pump and dump, bot akan membuat pembelian matawang kripto untuk menaikkan (“pump”) harga matawang kripto tersebut, dan apabila pelabur baru mula membeli matawang kripto dengan harga buatan itu, bot secara otomatik akan menjual (“dump”) matawang kripto tersebut.

 Bot juga boleh menyebabkan pasaran sesuatu matawang kripto jatuh seperti dalam kes matawang kripto Neo. Pada bulan November 2017, platform pertukaran matawang kripto mula menemui tanda-tanda beberapa bot jual beli di platform mereka secara serentak. Keadaan pasaran yang tidak stabil ketika itu ditambah pula dengan penjualan oleh bot secara serentak menyebabkan harga Neo jatuh daripada USD$34 ke USD$3.74 dalam masa beberapa saat sahaja. Dalam keadaan itu, sukar untuk mengelak daripada berlakunya kerugian sehingga terlambat.

4.0 MENGAPA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (SC) MENGAWAL SELIA PASARAN MODAL

 Objektif pengawalseliaan pasaran modal SC sejajar dengan objektif pengawalseliaan sekuriti pertubuhan Antarabangsa suruhanjaya sekuriti (IOSCO).

12

SC mengawal selia pasaran modal untuk:

 Secara kolektif, ketiga-tiga objektif tersebut menyumbang kepada usaha untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan. Pasaran modal merupakan perantara yang membolehkan modal disalurkan kepada mereka yang memerlukannya dan risiko yang berkaitan dengannya ditanggung oleh mereka yang bersedia menanggungnya. Dalam sistem yang mana risiko dan ganjaran boleh bertukar tangan, adalah penting bagi semua pihak untuk mempercayai bahawa risiko dan ganjaran tersebut akan diperuntukkan dengan adil dan cekap, secara termaklum bersandarkan maklumat yang jelas.

 Oleh itu, pengawalseliaan adalah bertujuan untuk menggalakkan kepercayaan dengan memastikan maklumat yang relevan dan tepat disebarkan tepat pada masanya. Penzahiran sedemikian menyumbang kepada integriti proses pembentukan harga, yang mana memainkan peranan penting dalam memastikan pasaran beroperasi secara adil. Proses pembentukan harga yang boleh dipercayai dapat membina keyakinan dengan mengurangkan perbezaan harga, seterusnya mengurangkan kos urus niaga dan kos pencarian bagi peserta pasaran.

 Komponen utama yang mengekalkan kepercayaan dan keyakinan dalam pasaran adalah pemeliharaan integriti pasaran. Pengawalseliaan pasaran modal di Malaysia adalah bertujuan memupuk integriti pasaran dalam pelbagai cara. Ini termasuk mengenakan keperluan layak dan sesuai ke atas individu yang berlesen dan berdaftar, menetapkan standard tatalaku mandatori, serta mendapatkan kelulusan dan penzahiran untuk produk yang boleh diakses oleh

Melindungi Pelabur

Memastikan Pasaran yang Adil, cekap dan  telus

Mengurangkan Risiko Sistematik

13

pelabur runcit. Keperluan ini penting kerana kesediaan orang ramai untuk menyertai pasaran modal bergantung kepada keyakinan mereka terhadap kualiti pengantara, pasaran, produk, perkhidmatan dan maklumat yang disediakan kepada mereka.  

 Pengawalseliaan bertujuan untuk mengurangkan risiko sistemik. Risiko sistemik merujuk kepada mana-mana kesan buruk yang berpotensi merebak ke dalam sistem kewangan dan seterusnya kepada ekonomi yang lebih luas. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko sistemik termasuk reka bentuk, pengedaran atau tingkah laku bagi produk pelaburan tertentu dalam keadaan tertekan; aktiviti atau kegagalan sesebuah entiti yang dikawal selia; gangguan pasaran; atau integriti pasaran terjejas. Risiko sistemik juga boleh berlaku apabila hilangnya kepercayaan atau keyakinan secara beransur-ansur terhadap pasaran. Oleh itu, pengawalseliaan harus memasarkan usaha untuk mengurangkan risiko kegagalan dan pada masa yang sama memastikan kegagalan pasaran dan pesertanya tidak memberi kesan negative yang lebih besar terhadap kedudukan kewangan orang awam dan ekonomi secara keseluruhannya.

 Melalui pelaksanaan fungsi kawal selia, SC mahu mencapai objektif teras pengawal- seliaan iaitu perlindungan pelabur; memastikan pasaran yang adil, cekap dan telus; dan mengurangkan risiko sistemik. Ia merupakan antara aspek penting dalam menggalakkan dan merangsang pertumbuhan pasaran kita.

14

5.0 SC BERKERJASAMA DENGAN PIHAK BERKENAAN UNTUK MENJAGA PASARAN DARIPADA SEBARANG SALAH LAKU

➢ Jabatan Peguam Negara

 Menurut Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dilaksanakan mengikut budi bicaranya, untuk memulakan, melaksanakan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan. Dalam melaksanakan pendakwaan jenayah, SC tertakluk di bawah Jabatan Peguam Negara. Pelaksanaan sebarang pendakwaan jenayah dan tawaran kompaun di bawah undang- undang sekuriti memerlukan persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya.

➢ Bank Negara Malaysia

 Memandangkan pasaran modal merupakan komponen penting dalam keseluruhan pasaran kewangan, pengawasan pasaran kewangan adalah menjadi tanggungjawab bersama BNM dan SC. Institusi-institusi kewangan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pasaran modal

15

tertentu sebagai orang berdaftar dan dikehendaki mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan di bawah undang-undang sekuriti.

SC bekerjasama dengan BNM dalam bidang tertentu seperti penggubalan dasar dan pindaan kepada undang-undang, pengawalseliaan dan pengawasan entiti di bawah pengawasan kawal selia bersama kami, pengawasan sistem pembayaran, pengiktirafan bersama perancang kewangan dan penasihat kewangan, serta penyiasatan dan penguatkuasaan. Kerjasama ini terkandung dalam Memorandum Persefahaman 2012 (MoU 2012).

 MoU 2012 tersebut meningkatkan dan memperluas kerjasama dan perkongsian maklumat dalam bidang kritikal untuk menangani ancaman kepada kestabilan kewangan dan risiko sistemik, termasuk pengawasan kumpulan-kumpulan kewangan, pengurusan krisis kewangan, pengawasan pasaran wang dan derivatif, menangani ancaman yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, serta pemantauan juruaudit institusi kewangan.

➢ Bursa Malaysia

 Undang-undang sekuriti mengiktiraf peranan bursa saham dan derivatif sebagai pengendali pasaran dan kewajipan statutori mereka untuk mengekalkan pasaran yang teratur dan adil. Setiap bursa juga bertanggungjawab untuk menyelia peserta mereka dengan memastikan peserta pasaran mematuhi peraturan perniagaan bursa, dan bagi syarikat tersenarai, pematuhan terhadap keperluan penyenaraian. Berikutan demutualisasinya, Bursa Malaysia Bhd telah disenaraikan di bursa sahamnya sendiri. Dalam usaha untuk memastikan

16

bahawa Bursa Malaysia terus memenuhi mandat kepentingan awamnya, undang-undang sekuriti telah memperuntukkan, antara lain, pengawasan SC ke atas bursa yang berperanan  

sebagai pengawal selia barisan hadapan dan syarat bahawa sepertiga daripada ahli lembaga pengarah syarikat induk bursa dan bursa-bursa di bawah syarikat induk bursa haruslah terdiri daripada pengarah berkepentingan awam.

➢ Organisasi Swaatur

 Undang-undang sekuriti juga memberi pengiktirafan kepada organisasi pengawalseliaan sendiri (SRO). SRO merupakan organisasi kendalian ahli yang menetapkan dan menguatkuasakan standard dan peraturan tatalaku minimum. Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), yang ahli-ahlinya terdiri daripada pengedar unit amanah dan ejenejen mereka, merupakan SRO yang diiktiraf di bawah seksyen 323 CMSA. Sebagai sebuah SRO, undang-undang sekuriti mewajibkan FIMM untuk menggalakkan standard tatalaku yang wajar dalam kalangan ahli-ahlinya.

➢ Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti

 Persekitaran pasaran kewangan yang semakin bersifat sejagat menuntut rangka kerja pengawalseliaan SC mencerminkan realiti kesalinghubungan dalam pasaran kewangan kerana ketaksamaan kawal selia antara bidang kuasa menggalakkan arbitraj kawal selia, adalah penting bagi kami untuk memastikan bahawa pendekatan pengawalseliaan kami adalah sejajar dengan standard antarabangsa dan amalan terbaik semasa.

 Bagi pengawal selia sekuriti di seluruh dunia, standard sedemikian dikeluarkan oleh IOSCO, sebuah badan pelbagai organisasi yang mewakili pengawal selia dari 105 bidang kuasa. Ahli-ahli IOSCO secara kolektif bertanggungjawab dalam mengawal selia lebih daripada 95% pasaran modal dunia. Standard yang dikeluarkan oleh IOSCO menetapkan secara terperinci ciri-ciri rangka kerja kawal selia sekuriti yang berkesan dan komprehensif.  

 SC merupakan penandatangan Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala IOSCO mengenai Perundingan dan Kerjasama dan Pertukaran Maklumat (MMoU). MMoU ini memudahcarakan kerjasama antara pihak yang berkenaan dalam bidang pertukaran maklumat dan penguatkuasaan undang-undang sekuriti.

17

6.0 EVOLUSI PENGAWALSELIAAN (1993–2007)

 Pada awal tahun 1993, industri sekuriti dikawal selia oleh pelbagai agensi dan keadaan ini telah menimbulkan beberapa kesulitan apabila industri berkembang pesat dan menjadi semakin kompleks.

 Pengawalseliaan yang lebih teratur dan berkesan dari segi kos ternyata diperlukan, lebih-lebih lagi dengan meningkatnya ciri-ciri global urus niaga sekuriti serta mengambil kira kesan daripada infrastruktur pengawalseliaan yang tidak cekap kepada daya saing pasaran pada masa hadapan. Kesedaran ini menuntut agar sebuah agensi kawal selia yang lebih khusus diwujudkan, dan ini telah membawa kepada penubuhan SC pada bulan Mac 1993.

 Fokus pengawalseliaan dari tahun 1993 hingga 2007 adalah lebih tertumpu kepada usaha untuk menyediakan asas bagi membolehkan pasaran modal mengekalkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang, memandangkan peranan pasaran modal yang semakin penting dalam membiayai kemakmuran ekonomi Malaysia.

 Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memusatkan pengawalseliaan unit amanah dan pengumpulan dana kepada SC, masing-masing pada tahun 1996 dan 2000. Berikutan krisis kewangan Asia 1997, pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan tadbir urus korporat, termasuk peraturan mengenai urus niaga pihak berkaitan. Pada tahun 2004, Bursa Saham Kuala Lumpur (kemudiannya dinamakan “Bursa Malaysia”) telah didemutualisasi bagi membolehkannya bertindak balas terhadap perubahan dinamik pasaran dan melaksanakan strategi berorientasikan komersial secara berkesan dan tepat pada masanya.  

CMSA dan selepasnya

 Pada tahun 2007, CMSA telah diperkenalkan. CMSA bukan sahaja menggabungkan Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 menjadi satu undang-undang tunggal, tetapi CMSA juga memperkenalkan satu sistem pelesenan tunggal untuk menggantikan pelbagai lesen yang dikeluarkan kepada entiti yang menjalankan pelbagai aktiviti yang dikawal selia. SC terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan proses pelesenan. Pada tahun 2011, keperluan untuk pembaharuan lessen tahunan telah dimansuhkan dan proses rayuan bagi pemegang lessen telah dipermudahkan.  

18

 CMSA telah dipinda pada tahun 2011 dan 2012 untuk memudahcarakan penawaran produk baharu seperti skim persaraan swasta dan amanah perniagaan bagi memperluas industri pengurusan asset dan mengembangkan industri pengurusan aset dan mengembangkan pelbagai struktur pembiayaan khususnya struktur pembiayaan yang boleh memanfaatkan tabungan domestic yang semakin besar.

Melangkah ke hadapan

 Pengawalseliaan kami telah berkembang seiring dengan perubahan landskap untuk memastikan pasaran modal kekal berdaya tahan dan terus menyumbang kepada pembangunan negara. SC terus berusaha ke arah menyediakan persekitaran yang membolehkan syarikat-syarikat berinovasi dan pelabur dilayan dengan adil.

 Pada tahun 2012, rangka kerja pengawalseliaan SC telah dinilai secara bebas oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di bawah Program Penilaian Sektor Kewangan (FSAP). Laporan yang dikeluarkan pada bulan Februari 2013 (Laporan FSAP 2013) mengesahkan kepatuhan rangka kerja pengawalseliaan SC terhadap Objektif dan Prinsip  Pengawalseliaan Sekuriti IOSCO (Prinsip IOSCO) yang mana SC telah diberi penarafan “Dilaksanakan Sepenuhnya” untuk 92% daripada Prinsip IOSCO tersebut.

19

7.0 TONGGAK PENGAWALSELIAAN

➢ KEBERKADARAN

 Pengawalseliaan pasaran modal hendaklah bersifat mudah suai – ia mesti mengimbangi keperluan perniagaan dengan perlindungan pelabur. Pengawalseliaan juga harus mampu untuk bertindak balas kepada peristiwa yang berlaku dalam pasaran dan ekonomi, inovasi dan teknologi yang pesat berkembang. Mencapai matlamat kecekapan perniagaan dan perlindungan pelabur memerlukan keseimbangan yang teliti dalam struktur rangka kerja pengawalseliaan kami. Usaha ini menjadi lebih mencabar apabila pasaran modal menjadi lebih mencabar apabila pasaran modal mencapai integrase yang lebih kukuh dan isu-isu kawal selia dan daya saimg timbul di peringkat tempatan dan antarabangsa.   

 Untuk mencapai persekitaran kawal selia yang seimbang, cekap dan berkesan, SC mengguna pakai prinsip Keberkadaran – pendekatan yang memudahcarakan pertumbuhan dan pembangunan tetapi kekal bersesuaian dengan matlamat, menyedari bahawa peserta pasaran adalah berbeza dari segi risiko yang mereka hadapi dan manfaat yang dihasilkan. Keberkadaran yang kami maksudkan ialah tahap usaha kawal selia kami terhadap pasaran, produk, perkhidmatan, peserta dan aktiviti pasaran perlu setara dengan risiko yang dihadapi, standard tatalaku yang diamalkan dan hasil yang ingin dicapai. Ini bermakna bahawa sebarang campur tangan atau instrumen kawal selia harus membawa hasil yang diingini dengan cara yang paling berkesan, mengenakan syarat hanya apabila diperlukan, mempertimbangkan alternatif kepada pengawalseliaan dan meminimumkan risiko akibat yang tidak diingini.

➢ KETELUSAN

 Ketelusan menyokong kebertanggungjawaban SC terhadap pihak awam dan pihak berkepentingan serta membantu SC untuk menstruktur pengawalseliaan berkadar. Ketelusan bermaksud menyalurkan maklumat yang berkaitan dan bermakna mengenai penyampaian fungsi SC seperti penggubalan peraturan dan standard, pendekatan penyeliaan dan kebimbangan terhadap risiko yang muncul. SC akan mendedahkan maklumat mengenai sesuatu perkara yang SC percaya perlu diketahui oleh orang awam dan apabila undangundang membenarkan SC untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, SC tidak akan menzahirkan maklumat jika penzahiran itu boleh memudaratkan kepentingan awam.

HASIL KAWAL SELIA

1. PENGAWALSELIAAN I. KEBERKECUALIAN KAWAL SELIA

Keberkecualian kawal selia bermaksud pengawalseliaan tidak memberikan apa- apa kelebihan kepada pasaran, peserta, produk atau perkhidmatan tertentu tanpa justifikasi kawal selia atau dasar yang jelas. Oleh itu, ia menyokong pemakaian pengawalseliaan yang konsisten dan adil di seluruh pasaran dan mengurangkan risiko arbitraj pengawalseliaan atau tatalaku yang tidak selari dengan maksud kawal selia.

23

Struktur kawal selia Malaysia bagi pasaran kewangan adalah berdasarkan kepada pendekatan berasaskan institusi. Menurut pendekatan ini, struktur undang-undang entiti, sebagai contoh, sama ada ia ditubuhkan sebagai sebuah bank, broker saham atau syarikat insurans, akan menentukan pengawal selia yang bertanggungjawab untuk mengawasi aktiviti yang dikawal selia dari perspektif tatalaku berhemat dan tatalaku perniagaan. Banyak konglomerat kewangan hari ini terbabit dalam kepelbagaian produk dan perkhidmatan serta saluran perniagaan, tanpa mengambil kira status atau struktur undang-undang mereka. Apabila pengawal selia meluaskan skop perniagaan yang dibenarkan kepada entiti yang dikawal selia, akan berlaku pertindihan bidang kuasa ke atas aktiviti tersebut dengan penyelia atau pengawal selia yang lain. Potensi ketidaktekalan dalam pemakaian peraturan dan undang-undang oleh pengawal selia yang berbeza mungkin timbul, disamping masalah yang berkaitan dengan penyelarasan antara agensi.

Memandangkan banyak institusi dan produk perkhidmatan kewangan telah berkembang daripada jenis perniagaan institusi mereka – iaitu perbankan, insurans dan sekuriti – wujud keperluan untuk menyusun semula pendekatan pengawalseliaan  SC. Tumpuan SC kini beralih daripada pengawalseliaan bertumpu kepada institusi dan produk kepada pengawalseliaan yang lebih berasaskan aktiviti, yang membuka jalan kepada keberkecualian kawal selia. Pengawalseliaan yang distrukturkan untuk memberi tumpuan kepada produk atau institusi tertentu berisiko menjadi ketinggalan zaman kerana pasaran boleh berkembang dengan pantas dan tidak memerlukan struktur produk dan institusi yang sebelum ini dianggap sesuai.

II. PENGAWALSELIAAN  BERASASKAN PRINSIP,  BERORIENTASIKAN HASIL

Pengawalseliaan berasaskan prinsip dan berorientasikan hasil merupakan satu evolusi dalam perhubungan kawal selia antara pengawal selia dan pihak yang dikawal selia. Ia merupakan peralihan daripada pengawalseliaan secara memberi arahan dan mengawal kepada pengawalseliaan yang berasaskan kerjasama dan saling mempercayai apabila standard yang ditetapkan telah dipenuhi. Kejayaannya bergantung kepada kerjasama erat antara pengawal selia dan pihak berkepentingan, serta pengawasan dan pengkuatkuasaan yang kukuh.

 Pengawalseliaan berasaskan prinsip menekankan standard menyeluruh berbanding peraturan preskriptif dan terperinci, dengan lebih tertumpu kepada hasil dan bukannya

24

menetapkan proses. Pendekatan ini membawa mesej bahawa terdapat lebih daripada satu cara untuk mencapai hasil pengawalseliaan. Dengan menyatakan dengan jelas hasil yang SC inginkan, syarikat-syarikat diberi ruang untuk mencapai matlamat perniagaan mereka tanpa menjejaskan hasil pengawalseliaan tersebut.

Sehubungan ini, pembabitan bersama pihak berkepentingan secara terbuka dan berterusan adalah penting. Pembabitan ini bukan sahaja dapat membantu penambahbaikan dan menjelaskan standard yang telah ditetapkan, malah ia turut berpotensi dalam mengurangkan tentangan terhadap peraturan dan kewajipan yang dikenakan ke atas pihak berkepentingan SC dengan melibatkan penyertaan aktif mereka dalam proses penggubalan peraturan SC.

Mengamalkan pengawalseliaan berasaskan prinsip tidak bermakna SC tidak akan menetapkan pencirian peraturan sebagai sebahagian daripada pengawalseliaan SC. Walaupun prinsip umum mungkin sesuai bagi tatalaku perniagaan dan pelaburan, SC akan memastikan wujud ketepatan dan kejelasan apabila mengenakan kewajipan mandatori ke atas peserta pasaran dan pelabur.

2. PERLINDUNGAN PELABUR

I. MEMPERKASA PELABUR

Pasaran modal terus berkembang dari segi saiz, struktur dan kerumitannya. Kesannya, pelabur mempunyai akses yang lebih besar dan lebih mudah kepada maklumat dan lebih berupaya melabur dalam pelbagai produk di pasaran global. Sebelum ini, SC bergantung kepada penzahiran dan mengambil tindakan penguatkuasaan sebagai satu kaedah untuk melindungi pelabur. Walau bagaimanapun, peristiwa kewangan   global  baru-baru ini serta kajian ke atas tatalaku pelabur telah mendorong beberapa pengawal selia (termasuk SC) untuk mengkaji semula pendekatan mereka terhadap perlindungan pelabur.  

Bagi mengukuhkan perlindungan pelaburan dalam pasaran modal, SC akan memberi lebih penekanan terhadap usaha untuk memperkasa pelabur. Proses pemerkasaan pelabur bole dicapai melalui:

• Layanan adil kepada pelabur • Pelabur bersikap proaktif • Kecelikan atau kesedaran pelabur

25

Layanan adil kepada pelabur merangkumi prinsip bahawa penerbit dan pengedar produk perlu mengambil kira kepentingan pelabur sepanjang kitaran hayat produk. Sebagai contoh, pengedar produk dan penasihat hendaklah mengurus konflik di antara kepentingan sendiri dan kepentingan pelabur dengan mengesyorkan produk yang sesuai dengan objektif pelaburan dan memastikan pelabur menyedari konflik tersebut. Maklumat yang disediakan kepada pelabur hendaklah ringkas, relevan dan mudah difahami serta diberikan tepat pada masanya. Penerbit dan pengedar produk juga perlu menyediakan kaedah yang betul untuk pelabur membuat aduan dan menangani sebarang kegusaran, serta bekerjasama dengan pengawal selia untuk memudahcarakan mekanisme tebus rugi yang cepat, murah dan berkesan. Jika aduan atau tuntutan tidak dapat diselesaikan oleh penerbit atau pengedar produk, pelabur boleh merujuk tuntutan mereka kepada Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC).

Penerbit, pengedar dan penasihat produk harus menjadikan “layanan yang adil kepada pelabur” sebagai sebahagian daripada budaya perniagaan dan tadbir urus mereka untuk mewujudkan kelompok pelabur yang lebih arif dan aktif, yang merupakan komponen penting bagi sebuah pasaran modal yang cergas dan rancak.

 Layanan adil kepada pelabur bagaimanapun, tidak mengecualikan pelabur daripada tanggungjawab terhadap keputusan pelaburan yang dibuat dan andaian mengenai risiko berdasarkan maklumat. Pemerkasaan sebenarnya menuntut pelabur manjadi proaktif sepanjang tempoh pelaburan mereka. Pelabur perlu memahami hak-hak dan kewajipan mereka serta risiko bagi setiap pelaburan yang dibuat. Mereka juga perlu membuat pertanyaan yang sepatutnya dan mendapatkan maklumat serta nasihat bebas daripada prefesional, sekiranya perlu. Pelabur hendaklah memantau secara proaktif pelaburan mereka bagi memastikan pelaburan tersebut terus memenuhi objektif mereka dan mengambil langkah-langkah untuk penebusan rugi, sekiranya perlu.

Meningkatkan kecelikan dalam kalangan pelabur merupakan komponen penting dalam usaha pemerkasaan pelabur kerana pelabur yang berwaspada dan berpengetahuan akan berupaya untuk menilai produk pelaburan yang sesuai bagi mendapatkan pulangan yang diharapkan. Pelabur sedemikian boleh membantu pengawal selia dari segi mengurangkan risiko yang boleh memberi kesan dari segi peribadi dan kewangan, disebabkan oleh perbuatan mereka yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang. Pelabur tersebut juga boleh memberi

26

manfaat kepada penerbit dan pengedar produk melalui permintaan yang berterusan terhadap produk yang sesuai dan inovatif.

BijakLaburTM merupakan projek menyeluruh yang distruktur untuk meneruskan inisiatif celik pelabur SC, dengan tujuan untuk mendekati pelbagai peringkat dan latar belakang demografi pelabur di Malaysia. Melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain serta rangkaian rakan kongsi strategik SC, BijakLaburTM merangkumi pendekatan capaian massa dan program pendidikan yang lebih bersasar. SC mempunyai laman sesawang khusus untuk pendidikan pelabur iaitu www.investsmartsc.my dan penggunaan media sosial yang mantap, termasuk aplikasi mudah alih BijakLaburTM dan iklan didik (edumercial) melalui media penyiaran. Selain itu, SC juga mengadakan pameran, pameran bergerak dan program “SC Reach”.

Menyedari bahawa generasi muda hari ini akan menjadi pelabur hari esok, kami telah membangunkan program-program pendidikan bersasar termasuk “Kids & Cash”, “Teens & Cash” dan “Cash@Campus”. Kami juga mempunyai program khusus untuk orang awam bagi meningkatkan kefahaman mereka mengenai pasaran modal seperti “Bijak Mengurus Wang” dan “Money@Work”.

SC percaya bahawa sinergi antara celik pelaburan, instrumen dalam membuat keputusan pelaburan dan ekosistem yang kondusif berupaya menghasilkan kesan berganda terhadap keberkesanan setiap komponen tersebut dan seterusnya meningkatkan keberkesanan keseluruhan proses pemerkasaan pelabur.

27

3. BERKEMBANG DENGAN TADBIR URUS

I. PASARAN MODAL YANG BERDAYA SAING

Dalam mengukuhkan pasaran modal Malaysia, salah satu fokus utama kami adalah untuk memastikan bahawa pasaran modal terus melaksanakan peranan utamanya dalam pembentukan modal, menyokong perkembangan ekonomi Malaysia, dan pada masa yang sama, menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran yang berdaya saing di peringkat serantau. Daya saing pasaran modal merujuk kepada keupayaan pasaran untuk menarik dan mengekalkan modal, pelaburan, tenaga kerja dan penyertaan di peringkat pasaran global.

Untuk berdaya saing, pasaran modal memerlukan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan perniagaan beroperasi dan berkembang. Rangka kerja pengawalseliaan SC dirumus untuk menggalakkan pembangunan, persaingan dan inovasi di samping memastikan pasaran modal beroperasi secara adil, teratur dan telus. Menyedari kepentingan untuk mengakses pasaran global yang semakin meningkat dan potensi sumbangannya kepada pertumbuhan pasaran modal Malaysia, CMSA membolehkan produk dan perkhidmatan pasaran modal asing untuk ditawarkan di Malaysia, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Dalam merumuskan dasar dan peraturan, SC akan mengambil kira potensi produk dan perkhidmatan pasaran modal asing dalam membantu peserta pasaran dalam mencapai matlamat pelaburan mereka secara mampan.

Pasaran modal Islam merupakan segmen utama daripada keseluruhan pasaran modal Malaysia. Ia telah berkembang dengan sokongan persekitaran memudah cara yang ditadbir oleh rangka kerja kawal selia dan tadbir urus Syariah yang mantap. Agenda mengantarabangsakan pasaran modal Islam menjadi teras utama bagi pertumbuhan dan kemampanan berterusan, sekaligus meningkatkan daya saingnya dan menjadikan Malaysia sebagai pasaran modal Islam global yang utama. Kami sentiasa mengkaji semula rangka kerja pengawalseliaan kami untuk mengenal pasti bidang yang boleh ditambahbaik untuk menyokong agenda pengantarabangsaan tersebut. Sebagai contoh, melalui usaha bersama pengawal selia lain dan penerokaan bidang pertumbuhan baharu yang berpotensi untuk memperluaskan dimensi antarabangsa pasaran modal Islam.

Bagi memperluas akses pasaran produk dan perkhidmatan pasaran modal, SC telah menandatangani perjanjian dengan rakan sekerja di peringkat antarabangsa. Antara perjanjian

28

tersebut termasuklah Rangka Kerja ASEAN bagi penawaran rentas sempadan Skim Pelaburan Kolektif (CIS) yang kini melibatkan Malaysia, Singapura dan Thailand, memorandum persefahaman (MoU) bersama 24 pengawal selia sekuriti Kesatuan Eropah (EU) untuk bekerjasama dalam pengawasan penawaran rentas sempadan dana pelaburan alternatif, dan pengiktirafan daripada Commodity Futures Trading Commission Amerika Syarikat (CFTC AS) yang membolehkan broker niaga hadapan tempatan membuat pelawaan dan menerima secara langsung pesanan dan dana pelanggan di AS tanpa perlu mendaftar secara berasingan sebagai broker niaga hadapan di AS.

Walaupun pertumbuhan dan pembangunan segmen pasaran teras seperti ekuiti, bon, derivatif dan pengurusan pelaburan adalah penting, pembangunan khusus dalam bidang yang sedang berkembang juga turut diperlukan untuk meningkatkan daya tarikan pasaran modal Malaysia sebagai pasaran pilihan bagi inovasi kewangan, pengumpulan dana dan pelaburan. Sehubungan itu, kami akan terus meningkatkan usaha untuk memanfaatkan peluang dalam segmen pasaran khusus yang sedang berkembang tanpa menjejaskan pertumbuhan dan kejayaan pasaran modal teras tersebut. Sebagai contoh, memandangkan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) semakin berkembang pesat, kami telah memperkenalkan satu rangka kerja baharu bagi penerbitan Sukuk SRI. Rangka kerja ini antara lain bertujuan, untuk menarik peserta segmen SRI kepada skop pasaran modal Islam, dan seterusnya menarik lebih banyak penyertaan penerbit dan pelabur tempatan dan antarabangsa.

Walaupun pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk meningkatkan daya saing pasaran modal di peringkat serantau dan global, persaingan tempatan yang sihat juga penting dalam meningkatkan kecekapan serta kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran modal. Menyedari bahawa persaingan menggalakkan produktiviti dan inovasi, SC akan:

➢ Memelihara peraturan dan prinsip-prinsip yang menyokong budaya persaingan yang berkesan dalam pasaran modal; ➢ Mengamalkan keberkecualian kawal selia bagi memastikan pemakaian peraturan yang konsisten dan adil yang menyeluruh dalam pasaran modal;

29

mengguna pakai pendekatan pengawalseliaan yang lebih berasaskan prinsip dan berorientasikan hasil untuk memberikan peserta pasaran lebih fleksibiliti dalam menepati sasaran yang ditetapkan oleh pengawal selia; dan terus mengkaji semula rangka kerja atau pendekatan kawal selia kami untuk menghapuskan halangan yang tidak perlu yang boleh menyekat persaingan dan akses kepada pasaran modal.

II.  KOMPONEN PENTING BUDAYA PERNIAGAAN

Fokus pengawalseliaan kami adalah untuk menggalakkan dan memberi ganjaran kepada tatalaku beretika. Tadbir urus yang baik menyokong nilai-nilai seperti integriti, etika, perniagaan yang mampan, kebertanggungjawaban, ketelusan, dan keadilan. Tadbir urus merupakan elemen penting untuk menggalakkan pertumbuhan dan memudahcarakan peralihan ke arah liberalisasi progresif dalam pasaran modal.

Tadbir urus yang baik sememangnya menjadi keutamaan SC selama ini. Ini telah diperlihatkan melalui Laporan Jawatankuasa Kewangan Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus Korporat 1999, Pelan Induk Pasaran Modal dan Pelan Induk Pasaran Modal 2 serta inisiatif lain. Untuk meningkatkan standard profesionalisme dan etika tatalaku dalam industri perkhidmatan kewangan, Lembaga Profesional Perkhidmatan Kewangan (FSPB) telah ditubuhkan pada bulan September 2014 sebagai satu inisiatif yang diterajui industri dan disokong oleh BNM dan SC untuk menggalakkan dan memudahcarakan usaha pengenalpastian, pembangunan dan pemakaian standard profesional dan beretika dalam semua sektor industri.

Proses dan prosedur tadbir urus merupakan komponen penting dalam mewujudkan perlindungan terhadap penipuan, amalan tidak baik dan salah laku korporat. Ia memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa pengantara kewangan dan syarikat-syarikat adalah institusi yang diurus dengan baik untuk para pelabur dan pemberi pinjaman melaburkan dana mereka. Prinsip-prinsip tadbir urus baik yang diterapkan itu memastikan model perniagaan mampan yang menyumbang kepada pewujudan kekayaan dan pemuliharaan. Ia juga penting dalam mengurus dan mengurangkan risiko tatalaku. Usaha kami dalam menggalakkan tadbir urus yang baik turut dilengkapi dengan pengawasan korporat yang proaktif untuk mengesan salah laku korporat serta mempertingkatkan kualiti penzahiran. Kami akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mana-mana pelanggaran amalan tadbir urus korporat yang serius.

30

Lembaga pengarah memainkan peranan penting dalam menjadikan tadbir urus yang baik sebagai sebahagian daripada budaya perniagaan. Pada dasarnya, lembaga pengarah perlu memastikan syarikat memberi keutamaan kepada tatalaku beretika dalam urusan perniagaan mereka. Dalam mencapai matlamat ini, syarikat perlu memberi perhatian kepada nilai tadbir urus dan kawalan dalaman yang baik.

Lembaga pengarah hendaklah melaksanakan pengawasan yang sewajarnya dan bertanggungjawab terhadap keseluruhan amalan tadbir urus syarikat, termasuk pengurusan yang telus dan mengurangkan risiko yang timbul daripada pengendalian perniagaan syarikat dan struktur insentifnya. Rangka kerja pengurusan risiko dan proses kelulusan produk dan perkhidmatan syarikat juga perlu sentiasa dikaji semula dan disesuaikan bagi menangani sebarang risiko dan ketidaktentuan yang mungkin timbul melalui inovasi.

Walaupun pengawalseliaan SC menghendaki standard dan peraturan tatalaku minimum, syarikat mesti memastikan bahawa mereka mematuhi standard dan peraturan tersebut, sama ada yang tersurat atau tersirat dan berusaha untuk mengamalkannya menjangkaui standard minimum yang ditetapkan.

Usaha untuk menggalakkan tadbir urus yang baik bukan setakat mengukuhkan pengawalseliaan, malah menuntut agar semua pihak berkepentingan dalam ekosistem tadbir urus untuk memikul tanggungjawab menegakkan tadbir urus yang baik.

III. INOVASI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB

Apa yang berlaku dalam dunia kewangan global telah menunjukkan bahawa inovasi tanpa tadbir urus yang baik dan penzahiran yang berkesan boleh membawa kepada kesan yang sangat merugikan dalam pasaran.

Inovasi kewangan merupakan perangsang kepada pembangunan dan pertumbuhan pasaran modal. Ia menyokong kepelbagaian produk dan perkhidmatan, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan dan akses kepada pelabur. Inovasi bukan hanya untuk kepentingan peribadi melalui penjanaan kekayaan, malah ia juga boleh memberi manfaat kepada masyarakat dengan mewujudkan pekerjaan, menggalakkan pembangunan kepimpinan pemikiran, mewujudkan kecekapan prosedur dan meningkatkan produktiviti.

31

Peranan SC adalah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perniagaan beroperasi dan berkembang dengan penuh tanggungjawab, yang mana manfaat inovasi kewangan adalah seimbang dengan langkah menguruskan sebarang kesan negatif yang timbul hasil daripada inovasi kewangan. Walau bagaimanapun, kami akan memastikan inovasi tidak akan menjejaskan perlindungan pelabur dan integriti pasaran. Syarikat pula hendaklah meningkatkan dan mengekalkan keupayaan untuk mengurus risiko inovasi secara menyeluruh serta memastikan penambahbaikan berterusan dilakukan ke atas dasar-dasar pengurusan risiko mereka.

Kurangnya kefahaman mengenai struktur, risiko dan implikasi produk dan perkhidmatan baharu boleh menyebabkan pendekatan pengawalseliaan dianggap terlalu ketat, lantas menyekat produktiviti dan menghalang inovasi yang bertanggungjawab. Oleh itu, SCakan sentiasa mengkaji semula pendekatan pengawalseliaan dan pengawasan SC untuk disesuaikan dengan cabaran-cabaran yang timbul daripada inovasi pasaran. SC juga akan bekerjasama dengan peserta pasaran untuk lebih memahami dan menilai struktur, risiko dan implikasi inovasi dalam produk, pasaran dan perkhidmatan.

IV. PASARAN MODAL YANG ADIL DAN TERATUR

Pasaran modal yang adil dan teratur adalah penting untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan. Pasaran yang adil hendaklah bebas daripada amalan manipulasi atau penipuan, dan peserta pasaran pula hendaklah mempunyai akses yang adil kepada pasaran dan maklumat pasaran. Pasaran yang teratur mencerminkan ketetapan, kebolehpercayaan dan operasi ekonomi yang dilengkapi dengan ketelusan yang wajar terhadap maklumat penting. Dalam pasaran yang adil dan teratur, pesertanya berupaya menganggar nilai merit sesuatu  produk  atau perkhidmatan tanpa kebimbangan mengenai integriti pasaran atau kebolehlaksanaan urus niaga.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Understanding the Role of Securities Commission in Malaysia’s Capital Market. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2018-6-7-1528335492/> [Accessed 13-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.