Home > Sample essays > Kesaksamaan dalam Jantina: Adakah Wanita di Malaysia Masih Diskriminasi?

Essay: Kesaksamaan dalam Jantina: Adakah Wanita di Malaysia Masih Diskriminasi?

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 4 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 925 (approx)
  • Number of pages: 4 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 925 words.



Kesaksamaan dalam jantina ataupun Gender Equality merupakan suatu isu yang telah lama dibicarakan oleh masyarakat dunia. Menurut laporan Women’s Aid Organisation (WAO) pada tahun 1999, ‘Monitoring the Fulfillment of the Malaysian Government’s Obligation to Women’s Equality: A Baseline Report on Marriage and Divorce’, telah menunjukkan betapa wanita di Malaysia telah didiskriminasikan dalam soal rumah tangga dan penceraian, soal pandangan masyarakat terhadap tugas dan peranan wanita. Sebagai contoh, selepas berkahwin, sesorang wanita itu diharapkan untuk tinggal di rumah. Sekiranya diberikan peluang untuk bekerja, ramai daripada mereka dipaksa menyerahkan gaji kepada suami.

Islam telah meletakkan kedudukan seseorang wanita di puncak yang mulia yang mampu untuk menyinar dan mengharumkan dunia. Jika dahulu pada norma masyarakat  wanita sering 'ditolak dan dipinggirkan dari menjadi salah seorang yang berjawatan penting dalam sesebuah pucuk kepimpinan politik, tetapi semuanya telah berubah dimana wanita mula diberikan hak untuk bersuara disamping menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu semasa yang timbul. Sebagai contoh, penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat pda tahun 2001 yang merupakan satu wadah dan ruang untuk wanita menyuarakan pendapat. Penubuhan Kementerian ini teah jelas memberikan banyak impak yang positif kepada semua.

Wanita masa kini dilihat sering mencapai kegemilangan dan pelbagai kejayaan yang membanggakan di dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Sebagai contoh, pencapaian Dato' Mazlan Othman sebagai ahli astrofizik yang pertama. Persoalan yang timbul adalah adakah masih wujud pandangan yang menyatakan wanita tidak sekompetitif dan tidak mempunyai peranan sebesar golongan lelaki ?

Salah satu aspek yang perlu diketengahkan ialah wanita dalam arena pekerjaan. Pada era globalisasi ini, golongan wanita telah memainkan peranan yang amat penting dalam menyumbang kepada pembangunan negara dan kemakmuran masyarakat. Jumlah golongan hawa dalam industri dan pembangunan telah meningkat saban tahun.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2017, peratusan bilangan wanita yang bekerja meningkat saban tahun dengan 54.7% pada tahun 21. Selain itu, peratusan penggangguran padu tahun tersebut ialah 3.5%. Ini menunjukkan peningkatan jumlah tenaga kerja daripada golongan wanita meningkat sebanyak 1.8 juta orang berbanding sedekad lalu.

Hal ini telah menimbulkan persoalan adakah purata gaji yang diterima oleh wanita setara dengan gaji golongan lelaki. Menurut data dan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, masih terdapat jarak perbezaan jumlah gaji yang diterima.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa golongan lelaki dibayar gaji lebih daripada golongan wanita walaupun berada di dalam satu industri yang sama dengan kelayakan yang sama.

    

Adakah punca golongan lelaki mempunyai taraf pendidikan yan lebih tinggi menyebabkan mereka menerima gaji yang lebih banyak ? Tidak. Golongan wanita yang berpendidikan tinggi juga mempunyai median gaji yang lebih rendah iaitu RM5000 berbanding golongan lelaki RM6000. Angka tersebut merupakan median gaji bagi golongan profesional dan pengurusan.

Di samping itu, menurut statistik Salaries and Wages Report 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, terdapat 4% perbezaan dari segi jumlah gaji bagi lelaki dan wanita.

Tambahan pula, tidak terdapat suatu undang-undang yang menghalang syarikat yang mendiskriminasikan pemberian gaji menikut jantina. Hal ini demikian menunjukkan bahawa syarikat tersebut menanam pendirian seksis dan tidak menghargai pekerja wanita seperti yang sepatutnya.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, tiada undang-undang khusus yang menghalang diskriminasi jantina di dalam sesebuah syarikat. Namun begitu, terdapat Akta Kesaksamaan Gender yang  kini dalam peringkat konsultasi. Hal ini bagi memastikan semua pandangan diambil kira dalam penggubalan Ran Undang-Undang Kesaksamaan Gender tersebut.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bahwa penggubalan akta kesaksamaan gender akan dijangka dapat merapatkan ketidaksaan gender di antara wanita dan lelaki. Rang Undang-Undang (RUU) yang dirancang untuk digubal itu akan memasukkan prinsip Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Disamping itu, menurut Datuk Seri Rohani, undang-undang kesaksamaan gender ini akan membantu menghapuskan diskriminasi dan menegakkan kesaksamaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya lagi, fenomena seperti penglibatan yang rendah dalam kalangan wanita di peringkat kepimpinan, stereotaip dan pengasingan pekerjaan dalam bidang professional, gaji yang tidak seimbang dan sebagainya dapat ditangani dengan penggubalan akta ini.

Kerajaan Malaysia telah menyedari kepentingan peranan wanita dalam menyumbang kepada pembangunan negara bangsa. Komitmen penuh yang ditonjolkan oleh kerajaan untuk mencapai kesaksamaan jantina dapat dilihat pada usaha menggubal akta dan pelbagai polisi yang diwujudkan. Kesemua usaha ini diambil bagi menaiktaraf pembangunan wanita dan mengetengahkan isu-isu berkaitan jantina. Hal ini termasuklah mengasaskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender pada 6 Disember 2004. Penubuhan ini adalah sebagai langkah awal menunjukkan kesediaan dan komitmen kerajaan bagi memartabatkan kedudukan wanita di Malaysia seiring dengan arus pembangunan negara.  

Segala usaha yang dipamerkan oleh kerajaan jelas menunjukkan bahawa isu kesaksamaan gender ini amatlah serius dan penting. Isu hak dan kesaksamaan ini haruslah tidak diambil ringan dan dipandang enteng oleh masyarakat.

Pelbagai usaha kesaksamaan gender yang telah dipergiat dalam negara. Melalui usaha ini, pelbagai kemajuan dapat dilihat terutamanya dari segi kesihatan, pendidikan, hal ekonomi, dan lain-lain. Selain itu, bagi meningkatkan kesaksamaan jantina ini, data dan maklumat yang tepat mengenai isu kesaksamaan jantina haruslah sentiasa dikemaskini.

Terdapat masih banyak cabaran yang telah seharusnya biderikan lebih perhatian. Antara cabaran yang mendatang ialah kadar penyertaan wanita dalam buruh pasaran yang masih lagi rendah berbanding dengan Negara maju yang lain. Selain itu, kadar penyertaan wanita di peringkat pendidikan kedoktoran falsafah daam bidang teknikal dan vokasional.

Namun begitu, cabaran yang perlu dihadapi oeh kebanyakan wanita kini adalah peningkatan kes keganasan terhadap wanita termasuklah keganasam rumah tangga, menjadi mangsa rogol, pencabulan dan lain-lain gangguan seksual oleh anasir yang berniat jahat.

Tambahan pula, penonjolan imej wanita yang negatif oleh media seolah-olah sengaja ingin memburukkan martabat wanita. Selain itu, jumlah penyertaan wanita dalam peringkat politik masih membangun. Penyertaan Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama Malaysia telah membuka ruang dan menyangkal norma pemikiran masyarakat yang beranggapan wanita tidak sesuai menjawat jawatan penting dalam tampuk pemerintahan Negara.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Kesaksamaan dalam Jantina: Adakah Wanita di Malaysia Masih Diskriminasi?. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2018-8-26-1535274626/> [Accessed 11-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.