Home > Sample essays > Essay 2017 03 22 000CZY

Essay: Essay 2017 03 22 000CZY

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 4 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 1,039 (approx)
  • Number of pages: 5 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1,039 words.



Komunikasi merupakan satu medium perhubungan yang digunakan setiap hari. Ramai yang hanya memahami mahupun mengerti komunikasi hanya terhasil daripada percakapan. Namun pada hakikatnya komunikasi berlaku secara lisan mahupun bukan lisan seperti bahasa tubuh dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja. Menurut Julia T. Wood (2014), komunikasi dapat didefinisikan sebagai proses sistemik di mana individu berinteraksi dengan dan melalui simbol-simbol untuk mewujudkan dan mentafsir makna. Beliau juga menyatakan bahawa komunikasi adalah satu proses interaksi yang berlaku secara dinamik.

Menurut Laswell dan Wright, komunikasi berfungsi terhadap empat bahagian iaitu penyebaran informasi dan amaran, menjalinkan hubungan dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat, tranmisi budaya masyarakat dan hiburan.(Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad,2015) Komunikasi adalah satu proses untuk menyampaikan mesej daripada sumber kepada penerima. Namun proses komunikasi yang berlaku tidak hanya melibatkan sumber, mesej dan penerima malah ianya juga melibatkan maklum balas, gangguan dan persekitaran. Semua ini lebih dikenali sebagai elemen komunikasi yang hadir dalam proses komunikasi.(Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad,2015)

Setiap elemen komunikasi yang wujud sudah pasti mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri. Elemen-elemen komunikasi ini juga sebenarnya mempengaruhi kesan proses komunikasi itu sendiri. Elemen pertama yang ingin diketengahkan adalah sumber. Sumber merupakan sebab berlakunya komunikasi. Sumber merupakan punca bagi sesuatu maklumat yang ingin dikongsikan.  Sumber yang diperkatakan dalam proses komunikasi ini boleh merujuk kepada individu perseorangan, kumpulan, atau organisasi. Sumber merupakan pihak yang mempunyai maklumat untuk dikongsikan yang menyebabkan berlakunya proses komunikasi itu sendiri. Dalam penerangan yang ringkas ini sahaja, kepentingan sumber dalam proses komunikasi sebagai salah satu elemen komunikasi telah kelihatan. Menurut Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad (2015), kepentingan sumber adalah ‘menentukan pemahaman, keyakinan, kepercayaan dan penerimaan khalayak terhadap sesuatu informasi yang disampaikan.’ Tambahan lagi, sumber merupakan salah satu elemen yang penting kerana sumber adalah permulaan bagi perkongsian maklumat iaitu komunikasi yang bakal berlaku. Tanpa sumber, proses komunikasi tidak akan berlaku dengan sempurna kerana tiada tempat rujukan atau punca perolehan maklumat. Oleh itu, sumber seharusnya mempunyai ciri-ciri tertentu untuk memastikan sumber berperanan secara efektif. Antara ciri yang patut dimiliki oleh sumber ialah berpengetahuan dan jujur. Hal ini demikian kerana untuk menjadi seorang penyampai maklumat iaitu sumber, seseorang individu itu perlulah mempunyai pengetahuan dan berlaku jujur dalam maklumat yang ingin dikongsikan.(Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad,2015) Sebagai contoh, dua orang sahabat karib yang ingin melakukan aktiviti memancing. Ali mengajak Nasrul ke sungai di hujung kampung untuk memancing ikan keli. Berdasarkan pernyataan di atas, Ali merupakan sumber kerana Ali yang memulakan komunikasi tersebut dengan mengajak Nasrul ke sungai untuk memancing.

Elemen kedua yang ingin diketengahkan ialah elemen mesej. Mesej iaitu maklumat yang ingin disampaikan oleh sumber kepada penerima. Mesej juga dianggap salah satu elemen penting dalam proses komunikasi. Mesej yang ingin disampaikan boeh berada dalam pelbagai bentuk. Hal ini demikian kerana mesej tidak hanya dalam bentuk lisan malah juga dalam bentuk bukan lisan seperti bahasa isyarat dan bahasa badan. Mesej boleh dikategorikan kepada dua iaitu mesej secara tersurat atau tersirat.(Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad,2015) Mesej yang tersurat adalah maklumat yang disampaikan secara jelas dan tidak mempunyai sebarang maksud tersembunyi. Mesej tersirat pula ialah maklumat yang disampaikan secara terselindung seperti nasihat-nasihat dalam nukilan syair oleh sasterawan negara. Penerima perlu memahami mesej tersebut sebaiknya untuk mendapatkan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh sumber melalui mesej tersirat itu. Tanpa mesej, proses komunikasi tidak akan berlaku kerana tiada maklumat untuk disampaikan daripada sumber kepada penerima. Namun bagi memastikan mesej yang disampaikan itu difahami oleh penerima, gaya penyampaian mesej tersebut juga perlu dititkberatkan agar tidak terjadinya perselisihan faham antara sumber dan penerima. Menurut Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad (2015), sesuatu mesej yang ingin disampaikan perlulah mengambil kira jenis penerimanya kerana perbezaan jenis penerima akan menyebabkan pemahaman yang berbeza terhadap mesej yang ingin disampaikan. Pendek kata, sumber perlulah peka terhadap persekitaran agar mesej yang disampaikan berjaya ditafsirkan oleh penerima dengan sebaiknya. Sebagai contoh, papan tanda had kelajuan di lebuh raya iaitu 110km/j. Maklumat had kelajuan di lebuh raya tersebut merupakan mesej yang disampaikan oleh pihak berkuasa kepada pengguna lebuh raya demi menjaga keselematan dan memberi amaran kepada pengguna jika memandu lebih pada had laju yang dibenarkan, saman akan dikenakan terhadap mereka.

Saluran adalah medium yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan mesej beliau kepada penerima. Saluran juga merupakan salah satu elemen dalam proses komunikasi. Dalam kecanggihan teknologi kini, pelbagai saluran dapat digunakan untuk menyampaikan mesej. Kepentingan saluran adalah untuk memastikan mesej sampai kepada penerima. Saluran juga menentukan komunikasi yang berlaku adalah sehala atau tidak. Menurut Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad (2015), saluran dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu bersemuka dan menggunakan perantaraan. Saluran bersemuka sering digunakan oleh sumber kerana mesej dapat disampaikan dengan jelas dan memperoleh tindak balas dengan kadar segera. Saluran perantaraan pula adalah mengunakan media massa seperti media sosial, e-mel, televisyen, akhbar, dan lain-lain. Kedua-duanya boleh digunakan bersama atau dipilih mengikut kesesuaian persekitaran bagi menyampaikan mesej tersebut. Pernyataan ini disokong dalam penulisan jurnal oleh Linjuan Rita Men dan Chun-ju Flora Hung-Baesecke. Mereka menyatakan bahawa berdasarkan kajian mereka terhadap organisasi di China, organisasi yang menggunakan kedua-dua saluran iaitu bersemuka dan perantaraan dilihat sebagai sebuah organisasi yang lebih telus dan penglibatan semua pekerja lebih terselah. Penggunaan saluran ini memudahkan komunikasai dua hala, pertukaran dan perkongsian maklumat dalam organisasi tersebut. Sebagai contoh, e-mel dan media sosial dapat digunakan sebagai saluran untuk menyampaikan sesuatu makluman kepada semua pekerja.

Maklum balas adalah salah satu elemen dalam proses komunikasi. Maklum balas merupakan respon penerima mesej kepada sumber. Maklum balas juga menentukan kefahaman penerima berkenaan mesej yang disampaikan. Menurut Wilbur Schramm,1955 (dlm. Julia T.Wood, 2014) maklum balas adalah jenis mesej yang kedua. Sebagai tambahan, Schramm menegaskan bahawa penerima memberikan maklum balas berdasarkan pengalaman mereka. Maklum balas boleh berbentuk positif mahupun negatif. Menurut Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad (2015), maklum balas juga boleh dikenal pasti melalui beberapa kaedah seperti mimik muka dan perlakuan walaupun tidak bersuara. Maklum balas amat penting dalam proses komunikasi kerana ianya merupakan pengukur kepada keberkesanan proses komunikasi tersebut. Sebagai contoh, kini masyarakat dapat memberi maklum balas tentang program yang disiarkan di sebuah saluran televisyen dengan menggunakan media sosial agar pihak pengurusan saluran tersebut dapat memenuhi kehendak dan keperluan para penontonnya.

Kesimpulannya, elemen-elemen yang terdapat dalam proses komunikasi mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri. Fungsi dan kepentingannya membolehkan proses komunikasi berlaku dengan lancar. Tanpa elemen-elemen yang penting ini, sudah pastinya proses komunikasi yang berlaku tidak akan memberikan sebarang kesan.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Essay 2017 03 22 000CZY. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/essay-2017-03-22-000czy/> [Accessed 13-05-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.