Home > Sample essays > Essay 2017 04 17 000CiP

Essay: Essay 2017 04 17 000CiP

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 7 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 1,867 (approx)
  • Number of pages: 8 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 1,867 words.



Masyarakat secara umumnya menaruh harapan yang tinggi terhadap Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) bukan sahaja dari segi pertahanan negara malah anggotanya juga dijadikan sebagai ‘ role model ‘ kepada remaja yang kian membesar . Ini dapat dilihat dari segi penampilan diri serta kekentalan mental dan fizikal . Selain itu juga , ATM sering dikaitkan dengan tahap disiplin yang tinggi sejurus melambangkan keperibadian ATM dan sering mendapat tempat dihati rakyat . Walaubagaimanapun , tahap disiplin anggota tentera menjadi topik bualan masyarakat pada masa kini samada di media cetak mahupun media sosial . Organisasi ATM kini sedang dilanda masalah tingkahlaku disiplin dan masalah ini perlu dibendung secara serius kerana ianya berpotensi menjejsakan nama baik ATM itu sendiri .

Penulis seterunya ingin membawa atau mengalihkan pandangan pembaca kepada kesan hasil daripada masalah yang dihadapi oleh ATM dimana ia akan melemahkan organisasi ATM itu sendiri disebabkan masalah ini. Dari sudut ini, kita akan dapat lihat dimana anggota yang membuat masalah disiplin akan menyebabkan prestasi dan repotasi kerja semakin lama semakin merosot seterusnya membawa kepada permasalahan yang lain seperti THTC, seterusnya masalah keluarga, dan sebagainya yang berpunca dari diri seseorang anggota ATM itu sendiri. Selain itu juga, anggota akan diambil tindakan tatatertib oleh pihak atasan sehingga boleh menimbulkan dan menambahkan tekanan perasaan yang amat kepada anggota tersebut seperti melukut di tepi gantung.

Seterusnya, kesan lain adalah memburukkan imej ATM yang disegani dan dihormati iaitu dimana kurangnya sikap intergriti didalam diri pegawai dan anggota. Sikap ini penting dan perlu ada di dalam setiap diri anggota ATM. Baru-baru ini , isu rasuah yang melibatkan sepasang suami isteri yang juga merupakan bekas pegawai Tentera Laut masing-masing dipenjara di atas pertuduhan yang melibatkan rasuah berjumlah lebh RM400,000. jika dilihat kepada kes ini, jumlah wang rasuah agak besar dan ini akan menyebabkan pentadbiran negara menjadi kucar kacir dan tidak tenteram. Oleh yang demekian , pucuk pimpinan ATM memandang serius dalam menangani masalah rasuah yang berleluasa di negara Malaysia ini

‘Back to Basic’ adalah sangat sesuai diguna pakai dalam mengatasi masalah ini mungkin nampak berkesan jika dilakukan dengan betul dan teliti. Di era 1980-an, latihan asas rekrut dilaksanakan selama 6 bulan dan sepanjang latihan tersebut rekrut akan diberi penekanan dalam semua aspek, pembelajaran secara manual diberi penekanan dalam semua bidang kerana perkembangan teknologi yang begitu terhad dan belum diguna pakai secara meluas. contohnya, penekanan dalam aspek bekerja dalam satu kumpulan, penerapan nilai-nilai murni dan disiplin yang tinggi. Jurulatih diberi mandat sepenuhnya untuk memenuhi keperluan latihan sehingga tamat. Begitu juga latihan semasa kursus kepakaran (sehabis rekrut), yang mana amalan berkerja berpasukan dipaksa bermula seawal pagi. Dari asrama penginapan, pelatih diarah beratur dan berjalan berkawad ke sekolah latihan. Tidak dibenarkan langsung menggunakan kenderaan. Semasa bersiaran (outing), pelatih dikehendaki memakai pakaian yang telah ditetapkan (slack dan kemeja) mengikut peraturan tanpa kompromi. Baik jurulatih maupun badan tatatertib yang lain mematuhi sunguh-sungguh dalam menentukan pelatih-pelatih atau anggota lama mematuhi peraturan. Penulis percaya sekiranya kaedah ini digunakan dan diaplikasikan sepertimana askar 1980-an dilatih. Kemungkinan besar masalah disiplin dikalangan anggota ATM dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Justeru itu, bagi menjayakan kaedah ini dapat dilaksankan secara berkesan, maka ianya memerlukan kerjasama dan kesepakatan secara menyeluruh diperingkat ATM bgi mengembalikan tahap disiplin yang tinggi. Ini kerana hanya melalui latihan asas yang diterapkan oleh jurulatih mampu menghasilkan rekrut berdaya saing dan berdisiplin.

Kaedah untuk mengatasi masalah disiplin anggota ATM yang kedua ialah melalui penguatkuasaan undang – undang dimana jika kita mengimbas kembali pada 1980-an, kebanyakkan kesalahan disiplin dikawal ‘hands-on’ oleh jurulatih. Mana-mana anggota ATM yang melanggar disiplin tidak kira kesalahan besar mahupun sekecil-kecil kesalahan yang dilakukan, mereka akan dihukum ‘on the spot’ tidak kira dari sego ‘drill’ mahupun ‘body contact’. pada zaman tersebut yakni 1980-an, tiada istilah tidak boleh dibuat oleh anggota ATM oleh pihak atsan walaupun arahan tersebut berlawanan dengan hak asasi manusia dan agama islam. Dengan kata lain, sekarang atas alasan hak asasi manusia, langkah terebut tidak lagi digunakan pakai oleh pengawai, mahupun jurulatih dan segala punishment yang melibatkan body contact tidak dibenarkan seawal di sekolah latihan rekrut.  Apa-apa kesalahan hendaklah dibuat laporan dan dibawa ke muka pengadilan mengikut saluran dan prosedur yang betul. Apa-apa ‘punishment’ (bukan hukuman) boleh diberi oleh jurulatih dalam kadar yang minima yang telah ditetapkan dan bahasa yang digunakan pun mesti tukar kepada bahasa yang lebih toleran, dan ini telah banyak mengubah penuguatkuasaan undang – undang pada 1980-an. Oleh sebab itu dilihat apa yang berlaku sekarang ialah sebilangan anggota terkanan tidak lagi berani menjaga tepi kain anggota bawahan yang membuat kesalahan disiplin semasa berjawatan sebagai anggota ATM walaupun berlaku di depan matanya. Kalau dulu anggota terkanan menuntut anggota bawahan memberi penghormatan sewajar kepadanya tetapi  kini jarang berlaku kerana anggota terkanan yang ada sekarang pun menerima pendidikan yang serupa dan cara berfikir yang sama.

Selain itu juga, antara salah satu cara untuk mengatasi masalah disiplin anggota ATM adalah kurangnya penguatkuasaan undang-undang oleh polis tentera didalam penangkapan anggota yang ‘absent’. Hal ini dapat dilihat perbezaan dahulu dengan yang sekarang dimana penguatkuasaan yang dahulunya sangat tegas sehingga timbul rasa takut dalam diri anggota untuk ‘absent’. Mahupun melakukan masalah yang lain, tapi berbeza dengan sekarang, Polis Tentera tidak lagi ditugaskan untuk mencari pesalah ATM yang menjejaskan nama baik organisasi ATM. Penulis percaya dengan pelaksanaan semula langkah-langkah tersebut dapat mengurangkan masalah yang dibelenggu oleh ATM. Terbuktilah bahawa antara langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah anggota ATM ialah menguatkuasakan undang – undang polis tentera dalam menangkap anggota yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Cara untuk mengatasi masalah disiplin anggota ATM yang seterusnya ialah memperkukuhkan nilai – nilai murni kedalam diri setiap anggota ATM.  Pembaca sedia maklum, seseorang dewesa sebelum mereka bergelar anggota tentera, mereka dibesarkan oleh keluarga dari pelbagai latar belakang, didikan dari ibu bapa serta pergaulan bebas selama 18 tahun. Tanggungjawab yang agak besar telah diletakkan dibahu organisasi ATM dalam membentuk kepebadian seseorang anggota. Anggota kagat telah diamanahkan untuk menerapkan nilai – nilai murni kepada mereka dan langkah ini sejajar di dalam pembentukkan operator perang yang berkualiti. Justeru itu, penerapan nilai – nilai murni ini peenting dan perlu diaksanakan sepertimana yang telah dilakukan oleh tentera Australia pada 1940-an iaitu menubuhkan Kor Chaplin dan tujuan kor ini adalah untuk memberi bimbingan agama, mengetuai upacara Keugamaan dan memberi khidmat nasihat kepada anggota ATM. Dengan erti kata lain peranan kor chaplin sekarang dipegang oleh kor Kagat. Kor Kagat  adalah kor yang berperanan dalam membentuk dan membina operasi perang yang berwibawa. Penulis sangat bersetuju dengan penubuhan kagat dan berharap agar kagat dapat menjalankan tugasnya dengan baik , bak kata pepatah melayu ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’.  Di antara ancaman luaran yang menyukarkan keadaan yang mana telah terbukti menyebabkan tercetusnya persoalan salah laku di kalangan anggota tentera ialah serangan gerakan globalisasi yang sudah meresap secara halus ke dalam diri belia-belia yang mana mereka yang kurang ketahanan dalaman sudah terjerumus dengan perkara yang tidak baik. Kegagalan mengenal pasti kaca di kalangan permata semasa di peringkat pemilihan, telah menjangkitkan virus kepada sistem operasi ATM. Penulis percaya dengan adanya penubuhan kor Kagat ini ataupun adanya pelaksanaan langkah untuk mengatasi masalah disiplin  ini secara bersungguh – sungguh dapat lah serba sedikit mengurangkan, mencegah atau membendung  masalah disiplin yang kerap kali berlaku  dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Mengenai globalisasi, penulis ingin memberi penerangan dan penekanan bahawa Globalisasi adalah satu agenda yang dipelopori oleh gerakan Freemason sedunia. Tujuan globalisasi ialah agar dunia ini mempunyai satu budaya, satu cara hidup, satu sistem ekonomi dan sebagainya. Gerakan Freemason ingin menguasai dunia ini dengan konsep globalisasi, konsep kapitalisme dan pasaran bebas yang menindas akan berkembang ke seluruh negara termasuk negara-negara bekas komunis.

Selain itu juga, antara faktor yang menyebabkan anggota tentera tidak berdisiplin ialah faktor sistem gaya hidup yang tidak terurus, pemakanan, tekanan dan pengaruh sekeliling. Sikap inginkan kemewahan tanpa mengukur baju di badan sendiri yang menjurus kepada perasaan tamak haloba. Dengan kata-kata yang lebih jelas ialah wang ringgit atau gaji dan elaun. Amalan perbelanjaan yang tidak berhemah dan yang inginkan kebendaan  mengundang seribu satu macam masalah terutamanya masalah kekurangan wang dan seterusnya akan membuatkan ianya menjadi masalah disiplin. Selain itu juga, dorongan atau desakan dari pasangan hidup yang suka bersaing dan menunjuk-nunjuk di kalangan jiran tetangga juga menambah burukkan lagi keadaan yang dihadapi dan seterusnya akan mengundang masalah disiplin anggota tentera.

Selain itu juga, Kejahilan dan ketirisan iman juga menjadi faktor penyumbang kepada perilaku tidak sihat anggota tentera yang mana mudah terpengaruh dengan gejala judi dan penyalahgunaan najis dadah yang membawa kesan besar terhadap ekonomi dan perbelanjaan keluarga yang akhirnya menjerumuskan diri ke lembah hina ini.

Oleh itu, cara yang tebaik untuk mengatasi masalah wang ini adalah anggota tentera mestilah selalu berjimat cermat dan memikirkan tentang kewangan masa hadapan. Anggota tentera mestilah mengukur baju di badan sendiri dan selalu ingat dimana kelayakkan kita untuk menduduki tempat dalam kalangan yang mewah. Demikian itu, anggota seharusnya mempunyai kepakaran dalam menguruskan wang agar tidak terjerumus dengan perkara -perkara yang negatif yang boleh membuatkan  anggota leka dengan wang yang dimiliki. Selain itu juga, anggota tentera haruslah bersyukur dengan apa yang ada agar anggota tidak tamak untuk memiliki apa yang tidak mampu mereka inginkan. Jika inginkan sesuatu, maka hendaklah berusaha keras untuk mendapatkannya tetapi bukan dengan cara yang salah dan tidak tepat, tetapi dengan cara yang bersungguh – sungguh seperti menabung dahulu sebelum ingin bermewah – mewahan. Anggota juga mestilah selalu meningkatkan iman dengan mendekatkan diri dengan sang pencipta agar tidak lalai dengan kemewahan dunia kerana ingin penulis tekankan disini tiada apa milik kita, semuanya milik sang pencipta dan kita hanya menumpang sementara sahaja.

Terakhir sekali ialah melalui sistem pendidikan di dalam ATM. Penulis sedar bahawa proses ini memakan masa yang agak lama untuk membuahkan hasil yang di ingini bak kata pepatah ‘ kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Pepatah ini amatlah sesuai dengan proses pendidikan yang akan dijalankan oleh ATM. Sehubungan dengan itu, badan tatatertib yang telah pun sedia ada perlulah lebih agresif dan positif untuk melihat potensi tentang kaedah ini. Pemimpin – pemimpin, tidak kira peringkat kecil ataupun besar, mereka inilah memainkan peranan penting  dalam menjaga kebajikan anggota bawahan yang mana pembasmian ataupun lebih dikenali sebagai pencegahan peringkat awal permasalahan yang mana boleh menjurus kepada pembentukkan moral dan disiplin anggota ATM. Selain itu juga, penulis ingin menegaskan disini bahawa pemimpin berperanan di dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi anggota bawahan dengan mengadakan sesi berdialog sebagai contoh bertanya khabar tentang masalah orang bawahan ataupun jika ingin lebih baik lagi mengadakan kuliah maghrib. Semasa kuliah tersebut, anggota atasan boleh menyelitkan tentang masalah disiplin tentang anggota bawahan. Pada masa kini, kebanyakkan orang akan menanyakan soalan di atas kertas tanpa mengetahui siapa yang menulis di atas kertas tersebut. Dengan pendekatan yang demikian boleh lah anggota atasan mengambil ataupun menggunakan cara tersebut untuk menjadikan ianya salah satu pendekatan bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh anggota bawahan. Dengan pendekatan yang sebegini, maka dengan ini dapatlah meringankan beban – beban yang ditanggung oleh anggota ATM yang bermasalah. Justeru itu, tindakan negatif oleh pelaku mungkin boleh dikurangkan ataupun dicegah. Sekiranya masalah disiplin dalam kalangan anggota ATM ini berkurangan, maka ianya akan membawa ATM kepada penghasilan operator yang bermutu dan menghasilkan anggota tentera yang berdisiplin tingi dan yang berkualiti.

Segala cabaran bukan satu penghalang bagi sebuah organisasi yang dinamakan ATM. ATM dalam membentuk anggota yang berwibawa bukan sahaja boleh berperang malah mempunyai tahap disiplin yang tinggi . Oleh itu ,  penulis yakin bahawa organisasi ATM masih unggul di atas puncak dalam menangani maslah salah laku disiplin anggota ATM . Oleh sebab yang demikian , penulis juga  berpendapat sekiranya masalah ini hendak dibendung di peringkat awal , ia memerlukan kerjasama dari semua peringkat.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Essay 2017 04 17 000CiP. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/essay-2017-04-17-000cip/> [Accessed 17-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.