Selepas tahun 1980-an telah wujud satu wahana baru yang juga boleh terjadinya fitnah, iaitu melalui komputer dan juga mesej yang dikirimkan melalui telefon mudah alih. Ada yang berpendapat bahawa wahana ini sebagai ruang siber (cyberspace). Maka selepas itu terdapat perdebatan di kalangan ahli undang-undang dari sudut hendak menentukan sama ada mesej-mesej yang terpapar pada skrin komputer dan juga telefon mudah alih itu merupakan fitnah berbentuk libel atau slander. Pada masa kini, perdebatan berkaitan dengan isu itu nampaknya seperti sudah selesai setelah ia diterima di seluruh dunia bahawa fitnah yang wujud dalam dunia siber dianggap sebagai suatu fitnah berbentuk libel kerana ia berbentuk kekal dan melibatkan deria penglihatan.
2.0 Perbincangan dan kupasan
Menurut laporan yang diterima lebih 32 kes penyalahgunaan Internet dan media di siasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Malah, seramai 22 orang pemilik akaun laman sosial telah didakwa oleh SKMM kerana menyalahgunakan medium berkenaan sejak tahun 2010 hingga 2016. Antara kesalahan-kesalahan yang didakwa adalah berkaitan dengan penyebaran fitnah dan berita palsu yang menggunakan platform internet.
Sebelum isu ini dikupas dengan lebih jauh tentang apakah yang menjadi faktor-faktor kepada isu fitnah ini. Menurut Chambers (2002), bentuk komunikasi yang dibangunkan oleh struktur Bahasa mempunyai nilai sosiolinguistik yang turut dipengaruhi oleh unsur budaya, jantina, konteks sosial dan kelas sosial. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya penulisan yang dibuat oleh penulis blog dan media sosial yang lain bersifat negatif dan berbau fitnah, gosip dan penghinaan terutamanya dalam dunia hiburan siber masa kini. Masyarakat terlalu bebas memberi pandangan dan kritika terhadap sesuatu perkara dan sewenang-wenangnya menjatuhkan sesuatu tuduhan iaitu fitnah tanpa soal selidik dahulu, malahan tidak kurang juga yang menfitnah dan menghasut yang lain sehingga menyebabkan berlaku huru-hara dalam negara. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, seorang warganegara tidak sepatutnya menghentam secara membabi buta atau mengkritik tanpa usul periksa atau menabur fitnah terhadap sesuatu berita yang belum sahih sehingga menyebabkan berlaku masalah dan menyusahkan orang sekeliling. Masyarakat tidak seharusnya mempergunaan alasan kebebasan bersuara diberi sebagai platform untuk mereka dengan sesuka hati berbuat demikian. Hal ini jelas menggambarkan bahawa mentaliti masyarakat yang masih tidak matang dan bersikap kebudak-budakan. Kendatipun begitu, hal ini bertitik tolak terhadap para penulis menjadikan ruang penulisan sebagai satu dimensi dalam meluahkan pendapat, perasaan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, dari segi undang-undang mendapati bahawa Malaysia masih tidak jelas mempunyai garis panduan berkenaan dengan fitnah dalam penulisan siber. Hal ini demikian kerana, isu ini masih baharu di Malaysia dan tidak ada satu akta dimana ia spesifik terhadap jenayah ini. Dalam erti kata lain, undang-undang di Malaysia adalah belum cukup kuat, ketat dan berkesan jika dibandingakan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat.
Penyalahgunaan media baru juga boleh dikaitkan dengan aspek undang-undang komunikasi seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mengawalselia industri telekomunikasi yang sedia ada dan membolehkan penumpuan yang lancar dalam industri komunikasi dan multimedia. Ia adalah sebahagian daripada rangka kerja undang-undang dan mengawalselia infrastruktur undang-undang siber di Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah dibentuk untuk melaksanakan Akta ini yang berperanan untuk menyelia dan mengawal aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia merangkumi aspek teknikal, ekonomi, kepenggunaan, sosial, penguatkuasaan dan pematuhan. Walau bagaimanapun, akta ini tidak membincangkan isu intipan siber secara khusus. Sebagai contoh, seksyen 211(1) menyentuh berkenaan larangan terhadap pemberian kandungan jelik seperti berikut: ‘Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu manamana orang.’
Bahana fitnah yang paling utama adalah menimbulkan keburukan dan mengaibkan nama baik dan maruah seseorang. Hal ini boleh mendatangkan kebencian, cemuhan dan permusuhan terhadap mangsa fitnah. Secara tidak langsung, masyarakat sekeliling akan salah faham dan merosakan reputasi serta kreadibiliti seseorang. Sebagai contoh, kes fitnah dan penghinaan raja-raja di media sosial yang mengaibkan maruah dan darjat sultan pada pandangan masyarakat Malaysia. Antaranya, menghina Sultan Perak melalui laman web atau web blog. Antara kes terawal yang membabitkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah apabila pada 12 Februari 2009 seramai 6 orang pengunjung portal menulis komen jelek dan lucah yang menghina DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak dan menghina Sultan Johor melalui Twitter mereka. Perkara ini bermula apabila nombor pendaftaran kenderaan ‘WWW 1’ dibuka untuk bidaan dan mencatatkan bidaan tertinggi dalam sejarah Malaysia, dengan tawaran sebanyak RM520,000 dan sebagainya. SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi Diraja Malaysia. Menurut Dato' Mohamed Sharil Tarmizi (2013), Pengerusi SKMM: ‘ Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial. Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan.’ Kes yang seterusnya melibatkan kes memfitnah dan memburukkan bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Seri Adenan Satem. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor mendedahkan sebanyak 41 laporan polis telah dibuat, hasilnya enam tangkapan telah dilakukan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan yang berbau fitnah dan tidak sopan tersebut di dalam media sosial. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan. Oleh itu, saya percaya bahawa kesan fitnah bukan sahaja merosakkan imej dan reputasi malah mencemarkan maruah seseorang yang berkredibiliti.
Bagi mengatasi jenayah siber ini maka kerajaan telah mengambil inisiatif yang lebih komprehensif dan efisien. Malaysia sebenarnya adalah antara negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang siber yang komprehensif seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, pindaan Akta Hak Cipta 1997 dan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007. Namun, Malaysia tiada teknologi penapisan yang secara aktif menapis kandungan internet atau memiliki undang-undang yang bertujuan untuk mengehadkan atau menapis kandungan internet. Malah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa-apa jua dalam akta itu ‘hendaklah ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan internet’. Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia juga menjanjikan tiada penapisan internet. Tambahan lagi, kerajaan Malaysia mengambil pelbagai langkah dan usaha dalam mengembangkan budaya ICT kepada setiap rakyat sebagai teras mewujudkan sebuah masyarakat celik IT dan bermaklumat disamping juga ingin mengurangkan jurang digital di antara rakyat bandar dan luar bandar. Penumpuan dan penekanan kerajaan dalam bidang teknologi maklumat menyebabkan kadar penembusan penggunaan internet di Malaysia semakin meningkat. Selaras dengan usaha ini pada tahun 1998 kerajaan telah memperkenalkan undang-undang siber. Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian yang bersinonim dengan perkataan internet.
Perkaitan antara tajuk yang dipilih iaitu fitnah alam maya secara dalam kalangan individu dengan fitnah alam maya secara menyeluruh atau umum di Malaysia. Seperti yang kita tahu, kes atau isu fitnah yang melibatkan individu persorangan adalah tinggi berbanding dengan kes fitnah secara orgnanisasi dengan organisasi yang lain. Statistik isu kes saman fitnah di Malaysia dijangka semakin meningkat oleh sebab kebebasan bersuara dan kebebasan mengkritik dan menghentam di media-media sosial. Hal ini amatlah membimbangkan negara, kerana ia boleh menjatuhkan imej sekaligus mencemarkan nama baik Malaysia pada pandangan negara luar sekiranya tidak dipantau dan diambil tindakan dengan segera. Selain itu, akan wujud terlalu ramai ‘keyboard warrior’ dalam kalangan masyarakat yang bermati-matian menghentam dan memutarbelitkan fakta. Dalam masa yang sama boleh mengugat kestabilan dan keharmonian sesebuah negara teutamanya Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Hal ini amatlah merungsingkan dan perlu tindakan segera.
Apabila melihat dari konteks fokus yang lebih spesifik, isu ini boleh dikecilkan dengan isu fitnah menurut agama Islam iaitu mengikut undang-undang Islam. Agama Islam juga mengetengahkan beberapa hak asasi yang boleh dipraktikkan oleh seseorang Muslim. Setiap agama menyeru penganutnya untuk berbuat perkara baik dan menjauhkan diri daripada perkara yang buruk. Islam sendiri telah menggariskan panduan hidup yang cukup sempurna dan berkesan. Namun mengapa masih ada lagi sesetengah pihak yang degil dan sanggup menjadi duri dalam daging, hidup saling dengki-mendengki. Persepsi dan sikap ini perlu diubah dengan menerapkan dengan nilai-nilai moral yang tinggi. Secara ringkasnya, terdapat enam kebebasan bersuara yang dianjurkan oleh Islam (Harun Mahmud Hashim, 2001). Pertama adalah hak memberi nasihat, hak berunding dan bermesyuarat, hak membuat ijtihad, hak mengkritik orang lain, hak memberikan pendapat, hak untuk berpersatuan dan akhir sekali kebebasan beragama. Walaubagaimanapun, masyarakat tidak boleh menggunakan agama sebagai alasan untuk berbuat yang tidak baik dan membetulkan yang salah.
5.0 Rumusan
Secara keseluruhanya dapat dilihat bahawa fitnah dan media baru amatlah memberi kesan yang buruk terhadap individu dan orang ramai. Hal ini demikian kerana fitnah ini boleh meruntuhkan sesebuah negara jika tidak dibendung dengan baik. Dalam masa yang sama, fitnah dalam media sosial memberi impak yang besar terhadap nilai-nilai norma hidup kerana ianya melibatkan nama baik, kehormatan dan maruah tercalar dan buruk sekaligus menjatuhkan kreadibiliti seseorang. Melalui akta yang telah dikerangka, diharapkan pihak berwajib meggunapakai dengan ketat dan tidak memandang masalah ini sebagai masal enteng serta agar tidak akan ada pihak yang lain mengambil kesempatan terhadap masalah ini agar undang-undang diperketatkan bagi mengelakkan isu ini berleluasa dan bermaharalela. Masakkan kita sebagai rakyat Malaysia hanya mampu untuk melihat dan menyaksikan masalah ini beterusan tanpa berusaha sedikitpun untuk mengurangkannya. Bak kata pepatah Melayu, jangan sampai nasi menjadi bubur barulah semua bertindak, dan pada ketika itu barah ini akan menjadi sangat berbahaya dan baoleh membawa kepada kematian. Justeru pihak yang berkenaan perlu bertindak dengan segera agar permasalahan ini tidak berpanjangan. Diharapkan agar penulisan ini sedikit sebanyak dapat menambah kefahaman yang lebih mendalam dan luas terhadap isu yang dibincangkan. Tuntasnya, fitnah bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main tetapi ia suatu yang sangat serius untuk diendahkan.