Home > Sample essays > Kebanyakkan Guru Tak Berpengetahuan Tentang Pendermaan Organ

Essay: Kebanyakkan Guru Tak Berpengetahuan Tentang Pendermaan Organ

Essay details and download:

  • Subject area(s): Sample essays
  • Reading time: 20 minutes
  • Price: Free download
  • Published: 1 April 2019*
  • Last Modified: 23 July 2024
  • File format: Text
  • Words: 5,629 (approx)
  • Number of pages: 23 (approx)

Text preview of this essay:

This page of the essay has 5,629 words.



PENGENALAN

Kekurangan pendermaan organ merupakan cabaran semasa di peringkat global dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar penderma yang minima iaitu sebanyak 1.3 % (401,242) daripada populasi pada tahun 2017. Namun demikian, sebanyak 21,778 orang sedang menunggu untuk mendapatkan organ disebabkan kegagalan kefungsian organ. Banyak isu mempengaruhi kadar pendermaan organ di peringkat negara. Antaranya seperti kekurangan kepakaran, kekeurangan kemudahan di institusi perubatan, kecuaian pihak perubatan dalam mengenalpasti penderma potensi dan sebagainya (Sorensen dan Kousgaard, 2017). Menurutnya, terdapat empat faktor penderma potensi tidak dikesani di institusi perubatan adalah pesakit tidak dimasukkan dalam bilik Intensive Care Unit (ICU), perpindahan pesakit dari ICU ke General Ward (GW), kecuaian dalam penilaian dan keenganan pihak keluarga untuk bersetuju mendermakan organ ahli keluarganya.

Isu pendermaan organ di Malaysia dipengaruhi oleh isu kesensitivitian agama dan kepercayaan oleh masyarakat yang berbilang bangsa. Terdapat pelbagai tanggapan yang tidak benar mengenai pendermaan organ seperti masyarakat Islam mempercayai bahawa pemberian organ kepada orang bukan Islam akan membawa kemudaratan sebagai kecacatan dan sebagainya (Hasfazila Lisa, Mohd Helmi Abd. Rahim dan Novel Lyndon, 2015). Setiap agama dan kepercayaan mempunyai perspektif yang berbeza terhadap pendermaan organ dan tisu sama ada ia betul atau sekadar kepercayaan kabar angin. Walaubagaimanapun, konsep pemikiran warga Malaysia harus ditransformasikan supaya berfikiran lebih terbuka dan memfokuskan kepada kesejatheraan komuniti bersama. Tidak dinafikan bahawa, kini merupakan zaman era teknologi yang kian membentuk masyarakat berlogikal yang mementingkan kesahan sesuatu maklumat. Oleh itu, program pendidikan merupakan satu pendekatan yang harus dipertengahkan bagi menyelaraskan arah pemikiran warga Malaysia. Program pendidikan berkaitan dengan pendermaan organ harus ditekankan dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat terutamanya di luar bandar kerana ramai dalam kalangan mereka terikut-ikut dengan mitos-mitos pendermaan organ (Balajee, 2016).

Selain itu, walaupun ramai masyarakat sedar tentang pendermaan organ secara umunya tetapi tidak mengambil inisiatif untuk mengkaji lebih mendalam. Hal ini demikian kerana, kad Pengikrar Penderman Organ telah diperkenalkan sebagai kad identiti bagi individu yang didaftarkan sebagai pengikrar penderma organ. Namun begitu, bilangan pengikrar semakin berkurang walaupun setelah meninggal dunia. Menurut, Kementerian Kesihatan Malaysia, anggaran sebanyak 126000 bilangan pendaftar pengikrar telah direkodkan di Pusat Sumber Transplan Nasional daripada populasi Negara Malaysia sebanyak 27 juta ( Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 2015). Masyarakat kini yang bermaterialistik tidak mempunyai pengetahuan dan spesifik dan kurang sedar tentang isu persekitran yang berkaitan dengan pendermaan organ. Menurut Balwani, Gumber, Pankaj, Vivek, Patel, Divyesh, Gera, Godhani, Mehin dan Trivedi (2015), masyarakat berpotensi dan ingin untuk mendermakan organ tetapi tidak mempunyai kad menderma organ. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang proses pendermaan organ serta prosedur dan perundangan yang melibatkan hal-hal pendermaan organ. Oleh itu, bagi menambah pengetahuan masyarakat kempen-kempen kesedara harus dilaksanakan oleh institusi perubatan supaya membantu masyarakat untuk mengakses kepada maklumat tentang pendermaan organ serta mengalakkan untuk berdaftar sebagai pengikrar penderman organ. Pendaftaran ini penting kerana, sekiranya individu tersebut meninggal dunia transpalntasi organ mudah diteruskan tanpa mengutamakan persetujuan ahli keluarga. Persetujuan keluarga juga memainkan peranan dalam isu pendermaan organ. Menurut Neate (2015), pihak keluarga tidak bersetuju untuk mendermakan organ ahli keluarga yang telah meninggal dunia kerana kekurangan pengetahuan, kepercayan sosial, budaya dan agama, prosedur derma organ dan pendedahan dari segi negatif tentang pendermaan organ. Oleh itu, pendedehan maklumat melalui pelbagai bentuk media digalakkan supaya masyarakat mendapat gamabaran yang jelas tentang pendermaan organ.

Oleh itu, kajian ini memfokuskan sikap pelajar terhadap pendermaan organ dan persepsi yang dipengaruhi pengalaman dan latar belakang. Tambahan lagi,  masyarakat kurang mempunyai sumber pengaksesan maklumat tentang pendermaan organ menyebabkan pengkaji ingin mengkaji kesedaran kempen pendermaan organ yang mengadungi pelbagai info mengenai pendermaan organ Kesimpulanya, kajian ini meliputi tiga aspek yang mampu mendorong masyarakat untuk meningkatkan kadar pendermaan organ  di Malaysia.

1.1 PENYATAAN MASALAH

Antara masalah yang wujud adalah sikap masyarakat yang kurang prihatin terhadap isu pendermaan organ dan tisu. Salah satu faktor masyarakat kurang sedar tentang isu pendermaan organ adalah disebabkan kekurangan pengetahuan yang spesifik. Menurut, Vaishaly K. Bharambe (2016), pelajar perubatan di India mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap pendermaan organ dan tisu tetapi kurang berpengetahuan dalam konteks perundangan, kematian otak, organ dan tisu yang menyebabkan ramai diantara mereka tidak menjadi pengikrar derma organ. Dengan ini dapat dikenalpasti bahawa individu hanya mempunyai pengetahuan yang asas tentang pendermaan organ dan mengambil ringan tentang isu pendermaan organ mahupun tisu. Disamping itu, sikap masyarakat yang dipengaruhi oleh kepelbagaian budaya juga menyumbang kepada penurunan kadar pendermaan organ di Malaysia. Menurut Neate, Marck, Skinner, Dwyer, McGain, Weiland, Hicke, Jelinek (2015), salah satu faktor masyarakat tidak bersetuju untuk mendermakan organ adalah kepercayaan sosial, budaya dan agama yang berbeza. Hal ini kerana, setiap agama mempunyai persepektif yang berbeza tentang pendermaan organ dan ia dipengaruhi oleh budaya masing-masing. Mereka juga masih mempercayai mitos-mitos yang menyatakan bahawa pendermaan organ akan menyebabkan kecacatan pada anggota badan dan mempunyai kebimbangan terhadap perkara luar jangkaan jika didermakan kepada individu bukan Islam (Hasfazila Lisa, 2015). Maka, kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar UUM untuk mengkaji sikap sebenar golongan muda terhadap pendermaan organ dan tisu.   

Dalam era modenisasi ini, terdapat pelbagai persepsi dan pendapat terhadap pendermaan organ dan tisu. Individu yang memiliki pengalaman dan latar belakang yang berbeza mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pendermaan organ. Menurut Alvin (2016), individu yang menjadi pengikrar derma organ berlatarbelakang seperti pendidikan tinggi, kemampuan berbahasa Inggeris atau Perancis, berstatus imigran ekonomi, berkahwin atau bujang dan menetap di kawasan kekurangan pengaruh nilai dan budaya. Oleh itu, kehidupan sosial seseorang individu berpotensi mempengaruhi keinginan menjadi pengikrar derma organ. Persepsi individu juga mempunyai hubungan tidak langsung dengan pengalaman seseorang individu. Hal ini kerana, individu yang kurang pengalaman tentang pendermaan organ tidak dapat memahami konteks pendermaan organ dan tisu dengan lebih dalam. Sebuah kajian menyatakan bahawa kebanyakkan guru di Netherlands tidak mempunyai pengalaman mengajar subjek pendermaan dan pemindahan organ tetapi beranggapan memiliki pengetahuan yang mencukupi (Siebelink, 2017). Oleh itu, kekurangan pengalaman ini dapat mempengaruhi tahap kesedaran dan tahap pengetahuan terhadap sesuatu isu. Menurut Siebelink (2017), juga pelajar yang mengikuti subjek pendermaan organ mempunyai kadar pengetahuan yang tinggi dan berkebasan untuk mengambil keputusan bagi berfdaftar sebagai pengikrar derma organ berbanding pelajar yang tidak mengikuti subjek pendermaan organ. Dengan ini, kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar universiti unutk mengkaji persepsi terhadap pendermaan organ berdasarkan pengalaman dan latar belakang.

Kekurangan kesedaran dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan kekurangan pengetahuan tentang pendermaan organ. Oleh itu, masyarakat kurang melibatkan diri dalam hal pendermaan organ. Menurut Neate (2015), masyarakat kurang setuju untuk mendermakan organ adalah disebabkan kekurangan pengetahuan tentang pendermaan organ dan juga tentang prosedur serta hal-hal penjagaan. Oleh itu, Normawati Ahmad (2005) menyatakan bahawa, anggota perubatan merupakan saluran maklumat utama kepada masyarakat tentang pendermaan organ dan tisu dalam pelancaran kempen kesedaran. Menurutnya, bagi mendapatkan lebih maklumat individu akan merujuk kepada hospital atau insitusi disebabkan kelengkapan perkhdimatan dan kemudahan serta mudah mengakses kepada maklumat rawatan yang lengkap. Namun begitu terdapat juga kesukaran dalam mengakses maklumat dalam kalangan masyarakat yang menetap di kawasan pedalaman. Menurut Mani (2016), kekurangan kemudahan menyukarkan penduduk untuk mengakses kepada maklumat yang berkaitan dengan perndermaan organ dari segi pendaftaran, perundangan dan sebaganiya. Kempen kesedaran merupakan salah satu alat yang efektif yang boleh digunakan untuk mendedahkan tentang prosedur dan perundangan pendermaan organ kepada masyarakat. Oleh itu, kajian ini memfokuskan untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar berakademik terhadap kempen kesedaran pendermaan organ dan tisu.

Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh daripada kajian-kajian lepas, terdapat tiga masalah yang telah dikenalpasti iaitu sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang isu pendermaan organ disebabkann kekurangan serta dipengaruhi oleh aspek kepelbagaian budaya, Seterusnya adalah perbezaan persepsi dan pendapat berdasarkan pengalaman dan latarbelakang yang mempengaruhi kadar pendermaan organ dan tisu di negara. Akhirnya adalah, kekurangan kesedaran masyarakat terhadap maklumat tentang pendermaan organ dan tisu dalam konteks prosedur dan perundangan serta rawatan. Oleh itu, pengkaji menfokuskan untuk mengkaji sikap, persepsi dan tahap kesedaran terhadap kempen pendermaan organ dalam kalangan pelajar UUM.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat tiga objektif kajian telah dikenalpasti seperti berikut:

1) Mengkaji sikap pelajar UUM terhadap pendermaan organ dan tisu.

2) Mengkaji persepsi pelajar UUM terhadap pendermaan organ berdasarkan latar belakang dan pengalaman individu.

3) Mengkaji tahap kesedaran terhadap kempen pendermaan organ dalam kalangan pelajar UUM terhadap pendermaan organ dan tisu.

1.3 KERANGKA KAJIAN

Rajah 1: Kerangka Kajian

​Rajah 1 menunjukkan empat pembolehubah iaitu sikap pelajar, persepsi pelajar berdasarkan pengalaman dan latarbelakang, dan kempen kesedaran dan kadar pendermaan organ. Pemboleh ubah bebas adalah sikap pelajar, persepsi pelajar berdasarkan pengalaman dan latarbelakang, kempen kesedaran manakala kadar pendermaan organ merupakan pemboleh ubah bersandar.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1) Adakah sikap pelajar mempengaruhi kadar pendermaan organ di Malaysia.

2) Adakah pengalaman dan latarbelakang individu mempengaruhi sikap terhadap pendermaan organ.

3) Adakah tahap kesedaran pelajar terhadap kempen pendermaan organ mempengaruhi kadar pendermaan organ.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mengkaji tentang sikap sebenar golongan muda yang berakademik terhadap pendermaan organ dan tisu bagi menyelesaikan isu penurunan kadar pendermaan organ di Malaysia. Sikap rakyat Malaysia dipengaruhi oleh kepelbagaian budaya dan kepercayaan yang menyebabkan kekeliruan dalam mengenalpasti faktor yang mendorong kepada penurunan kadar pendermaan organ. Hasil kajian ini dapat menambah fahaman tentang kadar pendermaan organ yang rendah dalam konteks Malaysia. Hal ini demikian kerana, perbezaan budaya dan kepercayaan mempengaruhi fahaman tentang pendermaan organ dalam kalangan masyarakat. Kajian ini dapat menyediakan satu sumber rujukan berakademik kepada rakyat Malaysia untuk memahami tujuan utama pendermaan organ dan kebaikkan kepada penderma dan penerima organ. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan konteks pendermaan organ bukan sahaja sekadar pendermaan organ dalam namun ia meliputi pendermaan sel, kulit dan sebagainya. Disamping itu, kajian ini juga memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat dan pihak hospital tentang persepsi golongan muda terhadap pendermaan organ yang supaya mengambil langkah yang efektif bagi meningkatkan kadar pendermaan organ di Malasyia. Oleh itu, pihak hospital berpotensi untuk mengubah persepsi rakyat yang negatif kearah positif dengan mengunakan pelbagai langkah seperti media massa, media elektronik dan sebagainya. Hasil kajian ini sebagai maklumat tambahan kepada ahli-ahli berakademik, citizen Malaysia dan kepada pihak hospital untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia yang negatif. Selain itu, hasil kajian ini penting kepada KMM dalam usaha melakukan promosi yang lebih berkesan kepada masyarakat melalui kempen-kempen kesedaran dengan menyediakan maklumat yang mencukupi seperti faedah dan manfaat, rawatan dan penjagaan, posedur dan perundangan dan sebagainya. Kekurangan penglibatan masyarakat dalam pendermaan organ kerana kekurangan maklumat dan kesedaran. Pelaksanaan kempen kesedaran pendermaan dapat mempertingkatkan bilangan pengikrar derma organ dan berpotensi menyelamatkan ramai nyawa. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan kepada pihak hospital untuk mengambil langkah yang insentif bagi mempertingkatkan pendermaan organ dalam kalangan masyarakat.

1.6 DEFINISI DAN KONSEP OPERASI

Sikap

Sikap merupakan elemen yang mempengaruhi tingkah laku dengan seseorang yang mempunyai hubungan secara langsung dengan tahap pengetahuan. Menurut Nor Kalsum Mohd Isa (2016), tahap pengetahuan adalah sumber utama kepada sikap dan tingkah laku. Dalam kajian ini, sikap dikaitkan dengan sikap pelajar terhadap pendermaan organ.

Pengalaman

Pengalaman merupakan situasi atau perkara yang telah dihadapi oleh seseorang individu (Mazuki Mohd Yasim, 2011). Dalam konteks kajian ini, pengalaman merujuk kepada situasi dimana individu didedahkan kepada pengetahuan atau maklumat tentang pendermaan organ.

Latarbelakang

Later belakang merupakan asas kepada seseorang individu berdasarkan pengalamanya seperti pendidkan, persekitaran dan sebagainya yang kebiasaanya mempunyai hubungan atau pengaruh keatas dirinya pada sesuatu masa ( Kamus Dewan Edisi Keempat). Latar belakang dalam kajian ini merujuk kepada latar belakang pelajar UUM yang terdiri daripada pelbagai agama, budaya, pendidikan dan penempatan.

Pendermaan Organ

Pendermaan organ merupakan proses mendermakan sebahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan pemindahan (transplantasi). Menurut Pusat Sumber Transplan Nasional, transplantasi melibatkan pemindahan organ dan tisu yang berfungsi daripada penderma yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan akhir organ itu. Penderma organ yang masih hidup hanya boleh mendermakan sebahagian daripada tubuh badanya. Menurut KMM, pendermaan organ semasa hidup hanya dibenarkan kepada ahli keluarga yang terdekat yang mempunyai pertalian darah (Risalah Pendermaan Organ Semasa Hidup, 2011).

1.7 KESIMPULAN

Secara keseluruhanya, kajian ini menekankan tiga aspek iaitu sikap pelajar UUM, persepsi pelajar UUM yang berdasarkan pengalaman dan latar belakang serta tahap kesedaran terhadap kempen pendermaan organ. Kajian ini memberi manfaat kepada masayarakat dan ahli akademik sebagai maklumat tambahan tentang pendermaan organ serta memberi fahaman yang jelas kepadanya. Selain itu, kajian ini juga memberi peluang kepada kerajaan mahupun pihak hospital serta KMM untuk mempromosikan lebih maklumat tentang pendermaan organ bagi menyelesaikan isu kekurangan sumber organ dan tisu serta darah di Malaysia.

BAB 2: ULASAN KARYA

Isu pendermaan organ telah banyak dikaji di peringkat antarabangsa mahupun di Malaysia. Kebanyakan kajian tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kesedaran pendermaan organ, pencarian maklumat dan kepatuhan prosedur dalam konteks perubatan.

Hee, Doshik, Ju dan Chang (2015), melakukan kajian untuk mengkaji perbezaan budaya di Korea Selatan dan Amerika Syarikat terhadap pendermaan organ. Pengkaji memilih dua kumpulan responden untuk menilai perbezaan budaya iaitu kadar peratusan orang yang ingin mendermakan organ selepas meninggal dunia dan kadar peratusan orang yang membincangkan tentang isu pendermaan organ kepada ibu bapa. Pengkaji mengedar borang soal selidik kepada 79 pelajar Midwestern University, Amerika Syarikat dan 116 pelajar universiti di Seoul, Republic of Korea. Hasil kajian menunjukkan responden daripada Korea Selatan tidak berminat untuk mendermakan organ walaupun cadaveric organs, bukan kerana mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga namun disebabkan keinginan sendiri yang dipengaruhi oleh false consensus effect (FEC) berbanding responden daripada USA. FEC merupakan perasan superior yang dimilikki oleh seseorang disebabkan kedudukan sosialnya, nilai dan budaya masing-masing.  Individu yang berminat untuk mendermakan organ tetapi tidak berbincang dengan ahli keluarga menyebabkan kekurangan pendedahan dalam kalangan masyarakat (Korea Selatan), berbanding individu Oleh itu, masyarakat Korea Selatan merupakan antara yang tidak ingin menderma organ. Pengkaji menekankan bahawa kempen kesedaran harus dilaksanakan dalam kalangan individu yang tidak ingin menderma organ bagi mengubah persepsinya terhadap pendermaan organ serta menggalakkan supaya mereka mengadakan perbincangan dengan ibu bapanya.

Balwani, Gumber, Pankaj, Vivek, Patel, Divyesh, Gera, Godhani, Mehin dan Trivedi (2015),  telah melakukan kajian untuk menilai  tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pendermaan organ dan menngenalpasti faktor sosiodemografik institusi yang mempengaruhi penduduk (terpilih) di Barat India. Pengkaji menggunakan metod sampel mudah untuk menemubual 200 responden. Pengumpulan data dilakukan dengan proses temubual secara bersemuka dan menganalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 86% peserta mengenali tentang istilah pendermaan organ tetapi kurang memiliki pengetahuan yang lebih jelas dan mendalam.  Menurut kajian ini, pengkaji menyatakan bahawa kepercayaan dan agama mempengaruhi tingkah laku masyarakat terhadap  pendermaan organ. Namun demikian, 59% daripada responden menggangap bahawa potensi penyalahgunaan organ adalah tinggi. Oleh itu, pengkaji menjelaskan bahawa aspek bangsa, jantina, pendapatan dan status tidak dipertimbangkan dalam penyaluran organ kepada yang diperlukan. Kesimpulanya, dalam kajian ini masyarakat lebih berpotensi untuk menderma organ tetapi tidak mendaftar dan memilik kad. Maka. Program pendidikan harus dilaksanakan untuk memberi pendedahan tentang pendermaan organ dari aspek perundangan, pendaftaran, prosedur, penjagaan kesihatan dan sebagainya.

Balajee, Ramachandran & Subitha, (2016) telah melakukan kajian untuk menilai tahap kesedaran dan sikap terhadap pendermaan organ dalam kalangan penduduk luar bandar serta mengenalpasti faktor sosiodemografi yang mempengaruhi tahap kesedaran masyarakat. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik berdasarkan elemen sosiodemografi kepada 360 responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor sosioekonomi mempengaruhi tahap kesedaran terhadap pendermaan organ dalam kalangan masyarakat. Individu yang memiliki status ekonomi yang lebih tinggi mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan sebaliknya.  Hal ini demmikian kerana, individu yang berstatus rendah kurang mendapat pendidikan dan kebanyakkan menganggur menyebabkan aksesbiliti kepada maklumat tentang pendermaan organ adalah rendah. Selain itu, isu keagamaan merupakan salah satu faktor masyarakat di luar bandar tidak bersetuju untuk menderma organ. Oleh itu, pengkaji menyatakan bahawa, kempen kesedaraan harus dilaksanakan di kawasan luar bandar untuk mendedahkan penduduk dengan konsep pendermaan organ yang lebih jelas.

Vaishaly K. Bharambe, Vasanti U. Arole, Vatsalaswamy Puranam, Purushottam Manvikar and Hetal K. Rathod (2016) telah melakukan kajian untuk mengenalpasti tahap kesedaran dalam kalangan pelajar perubatan mengenai pendermaan organ. Penyelidik menggunakan metod  borang soal selidik dalam kalangan pelajar tahun pertama, kedua dalam bidang  (pharmacology, microbiology, pathology and forensic medicine) dan tahun ketiga dalam bidang medicine, surgery and gynecolog, and obstetrics) di Medical College, Pimpri, Pune, India. Jumlah responden yang dikaji adalah sebanyak 157.  Hasil yang diperoleh dalam kajian ini adalah tahap kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pendermaan organ berada pada tahap tinggi. Walaubagaimanapun, pelajar tersebut kurang pengetahuan dalam pendermaan organ yang berkaitan dengan isu perundangan, kematian otak, organ dan tisu. Kekurangan pengetahuan menyebabkan mereka sukar untuk mengenalpasti penderma yang berpotensi di sesebuah pusat kesihatan. Selain itu, majoriti pelajar perubatan bersetuju untuk menjadi sebagai pendaftar manakala sebahagianya menolak disebabkan sentimen keagamaan, nilai dan kepercayaan dan ketakutan kecacatan yang mungkin dialami. Faktor-faktor tersebut merupakan berlakunya kekurangan peruntukkan organ di India. Oleh itu, pengkaji menyatakan bahawa pendidikan yang lebih lanjut harus diterapkan dalam kalangan golongan profesional penjagaan kesihatan untuk meningkatkan penderma organ seperti kemahiran berkomunikasi dengan keluarga pesakit, cara mengenalpasti penderma yang berpotensi dan sebagainya.

Hasfazila Lisa, Mohd Helmi Abd. Rahim dan Novel Lyndon (2015) telah menjalankan sebuah kajian untuk mengkaji sikap, persepsi dan penerimaan kempen derma organ dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan tahap kesedaran penerimaan organ dalam menjadi pengikrar derma organ. Pengkaji telah menggunakan 200 soal selidik dengan menggunakan kaedah analisis diskriptif dalam kajian ini. Hasil kajian yang diperoleh adalah masyarakat Islam memiliki kesedaran yang paling rendah tentang kepentingan pendermaan organ. Hal ini kerana, mitos yang dipercayai bahawa pendermaan organ akan membawa kemudaratan kepada dirinya seperti kecacatan. Selain itu, masyarakat Islam mempunyai kebimbangan terhadap pemberian organ kepada orang yang bukan Islam selepas penderma tersebut telah meninggal dunia. Oleh itu, kekurangan pengetahuan tentang pendermaan organ menyebabkan masyarkat mengaitkan dengan perkara yang tidak wujud dan tahyul. Kempen tentang penderman organ dipengaruhi oleh faktor tempat tinggal kerana masyarakat di luar bandar lebih memberi tumpuan kepada pelaksanaan kempen manakala masyarakat di bandar dan metropolitan kurang mengambil berat terhadap pendermaan organ disebabkan rutin harian yang padat. Walaupun kempen pendermaan organ dijalankan oleh kerajaan dan bukan kerajaan melalui kakitangan kesihatan, siaran TV, radio, internet, pameran dan sebagainya tetapi masyarakat masih tidak mengambil inisiatif untuk menjadi pendaftar.

Jonathan Merola, Kevin Y. Pei, Manuel I. Rodriguez-Davalos, Geliang Gan, Yanhong Deng, David C. Mulligan & Kimberly A. Davis, (2016) melakukan kajian untuk mengenalpasti kadar persetujuan waitlisted patient untuk menjadi penderma organ, sikap terhadap peruntukkan organ dan halangan yang dihadapi. Oleh itu pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada 225 responden. Sebanyak 71 responden yang telah berdaftar sebagai penderma, manakala 28% responden tidak berminat, 19% responden bergantung kepada rawatan, 38% status kesihatan yang kurang baik dan 28% mengadakan perbincangan dengan pakar. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan hampir separuh daripada pesakit yang menunggu tidak mempunyai fahaman yang betul tentang konsep pendermaan organ. Hal ini kerana, pengetahuan tentang proses pendermaan organ hanya diperolehi menerusi interaksi antara penerima dan penderma organ. Oleh itu, kajian ini menyatakan bahawa, bagi meningkatkan bilangan penderma organ, aspek pendidikan harus diterapkan supaya mereka mendapat gambaran yang jelas. Antara sebab-sebab timbulnya salah faham tentang proses pendermaan organ adalah nilai dan kepercayaan, kebarangkalian menerima organ dan rawatan peribadi. Kajian ini menyarankan Provider-based patient education bagi maningkatkan kadar penderma dalam kalangan pesakit yang menunggu untuk mendapatkan organ.

Neate, Marck, Skinner, Dwyer, McGain, Weiland, Hicke, dan Jelinek (2015), telah melakukan kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyokong persetujuan oleh pihak keluarga penderma berpotensi. Penyelidik melakukan sesi temubual kepada ahli keluarga penderma potensi yang terdapat di metropolitan hospital di Melbourne pada tahaun 2012-2013. Sebanyak 49 kes dikenalpasti dan 40 keluarga bersetuju untuk ditemubual tentang kecendurungan membuat keputusan terhadap pendermaan organ. Dalam kajian ini 23 keluarga bersetuju untuk menderma organ dan sebanyak 17 tidak bersetuju. Ramai keluarga bersetuju untuk mendermakan organ disebabkan keinginan individu yang berkenaan untuk mendermakan organ. Faktor persetujuan untuk mendermakan organ adalah kehendak, nilai, keinginan untuk membantu lain, sikap altriusm dan penerima ogan yang ingin membalas jasa. Pihak keluarga yang tidak setuju untuk mendermakan organ disebabkan kekurangan pengetahuan, kepercayan sosial, budaya dan agama, prosedur derma organ dan pendedahan dari segi negatif tentang pendermaan organ. Pengkaji menyatakan bahawa, faktor persetujuan dalam kajian ini agak sama dengan kajian lepas tetapi faktor tidak setuju agak berbeza iaitu kurang percaya kepada anggota perubatan, bimbang terhadap penjagaan, enggan melakukan pembedahan selepas mati dan isu keadilan dalam pengagihan organ.

Broumand, Parsapoor dan Asghari (2012) telah melakukan kajian untuk menilai  sikap dan pandangan masyarakat  Tehran terhadap pendermaan organ yang melibatkan kes kematian otak. Pengkaji telah menggunakan kaedah keratan rentas dan melakukan panggilan telefon ke atas 1379 orang pada tahun 2009 dan 2010. Panggilan telefon tersebut dijalankan berpandukan borang soal selidik. Daripada kesemua yang dihubungi, seramai 706 orang telah setuju untuk ditemubual. Hasil temubual adalah 84.6% responden setuju untuk mendermakan organ tetapi 10.7% hanya memiliki kad penderma organ. Hasil kajian didapati bahawa tahap pendidikan tidak mempengaruhi persepsi dan tindakan terhadap pendermaan organ. Sikap kemanusiaan dan nilai serta keparcayaan agama yang positif meningkatkan keinginan untuk menderma organ. Selain itu, pihak keluarga yang bersikap menghalang  pendermaan organ menyebabkan individu kurang membincangkan hal ini dalam keluarga. Oleh itu, pengkaji menyatakan bahawa pentingnya individu untuk memiliki kad penderma organ supaya pihak keluarga dapat membenarkan pendermaan organnya. Kesimpulannya, individu yang mengalami kematian otak sukar untuk mendermakan organ disebabkan ketiadaan kad penderma dan halangan daripada pihak keluaga. Oleh itu, individu terlebih dahulu harus membincangkan hal ini dengan keluarga serta pihak berkepentingan juga harus memudahcarakan prosedur untuk mengenalpasti penderma yang berpotensi.

Philpot, Aranh , Pilcher dan Bailey (2016) telah melakukan kajian untuk menilai sikap responden terhadap maklumat yang dikongsikan oleh salah satu keluarga tentang pendermaan organ. Kajian ini menyediakan pautan untuk responden menjawab soalan yang dikemukakan. Responden dikehendaki menonton video yang ditayangkan dan memberi refleksi tentang video tersebut serta menjawab soalan berskala likert. Daripada 665 responden, 474 respoden telah menjawab kesemua soalan yang dikehendaki. Terdapat dua jenis video yang telah disediakan oleh pengkaji iaitu jenis sokongan (maklumat positif tentang pendermaan dan pemindahan organ) yang ditonton oleh 239 orang dan jenis kawalan (fakta untuk ahli keluarga) yang ditonton oleh 235 responden. Video jenis sokongan memberi pendedahan tentang peluang yang wujud untuk menjadi penderma dan video jenis kawalan tidak menarik perhatian responden kerana maklumat yang dipaparkan tidak mencukupi tentang manfaat pendermaan organ. Dalam kajian ini, video jenis kawalan menunjukkan kadar peratusan individu menonton menurun sehingga 35% manakala kadar peratusan penontonan video jenis sokongan meningkat sehingga 81%. Kesimpulanya kajian ini menunujukkan bahawa masyarakat selesa dengan rawatan dan penjagaan oleh anggota perubatan kepada ahli keluarga dan hal ini berkemungkinan akan mendorong ahli keluarga untuk memberi persetujuan untuk menderma organ.

Alvin (2016) telah melakukan kajian mengenai pendaftaran penderma organ dalam kalangan penduduk asal Kanada dan imigran Kanada serta faktor-faktor menjadi penderma. Pengkaji juga ingin mengkaji sama ada penderma memilih organ dan tisu yang tidak ingin didermakan. Pengkaji menggunakan data daripada sistem pentadbiran Otario pada tahun 2013. Hasil kajian adalah terdapat 1,947,646 imigran telah berdaftar sebagai penderma organ manakala 9,244,570 penduduk tetap yang telah berdaftar. Imigran yang tidak berdaftar paling ramai berasal dari India, China, Filipina, Pakistan dan Sri Lanka. Kajian turut menunjukkan imigran yang berdaftar sebagai penderma adalah mereka yang mempunyai latarbelakang seperti pendidikan tinggi, kemampuan berbahasa Inggeris atau Perancis, berstatus imigran ekonomi, berkahwin atau bujang dan menetap di kawasan kekurangan pengaruh nilai dan budaya. Bilangan imigran Kanada yang kurang daripada penduduk tetap Kanada harus dipertimbangkan dan meningkatkan penglibatan mereka dengan Pelaksanaan kempen kesedaran pendermaan organ kepada imigran Kanada perlu mengambil kira aspek kesensitivan budaya.

Manil (2016), melakukan kajian untuk mengenalpasti kesedaran tentang perdermaan organ dan sikap terhadap pendermaan organ dalam kalangan masyakat. Penyelidik telah menggunakan 100 borang soal selidik dalam kalangan isi rumah di Kancheepuram. Daripada hasil kajian, didapati masyarakat di Kanceepuram masih tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat yang jelas tentang proses pendermaan organ. Hal ini kerana, kekurangan kemudahan aksesbiliti dalam kalangan masyarakat menyukarkan penduduk untuk mendapatkan maklumat tentang pendermaan organ yang berkaitan dengan perundangan, pendaftaran dan sebagainya. Antara sumber maklumat utama yang dimiliki oleh masyarakat tersebut adalah televisyen. Dalam kajian ini, penyelidik menekan bahawa, program yang berasaskan pendidikan harus dilaksanakan untuk menambahkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat disamping dapat meningkatkan kadar pendermaan organ.

Black, Miller, Beck dan Moser (2016), telah melakukan kajian untuk mengetahui maklumat tentang donation after circulatory death (DCD) yang didapati dalam Internet. Kata kunci yang terdapat dalam laman sesawang yang kerap digunakan oleh masyarakat menerusi enjin carian (e.g. Google, Yahoo. Bing & Ask) adalah non-heart-beating donor, donation after cardiac death, DCD, deceased donor, organ donation, and organ harvesting. Tiga kelompok individu yang berbeza menganalisi laman sesawang tersebut. Hasilnya, didapati 116 laman yang mempunyai maklumat tentang DCD. Sebanyak 59 laman mempunyai maklumat tentang DCD dan hanya 10%  didapati istilah pendermaan organ. Laman yang mempunyai istilah DCD adalah kebanyakan terdiri daripada jurnal perubatan dan laman hospital atau universiti. Bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, perbincangan harus dilaksanakan dengan pihak keluarga dan rakan-rakan penderma potensi. Kesimpulanya, kajian ini dapat membantu penderma potensi untuk mendapatkan maklumat tentang DCD dan pendermaan organ.

Siebelink, Verhagen, Roodbol, Albers, dan Wiel (2017) telah melakukan kajian untuk menilai pendapat guru sekolah rendah tentang pengaplikasian pembelajaran tentang pendermaan dan pemindahan organ dan tisu. Seterusnya kajian ini juga mengenalpasti sejauh mana pembelajaran tentang pendermaan dan pemindahan organ dapat dibincangkan dalam keluarga. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatifaitu borang soal selidik yang merangkumi dua bahagian iaitu bahagian pertama kepada 7542 sekolah rendah di Netherlands dan bahagian kedua adalah untuk mengkaji kesan pembelajaran pendermaan organ dan tisu dalam kalangan 256 sekolah rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru tidak mempunyai pengalaman mengajar subjek pendermaan dan pemindahan organ tetapi beranggap memiliki pengetahuan yang mencukupi. Sekolah menjadi asas kepada permulaan perbincangan tentang pendermaan organ dalam keluarga. Dengan melakukan perbandingan antara sebelum dan selepas mengikuti subjek pendermaan organ didapati bahawa pelajar dapat menambahkan pengetahuan selepas mengikuti subjek tersebut. Selain itu, kekerapan anak-anak membincangkan tentang pendermaan organ bersama keluarga akan mendorong kepada pihak keluarga untuk memberi kebebasan kepada anak-anak dalam mengamil keputusan terhadap pendermaan organ.

Normawati Ahmad, Faridah Ibrahim, Normah Mustaffa dan Kee (2005) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti pencarian maklumat pendermaan organ dan tisu di kalangan pengikrar penderma organ. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti sumber yang digunakan untuk mencari maklumat pendermaan organ dan tisu. Pengkaji telah menggunakan 245 borang soal selidik dengan kaedah tinjauan di empat buah pusat sumber trasplan di Malaysia semasa menganjurkan kempen kesedaran perdermaan organ oleh pusat tersebut. Dalam kajian ini menyatakan bahawa anggota kesihatan merupakan saluran maklumat yang utama tentang pendermaan organ dan tisu dan diikuti dengan sumber sosial iaitu rakan-rakan. Individu akan merujuk kepada hospital atau institusi untuk mendapatkan maklumat tentang pendermaan organ kerana kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap serta mudah diakses sama ada untuk menambahkan pengetahuan atau merawat penyakit. Kesimpulanya, penyebaran tentang pendermaan organ harus dilakukan dengan menggunakan medium dan maklumat yang lengkap supaya dapat memenuhi keperluan individu.

Roggenkamp, Aldrige, Guy dan Rocheleau (2007) menjalankan sebuah kajian untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota eksekutif kesihatan tentang faktor yang mempengaruhi kadar penderma organ dan mengkaji tentang hubungan antara hospital dan ciri-ciri pasaran perdermaan organ dengan bilangan penderma yang layak dan kadar pendermaan organ dalam laman web Scientific Registry of Transplant Recipients di hospital Amerika Syarikat sekitar tahun 2003 sehingga 2005. Dalam kajian ini didapati ciri-ciri hospital atau pasaran tidak mempengaruhi kadar potential donor atau actual donor di sessebuah negara. Oleh itu, pihak hospital boleh mempengaruhi potential donor dengan menggunakan kemahiran komunikasi dengan keluarga serta memfokuskan kepada persekitaran dan prosedur hospital. Selain itu, interaksi antara hospital dengan Organ Procurement Organization (OPO) penting untuk meningkatkan kadar pendermaan organ dalam kalangan potential donor.

Luciana Carvalho Moura (2015), melakukan kajian untuk menilai sama ada proses pendermaan organ di hospital Brazil memenuhi standard yang ditetapkan oleh Organ Donation European Quality System (QDEUS). Pengkaji menggunakan metod kuantitaif dan rekabentuk keratan rentas untuk mengkaji kajian-kajian lepas iaitu daripada Januari 2012 sehingga Jun 2014. Dalam kajian ini. 16,782 kematian yang mempunyai perkaitan dengan Nucleus Organ ProcuHaHrement (NOP) telah dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan NOP menepati standard yang ditetapkan oleh QDEUS iaitu persetejuan keluarga penderma sebanyak 61% (29% ditetapkan dalam standard QDEUS), penderma potensi kepada penderma efektif sebanyak 47% (28% ditetapkan dalam standard QDEUS), dan 12% serangan jantung secara tiba-tiba ( 3% ditetapkan dalam standard QDEUS),  Terdapat dua perkara yang dibincangkan dalam kajian ini iaitu NOP dalam memenuhi indikator QUEDUS dan penggunaan penanda aras pada peringkat antarabangsa. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kadar rendah pendermaan organ di Brazil antaranya adalah keengganan keluarga, kekurangan pakar neuro dan kekurangan pengetahuan atau maklumat tentang pendermaan organ kepada masyarakat. Kajian ini merumuskan bahawa proses pendermaan organ di Brazil hanya dapat memenuhi 61% daripada piawai yang ditetapkan oleh QUDEUS.

Carl-Ludwig Fischer-Frohlich (2013), telah melakukan kajian untuk mengenalpasti  samada perubahan dalam peringkat umur atau Cause of Death (COD) yang mempengaruhi trend pengurangan kadar penggunaan organ (deceased organ) . Pengkaji telah menganalisis data driapada Organ Procurement Organization (OPO) yang meliputi kes yang berkaitan SAH iaitu COD berkurang daripada 117 kepada 65 penderma, sementara kes kematian dengan faktor yang lain meningkat daripada 264 kepada 294. Perubahan tinggi berlaku dalam kes SAH (56%) berbanding faktor lain (37%).  Menurut kajian ini, pihak hospital yang tidak melaporkan tentang penderma potensi menyebabkan kekurangan pendermaan organ. Hal ini kerana, pihak hospital hanya melaporkan kepada OPO sekiranya individu disahkan kematian otak. Perhubungan pakar teraputik dan kemahiran komunikasi yang baik mempengaruhi kadar persetujuan penderma dan pihak keluraga dalam isu pendermaan organ. Kesimpulanya, kadar kematian oleh kecederaan otak dan faktor seperti persetejuan ahli keluarga, ketidaktahuan tentang pesakit berpotensi menjadi penderma di Isentive Care Unit (ICU) dan sebagainya mempengaruhi kadar pendermaan organ di Negara ini.

Kramer (2017), telah melakukan kajian kohort dalam kalangan penderma  yang mengalami kematian otak bagi bagi mengenalpasti perubahan yang telah dilakukan dalam pengagihan organ dan juga mengkaji tentang kualiti organ, kadar pemindahan dan penerima. Pengkaji menggunakan data daripada Institut Maklumat Kesihatan (CIHI) untuk menilai trend yang menyebabkan kematian neurologi dan bilangan organ yang dipindahkan di Kanada antara tahun 2000 dan 2013 dan kajian kohort dijalankan di Selatan Alberta antara tahun 2003 dan 2014. Hasil kajian didapati bahawa 226 penderma organ yang meinggal dunia dalam tempoh kajian. Dalam kajian ini didapati bahawa penderma yang meninggal dunia dengan anoxic brain lebih tinggi berbanding traumatic brain . Walaubagaimanapun, organ yang didermakan oleh penderma yang meninggal dunia disebabkan anoxic brain adalah bilangan yang kecil. Hal ini kerana, anoxic brain mempunyai kecederaan dalaman yang serius yang menyebabkan tidak semua organ yang boleh didermakan.

Sorensen dan Kousgaard (2017), telah melakukan kajian untuk mengenalpasti halangan-halangan dalam pendermaan organ dalam kalangan penderma organ potensi yang telah meninggal dunia. Penyelidik melakukan kajian retrospektif untuk mengenalpasti pesakit yang meninggal dunia pada tahun 2012 akibat kematian otak (acute bran lession). Hasil kajian yang diperolehi adalah sebanyak 85 orang telah dikenalpasti yang meninggal dunia akibat kematian otak. 64% pesakit tidak dikenalpasti walaupun layak menderma organ.  Hal ini kerana, kekurangan kemudahan bilik Intensive Care Unit (ICU), kekurangan pakar berprofesional tentang pendermaan organ dan sebagainya menyebabkan sukar untuk mengindentifikasikan penderma yang berpotensi. Menurut kajian ini, terdapat empat faktor penderma yang berpotensi tidak dapat diidentifikasi iaitu pesakit tidak dimasukan dalam ICU, perpindahan ICU ke General Ward (GW), penilaian tidak dilakukan dan keengganan pihak keluarga. Kesimpulanya, pengakji menyatakan bahawa latihan khusus harus ditekankan dalam kalangan doktor seperti di Spanish yang mempunyai penyelaras yang khusus untuk mengendalikan isu pendermaan organ dalam kalangan pesakit.

Potter, Herkes, Perry, Elliott, Aneman, Brieva,Cavazzoni, Cheng, O’Leary, Seppelt dan Gebski (2017), telah mengkaji proses pembuatan keputusan dan kepuasan mengenai pendermaan organ dari perspektif keluarga. Pengkaji melakukan perbandingan intervensi sebelum dan selepas selama 6 bulan di setap unit jagaan rapi (intensive care unit). Dalam kajian ini didapati bahawa, “designated requestor” akan berperanan untuk mendapat persetujuan daripada ahli keluarga untuk mendermakan organ individu yang telah meninggal dunia. Pendekatan ini dapat membantu ahli keluarga meningkatkan kesedaran tentang potensi pendermaan organ. Kajian ini menjelaskan tentang permintaan mendermakan organ dalam kawasan penjagaan kritikal dengan tujuan membantu anggota perubatan untuk mengenal pasti penderma potensi.

Kesimpulan

Tahap kesedaran, sumber pencarian maklumat yang betul dan kepatuhan prosedur oleh anggota perubatan menyumbangkan kepada kadar pendermaan organ dan kadar permindahan organ yang berjaya. Ketiga-tiga elemen ini masing-masing dipengaruhi oleh isu kepelbagian budaya, kepercayaan, medium pencapaian maklumat dan latihan serta pengalaman kerja dalam bidang perubatan. Oleh itu, kajian ini difokuskan untuk mengkaji ketiga-tiga pemboleh ubah diatas bagi membantu meningkatkan kadar pendermaan organ dalam kalangan Masyarakat Malaysia.

BAB 3 : METOD KAJIAN

Metod kajian ini merangkumi proses pengumpulan data yng berkaitan dengan kajian ini. Pengumpulan data bersifat kuantitatf dilakukan unutk menjawab persoalan kajian yang dijalankan.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan deskriptif yang bersifat jenis tinjauan iaitu dengan menggunakan soal selidik bagi menjawab persoalan kajian. Kajian adalah bersifat kuantitatif untuk mengumpul data tentang perkaitan sikap pelajar terhadap pendermaan organ dan tisu dan persepsi pelajar terhadap pendermaan organ berdasarkan latar belakang dan pengalaman individu serta mengkaji tahap kesedaran terhadap kempen pendermaan organ dalam kalangan pelajar UUM terhadap pendermaan organ dan tisu. Kaedah ini bersesuaian dengan kajian ini kerana mudah unutk mendapatkan maklumat tentang sesutau perkara dan peristiwa yang berlaku.

Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di dalam kawasan kampus Universiti Utara Malaysia (UUM). Borang soal selidik telah diedarkan di sekitar kawasan Inasis Tradewins. Inasi Tradewins dipilih kerana didapati bahawa ramai pelajar daripada pelbagai jurusan dan pelbagai bidang menetap di kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana, kajian ini memfokuskan kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai pengalaman dan latar belakang seperti dalam kalangan pelajar tempatan dan antarabangsa untuk mengkaji tentang persepsi terhadap pendermaan organ. Oleh itu, Inasi Tradewins merupakan kawasan yang tepat untuk pengkaji memlih respoden secara rawak bagi mencapai objektif kajian ini.  Inasis Tradweins juga memiliki  kemudahan dan infrastruktur yang lengkap bagi memudahkan pelajar untuk mengisi borang soal selidik.

Sampel Kajian

Terdapat 100 orang pelajar UMM iaitu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa menjawab soal selidik dipilih sebagai responden. Pengkaji menggunakan keadah persampelan kebarangkalian iaitu persampelan rawak mudah. Pemilihan kaedah persampelan rawak mudah ini kerana, didapati elemen yang sama terdapat dalam populasi kajian iaitu pelajar UUM dan sampel kajian iaitu pelajar yang menetap di Inasis Tradewins. Oleh itu, persampelan rawak mudah merupakan alat yang tepat bagi mengkaji sampel kajian ini.

Alat Ukuran atau Soal Selidik

Soal selidik dihasilkan berdasarkan persoalan dan obkejtif kajian bagi mendapatkan hasil yang tepat. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian pertama terdiri daripada 6 soalan mengenai demografi responden, bahagian kedua adalah mengenai bilangan pelajar yang telah atau belum menjadi pengikrar derma organ, bahagian ketiga pula adalah mengenai sikap pelajar terhadap pendermaan organ, bahagian keempat adalah tentang persepsi pelajar berdasarkan pengalaman dan latar belakang, bahagian kelima adalah mengenai kesedaran kempen pendermaan organ dan bahagian keenam adalah penerimaan kempen kesedaran pendermaan organ oleh pelajar. Keseluruhannya, bahagian kedua mempunyai 2 soalan yang menggunakan skala pengukuran likert ya atau tidak dan bahagian ketiga sehingga bahagian menggunakan skala pengukuran likert iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju yang mempunyai 22 soalan.

Proses Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dalam mengumpulkan data yang berbentuk deskriptif. Pengedaran soal selidik telah dilakukan pada 10 November 2018. Soal selidik diedarkan di Inasis Tradewins secara langsung kepada pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa dan mengutip secara bersemuka. Hal ini kerana, peluang untuk pengkaji untuk memberi keterangan kepada persoalan yang ditujukan oleh responden. Selain itu, kaedah ini juga meningkatkan kadar respon responden.

Analisis Data

Data dianalisis dengan menggunakan persisikan Statistical Package for Social Sciene Version 20.0 (SPSP). Pengkaji meenggunakan analisis data berbentuk deskriptif bagi menghuraikan setiap pembolehubah dan data yang dikumpul.

1. Mengkaji sikap pelajar UUM terhadap pendermaan organ dan tisu.

2. Mengkaji persepsi pelajar UUM terhadap pendermaan organ berdasarkan latar belakang dan pengalaman individu.

3. Mengkaji tahap kesedaran terhadap kempen pendermaan organ dalam kalangan pelajar UUM terhadap pendermaan organ dan tisu.

About this essay:

If you use part of this page in your own work, you need to provide a citation, as follows:

Essay Sauce, Kebanyakkan Guru Tak Berpengetahuan Tentang Pendermaan Organ. Available from:<https://www.essaysauce.com/sample-essays/2018-10-31-1540985388/> [Accessed 14-04-26].

These Sample essays have been submitted to us by students in order to help you with your studies.

* This essay may have been previously published on EssaySauce.com and/or Essay.uk.com at an earlier date than indicated.