3.0 PROSES-PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG
Terdapat beberapa proses di dalam pembentukan undang-undang, iaitu melibatkan proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.
3.0.1 PROSES INDIVIDU
Ramai yang sudah tahu bahawa undang-undang boleh berubah mengikut peredaran masa atau kesesuaian masa. Cuba kita lihat undang-undang pada masa dahulu kebanyakannya adalah untuk menghalang diskriminasi antara kaum dan penjagaan alam sekitar, tetapi pada masa kini undang-undang lebih kepada etika dan moral individu-individu dalam komuniti masyarakat itu untuk membendungnya supaya tidak parah. Ramai juga yang telah sedar bahawa perubahan undang-undang mencetus kepada perubhan moral seseorang individu melalui social dan politiknya sendiri, tapi masih ada lagi segelintir masyarakat yang tidak ambil cakna dengan perubahan undang-undang semasa. Proses-proses sosial dan politik juga terlibat dan berlaku melalui perubahan moral individu dan seterusnya menjadi rangka kerja membentuk formal masyarakat.
Walaubagaimanapun, proses-proses diringkaskan menerusi norma, kepercayaan dan nilai yang mencetuskan undang-undang dan ia juga membentuk moral individu masing-masing. Norma dan kepercayaan juga berbeza diantara setiap kaum yang ada, tetapi ia diselesaikan melalui toleransi dan sedikit kompromi yang melibatkan tingkah laku dan pemikiran seseorang individu antara mereka. Untuk pemahaman yang lebih baik tentang norma dan kepercayaan, norma bermaksud kriteria kelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi sesuatu keadaan manakala kepercayaan adalah kriteria pemikiran di mana ia tidak melibatkan tindakana kerana berkait dengan cara pemikiran sesorang individu yang menyokong norma.
Contohnya, negara kita sendiri yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang mempunyai budaya, agama serta cara hidup yang berbeza. Disebabkan itu, perkara ini tidak kerap dibincangkan kerana boleh membawa kepada konflik. Jesteru itu, norma dan kepercayaan yang tersendiri cuba diwujudkan melalui individu-individu yang mempunyai pemikiran dan tindakan yang sama dan mencapai tujuan yang sama.
3.0.2 PROSES KUMPULAN
Proses dalam kumpulan adalah melibatkan individu dengan individu yang lain seterusnya membentuk satu komuniti yang mempunyai norma, kepercayaan dan nilai moral yang sama mengikut konteks mereka tersendiri.Terutamanya melibatkan:
(a) Budaya atau agama;
(b) Sosial atau politik; dan
(c) Ekonomi atau teknologi.
Daripada proses kumpulan ini, dari situ wujudnya interaksi antara kumpulan dan seterusnya menyebabkan berlakunya perubahan teknologi, politik, ekonomi dan budaya seterusnya menghasilkan gaya hidup yang baharu Namun proses perubahan akan lebih jelas dengan contoh-contoh yang bersesuaian seperti:
1) Peralihan aktiviti ekonomi, daripada pembuatan berat dan perlombongan kepada industri
berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan,
2) Pembangunan dan inovasi teknologi dalam kaedah membangunkan negara, dan
3) Perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan.
3.0.3 PROSES SOSIAL
Setiap kumpulan masyarakat juga akan terlibat dalam proses sosial kerana setiap kumpulan akan terdapat banyak perbezaan serta memerlukan pendedahan yang berbeza sebelum membentuk undang-undang kerana :
1) Kedudukan atau taraf individu,
2) Unit keluarga,
3) Kumpulan rakan sebaya, dan
4) Organisasi-organisasi formal.
Oleh kerana negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, perubahan yang terjadi nyata akan memberi impak kepada norma dan kepercayaan. Daripada situlah terhasilnya sosial dan politik yang berbeza, ini kerana umpulan-kumpulan kecil ini kebiasaannya merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti:
1) Firma perniagaan,
2) Kesatuan sekerja,
3) Parti politik,
4) Institusi agama, dan
5) Persatuan alumni institusi.
Bersesuaian dengan perubahan masa, maka organisasi-organisasi yang besar ini akan memain peranan di dalam membentuk norma dan kepercayaan yang seimbang samaada melalui toleransi ataupun kompromi diantara kumpulan-kumpulan kecil dan seterusnya memudahkan proses pembentukan undang-undang.
3.0.4 PROSES POLITIK
Seterusnya adalah proses politik, dimana ia adalah proses yang paling penting di dalam membentuk undang-undang kerana politik adalah cara yang paling susah untuk mencapai norma dan kepercayaan yang sama serta menangani konflik. Ia adalah proses yang melibatkan individu, kumpulan serta sosial. Kita sudahpun tahu bahawa organisasi, kumpulan dan individu secara jelas mempunyai pendapat atau pandangan yang berbeza tentang norma dan kepercayaan. Disebabkan itu, perbezaan pandangan ini perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten dan universal supaya berkesan. Dan disini, terdapat beberapa teori yang bersesuaian boleh digunakan iaitu melaui:
1) Kepimpinan ketua kerajaan,
2) Kompromi institusi,
3) Rundingan badan perundangan, dan
4) Desakan para pengundi.
Bagi wakil-wakil rakyat yang terpilih semasa pemilihan undi, mereka juga bertanggungjawab di dalam menggubal undang-undang dalam sesuatu sistem perwakilan. Walau bagaimanapun, isu-isu yang timbul adalah berbeza mengikut kawasan dalam negara, segmen penduduk dan kedudukan ekonomi. Oleh itu, gabungan perlu dibentuk untuk meluluskan undang-undang. Orang awam ataupun masyarakat boleh secara langsung menyatakan pendapat mereka tersendiri terhadap undang-undang melalui kaji selidik awam, surat mahupun media. Kerana penggubalan undang-undang adalah sangat penting dan memerlukan kesesuaian dan persetujuan ramai supaya tidak menimbulkan masalah pada masa hadapan.
4.0 PEMBENTUKAN RANG UNDANG
Setelah melalui empat proses pembentukan undang-undang, undang-undang akan diteruskan dengan diluluskan atau tidak melalui kuasa parlimen yang dinyatakan dalam perkara 66:
1) Sesuatu rang undang-undang itu biasanya dikemukakan di Dewan Rakyat dan kemudian dibawa ke Dewan Negara.
2) Rang Undang-undang Awam/Kerajaan merupakan rang undang-undang yang paling kerap dikemukakan di Parlimen. Kerana Rang Undang-undang jenis ini ialah melibatkan keseluruhan undang-undang yang berhubung dengan dasar awam dan ianya dikemukakan oleh kerajaan.
3) Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui beberapa tahap berikut:
i) Bacaan pertama: Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa
perdebatan dibenarkan,
ii) Bacaan kedua: Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti dimana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang
tersebut dan mereka boleh menyokong atau membangkang rang undang
undang berkenaan melalui undi,
iii) Peringkat Jawatan Kuasa: Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa. Rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci. Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang
undang-undang jika perlu,
iv) Bacaan ketiga : Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa
kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.
4) Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.
5) Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.
5.0 PENILAIAN TENTANG PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG KEPADA UNDANG-UNDANG YANG DIPILIH
Di dada-dada akhbar media Malaysia banyak membicarakan tentang kes-kes pemerdagangan orang. Kes ini dianggap sebagai suatu jenayah yang serius kerana banyak membabitkan gologan wanita dan kanak-kanak atau para pelajar. Sehinggalah ia memaksa kerajaan dibawah sebuah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk mengambil tindakan khusus dengan membentuk undang-undang baru pada tahun 2007 iaitu Akta Anti-Pemerdagangan Orang (Akta 670) di bawah seksyen 52(1). Melalui kajian dan laporan SUHAKAM juga menunjukkan kegiatan Pemerdagangan Manusia mendatangkan keuntungan yang begitu besar kepada sindiket dan dianggarkan kegiatan pemerdagangan Manusia melibatkan wang US 44 bilion setahun. Kegiatan Pemerdagangan manusianya bukan sahaja berlaku di negera Malaysia, bahkan juga melibatkan negara kejiranan. Persoalannya bagaimana pemerdagangan manusia ini berlaku ?, bagaimana ianya dilakukan dan siapa pelakunya ?.
Pemerdagangan orang bermaksud perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang, dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain, penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan kerentanan, atau memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan keatas orang lain untuk tujuan eksploitasi iaitu eksploitasi seks, buruh atau kerja paksa perhambaan atau amalan menyerupai perhambaan serta pemindahan organ-organ;
5.1 PENILAIAN PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG YANG DIPILIH
Pembentukan Akta Anti-Pemerdagnagan Orang 2007 ini juga mengalami beberapa proses awal sebelum ianya digubal sebagai undang-undang negara. Antara proses yang terlibat adalah:
1) Tinjauan melalui individu ataupun kumpulan berkaitan dengan kejadian yang pernah berlaku, kejadian disoal selidik dahulu sebagai infimarsi dan dijadikan bukti yang dilakukan oleh siasatan dan laporan pihak SUHAKAM. sebelum bertindak dan merancanakan sesuatu.
2) Selain itu, proses melalui pandangan, persepsi dan juga sikap masyarakat tentang isu pemerdagangan manusia juga bertentangan dengan moral masyarakat Malaysia dan ramai yang membuat laporan supaya kerajaan mengambil tindakan tegas kerana ia menganggu keharmonian negara.
3) Akhirnya melalui proses pengetahuan tentang isu pemerdagangan manusia juga adalah penting supaya masyarakat dapat membezakan antara pekerja asing yang datang bekerja ataupun mereka diseludup secara paksa. Contohnya dapat membezakan permpuan yang dijadikan pelacur ataupun dipaksa melakukan seks.
Setetusnya, proses untuk penubuhan akta ini juga semakin rancak apabila, pada 1 September 2006, Kongres Nasional Wanita KEADILAN telah membentangkan usul anti perdagangan wanita. Usul itu bertujuan menuntut dengan tegas supaya kerajaan:
1. Mewujudkan dengan segera satu Akta Anti-Perdagangan Manusia
2. Menunjukkan kehendak politik (political will) serta komitmen di dalam usaha membasmi rasuah dan korupsi yang dikhuatiri telah membantu memakmurkan perdagangan wanita dengan cara memastikan bahawa BPR dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.
3. Menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas (Special Task Force) bagi tujuan mengkaji dasar dan program yang akan menggerakkan usaha preventif, pemulihan dan seterusnya membenteras sehabis-habisnya aktiviti perdagangan wanita ini.
Sejurus selepas itu, kerajaan Malaysia telah membentangkan Rang Undang-Undang Anti-Pemerdagangan Orang 2007. Parlimen telah meluluskannya sebagai Akta dan penguatkuasaan sepenuhnya pada akhir Februari 2008, dan akta ini juga telah dikuatkuasakan dengan penlibatan beberapa pihak berkuasa seperti PDRM, KASTAM, IMIGRESEN dan AGENSI MIRITTIM ANTARABANGSA MALAYSIA (APMM), dan usaha ini menampakkan hasilnya apabila pemerdagangkan manusia kelihatan semakin berkurangan. Tahniah kepada ahli-ahli Dewan Rakyat kerana meluluskan APO 670 2007, kepada Kerajaan Malaysia yang telah mewartakan APO 670 2007, Febuari 2008, tahniah juga kepada PDRM dan pihak berkuasa yang lain kerana telah berjaya menghukum pesalah di bawah APO 670 2007 yang pertama melibatkan rakyat Malaysia Sendiri, dua kes lagi masih dalam Siasatan, Semoga tindakan-tindakan dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah pemerdagangan orang, menjadi amaran awal kepada mereka yang berhasrat menjalankan aktiviti perdagangan manusia untuk kepentingan peribadi.
Tetapi penggubalan Akta di Parlimen tidak akan membawa sebarang makna kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan aktiviti jenayah pemerdagangan orang kecuali Akta tersebut tidak sepenuhnya disokong, dilaksana dan dikuatkuasa oleh kesemua Menteri-Menteri yang terlibat. Kementerian-kementerian yang diamanahkan dituntut untuk bekerjasama secara integrated dan berkesan dan tidak berterusan memberi alasan-alasan untuk menutup kekurangan dalam mencari penyelesaian membantras jenayah pemerdagangan orang ini. Gejala rasuah yang timbul di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam jenayah juga mestilah dibawa segera ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya supaya tidak lagi masalah ini timbul.
.
6.0 RINGKASAN
Sehubungan dengan ini, jelaslah bahawa undang-undang berkait rapat dengan standard moral seseorang ataupun kumpulan masyarakat. Perkara ini perlulah diketahui oleh para pelajar sejak mereka di awal persekolahan lagi supaya mudah untuk mereka memahaminya sekarang dan tidak menjadi generasi yang buta undnag-undang setra tidak dapat membezakan apa itu moral dan apa itu undnag-undnag. Para pendidik perlulah menerangkan kepada para pelajar bahawa, walaupun terdapat banyak perbezaan antara individu dengan individu lain, namun ia bukanlah penghalang untuk merencanakan pembentukan undang-undang negara yang bertujuan untuk keharmonian. Walaupun masih ada lagi segelintir pihak atau kumpulan masyarakat yang tidak boleh memahami undang-undang yang sebenarnya, namun kita masih ada lagi institutusi-institusi yang mengambil tanggungjawab dalam memberi penerangan kepada masyarakat supaya semua masyarakat dapat menerimanya sebagai satu panduan hidup. Disebabkan undang-undnag itu pentinglah, maka undang-undang dijulang sebagai salah satu perinsip di dalam Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang dan sesiapa melanggarnya akan menerima hukuman yang setimpal. Undang-undng dibentuk bukanlah dibentuk sewenang wenangnya, tetapi melalui kajian, proses serta tinjauan yang berkesan dan bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat Malaysia yang mementingkan standard moral. Akhir kata, sememangnya undang-undang mempunyai hubungan rapat dengan standard moral masyarakat di Malaysia.